Home Novel Thriller/Aksi Dia Yang Tersakiti
Dia Yang Tersakiti
Isyaf Lemon
22/8/2020 20:27:24
22,746
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3

                               " Silakan duduk " kata Doktor Syahrul sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah kerusi di hadapannya.


SETELAH papa Carissa melabuhkan punggung di kerusi tersebut, dia pun turut duduk.


                             " Saya panggil encik ke sini sebab nak bincang dengan encik tentang pengurusan jenazah isteri encik. Seperti yang encik tahu atau untuk pengetahuan encik, di hospital ini kami menawarkan dua kaedah iaitu sama ada encik mahu bawa balik jenazah isteri encik dan mandikan serta kebumikan di tanah perkuburan berdekatan atau mandikan di hospital ini dan kebumikan di tanah perkuburan di tanah perkuburan berdekatan rumah encik atau saudara encik. Jadi, sekarang saya mahu tanya encik, encik mahu menggunakan kaedah yang mana? " terang Doktor Syahrul panjang lebar.


                           " Saya rasa saya perlu bincang dengan anak-anak saya. Tapi saya rasa saya mungkin bawa pulang jenazah isteri saya dan mandikan serta kebumikan di tanah perkuburan di sana " jawab Tan Sri Hisham ringkas dan padat. Begitulah Tan Sri Hisham, percakapan yang dituturkan olehnya hanya yang benar-benar berfaedah dan 'dituturkan dengan ringkas tetapi padat. Dia tidak suka berborak panjang  lebar kerana baginya semua itu buang masa.


                                                         *    *    *    *     *    *     *    *     *    *    *    *    *


                            " Pa, Rissa rasa , Rissa nak mandikan jenazah mak sendiri, Rissa nak periksa sendiri badan ibu, kenapa ibu mati hanya disebabkan satu tikaman. Lagipun, lagi elok kalua anak si jenazah sendiri yang mandikan, kalua kita minta orang mandikan, takut nanti aurat dia tercemar, aib dia tercemar,. Walaupun Rissa ni bukan dari sekolah agama, tapi Rissa belajar semua tu. Please pa. Rissa nak mandikan mak. Rissa tak pernah belai mak macam mana mak belai Rissa. Masa kali terakhir tengok mak sebelum mak dikebumikan, biarlah Rissa belai jasad mak yang Rissa akan rindu sangat-sangat walaupun mak dah takdak" kata Rissa Panjang lebar berharap dapat mandikan jenazah ibunya.


PADA mulanya, dia kurang keyakinan kerana anaknya bukan keluaran sekolah agama atau tahfiz. Tapi dia baru teringat akan adiknya yang keluaran tahfiz itu.


                        " Boleh, tapi ada syarat "

                        " Apadia, pa? "

                        " Makcik Hikmah kena teman "

                        " Ok " walaupun berat untuk diungkap tapi demi mandikan jenazah ibunya, dia setuju tanpa berkata apa-apa.


SELESAI berbincang dengan Carissa, Tan Sri Hisham bergerak ke bilik doctor untuk memaklumkan bahawa dia akan mandikan dan kebumikan mayat almarhum isterinya di Masjid Al-Hidayatul.


Carissa memandikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Mak cik HIkmah hanya membantu Carissa sedikit sahaja, kerana kesemuanya sudah dilakukan oleh Carissa sendiri.


                      ' Untung kau Hisham, ada anak solehah macam Carissa ' monolog hati Hikmah , adik kepada Tan Sri Hisham.


Selesai memandikan jenazah ibunya , Carissa mengkafankan ibunya dengan bantuan orang kampung dan mak cik Hikmah.


Mak Cik Hikmah meminta bantuan orang kampung setelah selesai mengkafankan ibu Carissa dengan dua lapis kain kafan.


Pada mulanya, Mak Cik Hikmah mahu panggil bantuan orang kampung dari awal namun ditegah oleh Carissa kerana dia tidak mahu aurat ibunya dilihat oleh orang lain. Cukup hanya dirinya dan Mak Cik Hikmah melihat aurat ibunya.


"Aib seseorang terletak pada auratnya. Buat apa kita susah-susah jaga aib mak kalau aurat mak kita tak jaga. Sama sahaja kita dedahkan aib ibu bilamana kita dedahkan aurat mak pada orang lain" ujar Carissa.


JENAZAH tersebut diubah ke dalam masjid untuk disolatkan dan kemudiannya dikebumikan.


Sementara menunggu ketibaan imam, Carissa bangun menuju ke arah jasad maknya, lalu mencium dahi ibunya dan merenung muka ibunya.


"Jangan tenung lama-lama, nanti tak tenang arwah dekat sana" ujar MakTeh yang turut menemani Carissa di situ.


Dengan berat hati, dia mengalihkan pandangan dari wajah suci itu dan bangun lalu bergerak ke tempat duduknya.


'Selamat tinggal,mak. Semoga tenang di sana. Rissa akan rindu dengan mak, gelak tawa mak, guraun mak, senyuman mak dan semua tentang mak' monolog Carissa dalam hati.


Walaupun Carissa tampak kuat pada luarannya, namun hakikatnya hatinya berkaca. Ikutkan hati, memang dia mahu menangis semahu-mahunya.


'Rissa akan cari pembunuh ibu' ujar Carissa dalam hati berkali-kali.


SELESAI pengebumian, Carissa naik Honda Civic yang dipandu oleh abangnya.


"Rissa, malam ni kita pergi makan dekat kedai yang Rissa suka makan tu nak?" tanya Carlin kepada adiknya bagi menghilangkan kesedihan pada dirinya juga adiknya.


Rissa cuma mengangguk dan senyum melihat abangnya lalu mengalhkan pandangan ke tingkap.


                                              *   *   *    *  *    *    *    *   *   *    *   *   *   *  *  *   * *  *   *   *


Pin...Pin....


Carlin membunyikan hon menandakan dia sudah selesai memanaskan kereta dan menyuruh adiknya untuk cepat siap.


5 minit selepas itu, barulah nampak batang hidung adiknya keluar dan rumah agam milik keluarganya. Carissa terus menuju ke arah BMW milik papanya tetapi dipandu oleh abang 'kesayangannya'. Carissa membuka pintu kereta dan meloloskan dirinya ke dalam BMW tersebut.


"Kita nak pergi mana ni?" tanya Carissa yang memakai blaus putih dan jeans hitam dipadankan dengan shawl hitam.


Carlin yang terpegun dengan kecantikan adiknya akhirnya dia sedar dari lamunan setelah ditegur berkali-kali oleh adiknya.


"Haish abang ni. Kita tanya dia, dia berangan pulak. Ingat awe ke tu?" sindir Carissa.

"Rissa tanya apa tadi? Sorry terkhayal tadi. Teringat Mak Minah la ni" bohong abangnya. Duh, orang gaji yang tidak bersalah pula disebutnya. Terbatuk orang tua tu.

"Rissa tanya, kita nak pergi mana?" tanya Carissa.

"Oh, kita pergi CoffeeBucks nak? Abang dah lama tak makan kek kat sana. Teringin la pula" cadang abangnya.

"Jom. Harini Rissa nak order air dengan kek paling mahal dekat situ. Abang belanja kan?" tanya Rissa.

"Eh! Abang tak kata pun nak belanja." balas Carlin dengan muka terkejut.

"Yelah, demi adik kesayangan abang, abang belanja. Lepas kita makan dekat CoffeBucks, kita pergi tengok wayang nak?" sambung Carlin sambil mencubit pipi adiknya yang sedikit tembam itu.


Carissa menjeling abangnya, tetapi dalam masa yang sama dia gembira. Dia bersyukur kerana mempunyai abang seperti Carlin. Dia sangat bahagia dengan keluarga dia yang sekarang walaupun mereka hanya dua beradik.


Carlin yang dilihat seperti mencari sesuatu itu ditegur oleh Carissa.


"Cari parking ke? Tu kat depan tu kosong" ujar Carissa memahami abangnya sedang mencari tempat untuk meletakkan kereta.


"Americano Frappe satu" Carissa membuat pesanan setelah abangnya membuat pesanan.


"Ok. Ada apa-apa lagi tak?" tanya cashier yang bertugas untuk mengambil pesanan pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe tersebut.


"Coffee Macadamia ada tak?" tanya Carissa. Dia sememangnya gemar akan Chocolate Macadamia, namun lidahnya mahu merasa Coffee Macadamia.


"Kejap" jawab cashier tersebut lalu hilang dari pandangan bagi memeriksa stok kek yang dimahukan oleh pelanggannya itu.

Apabila dia tiba di fridge yang menempatkan kek tersebut, dia melihat kek itu masih ada sepotong. Dia pun pulang ke kaunter.


"Ada" katanya sambil tersenyum.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Isyaf Lemon