Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
36,710
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

 

BAB 5

 

LELAKI bertubuh bongkok persis Quasimodo yang digambarkandi dalam novel The Hunchback of Notre-Dame karya Victor Hugo itu memandangwajah tuan barunya dengan penuh minat. Namun, dia hanya berani melontarpandangan sebegitu dari jauh sahaja. Ketika berdepan, dia lebih sukamenundukkan wajahnya, berpura-pura tidak berminat hendak memandang lama-lamawajah tuannya itu.

Dia sedar siapalah dirinya. Dia hanyalah seorang lelakiyang bukan sahaja cacat tetapi berwajah hodoh dan menakutkan. Seluruh mukanya diserangsejenis penyakit kulit yang tidak dikenalpasti. Mukanya persis kulit katak puruyang ditumbuhi benjolan-benjolan yang menjelikkan. Setelah cukup matang,benjolan-benjolan ini akan mengembang dan meletup sehingga mengalirkan sejeniscecair seolah-olah nanah yang berbau hamis.

Mungkin disebabkan malu dengan kecacatannya itulah makadia telah dibuang oleh orang tuanya sebaik dilahirkan. Orang yang menjumpainyapula telah membesarkannya dengan kejam. Dia tidak pernah mendapat kasih sayang.Yang diterimanya hanyalah cercaan dan penderaan. Dia juga tidak begitu pandaimenulis dan membaca kerana tidak pernah bersekolah.

Oleh sebab tidak tahan didera dan dihina, dia nekadmencuri duit penjaganya lalu lari dari rumah. Ketika usianya baru menginjak 15tahun dan di kala teman-teman sebayanya sedang menikmati alam persekolahan, diatelah belajar hidup merempat di jalanan. Dia adalah seorang gelandangan.

Demi sesuap nasi, dia sanggup melakukan pelbagai kerja. Kadang-kadangdia mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di gerai, mencuci kereta, mengangkatbarang-barang dan sebagainya.Malah, dia juga pernah mencuri dan meragutsemata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Halal atau haram tidakpernah terpacul dalam kamus hidupnya. Yang penting, setiap hari dia dapatmakan.

Suatu hari, muncul seorang penyelamat berupa seorangperempuan dalam hidupnya. Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Puan Chempaka.Puan Chempaka telah menawarkan tempat tinggal dan juga pekerjaan kepadanya.

Sejak daripada itu, dia tidak perlu hidup merempat lagi. Diayang telah banyak termakan budi dengan Puan Chempaka merelakan dirinya menjadiorang suruhan perempuan itu. Kini, setelah Puan Chempaka mati, dia bertuankananak angkat perempuan itu pula.

Kalau dulu, dia setia kepada Puan Chempaka kini kesetiaannyatumpah kepada ‘tuan’ barunya pula.

Dia mendongak, memandang langit. Cuaca baik. Angin petangberpuput lembut. Awan-gemawan membentuk gumpalan halus di dada langit danbergerak laju mengikut arah angin bertiup. Ketika dia menjatuhkan pandangannyasemula, dia lihat tuan barunya sedang memandang ke arahnya.

Dia mengatur langkah menghampiri tuannya itu.

“Apa yang kau pandang, tu, Bongkok?”

Walaupun namanya bukan ‘Bongkok’ tetapi dia tidak marahdipanggil begitu kerana dia sememangnya bongkok.

Dia senyum menyeringai. Memaparkan sederet giginya yangputih dan terbentuk cantik. Mungkin sederet gigi yang cantik itu sajalah yangboleh dibanggakan pada seraut wajahnya yang hodoh itu.

“Ah, tak ada apa-apalah, cik. Aku cuma tengok awan yangbergerak-gerak kat atas langit, tu.” Dia terdiam seketika. “Agaknya PuanChempaka kitapun dah berada kat atas langit tu, kan, cik?”

Perempuan yang dipanggilnya ‘cik’ itu hanya tersenyumnipis. Dia tidak berminat hendak berbual tentang Puan Chempaka yang sudah matiitu mahupun awan yang yang ditiup angin di atas langit sana.

“Bongkok, esok aku akan tinggalkan tempat, ni. Tapi akupergi tak lama. Sepeninggalan aku nanti, kau jagalah rumah dan tempat nibaik-baik, ye. Kau jangan malas tau, Bongkok. Waktu aku balik semula nanti, akunak tengok tempat ni cantik macam sekarang. Kau faham tak?”

Wajah Si Bongkok sedikit sayu mendengar kata-kata tuan barunyaitu.

“Cik pergi janganlah lama-lama, ye. Aku tak sangguptinggal seorang diri kat sini.”

Perempuan di depannya ketawa.

“Kan aku dah cakap tadi, aku pergi tak lama. Setelahselesai tugas aku nanti, aku baliklah semula ke sini. Dahlah! Kau janganlahrisau. Aku yakin kau takkan bosan tinggal kat sini walaupun aku tak ada. Yangpenting, kau sibukkan diri kau, tu. Faham?” Perempuan itu seolah-olah hendakmemberikan keyakinan kepada Si Bongkok.

Si Bongkok mengangguk laju.

“Baiklah, cik. Aku faham.” Jawabnya.

“Bagus!” Perempuan itu bangkit lalu menghayun langkahmeninggalkan Si Bongkok yang terkebil-kebil memandangnya berlalu.

Si Bongkok menunggu sehingga kelibat tuan barunya hilangditelan rumah agam itu sebelum menghayun langkahnya mengikut haluan yang sama.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.