Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,679
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

MALAM baru sahajamelabuhkan tirainya. Langit kelihatan sangat gelap sekali. Tiada satu puntaburan bintang menghiasi langit malam. Bulan pula berselindung dibalik awanseakan-akan malu untuk memunculkan diri. Seperti anak dara yang menyembunyikanwajah dibalik selendang.

Cuacapada malam itu agak berbahang daripada kebiasaannya. Barangkali sebab sekarangini Malaysia sedang mengalami Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yangsedikit dan menyebabkan cuaca agak kering dan panas. Dijangka keadaan iniberlanjutan sehingga penghujung bulan Mac.  

Dalamkegelapan malam muncul satu susuk tubuh dari sebuah kebun yang kini menjadisebuah hutan kerana sudah lama dibiarkan terbiar oleh pemiliknya.  Susuk tubuh itu berjalan terbongkok-bongkokmenuju ke sebuah sungai. Sesekali kedengaran seperti orang sedang mengerangkesakitan. Wajah susuk tubuh itu tidak kelihatan kerana terlindung dek gelap malam.Hanya sepasang mata berwarna merah menyala yang kelihatan.

“Arghhh!”

Diamenjerit apabila terdengar alunan bacaan ayat suci al-Quran dari corong masjidyang berdekatan. Tubuhnya yang kurus kering itu mengelinjang tidak tentu arahseperti cacing kepanasan. Lantas dia menceburkan diri ke dalam sungai. Sebaik sahaja air mengenai tubuhnya, asap pun keluar dari balik tubuhnya bagaikan terbakar. 

“Arghhh!Jangan baca lagilah, bodoh! Sakittt!” Jeritnya lagi apabila bacaan ayatal-Quran masih lagi berkumandang.

Diamenutup telinganya kuat-kuat dengan tapak tangan. Tubuhnya sakit tidak terkataapabila mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran. Tubuhnya bagai terbakardibuatnya. Sebab itulah dia membiarkan tubuhnya terendam di dalam air sungai.Tubuhnya semakin banyak mengeluarkan asap. Dia tergeleng-geleng kepala apabilamelihat tangannya yang melepuh dan merekah-rekah.

“Tidak!Tidak!” Dia tergeleng-geleng kepala.

“Kerala!Tolong aku, Kerala!” Kali ini dia memanggil nama seseorang. Sepasang matanyayang merah menyala meliar memandang sekeliling.  

Diabenar-benar memerlukan bantuan daripada seseorang yang bernama Kerala saat itu.Hanya Kerala sahaja yang mampu menolongnya. Dia tidak boleh kehilangan tubuhbadannya itu walaupun dia tahu tubuh itu sudah tidak berguna lagi. Diamemerlukan tubuh itu untuk terus hidup.

“Kerala,tolong aku!”

Nadasuaranya semakin lemah. Tubuhnya semakin mereput. Dia terduduk di dalamair.sungai.

“Kaumencari aku?” Satu suara garau kedengaran.

Diamendongak. Kelihatan satu lembaga berkelubung berdiri di tebing sungai. Diasegera mendapatkan lembaga itu lalu berlutut di hadapannya.

“Kerala,tolong aku. Badan aku...”

Diatidak dapat meneruskan ayatnya. Tubuhnya benar-benar terasa berbahang. Dia memandanglembaga berkelubung yang bernama Kerala itu dengan pandangan penuh kasihan. WajahKerala tidak kelihatan kerana dilindungi dengan kain kerudung yang menutupisebahagian wajahnya. Dia merenung anak mata Kerala yang berwarna hijau.Pandangan mata itu sangat tajam dan licik.

“Kautidak ‘makan’?”

“Macammana aku nak ‘makan’ dengan keadaan diri aku macam ini? Sudah lama aku tidakdapat keluar memburu mangsa-mangsa aku.”

“Tubuhitu tidak dapat bertahan lama lagi. Sekiranya kau berterusan menggunakan tubuhitu... kau yang akan mati terlebih dahulu!” ujar Kerala.

“Tolonglahaku pulihkan tubuh ini. Hanya kau sahaja yang dapat memulihkannya. Aku dah taktahan sangat ni. Badan aku jadi sakit disebabkan keparat-keparat yangmengalunkan ayat-ayat itu. Tubuh aku seperti mahu terbakar dibuatnya. Tolonglahaku, Kerala. Lihatlah tubuhku yang semakin mereput ini.” Dia merayu.

BibirKerala yang terlindung dibalik kain kerudungnya meleret sinis. Dia suka apabilamanusia tunduk merayu-rayu kepadanya. Dia sangat suka pada manusia yang berhatirapuh seperti yang di hadapannya sekarang ini. Apabila hati seseorang itu lemahdan kosong tanpa diisi dengan kalimah-kalimah ALLAH swt maka dengan mudahnyadia menghasut dan menguasai manusia itu. Sudah menjadi tugasnya untuk menghasutmanusia ke jalan yang sesat sehingga tibanya hari kiamat. Manusia di hadapannyaitu merupakan salah satu kejayaannya dalam menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.  

Keralaketawa terbahak-bahak. Tawanya itu mampu membuatkan air sungai berkocaksehingga menyebabkan ikan-ikan di sungai itu naik ke darat. Dia terpinga-pingaapabila Kerala ketawa secara tiba-tiba.

“Akuboleh bantu kau tetapi... adakah kau masih lagi menganggap aku sebagaituhanmu?” soal Kerala dengan sinis. Mata hijaunya galak memandang manusia itu.

“Kautuhanku. Kepada engkau sahajalah tempat aku menyembah dan bersujud. Tiadasesiapa pun yang dapat menandingi kekuasaan kau di atas muka bumi ini bahkan diseluruh cakerawala. Tolonglah aku, Kerala. Aku betul-betul tidak tahanmenanggung seksaan ini.” Dia merayu lagi.

“Maridekat kepadaku!” Kerana menggamit tangannya supaya datang lebih dekatkepadanya.

Lajudia mengensot ke hadapan. Kepalanya terdongak memandang Kerala yang berdiri dihadapannya. Kemudian Kerala mengeluarkan kerambit dari balik jubahnya laludigores kerambit itu ke tapak tangannya. Darah berwarna hitam keluar daritempat luka itu. Kerala menitikkan darahnya itu ke mulut manusia di hadapannya.Bibirnya terkumat-kamit membaca satu mantera kuno.

Diamenjilat-jilat darah Kerala yang menitik ke mulutnya. Tidak puas dengan titisandarah itu, dengan rakusnya dia memegang tangan Kerala lalu menjilat-jilattempat luka itu. Saat darah Kerala masuk ke kerongkongnya, dia merasakan satutenaga yang luar biasa menjalar ke segenap tubuhnya.

Tubuhnyayang berbahang sebentar tadi kembali surut. Tubuhnya tidak lagi menggelinjangseperti cacing kepanasan walaupun ayat-ayat al-Quran masih lagi berkumandang dimasjid yang berdekatan. Walau bagaimanapun, tubuhnya tetap mengalami prosespereputan walaupun dia sudah kembali bertenaga. Dia memandang Kerala denganrasa resah.

“Kerala,tubuhku tetap mereput walaupun aku sudah hisap darah kau,” ujarnya.

“Kauperlukan tubuh yang baru. Tubuh itu sudah tidak berguna lagi untuk kau!” kataKerala.

Keralamemandang tubuh di hadapannya itu. Tubuh itu sudah terlalu uzur. Tubuh manusiasememangnya tidak dapat bertahan lama. Ada had limitnya. Pemilik asal tubuh itusebenarnya merupakan seorang lelaki muda yang suka mendaki bukit. Pada suatuhari, lelaki itu telah ditimpa kemalangan apabila bukit yang didakinya ituberlaku tanah runtuh. Tubuh lelaki malang itu telah tertimbus di dalam runtuhantanah lalu menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Berhari-haripasukan penyelamat mencari jasad lelaki itu di tempat kejadian namun tidakditemui. Usaha mencari terpaksa dihentikan apabila pihak penyelamat tetap tidakmenjumpai jasad lelaki malang itu. Jasad lelaki malang itu terus berkubur dibawah runtuhan tanah hampir bertahun-tahun sehinggalah pada satu harisekumpulan pendaki bukit menjumpai seorang lelaki merayau-rayau di dalam hutantanpa hala tuju. Ahli keluarga lelaki malang itu terkejut apabila melihat anakmereka rupa-rupanya masih hidup setelah bertahun-tahun menghilang. Namun tiadasiapa pun yang tahu sebenarnya di dalam tubuh lelaki itu terdapatnya satuentiti jahat yang telah menumpang tubuh malang itu.

“Inisemua angkara si keparat itu. Kalaulah dia tidak membunuhku... pasti aku tidakakan jadi seperti ini. Tubuhku tidak akan terperangkap di dalam sumur itu. Arghhh!”Dia membentak. Hatinya meluap-luap rasa amarah dan dendam terhadap seseorang.

Keralaketawa mengekek. Dia suka apabila di dalam hati seorang manusia itu mempunyaiperasan benci dan dendam terhadap manusia yang lain.

 “Usah kau bersusah hati. Aku sudah jumpa tubuhbaru untuk kau,” ujar Kerala seraya menghirup udara malam. Matanya tertancappada sebuah jambatan yang terletak tidak jauh dari situ.

Diaturut menoleh ke arah jambatan itu. Hidungnya tergerak-gerak. Dia dapatmenghidu bau manusia di jambatan itu. Bibirnya meleret lebar. Dia bakalmemiliki tubuh yang baru.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI