Home Novel Thriller/Aksi 101 Ways to Kill My Lover
101 Ways to Kill My Lover
Angel_k20
26/2/2023 07:09:17
3,649
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Prolog

DAHINYA berkerut. Raut wajahnya tiba-tiba bertukar serius. Mesej daripada seseorang yang membuatkan dia begitu. Sebuah untaian kata yang mampu menggugah ketenangan hatinya pada malam pertama perkahwinan dengan Aisya.

"Sahih ke?" Tanpa berlengah, Hazziq segera menelefon si pemberi mesej.

"Betul, tuan. Daripada info yang kami dapat, Puan Raja Aisya baru aje setuju untuk hadir ke event nyanyian malam di luar ibu kota," jawab orang di talian.

Jawapan tersebut segera membuatkan Hazziq melepaskan nafas kasar. Aduhai, Aisya. Nampaknya, isterinya itu memang sengaja cari pasal. Ibarat menyerahkan batang leher kepada pemancunglah kalau berani beri janji kepada penganjur program nyanyian itu.

Aisya bukannya tak tahu yang penaja utama iaitu Dato' Salman merupakan lelaki gatal yang pernah melamarnya sebagai isteri. Namun, Aisya menolak dengan baik kerana Dato' itu semestinya tidak kena dengan taste.

Sekarang, semua orang tahu yang Aisya sudah bertukar status menjadi isteri orang, termasuklah dato' itu. Jadi, ada kemungkinan besar yang dato itu akan bertindak kasar sampai sanggup mencelakai Aisya kerana tidak berpuas hati dengan perkahwinan tersebut.

Hazziq tahu hal ini.

Dato' Salman bukanlah orang yang baik. Dia itulah pesaing bisnes terbesar Square Holding. Jadinya, boleh jadi yang Dato' Salman mendekati Aisya kerana ingin merampas syarikat gergasi di Malaysia itu. Yalah, dato' itu sudah mempunyai empat isteri kot!

"Thanks. Pandailah aku urus bini aku tu." Hazziq mematikan talian.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.