Home Novel Thriller/Aksi ELOPE
ELOPE
Zulfati Hanis
5/11/2012 21:54:24
19,820
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1 (Lelaki bertopeng Joker)

“Perempuan murahan! Malam ni kau tahulah apa nasib kau,” ugut lelaki yang wajahnya diselindungi dengan topeng joker.

“Apa salah aku?” Shima menyoal. Dia tak pernah kenal lelaki bertopeng joker ini. Tiba-tiba saja dia muncul didepannya dan terus saja dia di maki hamun.

“Apa salah kau?. Kau ni memang perempuan tak guna. Sebabkan kemewahan kau sanggup tinggalkan aku. Kau sanggup putuskan pertunangan kita!” lelaki bertopeng itu semakin merapu. Suaranya juga semakin keras.

“Saya tak pernah bertunang dengan awak. Saya tak kenal dengan awak. Mana bukti yang saya ni tunang awak?” Shima terus menafikannya. Degupan jantung Shima semakin berdegup kencang. Dia takut dengan kemunculan lelaki bertopeng ini. Dia memang tidak kenal dengan lelaki itu.

“Bukti? Ha…ha…ha…” lelaki bengis itu ketawa besar. Tawa lelaki itu makin menakutkan Shima.

“Cuba kau tengok gambar yang ada kat dalam rumah ni. Semuanya gambar kau Sofi. Aku dah korbankan segalanya untuk kau. Tapi ini yang kau balas pada aku,” tiba-tiba lelaki bertopeng itu menangis.

Shima memandang sekelilingnya. Memang setiap sudut dinding tergantung gambar seorang wanita. Namun wanita dalam gambar itu bukan dirinya. Shima meneliti gambar yang berhampiran dengannya. Si manis bertahi lalat di bibir. Dia tidak ada tahi lalat di bibir. Mukanya tidak sebujur gadis di dalam gambar ini. Sah memang bukan dia. Lelaki bertopeng ini salah orang. Dia bukan Sofi.

“Aku cintakan kau Sofi. Tolong jangan tinggalkan aku,” tiba-tiba lelaki bertopeng itu menghampiri Shima. Bahu Shima di pegang.

“Saya bukan Sofi,” Shima berusaha untuk melepaskan dirinya dari genggaman lelaki bertopeng itu. Dia dalam ketakutan.

“Aku tak akan lepaskan kau! Aku lebih rela kau mati daripada jatuh ke tangan lelaki lain,” ugut lelaki bertopeng itu dengan suara yang semakin kasar.

Shima menelan air liur. Tak tahu bagaimana harus dia melepaskan dirinya daripada keadaan yang mencemaskan ini. Dia cuba meronta untuk dilepaskan. Namun tangan lelaki itu semakin mencengkam bahunya.

“Lepaskan saya. Tolonglah. Saya bukan Sofi,” rayu Shima yang sudah menangis teresak-esak. Dirinya semakin dipagut ketakutan yang melampau.

Jawapan Shima membuatkan lelaki bertopeng itu semakin marah. Tanpa berkata pisau tajam di tusuk ke perut Shima.

Darah memercik keluar dari luka diperutnya. Shima ingin meronta. Namun suaranya tersekat.

“Aaaa….” Suara Shima semakin sayup-sayup kedengaran.


Saat Shima membuka matanya, dadanya berdegup kencang. Jelas kelihatan dadanya turun naik dengan laju. Pantas jarinya meraba perutnya. Tak ada luka. Darah pun tak ada. Tapi serasa tadi dia benar-benar dapat merasakan pisau di tusuk ke perutnya.

“Astaghfirullahalazim…..aku bermimpi ke?” soal Shima pada diri sendiri. Bayang lelaki bertopeng joker dan wajah gadis bernama Sofi kembali menghantui fikirannya. Hairan kenapa dia mengalami mimpi seperti ini sejak kebelakangan ini. Selama ini tak ada pulak dia dihujani dengan mimpi pelik seperti ini.

Bila terasa kering tekak Shima bangun dan melangkah keluar dari bilik tidurnya. Lampu dapur di buka. Sebijik gelas di capai dan dia melangkah menghampiri peti sejuk. Air jus oren di tuang ke dalam gelas tadi.

“Aaaaa!” lelaki bertopeng itutiba-tiba muncul dan ditangannya tergenggam kemas sebilah pisau tajam berkilat.

Terbutang bijik mata Shima. Lantas di campak gelas yang berada ditangannya kepada lelaki bertopeng itu. Tanpa menunggu lama Shima berlari untuk menyelamatkan dirinya daripada lelaki gila itu.

“Tolong!.....” Shima menjerit sekuat hatinya.

“Shima….Shima!...” Mimi mengoncang badan Shima yang meracau-racau.

“Oiii…..bangunlah!. Apa ni mengigau macam budak kecik,” getus Mimi yang geram bila tidurnya terganggu dengan pekikkan suara Shima.

Shima buka mata. Nafasnya jelas kelihatan tercunggap-cunggap. Dia memandang sekeliling. Hairan kenapa dia berada di dalam bilik dan kenapa Mimi ada di sini. Matanya juga tercari-cari kelibat lelaki bertopeng yang mengejarnya dan ingin membunuhnya.

“Kau ni apa hal mengigau sampai macam ni sekali, Shima?” tanya Mimi bila Shima memandangnya.

“Aku mengigau ke?”

“Ya ALLAH, kau menjerit macam orang gila kau tahu tak. Aku rasa jiran-jiran pun dengar suara pekikkan kau tu lah. Kau ni apa hal mengigau teruk sangat malam ni. Apa yang kau mimpikan tu?” tanya Mimi lagi ingin tahu.

Shima menekup mukanya. Peluh yang membasahi mukanya di kesat dengan kedua tapak tangannya. Alhamdulillah nasib baik itu hanya sekadar mimpi. Kalau betul….tidak, ini hanya mimpi. Shima menyakinkan dirinya.

“Mimpi yang sama aku mimpi,” lemah saja suara Shima. Dia benar-benar bingung dengan mimpi yang selalu menganggunya.

“Mimpi lelaki gila yang nak bunuh kau?” soal Mimi.

Shima mengangguk lemah. Memang tidak tenang hidupnya sejak dihantui dengan mimpi pelik ini. Tidur malamnya juga sudah tidak aman lagi.

“Peliklah mimpi kau ni Shima. Mungkin kau kenal dengan lelaki gila tu kut,” teka Mimi.

“Kau ingat aku dah gila ke nak berkawan dengan orang gila?” bidas Shima geram dengan cakap lepas Mimi. Orang tengah risau dia boleh buat lawak bodoh pulak.

“Ala aku gurau ajelah. Dahlah aku nak balik bilik aku. Kau pergilah cuci kaki ambik wuduk sebelum tidur balik,” sempat lagi Mimi berpesan sebelum berlalu keluar dari bilik Shima.

Manakala Shima masih berteleku di atas katil biarpun bayangan Mimi sudah lama menghilang. Runsing fikirannya bila sering dihantui mimpi-mimpi gerun seperti yang baru dialami tadi.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.