Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,016
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 18

Wajdi melangkah menyelusuri koridor menuju ke kelas sembari wajahnya ditundukkan. Fikirannya seakan terimbas mengingati beberapa tahun yang lalu iaitu sebuah kronologi yang membuatkan dia menjadi seperti ini. Beg sandang yang dibawanya dibawa secara acuh tak acuh. Kopiah yang dipakainya pula hampir melorot dari kepalanya, mujur tidak terjatuh kerana sigap ditangkapnya.

Hari itu, seperti biasa dia masuk  awal ke dalam kelas. Semua pelajar yang lain pastinya sedang duduk di tengah padang asrama menyertai perhimpunan pagi. Suasana kelas itu sudahpun sejuk dan sunyi. Tidak perlu susah-susah untuk dia berpatah balik ke tempat suis untuk menekan suis kipas. Kemudian dia mengeluarkan buku teks Sejarah sembari membelek helaian demi helain untuk mengisi otaknya di pagi hari namun belekkannya terhenti apabila terselit satu sampul surat berwarna kelabu.

Itu surat yang Amirul letakkan di bawah meja gadis bernama Mikayla beberapa hari yang lalu. Ya, dia mengambil surat itu namun lupa pula mengenai perihal surat itu kerana dia letakkan sahaja di antara celahan buku dalam begnya ketika itu kerana terlalu tergesa-gesa.

Wajdi memandang sekeliling kelas supaya tidak ada orang lagi-lagi kelibat Amirul. Takut-takut ralit membaca, datang si Amirul. Dia mahu mengetahui isi surat itu dan apa hubungan Amirul dengan gadis bernama Mikayla itu. Adakah itu Mikayla yang tidak dijumpainya selama beberapa tahun ini?

Tanpa basa basi, surat itu dibuka perlahan kerana digam cukup kemas. Dia rasakan sebuah kertas A4 dilipat kemas dan cantik serta dua keping polaroid yang diposisi menghadap ke belakang. Dia mengambil keputusan untuk membaca inti surat itu terlebih dahulu.

To : Hajar Mikayla

From : Shazwan

Er, Assalamualaikum Mikayla.

Maaf kalau surat ni menganggu awak hehe, tapi saya harap sangat awak notice saya hehe

Saya rasa awak masih ingat lagi, saya Shazwan, kawan masa kecil awak, awak panggil saya Wan. Dekat pusat asuhan milik ummi awak. Awak kata awak sedih sebab kawan awak pergi masa awak umur 10 tahun. Pastu saya datang nak ceriakan awak tapi awak tetap tak nak orang gantikan tempat dia.

Saya selalu cemburu tengok awak rapat dengan dia.

Saya suka awak sejak masa tu. Tapi kenapa awak asyik mengharapkan si Wajdi Hariz tu?

Dia tu teruk, anak haram. Betul saya dengar sendiri masa tu. Saya ada masa dia nak pegi. Atuk dia cakap dia kena buang. Percayalah budak tu bukanlah yang terbaik untuk awak.

By the way, tolong balas perasaan saya ya?

Ikhlas dari hati,
-Amirul Shazwan aka Wan.

Wajdi menggengam erat surat itu. Entah mengapa dia berasa sangat marah dan ingin sahaja dia mahu mengorak langkah menuju ke arah perhimpunan itu lalu menumbuk dan membelasah figura bernama Amirul itu sampai lunyai.

Tetapi...

Wajdi memicitkan pelipis. Shazwan? Kenapa dia seolah mengenali nama itu.

"Hai!"

Wajdi merasa canggung. Budak lelaki yang baru dikenalinya itu duduk di sebelahya tanpa ragu. Padahal budak itu baru sahaja masuk semalam ke pusat asuhan itu.

"Siapa kau?" soal Wajdi dengan kening yang hampir bertaut.

"Aku Shazwan, panggil Wan. Aku nak kita kawan,"

"Umur kau berapa?"

"11 tahun,"

"Oh sama la...,"

Belum sempat Wan berbicara, tiba-tiba seseorang menyapa.

"Wajdi! Anak patung Mikayla kotor jatuh longkang!" adu Mikayla.

Wan di sebelah Wajdi itu menatap Mikayla. Dia sedikit terkedu melihat kecomelan Mikayla. Terasa hanyut sementara.

"Oh, yang ni siapa?" gadis kecil itu menunding jarinya ke arah seseorang di sebelah Wajdi.

"Shazwan, panggil Wan." Shazwan tersenyum lebar apabila matanya bertemu dengan mata hazel Mikayla.

"Kawan Wajdi la ni? Mikayla." Mikayla tersenyum, kemudian beralih ke arah Wajdi.

Shazwan masih lagi menatap Mikayla. Entah mengapa atensinya melekat pada gadis itu.

"Jom la, temankan Mikayla mandikan dia," Mikayla merengek lalu menarik-narik lengan Wajdi.

"Yalah,"  Nak tak nak Wajdi terpaksala menuruti. Tidak mahu mengabaikan la katakan.

"Kami pergi dulu,"  pamit Mikayla seraya menarik lengan Wajdi. Wajdi mengenakan baju berlengan panjang.

Dan... sepasang mata milik Shazwan tidak terlepas daripada Mikayla dan Wajdi yang sudah jauh meninggalkannya.

Entah mengapa, terbit rasa cemburu dalam benaknya.

Wajdi memicit pelipisnya perlahan. Wan itu adalah Amirul?

Rakan baru di pusat asuhan yang sama dengannya? Kenapa dia tidak mengenali si Wan itu adalah Amirul?

Tapi, Amirul mengenalinya. Jelas tertulis pada surat yang ditulis untuk Mikayla.

Jadi... Mikayla bersekolah di sini? Sama dengannya? Kenapa dia tidak menyedari hal itu?

Apakah dia harus bertemu dengan Amirul sekarang? Menanyakan hal ini? Atau-mencari tahu siapa gerangan Mikayla?

Dan bertanyakan tentang penghinaan yang dilakukan oleh Amirul terhadapnya?

~~~

Makanan yang sudahpun habis  di dalam pinggan ditatapnya sendu. Meskipun makanan yang dihidangkan itu telah selamat mendarat di dalam perutnya sekaligus melegakan perutnya, namun tidak sesekali akan melegakan fikirannya yang berbolak balik memikirkan cerita Wajdi semalam.

Sekarang dia faham. Kenapa Wajdi menjadi sebegitu. Salah satunya, dia tidak mahu menjadi lemah kepada sang senior yang membulinya dan satu lagi... dia perlu mengetahui lebih lanjut. Tidak lain tidak bukan, atuk kepada Wajdi.

"Faiz? Kau tak basuh tangan lagi?" Nurhan menarik kerusi di samping Faiz setelah membasuh tangan di wastafel.

"Oh ya," Faiz senyum sekilas sebelum beredar ke wastafel untuk membasuh tangan. Nurhan hanya memerhatikan dari jauh.

"Kau tak ada kelas ke?" soal Faiz sebaik sahaja dia selesai membasuh tangan. Tisu yang berada di atas meja dicapai dan mengelap tangannya yang basah.

"Pukul 11.00 nanti," kata Nurhan singkat. Faiz hanya mengangguk dan kembali termenung jauh. Nurhan yang melihat rakannya itu mengerutkan keningnya.

"Kau okay tak ni?" Nurhan bertanya sambil menepuk perlahan bahu Faiz. Faiz sedikit tersentak namun cepat- cepat tersenyum dan menggeleng laju, tidak mahu membuatkan sahabatnya itu menjadi lebih risau.

"Aku okay je," Faiz tertawa kecil.

"Tak payah nak menipulah, Faiz. Kita dah berkawan sejak sekolah rendah tau. Sekolah dekat sini pulak tu. Bukannya aku tak kenal kau ni macam mana. Cerita je lah. Kenapa ni?"

Faiz tersenyum sumbing apabila lakonannya tidak dapat memperdaya Nurhan.

"Pasal Wajdi sebenarnya,"

Nurhan kelihatan sedikit berminat dengan cerita rakannya itu apabila mendengar nama pelajar itu mula meniti di bibir Faiz.

"Kenapa? Dia buat hal lagi ke? Takde pulak aku dengar."

Faiz menggeleng perlahan sambil memandang ke bawah.

"Tak. Wajdi, dia sebenarnya..."

~~~

Kelihatan seorang pemuda sedang melihat sebuah buku album yang mengandungi wajah beberapa orang pelajar yang sedang tersenyum.

"Alahai rindunya aku dekat korang." kini matanya tertancap pada dua wajah lelaki yang dirinduinya.

Faiz dan Nurhan. Sudah lama dia tidak bertemu dengan dua lelaki yang pernah menjadi sahabatnya dulu.

"Nurhan-" pemuda itu tersenyum. Ya, dia telah menemui satu rakannya itu.

"Akhirnya setelah hampir 7 tahun, aku jumpa kau."

Asif berjalan di sekitar kawasan kota itu. Ya, dia baru sahaja pulang menyambung pelajaran di negara Ginseng atau lebih dikenali sebagai Korea Selatan lebih kurang tiga tahun. Sungguh, dia amat merindui suasana kota ini.

Namun di fikirannya hanya ada dua sahaja.

Maahad Tahfiz Darul Fathonah, sekolah lamanya...

Dan...

Faiz Isyraf dan Nurhan Hadi...

Asif mengukirkan senyuman kecil. Bolehkah dia menatap dua wajah itu? Apa mereka berdua baik-baik sekarang? Dan dimanakah mereka sekarang? Asif termenung sejenak. Tanpa dia sedar dia telah berjalan di antara kedai serbaneka dan kedai cenderamata. Namun disebabkan tekaknya terasa haus, Asif melangkah masuk menuju ke kedai serbaneka. Botol minuman dan sekeping bar cokelat kitkat diletakkan di kaunter pembayaran. Sebaik sahaja dia keluar, dia ternampak sosok tubuh yang dikenali.

Bukan...yang dirindui.

'Nur--han?' namun ia mampu mengungkapkan itu di dalam hati. Dipandangnya ke arah Nurhan yang sedang bercakap di talian telefon sambil memegang beg plastik dari kedai cenderamata itu.

Asif diam sejenak. Nurhan telah beristeri? Bukan dia tidak kenal perangai Nurhan dulu-dulu yang tidak suka benda-benda alah yang disajikan di kedai cenderamata itu. Kalau untuk adik, dia kenal benar yang Nurhan tidak mempunyai adik.

Baru sahaja dia mahu melangkah mendekati Nurhan, Nurhan telahpun berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

"Tak sangka kau hidup lagi Nurhan..." Asif tersenyum getir. Mahu mengikuti dia tidak mampu kerana Nurhan pergi dengan menaiki motorsikal. Mahu dikejar, keretanya diparkir agak jauh.

Selama pemindahan dia ke Korea setelah terjadinya peristiwa hitam itu, Asif selalu berfikir yang bukan-bukan, mengingatkan yang kedua-dua sahabatnya itu akan terapa-apa. Ajal itu, bila-bila masa, siapa tahu? Dan alhamdulilah, Allah SWT panjangkan umur mereka.

Cuma Faiz... adakah sahabatnya itu masih hidup?

Asif berdoa dalam hati.

Moga mereka dipertemukan.

Walaupun hanya sekali.

Dia perlu menemui Nurhan. Pasti sahabatnya itu akan membantunya.

Meskipun dia ragu-ragu

Adakah dua sahabatnya itu akan menerima dan memaafkannya semula?


Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.