Hafeez
tunduk sambil meneliti beberapa kesan tapak kaki dengan tangannya. Obor yang
dipegangnya dipacak di sebelahnya. Lama Hafeez memerhati sebelum senyuman
terukir di wajahnya. Hafeez mendongak lalu memandang ke hadapan. Tak syak lagi
Zaff dan Ummu tidak jauh daripadanya.
“Hafeez...”
panggil Afiq.
“Kenapa
Afiq?” tanya Hafeez.
“Aku
nak bila kita jumpa Zaff, kita adili dia secukupnya. Jangan ikutkan baran kau
tu,” ucap Afiq membuatkan dahi Hafeez berkerut.
“Kau
pun sama berpihak kepada dia?” tanya Hafeez sambil mencapai obor api yang
dipacak di atas tanah lalu kembali berdiri.
“Aku
cuma nak kau berfikiran waras...”
Belum
sempat Afiq menghabiskan nasihatnya, Hafeez sudah menunjukkan isyarat diam
kepada Afiq. Sungguh, telinganya merah menadah setiap ceramah yang dilontarkan
oleh Afiq.
“Bukan
masa untuk kau kasi ceramah kat aku. Yang penting, kita semua kena kejar si
Zaff sebelum dia cabut lebih jauh!”
Afiq
sekadar mengeluh kecewa tatkala Hafeez memarahi dirinya. Kemudian, Hafeez
memberikan isyarat kepada beberapa orang pemuda Kampung Perebah yang terpilih
untuk bersamanya menjejak Zaff dan Ummu.
“Mereka
bergerak ke arah sana,” ujar Hafeez lalu mendahului yang lainnya. “Aku akan
pastikan kau menyesal, budak!”
***
Zaff
tiba-tiba menyuruh Ummu berhenti tiba-tiba. Anak telinganya dapat menangkap
bunyi ranting kayu dipijak dalam kegelapan malam yang sunyi sepi itu. Spontan,
tangan Ummu dicapainya. Mata Zaff terus tajam memerhati kelilingnya yang dihuni
oleh kegelapan itu.
“Kenapa
awak?” tanya Ummu.
“Dengar
tak?”
Ummu
menggelengkan kepalanya. Zaff kemudian kekal membisu sambil memasang
telinganya. Beberapa ketika kemudian, dia tiba-tiba menarik tangan Ummu.
“Kenapa?”
tanya Ummu.
“Mereka
dah dapat jejak kita!” bisik Zaff.
“Dekat
sana!” teriak salah seorang anak buah Hafeez tiba-tiba yang muncul dari
belakang.
Serentak
itu, Ummu dan Zaff saling membuka langkah seribu membelah semak samun dan
lantai hutan. Sesekali Zaff melompat mengelakkan akar kayu yang sudah lama
bermahajalela di tanah.
“Diaorang
lari!” Kedengaran pula satu suara yang lain.
“Siapa
yang dapat tangkap Zaff, aku akan hadiahkan dia emas bertimbun milik keluarga
aku! Hidup ataupun mati, Zaff mesti berada di tangan aku menjelang subuh esok!”
teriak Hafeez tiba-tiba sambil menghalakan obor apinya ke arah Zaff dan Ummu
yang sedang berlari di hadapan mereka.
Serentak
itu, anak-anak buah Hafeez yang berjumlah 7 orang kesemuanya berpecah mengikut
haluan masing-masing, mencari jalan singkat untuk mengejar Zaff dan Ummu.
Hafeez pula mengambil sebuah anak panah yang diikat di tepi pinggangnya.
“Kau
nak buat apa?” tanya Afiq sambil sempat memegang pergelangan tangan Hafeez.
“Melemahkan
Zaff!” gumam Hafeez.
“Tapi...”
Afiq cuba menghalang.
“Kalau
kau cuba lambatkan aku, kau pula yang akan jadi mangsa anak panah aku,” tutur
Hafeez, mengancam.
Afiq
terpaksa mengalah buat kali kedua sambil mengangkat tangannya di udara. Hafeez
kelihatan mengambil busur yang tergantung di belakangnya, lalu meletakkan
sebuah anak panah dan... anak panah itu dilepaskan membelah udara, laju menuju
ke arah Zaff dan Ummu.
Bam!
Zaff menolak tubuh Ummu ke tepi dan anak panah yang dilepaskan oleh Hafeez itu
menghiris tepi perut Zaff lalu terbenam di situ. Darah merah kelihatan mula
keluar dari perutnya. Zaff cuba bangkit sambil menekapkan tangannya di tempat
yang terkena anak panah itu.
“Awak...”
gumam Ummu tidak percaya. Hafeez memang seorang pemanah yang hebat, dalam jarak
yang sejauh itu, anak panah itu masih mampu menembusi dan terbenam di tepi
perut Zaff.
“Sa...sakit...”
gumam Zaff. “Pergi, tinggalkan saya. Saya...”
Jari
telunjuk Ummu tiba-tiba menyentuh bibir Zaff.
“Saya
dah janji nak bawa awak keluar dari tempat ni dan kembali kepada alam awak.
Awak pun nak jumpa Ummu... Ummu di dunia awak, yang masih belum dimiliki oleh
sesiapa,” gumam Ummu.
“Awak
kena kuat...” gumam Ummu lagi.
Zaff
merenung kedua-dua biji mata Ummu, kemudian seperti mendapat kekuatan melalui
pandangan mata yang penuh berkaca itu, Zaff bangkit.
Prapp!
Jeritan Zaff bergema di udara apabila dia menarik anak panah Hafeez yang
terbenam di tepi perutnya itu. Darah kelihatan membasahi mata anak panah yang
diperbuat daripada besi itu.
“Kita
kena lari,” ujar Zaff sambil menekapkan tapak tangannya di perut.
Ummu
mengangguk sambil tersenyum.
***
Zaff
duduk sambil memegang perutnya. Dia menyerah akhirnya. Rasa sakit yang sedang
menular di perutnya itu memang semakin berbisa. Pedihnya bukan kepalang dan
peluh pula sedang membasahi wajah tampan Zaff itu.
“Mereka
dah jauh...” ujar Ummu.
“Saya
tak akan mampu bertahan... saya... nak minta maaf...”
Kali
ini, tapak tangan Ummu pula menyentuh mulut Zaff, seperti tidak mahu Zaff
menghabiskan kata-katanya. Ummu kemudian, mendongak melihat keadaan di atasnya.
“Kita
panjat pokok tu. Mereka tak akan dapat cari kita kalau kita bersembunyi di atas
sana,” ujar Ummu tiba-tiba.
Zaff
mendongak, dan kemudian tersenyum, bersetuju dengan Ummu.
***
“Jejak
mereka hilang...” gumam Hafeez sambil membersut marah.
Tiada
seorang pun anak buah Hafeez yang berjumlah 7 orang itu dapat menjejaki ke mana
hilangnya jejak Zaff. Hafeez pula mendongak, melihat keadaan dada langit yang
semakin cerah. Subuh semakin menghampiri mereka. Namun, Zaff dan Ummu masih
belum ketemu.
“Cari!
Cari!” teriak Hafeez seperti orang gila.
Apa
lagi, anak-anak buahnya terus menghilang dari mata Hafeez.
“Kau ni
dah kenapa?”
“Aku
tak boleh terima dia rampas Ummu macam tu aje daripada aku!” Mengigil Hafeez
menuturkan perkataan itu, seperti dirasuk sesuatu.
“Dan
kau nak buat apa kat Zaff?” tanya Afiq.
“Aku
nak lihat kepala dia bercerai dari badan!” ucap Hafeez lagi.
Afiq
meraup wajahnya, tidak sangka baran Hafeez sampai ke situ. Hafeez seperti tidak
mampu berfikir menggunakan akal yang waras sebaliknya berkelakuan seperti orang
gila. Kerana dendam...
***
Mata
Zaff terpejam rapat. Ummu yang menumpang di dahan yang tidak jauh daripada
dahan tempatnya berehat itu sudah tertidur keletihan. Cuma Zaff sahaja yang
tidak mampu untuk melelapkan mata kerana kesakitan yang sedang dirasainya bukan
kepalang. Peluh yang mengalir dari wajahnya kerana kesakitan sudah mampu
membentuk lopak kecil kalau dikumpulkan.
“Zaff...”
kedengaran suara seseorang memanggil Zaff. Zaff membuka matanya.
Yana
sedang berdiri di hadapannya. Di bahagian dahan pokok yang paling rapuh
membuatkan Zaff sudah mula gelabah.
“Jangan
risau... berat saya tak dikira sebab saya hanya muncul dalam minda awak aje,”
terang Yana, membuang terus rasa gabra yang tiba-tiba menyerang Zaff.
“Yana...
aku dah semakin hampir untuk berambus dari alam bunian yang kau cakapkan ni,”
ujar Zaff yang memaksa dirinya untuk cuba tersenyum.
Yana
tidak mengendahkan apa yang diungkapkan oleh Zaff sebaliknya merenung simpati
baju-T Zaff yang terdapat kesan tompokan darah yang sebesar tapak tangan
manusia.
“Perut
awak...” tutur Yana.
“Aku
kena panah tadi. Diaorang tak nak aku pergi dari sini,” ujar Zaff.
“Sekejap...
saya panggilkan Naim!” tutur Yana yang tiba-tiba terus lenyap dari pandangan
Zaff.
“Yana?
Yana?” panggil Zaff namun Yana hilang seperti habuk yang dibawa oleh angin.
***
Mata
Yana bertukar putih untuk sementara waktu itu kembali seperti biasa. Pantas
Yana mencari Naim. Naim sedang duduk tidak jauh daripada mereka, memerhatikan
sahaja dari jauh bagaimana Yana cuba
berkomunikasi dengan Zaff dari alam yang menurut Naim, merupakan sesuatu yang
dikenali dalam dunia sains sebagai parallel universe.
“Kenapa?”
tanya Naim.
“Zaff...
Zaff perlukan bantuan. Dia terkena panahan anak panah orang dari alam sana!”
Bersungguh-sungguh Yana cuba memujuk Naim. Semua mata di situ merenung ke arah
Naim.
“Macam
mana aku nak percayakan kau? Yang kau betul-betul boleh berkomunikasi dengan
dia?” tanya Naim, yang masih kuat septikalnya.
“Ini
demi nyawa seseorang. Aku tak ada masa nak buktikannya,” rayu Yana lagi.
Naim
menatap wajah Yana, gadis buta itu. Matanya kelihatan kosong, tetapi tersurat
di dalamnya kelebihan deria yang tidak dipunyai oleh manusia lain. Tangan Yana
meraba-raba emncari tangan Naim, lalu
menarik dan menggengam sekuat hatinya. Naim sekadar membiarkannya.
***
“Zaff...”
Suara Naim bergema di kelilingnya. Pantas Zaff melilau cuba melihat keliling.
“Naim...
macam mana...”
“Aku
tak tahu macam mana, tapi Yana yang bawa aku ke sini. Aku tak boleh nampak kau,
dan kau pun sama. Aku cuma boleh bercakap dengan kau. Cakap kat aku... besar
mana luka kau?” tanya Naim.
“Sebesar
jari hantu aku,” balas Zaff.
“Kau
kat mana sekarang?” tanya Naim lagi.
“Ada
kat atas sebuah pokok. Tengah bersembunyi daripada orang alam ni,” balas Zaff
lagi.
“Bagitahu
aku ciri-ciri pokok yang kau duduk tu...” tutur Naim.
Zaff
melihat sekelilingnya. Zaff kemudian menerangkan secara terperinci kepada Naim
ciri-ciri pokok tersebut daripada daun-daunnya, akar kayu dan buah-buahan yang
terdapat di sekitar kawasan pokok itu.
“Bagus
Zaff! Bagus!” Naim kelihatan teruja. “Terjun dari pokok tu sekarang jugak!”
Dahi
Zaff berkerut mendengarkan arahan Naim itu. Dia mendongak, tidak puas hati.
Bukan senang dia bersembunyi di situ, dan sekarang Naim menyuruh dirinya untuk
keluar daripada tempat persembunyiannya? Apakah Naim benar-benar mahu
membantunya?
“Kenapa?”
tanya Zaff.
“Kalau
kau nak rasa sakit kau berkurangan, aku sarankan kau turun!” kata Naim lagi.
Zaff
terdiam untuk seketika, berfikir. Kemudian, Zaff memilih untuk mempercayai
Naim. Dia turun dengan penuh hati-hati. Ummu masih lena di dahan pokok sebelah.
“Sekarang
kau nak aku buat apa?” tanya Zaff.
“Gigit
kulit akar kayu tempat kau berdiri,” suruh Naim.
“Kenapa?
Tak logik...”
“Buat
aje! Aku genius! Kau kena dengar cakap aku!”
Zaff
semakin bingung. Dia merangkak lalu menggigit kulit akar kayu di bawahnya.
Kemudian, dengan sekuat hatinya, Zaff menarik akar kayu itu dengan giginya,
lalu membuatkan kulit akar kayu itu terkupas sendiri.
“Sekarang
letakkan di perut kau. Benda itu yang paling mujarab untuk sembuhkan luka
panahan,” terang Naim lagi.
Zaff
mengangguk. Dia menundukkan kepalanya lalu meletakkan kulit akar kayu itu di
tempat luka. Ditenyehnya berulang kali seperti arahan Naim. Serentak itu,
terasa seperti sesuatu yang sejuk sedang mengalir di lukanya.
“Letak
kulit akar kayu itu pada luka kau dalam lima minit lagi. Rasa sakit di luka kau
akan berkurangan...”
“Lari!”
tempik Ummu tiba-tiba membuatkan Naim terdiam.
Zaff
pantas menoleh ke belakang dan kelihatan Ummu sedang dipeluk dari belakang oleh
Hafeez. Sebilah golok sedang terhunus di leher Ummu. Kelihatan Afiq dan 7 orang
pemuda Kampung Kali sedang berdiri di belakang Hafeez.
“Aku
nak kau menyerah pada aku kalau kau nak tengok Ummu kau hidup!” teriak Hafeez
tiba-tiba.
“Ummu
ada kat sana ke?” Kedengaran suara Naim bergema, tetapi hanya Zaff sahaja yang
boleh mendengarinya.
“Lepaskan
dia...” tutur Zaff hilang kata-kata.
“Awak!
Lari! Utara dari sini, awak jumpa Sungai Kali. Dan Sungai itu akan membawa awak
pada air terjun. Terjun dari atas sana, dan awak akan keluar dari alam ni!”
teriak Ummu.
“Kurang
ajar punya betina!” tempik Hafeez tiba-tiba lalu menghiris leher Ummu dengan
goloknya. Darah terpancut keluar daripada leher Ummu membuatkan Zaff terkesima.
Air mata Ummu sedang mengalir tatkala darah sedang membuak keluar dari luka
hirisan golok Hafeez.
“Maafkan saya Zaff... jagalah ‘saya’ di alam
sana baik-baik,” gumam Ummu sebelum rebah ke tanah.
“Tidak!”
teriak Zaff seperti orang gila.
“Tangkap
dia pula!” teriak Hafeez.
“Kenapa
Zaff?” suara Naim mengganggu Zaff lagi, namun tidak langsung diendahkan oleh
Zaff.
Zaff
berundur beberapa tapak ke belakang. Zaff mengacah beberapa kali untuk membuka
langkah seribu. Ketika itu juga, anak buah Hafeez hampir sahaja membuka larian
untuk mengejar Zaff. Permainan mangsa dan pemangsa mula bermula antara
mereka... Zaff adalah mangsa yang sedang dikepung oleh 7 orang pemangsa...
“Ya
ALLAH, berilah aku kekuatan...” tutur Zaff sambil merenung tajam langkah kaki
anak buah Hafeez ketika dia semakin berundur ke belakang.
Tiba-tiba, Zaff melakukan
pusingan yang sangat mengagumkan lalu mula membuka larian deras, membelah
lantai hutan. Kelihatan 7 orang anak buah Hafeez sedang mengejar dari belakang.
“Kejarlah
aku kalau korang hebat!” teriak Zaff sekuat hatinya.
***
Zaff
tersandar keletihan. Dia tercungap-cungap. Naim tidak lagi bersuara,
memandangkan dia sudah menjelaskan apa yang berlaku kepada Naim ketika membuka
lariannya. Jelas bahawa anak-anak buah Hafeez tidak dapat menyaingi langkah
kakinya lagi. Dia ialah jaguh lumba lari Universiti Tun Dr Mahathir.
“Sampai
bila kau nak lari?” tanya Naim tiba-tiba. Jejaka yang berkaca mata itu jelas
menggunakan Yana sebagai medium untuk terus berkomunikasi dengan Zaff.
“Sampai
aku jumpa sungai yang Ummu cakap,” tutur Zaff.
“Kalau
kau tertangkap?” tanya Naim lagi.
Zaff
membisu, tidak mempunyai jawapan kepada soalan Naim itu.
“Buat
sesuatu untuk melengahkan mereka,” tutur Naim lagi.
“Aku
nak buat apa?” tanya Zaff yang berasa jengkel dengan Naim yang asyik
mengarahnya sedari tadi.
“Bagitahu
aku, apa yang kau lihat di sekeliling kau sekarang!” tanya Naim.
Mata
Zaff melilau sekitar tempat dia bersembunyi itu. Kemudian, mata Zaff tertangkap
pada satu Sarang yang sedang tergantung di atas sebuah pokok.
“Ada
sarang tebuan...” jelas Zaff.
“Bagus.
Gunakan benda tu sebagai senjata kau!” tutur Naim lagi.
“Macam
mana?” tanya Zaff.
“Sebab
tu aku ada di sini, Aku ni genius...”
***
“Mana
korang! Datanglah sini!” Sayup-sayup kedengaran suara Zaff menjerit.
“Itu...”
kata Hafeez.
“Ya,
itu suara Zaff,” balas Afiq.
Dia
mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Hari sudah mula menginjak tengah hari.
Matahari sedang terpacak di atas mereka dan Hafeez masih belum menyerah untuk
mencari Zaff. Sudah Hafeez berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan
habiskan nyawa Zaff, dalam keadaan yang paling menyayatkan hati. Biar Zaff mati
dalam keadaan yang paling terseksa.
“Mana
korang? Aku dah serik untuk lari. Kalau korang ada telur, datanglah jumpa aku!”
Suara Zaff menyapa cuping telinga Hafeez lagi.
Serentak
itu, anak-anak buah Hafeez bangkit lalu mencapai senjata mereka masing-masing,
yang terdiri daripada golok dan parang.
“Berpecah,
cari dia sekarang,” arah Hafeez.
Mereka
yang berada di situ mengangguk. Sekali lagi, Afiq menggelengkan kepalanya.
Apalah yang mahu dijawabnya sama Tok Junaidi nanti apabila mendapat tahu bahawa
Ummu, anak sulungnya sudah menemui ajal di tangan Hafeez sendiri, si menantu
yang sangat dipercayai.
“Cepat
Afiq,” ajak Hafeez.
***
“Kau
tak akan dapat lari lagi, pengkhianat,” gumam satu suara yang muncul dari
belakang.
Zaff
yang sudah bersalut lumpur hampir keseluruhan tubuhnya tiba-tiba menoleh ke
arah Hafeez dan anak-anak buahnya. Di tangan Zaff terdapat sesuatu yang dilapik
dengan daun pisang.
“Kenapa
kau buat macam tu?” tanya Hafeez. Zaff sekadar tersenyum.
“Tiba
masanya untuk pemangsa jadi mangsa,” gumam Zaff pula.
“Itu
adalah...” tutur Afiq.
“Tebuan...”
ujar Zaff lalu melemparkan daun pisang yang melindungi sarang tebuan di
dalamnya.
“Tak
guna! Cari sungai! Tak jauh dah!” teriak Hafeez mengarahkan anak buahnya.
Ribuan tebuan keluar dari Sarang mereka dan mengejar Hafeez, Afiq dan anak-anak
buah mereka.
“Sekarang,
kau boleh ikut mereka ke sungai. Mereka sendiri tunjukkan jalan untuk kau,”
kedengaran suara Naim menggumam.
“Terima
kasih kat kau Naim. Kau memang betul-betul genius. Sangat-sangat genius...”
tutur Zaff.
***
“Tak
guna!” teriak Hafeez sambil memukul permukaan air sungai yang sedang mengalir
di bawahnya.
Afiq
sedang duduk melutut tidak jauh daripada mayat 3 orang anak buah Hafeez yang
sudah tidak bernyawa. Kemudian, Afiq menoleh ke arah Hafeez yang sedang
berendam dalam air sungai yang sedalam paras pinggang mereka itu.
“Cukup...
berapa banyak nyawa lagi yang kau nak korbankan demi dendam kau?” tanya Afiq.
Hafeez
membersut marah lalu naik ke daratan.
“Kalau
kau tak nak tengok nyawa kau macam mayat-mayat tu, ikut cakap aku!”
Afiq
merengus kasar. Dia mengambil golok di tangannya, lalu mengikut jejak langkah
kaki Hafeez dari belakang. 3 orang antara mereka sudah mati menjadi mangsa
sengatan tebuan. Jelas, Zaff yang mereka mahu cari gaduh itu bukan
calang-calang lawan. Dia ada kedua-dua benda yang menjadikan dia lawan yang
sempurna, fizikal dan mental.
***
“Aku
nak buat apa sekarang ni Naim?” tanya Zaff tiba-tiba sambil bersandar di sebuah
pokok. Dia mengintai belakangnya, kelihatan Hafeez masih belum mahu menyerah
untuk menjadikan nyawanya sebagai galang ganti di atas maruah yang
diinjak-injak.
“Masa
untuk kau jadi pemburu pula,” kata Naim.
“Tapi
macam mana?” tanya Zaff.