Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
21,961
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
PROLOG

Hospital LadyTempler - Tahun 1965

 

MALAMkian larut. Suasana Hospital Lady Templer diselubungi semangat hitam lagijahat. Angin hitam berpelesiran di segenap sudut. Seolah-olah menunggukedatangan petaka yang masih terhijab di sebalik pandangan mata kasar. Malamyang benar-benar sepi. Rembulan berdarah sengaja ditangisi rindu sang pungguk.Meratapi nasib di dunia, sedang yang dirindui berada jauh di angkasa.

            Hospital itu kelihatan sunyi. Malah suram jika dilihatdari luar. Sejak beberapa bulan lalu, hospital itu ditutup akibat tragediberdarah yang mengorbankan beberapa nyawa. Malah, ia dikaitkan dengan misteriroh orang mati.

            Dan malam ini, seorang pengamal perubatan ditemani duapembantunya. Sosok gayanya agak meyakinkan. Nampak yakin dan bersemangat. Malahtiada ketakutan terpancar di wajahnya.

            “Tok…” panggil Syah. Pembantu Tok Ambali.

            Lelaki pertengahan 40-an itu tidak menyahut. Sekadardibahasakan dengan satu pandangan penuh makna.

            “Ia ada di dalam…” ujar Tok Ambali selepas melihat wajahSyah yang tidak keruan.

            Syah menelan liur.

            “Kau masuk dulu, Syah…” bisik Rustam.

            “Hush…” Syah menyiku lengah rakannya itu.

            “Jadi kita akan mula?” Tanya Tok Ambali.

            “Sekarang Tok?” Tanya Syah. Dia sebenarnya agakketakutan.

            “Pembersihan roh harus dilakukan segera, Syah…” balas TokAmbali.

            “Tapi Tok, Syah…”

            “Kau ni penakutlah, Syah…” Rustam kelihatan berkeyakinan.

            “Bukan… Cuma kau risau. Ini pengalaman pertama ikut dalamkes berat,” ujar Syah.

            “Jadi, lakukan yang terbaik…” tambah Tok Ambali.

            Suasana sepi seketika. Hening membalut malam.

            “Bismillah…” bisik Tok Ambali sambil merentangkantangannya ke depan.

MASA inilah burung-burunggagak yang tidur di pokok-pokok, terbang semuanya tanpa mengira kegelapanmalam. Syah sempat memaut bahu Rustam. Tangannya sedikit menggigil.

            Suasana menjadi riuh. Burung-burung gagak bertebaran diudara tanpa hala tuju. Seperti sedang takut dengan ‘sesuatu’ yang dahsyat.Dahsyat yang pasti akan membawa malapetaka berdarah.

            “Allah… Allah…” Tangan Syah menggigil sambil memegangseutas tasbih.

            “Kuatkan semangat, Syah,” ujar Rustam. Sempat berbisiksambil meneguhkan hatinya.

            Selang beberapa minit, burung-burung gagak itu sudahmenjauh. Bertempiaran entah ke mana di malam buta. Malah ada yang terbangmelanggar pokok, dinding hospital - lalu mati.

            Suasana kembali sepi. Hening seperti tadi. Cuma, anginsedikit bertiup. Sekali gus menerbangkan daun-daun kering yang tidak pernahdibersihkan lagi.

            “Mereka sudah pergi?” Tanya Syah.

            “Belum…” Jawab Rustam.

            “Kedatangan kita membuatkan mereka gentar?” Tanya Syahlagi.

            “Tidak, kedatangan kita membuatkan ‘mereka’ benar-benarmarah!” Ujar Tok Ambali.

            Syah melilaukan mata ke arah hospital. Di tepi sebuahtingkap, kelihatan satu bayang yang sedang memerhatikan mereka.

            “Tok…” Syah terpempan.

            Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, pintu utamahospital tiba-tiba terbuka. Malah, bunyi engsel yang berkarat, menghasilkanbunyi nyaring yang sungguh menakutkan. Malah mampu menaikkan bulu roma.

            “Ayuh…” Tok Ambali memaut peralatan yang dibawa di beggalas.

            “Tapi Tok…” Syah keberatan. Barangkali takut.

            “Masuk ke dalam, atau kau akan berseorangan di luar ni,”tambah Rustam.

Syah tiadapilihan. Dia menapak cepat-cepat apabila Tok Ambali dan Rustam sudah beberapalangkah ke depan.

            Sampai saja di pintu utama, mereka bertiga memasukihospital itu berlampukan jamung. Kala ini, bau-bauan yang begitu menyesakkannafas mula terhidu.

Sunyi di segenapruang hospital itu membuatkan mereka bertiga terpaksa menahan desakan hati.Syah hampir berpatah balik. Malah, sejak menginjakkan kakinya di ruang hospital,kakinya seolah-olah kebas.

Syah menghentikanmengecilkan anak mata apabila terpandang kelibat seseorang di kaunter.Serta-merta badannya seram sejuk.

“Syah!” Rustammemegang bahu lelaki itu.

“Haaa…” Syahmenarik nafasnya dalam-dalam kerana terkejut.

“Kali ini, kitatidak perlu mendaftar sebagai pesakit!” Rustam berseloroh.

Masa inilahkedengaran bunyi batu dilontar ke dinding. Mereka bertiga serta-merta salingberpandangan. Mulut Tok Ambali terkumat-kamit membaca sesuatu.

“Ayuh, kita akanmelakukan pembersihan roh,” ujar Tok Ambali.

“Di mana?” TanyaRustam.

“Roh biasanya adadi bilik-bilik mayat!” Sambung Tok Ambali.

“Naik tangga ataulif tu?” Tanya Syah.

Masa inilah lifyang kelihatan sedikit usang, terbuka dengan sendirinya.

“Lif…” balas Tok Ambalisambil berjalan ke arah lif. Syah dan Rustam tiada pilihan. Terpaksa mengikutitanpa banyak soal.

Pintu lif tertutupdengan sendirinya apabila mereka menekan aras 7. Sampai saja di aras itu, pintuterbuka dan mereka disambut dengan bau bunga-bungaan kuburan.

Mereka pantas keruang legar. Aras ini merupakan aras bilik-bilik mayat yang belum dituntutsehingga sekarang. Malah, itu salah satu alasan kenapa bekalan elektrik tidakdipotong walaupun tempat itu sudah ditinggalkan.

Masa inilahkedengaran salah satu pintu bilik mayat berbunyi. Mata mereka pantas beralih.Dan apa yang mengejutkan… tombol dipulas dari arah dalam.

“Allahuakbar…Allahuakbar… Allahuakbar!!!” mereka bertakbir memohon perlindungan.

            “Bismillahi tawakkaltu ‘alallaah, laa haulawa laa quwwata illaa billaah…”bisik Tok Ambali sambil meneguhkan keimanannya. Kalimah itu bermaksud ‘dengannama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali denganAllah’.

            “Wahai roh yang tidak dirahmati,keluar dan kembalilah ke jalan ALLAH!” Tok Ambali mengepal tangannya untukmeraih kekuatan dalaman.

            “Arghhhhhh!!!” Masa inilahkedengaran hilaian dan jeritan di dalam bilik mayat itu.

            Tombol pintu semakin kuat dipulas.Dan akhirnya, kunci mangga yang dipasang dari luar itu tercabut.

           “Subhan-Allah… Subhan-Allah…” bisikTok Ambali. Syah dan Rustam dilanda ketakutan yang dahsyat.

            Masa inilah keluar kepulan hitamdari arah bilik mayat. Bau hanyir serta-merta memenuhi segenap sudut.

            “Keluar kau makhluk yang dilaknat!”Tok Ambali menggenggam kuat kepalan tangannya apabila lantai hospital bergegarkuat.

            “Orang berimannnn!!!” Masa inilahsatu teriakan dahsyat kedengaran di belakang.

            Tok Ambali menoleh ke belakang. Diabegitu terkejut apabila Rustam sedang mencekik Syah. Dia kelihatan nyawa-nyawaikan.

            “Keluar dari jasad itu!” Tok Ambalimengangkat tangannya ke depan sambil membaca sesuatu.

            “Arghhh…” Syah diambang maut.

            “Siapa kau, dan kenapa menghunikawasan ini?” Tok Ambali berang.

            “Makhluk tanpa jasad!!!” Makhluk itumenyahut dengan suara parau.

            “Sebut namamu wahai makhlukserakah!!!”

            “Sweet Moses!!!” Suara Rustammengilai sambil mengheret Syah ke arah lif.

            “Lepaskan dia, dan keluar dari jasaditu!”

            “Arghhh…” Rustam menampakkan giginyadengan mata yang merah.

            Masa inilah satu kepulan asap tebalberpusar di tengah. Rustam kembali normal. Kerana gagal berpaut, mereka hanyutdalam arus kejahatan yang dahsyat itu. Asap hitam itu kian mengganas sehinggamereka terjatuh semula ke lantai.

            Apabila reda, mereka gagal bangkit.Dan kala ini, mereka bertiga tidak mampu berkata-kata apabila sekadar melihatsekujur tubuh kekar dan usang sedang terapung-apung di udara. Kuku-kukunyaruncing. Berwajah pucat mengerikan.

            Masa inilah mereka bagai disentapkuat lalu terhumban masuk ke dalam lif yang terbuka luas.

            “Arghhh!!!” Kedengaran jeritankematian di dalam lif. Jeritan kesakitan apabila makhluk serakah itu masuk kedalam lif tanpa menjejakkan kakinya ke lantai.

            Jantung mereka bertiga dikeluarkan.Isi-isi perut habis berjuntaian. Darah pekat mengalir membasahi lantai lif.Jeritan demi jeritan kedengaran. Dan akhirnya, mereka bertiga menemui ajalkematian yang begitu sadis lagi tragis.

            “Darah!” ujar makhluk serakah itu,lalu mengukir sesuatu di punat aras 7 lif itu dengan perkataan “Moses”!

            “Mosessss!!!” Satu teriakanmemecahkan kesunyian malam. Sekali lagi, burung-burung gagak berterbangan tanpaarah si sudut malam!

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.