Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
32,441
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

"jadi masih tak tahu kenapapelajar tu bunuh diri?" soal Rina kepada pakcik itu. Pakcik itu hanyamenggelengkan kepala. 

"kenapa diabunuh diri? dia stress belajar?" gumam Rina sendirian tetapi masih dapatdidengari oleh pokcik tersebut.

"pelik kan?tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je bunuh diri." kata pakcikitu. 

"haah. sangatpelik. tak buat siasatan lebih lanjut ke ?" soal Rina. 

"buat. pihakpolis jumpa nota tulisan tangan yang dipercayai ditulis oleh pelajar itu. Danakhirnya kes itu ditutup dan diklarifikasikan sebagai kes bunuh diri tanpasebarang penjelasan yang jelas." panjang lebar lelaki tua itu menerangkankepada Rina. 

Rina tidak dapatmenyembunyikan rasa ingin tahunya. Dia berasa kes tersebut sepertinya ada yangpelik. Tetapi apakan daya kes itu juga telah lama berlaku. 

"ehh, pakcikk.terima kasih sebab sudi cerita pada saya tentang itu. Saya kena balik bilik ni.Nanti ada masa kita sembang lagi yer." Kata Rina tiba-tiba apabila diateringat yang dia ada sesuatu yang perlu dilakukan. 

Rina pergiterburu-buru meninggalkan pondok itu. Pakcik itu hanya tersenyum melihat Rinayang tergesa-gesa pulang ke biliknya. Dia teringat seseorang yang sangat rapatdengannya dahulu. Matanya mula berair apabila kenangan dahulu menjelma di dalamingatannya tika itu. 

 

*** 

Khairul tiba dilapangan terbang setelah lama duduk di dalam pesawat. 

“lamanya tak balik.Rindu pulak rasanya.” Katanya sendirian. Setelah lama belajar dan bekerja dinegara orang akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya.Jika bukan tawaran kerja yang dia dapat di Malaysia mungkin sampai bebila pundia tak akan pulang ke Malaysia. Maklumlah dia adalah anak yatim dan tiadasesiapa yang menunggunya di Malaysia melainkan rumah anak-anak yatim tempat diatinggal dahulu. 

Dari jauh dia lihatada seseorang melambai ke arahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis melihatorang itu. Kakinya laju melangkah mendekati orang itu.

“ingat kan taknak jemputI” kata Khairul kepada orang itu.

“kalau I tak jemputsiapa lagi nak jemput you?” ujar Jessi sambil mencebikkan bibirnya. 

“ehhh muncung tu.Dah lama tak jumpa I kan? Cuba lah tunjuk wajah yang penuh dengan senyuman nitak muncung je tahu.” Khairul berkata mengutuk wanita itu. 

“haaa yelah.” Jessimenunjukkan wajahnya yang tersenyum paksa. Khairul tersengih melihatwanita. 

“I nak jalan-jalan.Esok I dah kena lapor diri kat tempat baru. Jom bawa I jalan-jalan.” AjakKhairul teruja. Dia sudah lama tidak menjejakkan kakinya di Malaysia. 

Dia berjalanberiringan dengan Jessi. Jika orang lihat mereka berdua pasti kan mengatakanmereka berdua itu adalah pasangan suami isteri. Tetapi itu semua hanyalahpandangan orang lain. Hakikat sebenarnya mereka berdua adalah kawan baik sejakdari zaman belajar di Jepun lagi. 

Jessi juga belajardi Jepun tetapi di pulang ke Malaysia untuk bekerja di tanah air sendiri. Lainpula dengan Khairul yang memilih untuk terus tinggal di Jepn dan bekerja disana. Tetapi mereka tetap meneruskan hubungan mereka sebagai kawan sejakberbelas tahun lamanya. 

Ramai yangmemandang mereka sepanjang mereka berjalan menuju ke kereta. Terutamagadis-gadis yang melihat Khairul yang segak. 

“Panjang senyum?Suka lah tu jadi tatapan gadis-gadis kan?” Ejek Jessi. Kata-kata Jessimembuatkan Khairul tertawa. 

“hahahaha you niJess. Macam taktahu je. I memang jadi tumpuan di mana-mana pun I berada.” UjarKhairul dengan bangga sekadar untuk mengusik wanita itu. 

“yelah. Oranghandsome. Tua pun orang pandang.” Kata Jessi. Khairul pun hanya tersenyummendengar kata-kata Jessi.    Mereka berdua beriringan meninggalkantempat itu. 

"you dapattawaran mengajar dekat universiti mana?" soal Jessi. 

"Dekatuniversiti i study dulu." jawan Khairul sambil matanya memandang ke luartingkap kereta. 

"why?"Soal Jessi tidak memahami apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Dia tahu maknauniversiti itu kepada Khairul. Tempat yang banyak menyimpan kenangan pahitkepada lelaki itu.

"I think dahtiba masanya i balik. Sampai bila i nak duduk negara orang kan." ujarKhairul dengan tenang. Dia tahu wanita itu risaukan dia. 

Jessi hanyamenganggukkan kepalanya. Dia juga bersetuju bahawa Khairul pulang semula keMalaysia. 

"I just hopeyou will be okay. Perkara lepas tidak perlu dikenang." kata Jessi. Khairulhanya tersenyum tawar. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu melepaskanperkara lepas yang sangat memberi kesan terhadap hidupnya itu. 

 

#note

sambungannya disimpan sebagai karya yang bakal diterbitkan suatu hari nanti. 

terima kasih kerana sudi membaca.

teruskan menyokong karya yang seterusnya. 

Previous: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.