Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,129
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 2

'Takkanlah awal-awal tahun dieorang buat hal dah?' monolog seseorang yang memerhatikan Wajdi, Azhar dan Fahmi keluar dari bilik HEP. Tanpa berlengah, kakinya melangkah menuju ke kelas.

"Mikayla,kenapa pergi tandas tak ajak saya sekali?" soal Mardiyah dengan nada merajuk. Mikayla tersengih. Macam-macamlah...

"Awaklena sangat tidur. Tak sanggup saya nak kejutkan," ujar Mikayla lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah Mardiyah.

Mardiyahmengeluh kecil dan memandang sekeliling kelas. Ada yang tidur dan ada yang bercerita. Maklumlah pelajar kelas mereka semuanya perempuan dan mereka bebas membuat apa saja.

"Ehawak nak tahu sesuatu tak?" tiba-tiba Mardiyah berbisik.

"Apa?"soal Mikayla sambil mengeluarkan buku nota dari begnya.

"Wajdidan kawan-kawan dia bergaduh pagi tadi masa perhimpunan," kata Mardiyah.

Mikayla diam. Benarlah apa yang dia nampak sebentar tadi. Wajdi dan rakan-rakannya ituada membuat masalah. Tapi kenapa? Dengan siapa?

"Awak dengar dari mana ni?" soal Mikayla mahukan kepastian. Matanya memandang sekeliling kelas, takut ada orang yang mendengar perbualan mereka. Lagipun mereka tidak boleh bercerita tentang lelaki di dalam kelas. Takut timbul isu kerana peraturan sekolah mereka yang sangat menekankan pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

"Tak,masa tu saya baru je datang sekolah. Awak tahukan saya ni jenis datang lewat.Lepastu saya nampak ustaz Khairul dan dua orang... em, cikgu mungkin? tergesa-gesa pergi ke blok muslimin. Saya pun ikut la dieorang and then mereka pergi ke tandas muslimin.Saya menyorok la kat sebalik pokok besar kat situ. Awak tahu tak saya nampak apa?" Mardiyah buat-buat suspense.

"Nampak apa? cepatlah sambung!"

Mardiyah mengeluh kecil. "Amirul kena pukul dengan Wajdi,"

Mikayla terkejut. Matanya membulat memandang sahabatnya itu.

"Kenapa pula si Wajdi tu pukul Amirul? Setahu saya la, Wajdi tu jarang pukul orang,itupun kecuali orang tu cari pasal dengan Wajdi." Mikayla berkata sambil mengusap dagunya. Hairan dengan tindakan Wajdi itu.

"Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua?" Mardiyah berkata sambil mengangkat bahunya. Mikayla masih lagi termangu kehairanan.

~~~

"Eh Faiz, kau fikir apa?" soal Nurhan sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Mereka berdua sekarang berada di ruang makan guru.

Suasana di ruangan makan guru itu agak sepi, maklumlah hari pertama persekolahan dan kebanyakkan guru membuat laporan RPH. Lagipula jumlah guru yang kurang ramai,membuatkan sebahagian besar guru menjadi guru kelas dan menghandle ramai pelajar.

Faizadalah warden asrama, dan tidak terlibat sebagai guru dan hanya akan menjadi guru ganti jika ada guru yang tidak hadir. Manakala Nurhan adalah guru tasmik Al-Quran di bahagian jabatan Tahfiz. Sebab itulah hanya mereka berdua sahajayang ada di situ.

"Hm,aku fikir pasal kejadian tadi." Faiz meletakkan setelah selesai mengunyah.Dia menyandarkan badannya pada kerusi, sesekali mendengus halus.

"Tapitak bermakna kau fikir pasal peristiwa tu kan?" Nurhan bertanya dengan nada yang ketus.

Faizdiam. Tidak menjawab. Hanya pejaman mata yang mampu dilakukan. Apa yang dikatakan Nurhan ada benarnya.

"Semuanya dah berlalu, Faiz. Kau kena mulakan hidup baru. Gone by gone." pesan Nurhan. Dia mengambil sehelai tisu dari kotak lalu mengelap bibirnya.

Faiz mengangguk lemah. Kemudian dia menggapai air teh panas dan dihirupnya perlahan.Matanya seakan termenung, seakan mencerna setiap ucapan Nurhan.

Nurhan memandang Faiz dengan wajah yang sendu. Dia tahu Faiz sedang berfikir tentang itu. Tentang peristiwa yang menghantui mereka suatu ketika dahulu.

Beralih kepada Faiz, dia sebolehnya tidak mahu mengingati peristiwa tersebut. Entah mengapa kata-kata Amirul tadi terngiang-ngiang di dalam mindanya. Membuatkan dia teringat pada kisah yang berlaku dahulu...

"Pelik bukan? Sekolah tahfiz tapi ada orang macam tu"

Kata-kata itu masih tersemat dalam ingatannya.

Dan bukan itu sahaja difikirkan, nama Wajdi, Azhar dan Fahmi turut diselitkan di dalam ingatannya juga.

~~~

Sesi persekolahan pada hari itu tamat, Wajdi dan rakan-rakannya menuju ke asrama.

Tahfiz tersebut sememangnya mewajibkan semua pelajarnya tinggal di asrama. Asrama muslimin dan asrama muslimat diasingkan jauh supaya tidak akan berlakunya ikhtilat yakni pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Jubah putih mereka tanggalkan. Kebetulan mereka memakai baju T-shirt putih didalamnya, dan hal itu sudah menjadi rutin pelajar di sana.

"Wajdi!"satu suara memanggil membuatkan ketiga-tiga insan itu memandang serentak kearah si pemanggil.

"Apa?!" soal Wajdi kasar. Moodnya sememangnya dari pagi sudah hilang meskipun di hadapannya adalah Ketua Asrama. Ah, peduli apa! Lagipun sama umur kan? Jadi dia tidak perlu untuk menghormati lelaki di hadapannya ini.

"Ustaz panggil kau kat bilik warden," beritahu Hilman dengan tegas. Bukan dia tidak kenal Wajdi itu bagaimana orangnya.

Wajdi angkat kening. Azhar dan Fahmi berpandangan sesama sendiri.

"Setahu aku, warden kita dah berhenti. Ada yang baru pula ke?" soal Fahmi hairan.

"Haah,pergilah cepat." gesa Hilman seakan memohon. "Warden baru, aku tak tahu perangai dia macam mana. Baik kau pergi."

Wajdi mencebik. " Cis, setakat bilik warden. Bilik HEP pun aku dah redah. Ha,korang berdua pergi la dulu."

Azhar dan Fahmi hanya mengangguk, namun kata-kata Hilman menghentikan langkah mereka.

"Azhar dan Fahmi sekali,"

Kata-kataitu membuatkan mata Wajdi melolot tajam. "Dieorang berdua tak terlibat okey?"

Belum sempat Hilman membalas, Azhar memegang bahu Wajdi.

"Tak apa, jom Fahmi." bahu Wajdi Azhar paut begitu juga Fahmi. Mereka menuju kearah bilik warden yang terletak tidak jauh dari asrama.

Hilman yang melihat hanya mampu menghela nafas lega. Walhal sejak dia memanggil Wajdi tadi, jantungnya mendetak laju ketakutan.

Aura Wajdi Hariz, memang menyeramkan!

~~~

Faiz memandang tiga orang pelajar yang memakai T-shirt putih di hadapannya. Ketiga orang itu berlagak biasa sahaja memandang sekeliling bilik warden. Mahu disuruh duduk, kerusi cuma hanya dua. Tidak cukup untuk tiga orang.

"Kenapa ustaz panggil kami bertiga?" soal Wajdi angkuh. Dia melipat kedua tangannya di dada.

"Haahlah ustaz, nak mandi ni. Peluh. Dah la panas ni." Azhar memberi alasan sambil mengibas badannya menggunakan hujung baju. Fahmi pula melakukan hal yang sama dengan Azhar.

Faiz tenang sahaja. Melihat pelajar di hadapannya ini sungguh tidak mempunyai adab. Kata-kata Amirul ada betulnya sedikit.Mereka bertiga agak bermasalah. Namun, dia yakin semua orang mampu berubah.Mereka cuma perlu bimbingan dan dia akan cuba untuk bantu mereka ke arah itu.

"Boleh ustaz tahu nama kamu?" soal Faiz kepada tiga pelajar itu. Ya, dia hanya mendengar nama mereka sahaja. Cuma tuan punya badannya sahaja yang tidak diketahuinya lagi.

"Wajdi Hariz," ujar Wajdi acuh tidak acuh.

"Azhar Iskandar,"

"Fahmi Irfan,"

"Sedap nama kamu semua," Faiz memuji sambil tersenyum. Sememangnya itu langkah pertama dia mahu bermesra dengan mereka.

"Sedap? Memang nama pun boleh rasa ya?" jawab Azhar menyebabkan Wajdi dan Fahmi ketawa.

Senyuman Faiz mati. Sungguh menyakitkan hati tapi dia harus bersabar.

"Ok.sekarang giliran ustaz. Nama ustaz, Muhammad Faiz Isyraf. Ustaz baru je pindahkat sini. Dan ustaz akan kerja kat sini menjadi warden asrama." kata Faiz dengan senyuman.

Wajdidan rakan-rakannya mengangguk mengejek.

"Ouh.Selamat berkenalan ustaz. Dah selesai?" soal Wajdi sambil memerhati kukunya.

Kata-kata yang sangat kurang ajar. Faiz cuba menahan sabar supaya mulutnya tidak membidas. Lafaz istighfar diucapnya berkali-kali di dalam hati.

"Belum lagi," Faiz bersuara dengan tegas.

"Ustaz nak kamu jujur dan ceritakan kes pagi tadi kepada ustaz,"

"Kejap,ustaz kan yang tolong budak gila pagi tadi kan?" tiba-tiba Fahmi bertanya membuatkan Wajdi dan Azhar memandang Faiz.

"Ya,ustaz dan kawan ustaz yang angkat dia. Tapi perlu ke kamu panggil kawan kamu tu budak gila?" soal Faiz menahan geram, namun dikawalnya.

"Oh,itu. Dia tu ustaz! Cari pasal dengan Wajdi! Dia tu Qudwah talam dua muka!"kata Fahmi bersungguh.

"Betultu ustaz!" sokong Azhar.

"Ustaz," Semua memandang ke arah Wajdi.

"Saya tak akan cari gaduh dengan orang yang tak buat masalah dengan saya,"

Faizterdiam. Bingung sama ada Wajdi atau Amirul yang berada di pihak yang benar.

"Tapi tak salahkan nak cerita kat ustaz apa yang berlaku?" soal Faiz,sememangnya dia ingin tahu apa yang berlaku pagi tadi. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengetahui masalah pelajar di bawah jagaannya itu.

"Akurasa Si Amirul tu mungkin dah reka-reka cerita kat ustaz," seloroh Azhar membuatkan Faiz memandangnya hairan.

"Hm...kau kenal dia berapa tahun dah? Lama dah kan. Ala, Qudwah Semua cikgu percaya semua cakap dia..." perli Fahmi, matanya menatap ke arah Azhar.

Faiz memerhati gelagat tiga pelajar di hadapannya. Kenapa mereka berkata begitu?Adakah ia benar atau direka cerita sebaliknya?

Memikirkan segala kata-kata Amirul pagi tadi, ada sedikit kebenaran di sebalik kata-katatiga pelajar di hadapannya.

Namun,dia tidak boleh tuduh melulu. Baiklah, abaikan Amirul buat masa sekarang.

"Kenapasusah sangat nak cerita kat ustaz apa yang berlaku? Mana tahu ustaz bolehtolong?" pujuk Faiz.

"Maafustaz, ni soal Wajdi. Tanya dialah."

Faiz memandang Wajdi. Wajdi menjeling tajam ke arah Azhar dan Fahmi yang tundukketakutan.

"Baiklah,Azhar dan Fahmi. Kamu berdua boleh keluar. Kecuali Wajdi."

Wajdi mendengus kasar. Mahu tidak mahu dia harus berhadapan dengan ustaz yakni warden baharu di hadapannya ini.

"Wajdi,duduk." perintah Faiz.

 

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.