Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 42

TERASA deru nafas hangat menampar-nampar kulit wajahnya. Terpisat-pisat dia hendak mencelikkan mata. Kenapalah tatkala dia sedang lena, ada saja yang menganggu? Tak boleh nak bagi dia peluang untuk menikmati nikmat tidur yang sedia ada.

"Qar... don't stare at me like that..." Indira menutup wajahnya dengan menggunakan lengan. Berharap yang Qarizh akan berhenti dari terus merenungnya. Selimut ditarik sehingga ke paras leher.

"Wakey, sayang. Dah pukul lapan pagi. Pukul berapa sayang nak bangun, huh?" Qarizh bermain dengan helaian rambut Indira yang menutupi dahi isterinya itu.

"Ala... baru pukul lapan. Just give me another one hour, please. I really need more sleep."

Qarizh tersenyum kecil seraya kepalanya digeleng sekali. Wajah bersih Indira diusapnya lembut. Langsung anak matanya tidak melepaskan seinci raut wajah isterinya itu. Baru sekarang dia rasa bagaimana perasaan menjadi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Terasa ada cahaya kebahagiaan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya. Kalaulah dulu dia tidak meneguhkan egonya, mungkin dia sudah merasai kebahagiaan yang sebenar.

"I really love you, sayang. Aku harap sangat yang kita boleh jadi pasangan macam dekat luar sana. Have a good time together. Dan aku nak jadi suami yang terbaik untuk kau. Apa yang kau suruh, akan aku cuba tunaikan sedaya-upaya aku."

Indira tersenyum. Matanya masih terpejam. Jarinya naik mengelus wajah Qarizh yang berada di hadapannya. "Kalau macam tu, lepas semua ni selesai. Dira nak Qar cuci tangan. Bebas dari benda semua ni. Can you do that?"

Qarizh membungkam. Sungguh dia tidak menyangka yang Indira akan meminta permintaan seperti itu. Cuci tangan dari perkara yang sudah menjadi rutin hariannya? Bolehkah dia?

"Aku..."

"I know it is hard for you. Just take your time. And change it slowly. Dira tak nak Qar kotorkan tangan Qar dengan membunuh orang. That is not your job, Qar."

Qarizh terdiam seketika sebelum menganggukkan kepalanya sekali. Nampaknya dia kena pencen awal daripada menjadi mafia. Dia perlu utamakan Indira sekarang ini kerana Indira Callista adalah isterinya.

"Aku cuba, sayang. Kau bantu aku."

"Dira akan selalu ada dengan Qar. Just like I say, take your time. Okay?" Indira mengusap wajah Qarizh. Dahi Qarizh yang sedikit berkerut itu diusapnya lembut agar tidak lagi bergaris.

"Janganlah asyik berkerut, nanti cepat tua. Kalau sentiasa dengan Dira, Qar kena senyum."

"Itu satu arahan yang aku kena tunaikan ke?" soal Qarizh. Tersengih.

"Yes. Wajib. Kena ikut arahan ni. Tak nak tengok muka suami Dira asyik berkerut saja. Nanti muka cepat tua daripada usianya."

Qarizh melepaskan tawa kecil. Tubuh Indira ditariknya masuk ke dalam dakapannya. Sungguh dia sangat menyayangi isterinya itu. Hanya Indira Callista yang menjadi penghuni hatinya buat selama-lamanya. Tiada wanita lain yang mampu menandingi Indira.

DARI tadi, Saif ke hulur ke hilir dengan perasaan yang tidak enak. Sesekali dia mengerling ke arah rakan-rakannya yang sedang melepak di ruang tamu seperti biasa. Bilik lepak mereka sudah lama tidak digunakan semenjak Qasrina tiada. Kerana kata Saif, setiap kali dia masuk ke dalam bilik itu, bayangan kenangan bersama Qasrina bermain-main di matanya. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi lepak di dalam bilik itu. Dibiarkan saja tidak berpenghuni. Sesekali saja, mereka akan masuk untuk membersihkan habuk yang bertandang di dalam bilik itu.

"Abang kenapa ke hulur ke hilir? Abang okey?" soal Haura sebaik saja dia melangkah keluar dari dalam bilik. Segar tubuh badannya selepas mandi.

"Tak ada. Entahlah, abang rasa macam tak sedap hati. I guess something will happen."

Haura terdiam buat beberapa saat sebelum membalas semula bicara abangnya itu. "Perasaan abang saja kut. Ataupun abang rasa ada orang yang akan attack kita malam ni?"

Saif memakukan pandangannya ke arah wajah putih milik adiknya itu sebelum kepalanya diangguk berkali-kali. "Itulah yang abang rasa sekarang ni. What we will do now? Kita kena standby. Abang takut kita tak bersedia. Lagi-lagi adik ada dekat sini. Mesti Abang Kizo aim abang."

Haura menyepetkan matanya. Bibirnya dijuihkan sedikit. Orang tengah risaukan benda lain, boleh pula dia fikirkan si abang sulung mereka itu. Haish... sabar sajalah Haura.

"Abang ni, orang tengah risaukan musuh nak attack. Dia fikir pasal Abang Kizo pulak. Sekarang ni, kita nak buat apa? Nak standby apa? Senjata dekat mana?"

"Bawah sofa tu ada kotak. Dekat dalam laci tu pun ada," jawab Saif tanpa memandang Haura. Dia menatal skrin telefon bimbitnya. Mahu menghantar pesanan kepada Qarizh yang dari tadi tidak keluar dari bilik. Entah apa yang ketuanya itu buat bersama Indira sehingga tidak keluar dari petang tadi.

"Kenapa ni? Asal nampak cemas saja?" soal Hilmi yang baru saja turun anak tangga yang terakhir.

"Abang Saif tak sedap hati. Dia dapat rasa macam ada yang nak attack malam ni. Abang Hilmi kena standby senjata jugak," jawab Haura sambil menggeledah pelbagai jenis senjata yang berada di dalam kotak coklat itu.

"Haura pandai menembak?" Hilmi meninggung di sisi Haura. Dia mengambil peluang itu untuk menatap seraut wajah cantik Haura dari tepi.

"Pandai. Dari kecil dah belajar. Cumanya sekarang ni dah lama tak guna sejak Haura sambung belajar. Hehe..." Haura tersengih seperti kerang busuk. Sepucuk Glock 19 diselitkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Bagi abang Glock Meyer 22," pinta Hilmi. Sebenarnya dia saja menguji minda Haura. Sama ada gadis itu tahu atau tidak senjata yang disebutnya tadi.

"Tada!" Sepucuk Glock Meyer 22 sudah berada di atas paha Hilmi.

Hilmi tersenyum. Bijak sungguh gadis bernama Haura Sahirah ini. Walaupun katanya sudah lama tidak mengasah bakat dek menyambungkan pengajiannya. Dia masih ingat lagi nama-nama senjata. Bagus kalau buat isteri ini. Semuanya dia ingat. Tapi, jangan salah cari pasal dengan dia sudahlah. Sampai kiamat pun, dia takkan lupa apa yang suaminya buat nanti.

"Pandai, Haura. Walaupun dah lama tak mengasah bakat, still ingat nama-nama senjata," puji Hilmi.

Hidung Haura sudah kembang kuncup dek dipuji oleh Hilmi. Jangan nak berlagak sangat. Abang Kizo dah pesan. Kalau berlagak, ilmu dalam kepala cepat terhakis. Sebab tu, jangan kedekut ilmu kalau orang tanya.

"Ala, otak Haura masih diberi peluang untuk memiliki daya ingatan yang kuat. Tu sebab Haura ingat. Hehe..."

Hilmi menganggukkan kepalanya. Dia berdiri dari meninggung sambil menyelitkan Glock Meyer 22 di belakang kocek seluarnya. Dia memerhatikan suasana sekeliling. Sepertinya dia dapat rasakan apa yang Saif rasakan ketika ini. Aura malam ini sepertinya nampak kelainan. Ada yang akan berlaku malam ini.

"Yan, Zane dengan Thakif. Kau orang pantau suasana luar. Aku, Irham dengan Hilmi akan pantau dalam rumah. Hati-hati. Aku tak sure sama ada firasat aku ni betul atau tidak. Kalau betul, make sure kau orang dah alert dengan apa-apa situasi pun," pesan Saif kepada rakan-rakannya.

"Aku nak buat apa?" soal Airiel yang dari tadi menjadi pemerhati.

"Kau tolong tengokkan adik aku. Aku risau keselamatan dia," jawab Saif.

"Eh, abang ni. Nak suruh Abang Riel jaga adik buat apa. Adik dah ada seni pertahanan diri dah. Memalukan ajelah abang ni." Haura laju membantah. Dia boleh berdepan dengan pihak lawan. Apa pula nak kena jaga-jaga.

"Abang suruh tengok-tengokkan. Kau ni, dik. Cuba faham ayat Bahasa Melayu yang abang cakapkan ni. Bukannya abang cakap Bahasa Tamil pun," sindir Saif sambil menggelengkan kepalanya.

Haura mencebikkan bibirnya. Ada-ada saja Hazim Saif ini. Sempat lagi mahu memerli orang pada waktu-waktu genting begini.

INDIRA merenung dalam wajah Qarizh yang berkerut-kerut itu. Entah apalah yang suaminya itu baca sehingga berlapis-lapis dahinya. Penat sudah dia menasihati Qarizh agar tidak sering mengerutkan dahi. Suaminya itu tetap juga berdegil. Makanya, tangannya naik mengurut-urut dahi Qarizh.

"Sorry, sayang. Aku tak sengaja." Qarizh mengendurkan semula dahinya agar tidak kelihatan bergaris lagi.

"Qar baca apa sampai berkerut macam tu?"

"Saif chat aku. Katanya dia tak sedap hati. Macam ada orang nak attack kita malam ni. Dan-dan tu juga, aku rasa tak sedap hati. Aku nak ambil senjata aku sekejap." Qarizh bangun lalu meninggung di hadapan sebuah kotak besar berwarna hitam.

Indira turut bangun lalu berdiri di belakang Qarizh. Matanya mengimbas semua senjata yang berada di dalam kotak itu. Macam-macam jenis senjata ada. Macam manalah Qarizh boleh seludup semua senjata ni bawa masuk dalam Malaysia. Licik sungguh juga Qarizh ini.

"Ni. Kau pegang senjata ni. Ni peluru dia. Kau pakai seluar yang ada poket, kan. Sumbat peluru tu dalam poket kau. Dan dengar pesanan aku ni. Jangan sesekali jauh dari aku. Aku tahu yang Yazir akan datang serang kita ni. Siapa lagi kalau bukan dia. Dia mesti nak rampas kau daripada aku. Aku takkan biarkan perkara tu terjadi kali kedua. Sama sekali takkan." Keras nada suara Qarizh memberi pesanan kepada Indira. Wajahnya turut tegang ketika itu.

Indira mengambil Glock 18 itu bersama dengan pelurunya. Dia akur dengan pesanan Qarizh. Beberapa biji peluru itu disumbatnya ke dalam poket seluarnya. Manakala Glock 18 itu digenggam erat di tangannya.

Plup! Dan-dan bekalan elektrik markas Qarizh mengalami gangguan. Gelap-gelita jadinya. Indira memeluk tubuh Qarizh dengan erat.

"Just keep silent. Don't make any sounds. Aku nak dengar suasana dekat luar," bisik Qarizh.

Indira sekadar menganggukkan kepalanya walaupun dia tahu yang Qarizh takkan nampak. Nak jawab pakai suara takut terkuat pula. Jadinya, dia hanya mendiamkan diri saja. Pelukan pada tubuh Qarizh semakin erat. Dia tidak mahu Yazir melarikan dirinya daripada Qarizh. Dia pun tak mahu perkara itu terjadi buat sekali lagi. Cukuplah sekali. Itu pun sudah memeritkan hatinya.

Bang! Bang!

Terangkat bahu Indira dek terdengar bunyi tembakan yang berada di tingkat bawah. Kedengaran suara lantang milik Haura bergema-gema sepertinya sedang memarahi pihak musuh.

"Qar..."

"Shhh..." Laju saja Qarizh menghalang Indira dari terus bercakap. Dia mahu mendengar suara yang sedang bertelagah antara satu sama lain.

"Sebelum aku penggal kepala sekor-sekor, baik kau cakap siapa kau orang ni? Nak apa?" jerkah Haura sambil mengacukan Glock 19 ke arah pihak musuh. Mujur dia sempat memakai headlight pada dahinya. Jadi, dia boleh nampak pihak musuh yang sedang berdiri di hadapannya. Entah macam mana mereka berjaya masuk pun, Haura sendiri tak tahu.

"Aku tak nak cakap banyak, perempuan ketot. Kau dengar sini, eh. Kau ni dah banyak gagalkan rancangan aku. Aku nak Indira. Dia sepatutnya jadi milik aku. Bukan Qarizh!" tengking Yazir dengan suara lantangnya sehingga menggemakan suasana markas.

"Eh, kisah pulak aku. Ketot-ketot aku pun. Anak buah kau tewas dengan aku. Apa ada hal?" balas Haura dengan riak wajahnya cukup berlagak.

Zafi yang berdiri di belakang sudah menggigit bibirnya sehingga merah. Geram betul dia dengan Haura. Pada masa yang sama, dia berkenan melihat wajah comel milik Haura itu. Sejak-sejak ini, dia asyik terbayangkan wajah Haura setiap kali dia memejamkan matanya. Parah sudah angaunya.

"Yaz... sudahlah. Baliklah. Dira dan Qar dah bahagia. Tak cukup lagi ke dulu? Kau dah bunuh Qasrina. Sepupu kau sendiri." Hilmi yang berada di sisi Haura mencelah setelah sekian lama dia berdiam diri. Dia sedang menahan emosinya dari meledak.

"Kau pembelot, Hilmi. Dulu kau belot Qarizh, lepas tu kau belot aku. Lepas ni, kau nak belot siapa pulak, hmm?"

Haura mengerling Hilmi yang berada di sisinya. Jadi, sebab inikah Abang Kizo berkeras melarangnya untuk jatuh cinta pada Hilmi? Hilmi pernah membelot Qarizh di suatu ketika dulu. Apa puncanya, Haura masih belum menemui jawapannya.

"Kau jangan nak mention benda tulah, Yaz. Kalau kau tak sentuh Qasrina, aku takkan belot pada kau. Aku dah bagi kau peringatan yang Qasrina tu milik aku. Tapi kau bunuh dia!" Suara Hilmi sudah naik seoktaf.

Haura mengetap bibirnya tanpa sedar. Entah kenapa dia berasa cemburu mendengar bait-bait kata yang keluar mulut Hilmi. Lelaki itu betul-betul menyayangi arwah adik Qarizh.

Yazir melepaskan tawanya terbahak-bahak sehingga terdongak kepalanya. Kepala digeleng berkali-kali. Entah apa yang lucu pun tidak tahulah. Mungkin baginya, kata-kata Hilmi berjaya menggeletek hatinya.

"Kau nak apa lagi, Yaz?" Suara Qarizh mencelah sebaik saja dia berdiri di anak tangga yang terakhir. Indira berada di belakang tubuhnya. Rapat.

"Finally, bertemu pun kita buat sekali lagi. Seronoknya sejak dah jadi pasangan suami dan isteri ni. Sampai lupa dah nak jenguk aku, ya? Sedihnya...." Reaksi Yazir sudah berubah sedih.

"Kalau sedih, cepat-cepatlah kahwin. Janganlah nak membujang sampai ke tua," balas Qarizh dengan bersahaja. Langsung tidak beriak.

"Haha! Weh, kau dah rampas bidadari aku. Macam mana aku nak kahwinlah, sial? Kau memang sengaja nak panaskan hati aku, kan?" amuk Yazir sambil menendang sofa single yang berada di sebelahnya sehingga tergerak dari kedudukan asalnya.

"Sofa tu tak bersalah. Jangan tendang dia," sindir Qarizh. Dia sudah pun melangkah mendekati mereka sambil menggenggam erat lengan Indira dari belakang.

"Bagi Indira tu dekat aku! Dia aku yang punya!" Yazir terus menerpa ke arah Qarizh. Dia sudah hilang sabar. Lagi-lagi melihat Indira memeluk tubuh Qarizh dari belakang. Mendidih darahnya ketika ini.

"Don't. Touch. Her." Qarizh mengacukan pistol betul-betul di hadapan wajah Yazir membuatkan langkah lelaki itu terhenti dari terus menghampirinya dengan lebih dekat.

"Wow, play rough huh..." Yazir tersenyum senget. Dia meletakkan hujung pistolnya itu pada dagu. Kepalanya disengetkan sedikit. Mahu melihat Indira dengan lebih jelas. Seperti orang gila yang terlalu obseskan seorang perempuan.

"Kau blah sebelum mayat kau aku langkah." Tegang urat leher Qarizh ketika menghalau Yazir.

"Nope. Never," jawab Yazir sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya itu.

"I said get out now!" tengking Qarizh. Kesabarannya sudah semakin menipis.

"Kau memang betul-betul cabar aku, Qar. Kau dah berjaya naikkan ego aku untuk menyahut cabaran kau yang terlalu tinggi ini!" balas Yazir sambil menikam anak mata Qarizh dengan mata helangnya.

"Aku tak nak ambil tahu. Kau tercabar ataupun tidak. Itu bukan urusan aku. Blah sebelum mayat kau hancur aku kerjakan!"

Yazir mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tidak akan mengizinkan Qarizh menyentuh tubuhnya pada hari ini. Tapi mungkin hari lain dia akan izinkan.

"Tak apa. Kau halau aku. Silap aku juga sebab datang mengejut. Patutnya datang kenalah dengan cara terhormat, kan? Bagi salam. Bawa buah tangan. Kitakan keluarga...."

"Aku jijik nak berkeluargakan kau. Aku tak ada saudara macam kau. Manusia bertopengkan syaitan. Kau jangan buat-buat lupa yang kau dah bunuh adik aku, setan."

Yazir mencemik. Konon-kononnya hatinya terguris dengan percakapan Qarizh yang kasar itu. "Okeylah. Aku balik dulu. Malam ni, aku tak ada mood pulak nak berlawan dengan kau. Anggaplah hari ini aku melawat kau. Esok lusa jangan haraplah aku nak melawat kau lagi." Tangan diangkat menyuruh anak-anak buahnya untuk keluar dari markas Qarizh ini.

"Masanya akan tiba tak lama lagi, Qar. Aku masih berbaik lagi nak bagi kau peluang berromantis dengan Indira. Tapi lepas ni, Indira akan jadi milik aku. Ingat tu."

"In your dreams, bullshit!" balas Qarizh dengan nada sinis. Bibirnya ternaik sedikit. Seakan-akan mengejek Yazir.

Yazir melepaskan dengusan kasar sebelum melangkah keluar dari markas. Masing-masing menghelakan nafas panjang. Haura terus naik ke tingkat atas tanpa bersuara. Hilmi sedikit terkejut dengan tindakan Haura. Kenapa gadis itu seolah-olah sedang marah?

"Mi, teman aku check kotak elektrik," ajak Saif sambil menarik lengan Hilmi.

Hilmi hanya akur. Hatinya dihambat rasa risau. Risau melihat Haura seperti itu. Belum pernah lagi dia melihat Haura berwajah dingin.

"Are you okay, sayang?" soal Qarizh sebaik saja dia menenangkan dirinya dari gelodak amarah.

Indira menganggukkan kepalanya. Dia bersyukur sangat yang Qarizh melindunginya daripada Yazir. Sungguh dia takut yang Yazir berjaya merampasnya daripada Qarizh.

"Shh... I'm here, sayang. Don't be scared, okay."

Indira memeluk tubuh Qarizh dengan erat. Mata dibawa pejam rapat. Cuba menghilangkan rasa takut yang mengawal dirinya. Bayangan demi bayangan bermain-main di dalam mindanya ketika ini. Trauma.


Previous: BEM 41
Next: BEM 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza