Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,695
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

“AZIM! Azim!” LaungHalim.

            Dari tadi dia dan isterinya, Saadiah mencari anak sulungmereka Azim di sekitar kawasan padang permainan itu. Hari sudah menjengah kelewat petang namun anak mereka masih lagi tidak pulang ke rumah. Ada jiranmelihat Azim bermain bola di padang permainan bersama rakan-rakannya. Halim danSaadiah pun cuba mencari anak mereka di situ namun kawasan itu sudah lengang.

            “Abang, di mana anak kita?” soal Saadiah dengan penuhresah. Air mata sudah bertakung di kelopak mata.

            Halim mendengus. Matanya mendongak ke langit yang mulabertukar jingga. Orang cakap remang senja merupakan waktu di mana syaitan sukaberkeliaran. Sebab itulah orang dulu-dulu selalu pesan kalau sudah senja suruhanak-anak masuk ke dalam rumah takut tersampuk dek hantu. Pintu dan tingkap pulaharus ditutup rapat. Khuatiri syaitan masuk ke dalam rumah dan mengangguanak-anak kecil.

            “Ke mana sahajalah budak ni pergi? Tak tahu ke hari dahsenja,” ujarnya perlahan.

            “Abang, entah-entah Azim disorok hantu!” Saadiahmencelah.

            “Hisy, awak ni. Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan.Agaknya dia pergi ke rumah kawannya. Cuba awak telefon nombor kawan dia.” Halimcuba menyedapkan hati.

            “Sudah. Semuanya Diah dah telefon tapi mereka cakap Azimtak ada dengan mereka. Diah risau! Kalau-kalau Azim...” Saadiah tidakmeneruskan ayatnya.

            “Azim apa?” Halim membentak.

            “Diah risau kalau-kalau benda tu kacau Azim lagi,” ujarSaadiah perlahan.

            Halim terdiam. Dia faham dengan maksud isterinya itu. Diamenelan air liurnya. Sejak kebelakangan ini keluarga mereka telah diganggu olehsesuatu yang menakutkan. Halim sedar, benda yang menganggu keluarganya terutamasekali Azim bukanlah sesuatu yang baik. Semua ini berlaku selepas Azimmenyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-12. Satu anasir jahat cuba merasuktubuh Azim. Halim pernah menghantar anaknya pergi berubat dengan seorang ustaz.Ustaz itu memberitahu, anasir jahat itu ingin menakluki tubuh Azim untuk iaterus hidup. Apabila ditanya dari mana datangnya anasir jahat yang cuba merasuktubuh anaknya, ustaz itu memberitahu benda itu datangnya daripada keluarga Saadiah.

            Tiba-tiba Saadiah menangis teresak-esak.

“Inisemua salah Diah. Benda itu tak dapat kuasai Diah jadi ia cuba menguasai Azimpula. Selagi dalam tubuh badan Azim mengalir darah keturunan Diah... selagi itubenda itu akan terus menganggu dia,” ujar Saadiah teresak-esak.

Halimterkedu seketika. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Lalu dia memeluk bahuisterinya dengan lembut.

“Sudahlahtu. Tak usah menangis lagi. Sekarang ni kita kena cari Azim sampai jumpa. Pasal‘benda’ itu... nanti kita fikirkan macam mana nak usir ia daripada terusmenganggu keluarga kita,” kata Halim dengan lembut.

Saadiahterangguk-angguk. Sayup-sayup kedengaran laungan azan Maghrib dari surau yangberdekatan. Halim dan Saadiah terus mencari anak mereka yang hilang itu. Dalamhati mereka berdoa semoga anak mereka segera ditemui.

Sewaktumereka sedang mencari Azim di sekitar kawasan perumahan, tiba-tiba sepasangsuami isteri mendatangi mereka. Wajah pasangan suami isteri itu tampak gusarsama seperti mereka.

“Encik,tumpang tanya. Encik ada nampak tak seorang budak perempuan sekitar usia 12tahun merayau-rayau di kawasan ini?” tanya si suami kepada Halim.

Halimdan Saadiah saling berpandangan.

“Takada pula kami nampak budak perempuan berjalan di sini dari tadi. Kenapa?” soalHalim pula.

“Anakkami... anak kami dah hilang. Yang sebenarnya kami baru pindah di kawasan ini.Masa kami tengah kemas-kemas rumah kami tak perasan yang salah seorang anakkami keluar rumah. Dari tadi kami mencari kalau-kalau dia berada di kawasan initapi tak jumpa,” jawab si isteri pula.

WajahHalim dan Saadiah bertambah resah. Hati mereka mengatakan ada sesuatu yangtidak elok sudah berlaku.

“Yangsebenarnya... kami pun sedang mencari anak lelaki kami. Petang tadi dia keluarbermain dengan rakan-rakannya di taman permainan itu tetapi sampai sekarang takpulang-pulang,” ujar Halim.

Pasangansuami isteri itu saling berpandangan. Ada garis kerisauan di wajah mereka.Mereka risau kalau-kalau sesuatu yang tidak elok telah menimpa anak mereka.

“Abang,kita pergi report polis, bang!” ujarsi isteri.

“Apakata kita cari dulu di sekitar kawasan ini. Selalunya kalau nak buat laporanpasal orang hilang kena tunggu 24jam,” kata Halim.

“Tapikita nak cari di mana? Saya dah buntu kat mana lagi nak cari anak saya ni,”keluh si suami.

“Apakata kita cari di kawasan sungai pula?” usul Saadiah yang mendiam diri sedaritadi.

Halimmengetuk kepalanya. Sungai! Kenapalah dia tidak terfikir nak cari Azim di situ.Sebelum ini dia selalu membawa Azim ke sungai yang berdekatan dengan perumahanmereka itu untuk memancing ikan. Tanpa membuang masa mereka berempat pun menujuke sungai.

Langitperlahan-lahan beransur gelap. Sewaktu Halim tiba di kawasan sungai, diamelihat Azim sedang berdiri di atas jambatan bersama seorang budak perempuan.

“Azim!”teriak Halim.

Azimtidak menyahut. Halim mula dihurung rasa aneh. Dia merasakan sesuatu yang tidakkena pada anaknya. Dia melihat anaknya dan budak perempuan itu berdiri tegakseperti patung. Halim terkejut apabila tangan budak perempuan itu memegangsebilah pisau.

Saadiahdan pasangan suami isteri yang baru tiba di situ terkejut melihat anak-anakmereka berada di atas jambatan. Pasangan suami isteri itu mahu mendapatkan anakperempuan mereka namun ditegah oleh Halim.

“Kenapa?Kami mahu ambil anak kami!” tegas si suami.

“Nanti.Biar aku yang pergi ke sana dahulu,” kata Halim.

“Kautak nampak ke apa yang anak aku sedang pegang? Aku tak nak apa-apa terjadi padaanak aku!” bentak si suami lagi.

“Akutahu tapi kalau kau bertindak terburu-buru... kemungkinan besar pisau itu akan makantangan anak kau!” ucap Halim lagi dengan lebih tegas.

Pasangansuami isteri itu tergamam. Mereka kehilangan kata-kata.

Saadiahmenarik tangan suaminya.

“Abang,adakah...” Dia tidak mampu meneruskan ayatnya.

Halimmengangguk perlahan.

Saadiahmenekup mulutnya. Air mata mula bergenang di pelupuk mata. ‘Benda itu’ telahmerasuki tubuh anaknya sekali lagi.

Perlahan-lahanHalim menghampiri anaknya. Telinganya menangkap suara halus Azim membaca jampiserapah. Dia tahu bukan Azim yang membaca jampi itu sebaliknya ‘benda’ yangmerasuki tubuh anaknya.

“Azim,”ujar Halim sebaik sahaja dia berada di belakang anaknya.

Denganperlahan Halim menyentuh bahu Azim. Anaknya berpaling. Halim terkejut apabilamelihat sepasang mata merah menyala merenungnya dengan renungan yang tajam. Kakinyaterundur ke belakang.

“Janganganggu aku!” Satu suara garau keluar dari mulut Azim.

Halimtersentak. Lantas  dia memegang kepalaanaknya dan membaca ayat Kursi. Dia tidak akan sesekali membiarkan ‘benda itu’menakluki tubuh anaknya.

Azimmula meracau-racau. Suara garau keluar dari mulut Azim menyumpah seranah Halim.Halim tidak berhenti di situ. Dia membaca pula ayat Ruqyah yang dimulai dengansurah Al-Fatihah kemudian diikuti beberapa potongan ayat yang terdiri daripadasurah-surah yang terpilih.

Azimmenjerit nyaring. Kepalanya sampai terdongak ke atas. Tubuhnya bergegar kuat.Kemudian matanya yang merah menyala itu kembali normal. Spontan tubuhnyamenjadi longlai lalu jatuh. Mujur Halim sempat menyambutnya. Azim tidaksedarkan diri. Manakala budak perempuan yang hampir-hampir menjadi mangsa‘benda’ yang merasuki tubuh Azim turut rebah. Pasangan suami isteri itu segeramendapatkan anak mereka. Berkali-kali mereka memanggil nama anak mereka namunbudak perempuan itu tetap tidak sedarkan diri.

“Apayang anak kau dah buat pada anak kami, hah?” bentak si suami.

Halimterdiam. Sukar untuk dia menjelaskan kepada pasangan suami isteri itu tentangapa yang telah berlaku. Dia hanya mampu meminta maaf atas apa yang telahterjadi. Kemudian pasangan suami isteri itu segera membawa anak merekameninggalkan tempat itu. Saadiah pula segera mendapatkan suami dan anaknya. Diamenangis teresak-esak saat melihat keadaan Azim yang tidak terurus.

“Kitamesti ubati Azim malam ini juga!” kata Halim.

Saadiahmengangguk. Malam itu juga mereka bergerak ke rumah ustaz yang mengubati Azimsebelum ini. Anak bongsu mereka, Aisyah yang baru berusia setahun ditinggalkanbersama Zubaidah.

Malamitu hujan turun dengan lebat sekali sehingga menyukarkan pemanduan Halim. Saadiahyang duduk di belakang bersama anak mereka memintanya supaya memandu denganberhati-hati kerana permukaan jalan ketika itu sangat licin.

Saadiahmemandang Azim yang masih tidak sedarkan diri. Sesekali kedengaran suaraanaknya meracau-racau. Hati Saadiah dipagut rasa resah melihat keadaan anaknyaitu. Dia berharap sangat mereka segera sampai ke tempat yang di tuju.

Sewaktudi persimpangan lampu isyarat, Halim memberhentikan kenderaannya kerana lampubertukar merah. Ketika itu hanya keretanya sahaja yang berada di situ. Halim melihatjarum jam tangannya ketika itu sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.Perjalanan ke tempat untuk mengubati anaknya masih lagi jauh. Dia mengerlingkeluar. Hujan masih lagi tiada tanda mahu berhenti.

Apabilalampu isyarat mula bertukar hijau Halim pun meneruskan baki perjalanan mereka. Namunnasib malang keluarga itu apabila sebuah lori treler dari arah bertentangantiba-tiba merempuh kereta mereka. Halim hilang kawalan pemanduan lalumenyebabkan keretanya terbalik di atas jalan raya yang basah.

Akibat daripada kemalangan itu, Halim mengalamikecederaan yang parah pada bahagian kaki sehingga menyebabkan kaki kirinyaterpaksa dipotong. Saadiah meninggal di tempat kejadian. Azim pula hanyamengalami kecederaan ringan namun dia tidak dapat mengingati apa yang berlakukepadanya sebelum kemalangan itu berlaku.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI