Home Novel Thriller/Aksi Matriks
Matriks
Aiman Quinto
1/6/2017 06:36:52
16,041
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Beli Sekarang
Senarai Bab
4

“Selamat datang ke Matriks.”

“Huh, suara apa tu?” Aku gosok mata. Mata akumasih berpinar-pinar. Apa yang berlaku tadi?

Aku buka mata. Aiskrim berserakan tumpah keatas lantai. Kemudian aiskrim tersebut lenyap menjadi debu.

Aku teringat sesuatu. “Juliana? Mana Juliana?”Aku terpinga-pinga. Dalam keadaan yang masih konfius, aku tak dapat kesan dimana dia berada.

Aku terpandang Gamer Watch aku. Dah berfungsi.Pelik. Nampaknya jam ini memang gajet utama dalam real life game ni - MATRIKS. Permainan sudah bermula.Aku berjalansambil memerhati ke arah sekeliling. Nampaknya bukan aku sorang je yang pengsantadi. Cahaya apa tadi? Nampak seperti datang dari satelit.Aku masih mencariJuliana.

“Jadi inilah teman lelaki awek ni.” Satu suarakedengaran kuat. Aku berpaling ke arah suara itu datang. Seorang lelakiberambut keriting tersenyum ke arahku.

“Apa kau nak buat dengan Juliana?” marah aku.Aku dah tak pedulikan orang sekeliling. Mereka bukannya faham apa yang akucakap.

“Kau rasa?” katanya sambal tersenyum sinis.Tangannya mencengkam kuat kedua-dua belah tangan Juliana supaya dia tidak bolehbergerak.

Aku terus meluru ke arahnya tanpa berfikirpanjang. “Hiyaarggh!” Penumbuk dilepaskan.

Tak kena? Ke mana dia menghilang? Dia masihberada di hadapan aku beberapa saat yang lepas.

Dush!

Aku ditendang daripada belakang. Akuterpelanting ke atas meja restoran.

“Hmphhh.” Dia tersenyum sinis. “Seorang gamer yang lembik. Kau tak layak pakaiGamer Watch tu. Ada ramai lagi gamerberkebolehan di luar sana yang tidak mendapat Gamer Watch tu. Sedangkan kauseorang gamer yang noob tidak tahu cara menggunakannya.”

Apa yang dia maksudkan? Aku memandang ke arahGamer Watch di pergelangan tanganku. Aku cuba menekan satu butang. Satu skrinmuncul bagaikan projektor. Aku sedikit kagum walaupun tidak kena pada masanya.Apa yang harus aku buat dengan jam ni?

Pada skrin terpapar satu senarai seperti game lain – ‘Inventory’, ‘Stats’, ‘Map’,‘Friends’, ‘Guild’ dan ‘Party’. Apa gunanya semua benda ini?

Aku membuka Inventory. Hanya ada satu barang –Default Double Sword. Aku klik pada barang tersebut. Dua bilah pedang muncul dihadapan aku.

“Wow!” Aku kagum.

Aku mengambil kedua-dua pedang tersebut. “Lebihbaik kau lepaskan dia.”

“Kalau aku tak nak?” Tangannya mula meliar. Diamula meraba-raba tubuh Juliana.

Perasaan geram menguasai jiwaku. Aku meluru kearahnya sekali lagi. Pedang dihayunkan.

Zuppp! Dia menghilang lagi.

“Hebat.” Suara lelaki itu kedengaran daribelakangku. Sebilah pisau muncul di tangannya sama sepertimana pedang akumuncul. “Tetapi belum cukup hebat. Masih banyak yang kau perlu belajar.”

Pisau ditusuk tempat ke jantungku, menembusidadaku. Dadaku terasa sakit dan sesak tetapi tiada darah yang keluar. Akurebah.

“Hahaha! Hero memang sentiasa menerima nasibmalang.” Lelaki itu mentertawakan aku.

Mataku berpinar. Penglihatanku berubah gelap.Aku dah tewas. Maafkan aku, Juliana. Aku tak cukup kuat untuk selamatkan kau.Aku harap ada orang lain yang lebih kuat akan datang dan selamatkan kau.

*****

Game over? Semuanya masih gelap. Aku taknampak apa-apa. Adakah sudah mati? Aku sendiri tak pasti dengan situasisekarang. Selepas cahaya itu muncul dan gameMatriks bermula, semuanya berubah. Dunia yang sudah aku diami bertahun-tahunberubah menjadi dunia yang amat asing buat aku.

Tunggu.

Aku terdengar suara. Siapakah itu? Aku mengerahseluruh kudrat yang ada untuk membuka mata. Dua susuk tubuh sedang bergaduhberhampiran aku. Aku kenal salah seorang daripada mereka. Juliana. Dia sedangbergaduh dengan seorang lelaki.

Lelaki itu sedar aku sudah membuka mata. Diameninggalkan Juliana lalu mendapatkan aku. “Bangun pun kau.” Nada suaranya agaktinggi.

Belum sempat aku bangun, dia menggenggam kolarbaju aku lalu mengangkat aku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia sedang berang.

“Sabarlah,” Juliana cuba menenangkan hatilelaki berbadan tegap itu.

Pandangan lelaki itu menikam tepat ke dalammata aku macam naga yang hendak makan orang kerdil dalam cerita ‘The Hobbit’. Ngeri. Dia terus merenung tanpaberkata apa-apa. Keadaan menjadi semakin tegang. Aku dapat rasa perubahan dalamatmosfera. Aku dapat rasakan bahawa dia berniat hendak bunuh aku dan sedangcuba untuk mengendahkan kata-kata Juliana. Juliana keluar meninggalkan kamiberdua sahaja di dalam ruang bersegi empat tepat itu.

Dia terus merenung aku buat beberapa ketika.Dia menarik nafas dalam sebelum mengalihkan pandangan ke arah Gamer Watch aku.Dia mencampakkan tubuh aku ke dinding. Sakit. Itu sahaja yang mampu aku rasasekarang. Kesakitan yang dialami akibat kena tikam belum lagi pulih. Oh ya, apayang berlaku? Aku ingat aku sudah mati waktu itu.

“Kau panggil diri kau gamer?” herdik lelaki itu. “Kau tak layak untuk menyarung jam tu.Dunia ni tak sesuai untuk kau. Kau hanya layak mati bersama manusia-manusialain di luar sana.”

“Mati? Apa yang berlaku sebenarnya? Aku ingataku dah mati?”

“Lembik. Kau tak mampu untuk lindungi Juliana.Aku tak tahu apa akan jadi kepada korang kalau aku tak datang.” Dia diamseketika. Aku tahu dia sedang cuba menahan sebak.

Sekali lagi rasa bersalah mula menghantui diri.Aku tak tahu apa reaksi yang harus aku berikan. Aku memang totally loser. Kalau aku boleh undur semula masa, aku akan ubahsegala-galanya. Aku tak akan bawa Juliana ke situ semalam dan perbualan semalamtak akan berlaku. Aku juga tak patut jatuh cinta padanya sebab aku tidak layakuntuk dia.

“Aku mintak maaf.” Aku melutut di hadapanlelaki itu memohon maaf. Wajah aku tundukkan dengan penuh rasa malu danmembuang segala ego dalam diri.

Dia menjeling ke arahku. Dendam dalam hatinyamasih membuak-buak. Dia salahkan aku untuk kejadian itu.

Air mataku mula jatuh berjuraian. Aku memangsudah tidak mampu menyembunyikan perasaan bersalah. “Bunuhlah aku kalau ituyang kau nak. Aku lebih rela mati daripada hidup dihantui rasa bersalah.”

Aku menyerah diri. Dia terus memandangku.Keningnya diangkat sebelah. Dia duduk mencangkung di hadapan aku. Dagu akudisentuhnya. Dia diam sebentar. Matanya ditutup. Nafasnya ditala untukmenenangkan diri.

Pap! Satu penampar terhambur ke wajahku. Akutersungkur.

“Hari ini kau berhutang dengan aku. Jangansesekali kau mati sebelum aku datang menuntut hutang ni semula suatu harinanti. Aku akan bawak adik aku bersama aku.”

Aku menyeka air mata. Dia berjalan meninggalkanaku di rumah terbiar itu. Dari tingkap bilik di tingkat atas aku dapat lihatJuliana mengekorinya rapat. Dia kembali menoleh ke arah aku buat kali terakhir.Abang Juliana memandang ke arahku.

“Belajarlah hidup di dunia baru ni. Lindungilahorang yang kau sayang. Dunia ni tak sama seperti dunia yang pernah kau hidupdulu. Ini dunia Matriks. Syurga bagi gamers.Ingat nama aku. Nama aku Harith. ID aku Black. Class aku Seeker. Kau sebahagian daripada kitorang. Kita adalahorang terpilih. Jangan sia-siakannya!” jerit Harith.

Mereka berdua berjalan meninggalkan aku.

“Sehingga bertemu lagi, nsquinto. Class Double Swordsman,” bisik Harithperlahan
Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto