Home Novel Seram/Misteri The Melody
The Melody
Akma Saidon
21/8/2014 21:28:37
18,947
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Papan kekunci keyboard itu ditekan-tekan beberapa kali. Ezzyra kelihatan tidak berpuas hati. Berkali-kali ditekan, menghasilkan irama yang tidak sekata. Telinganya santak mendengarkan bunyi yang cukup tidak disukainya itu terhasil.

Dari luar Shazreen mendengar Ezzyra merengus kasar. Segera dirapati studio mini mereka lalu dia mengorak langkah masuk ke dalam. Diperhatikan wajah Ezzyra yang berkerut. Gadis itu masih leka dengan keyboard kesayangannya. Di keyboard itulah tempat Ezzyra meluah rasa.

“Kenapa Ezz?” tegur Shazreen perlahan.

Ezzyra mengangkat muka seketika, sebelum kembali menunduk. Mukanya sudah masam mencuka. Pasti ada yang tak kena. Bisik hati Shazreen. Dia masih memerhatikan sahabatnya itu.

“Tak boleh nak compose,” ujar Ezzyra agak lambat.

Shazreen tersenyum lebar. Itu rupanya.. desis hati kecilnya. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Ezzyra. Mukanya masih asyik memerhatikan tingkah Ezzyra yang sibuk menekan-nekan papan kekunci berkali-kali.

“Liriknya dah siap?” soal Shazreen.

“Belum lagi,” balas Ezzyra.

Shazreen diam. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Jadinya, dia sekadar memerhatikan tingkah Ezzyra yang sesekali mengeluh kecil. Entah apa lagilah yang tidak berkenan di hati gadis berlesung pipit itu.

Ezzyra langsung tidak mempedulikan kehadiran Shazreen. Dia masih sibuk mencari-cari alunan yang berkenan di hatinya. Agak lama dia sibuk menekan-nekan papan kekunci sebelum akhirnya dia mengaku kalah. Beberapa papan kekunci ditekan kasar tanda meluah rasa.

Naik terperanjat Shazreen mendengarkan bunyi yang agak menyakitkan telinga. Bulat matanya memerhati Ezzyra yang sudah merungut-rungut sendirian. Tergeleng-geleng kepalanya melihatkan tingkah sahabatnya itu.

“Sabar sahabat..” ujar Shazreen perlahan.

Ezzyra tidak menghiraukan kata-kata Shazreen. Pantas dia berjalan meninggalkan tempatnya lalu mendapatkan meja yang terdapat di sudut tepi studio mini tersebut. Diambil fail oren kepunyaannya lalu diselak-selak helaiannya dengan kasar. Dia mencari-cari sesuatu.

“Cari apa tu, Ezz?” soal Shazreen dari jauh.

Ezzyra hanya diam. Dia masih menyelak helai demi helai kertas yang terdapat di dalam fail oren miliknya. Kasar perbuatan tangannya namun masih belum kuat untuk mengoyakkan kertas-kertas tersebut.

Meleret senyuman Ezzyra sebaik apa yang dicari telah ditemui. Dia kembali berpaling sambil di tangan tergenggam kemas sekeping kertas yang berconteng. Shazreen sekadar memerhati.

“Kau dengar eh, Shaz. Aku mainkan lagu ni,” ujar Ezzyra ceria.

“Lagu baru?” soal Shazreen. Berminat ingin tahu.

“Aku composed lama dah. Saja tak bagi korang dengar,” ujar Ezzyra.

Shazreen hanya mengangguk. Dia masih setia memerhatikan tingkah Ezzyra yang sudah bertukar ceria. Itulah Ezzyra. Emosi boleh berubah sekelip mata. Namun, wajahnya selalu dikatakan tidak beremosi. Dikalangan teman-teman sekelas, dia digelar manusia tanpa perasaan dek kerana wajahnya tidak beremosi.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.