Home Novel Seram/Misteri Realiti atau Fantasi
Realiti atau Fantasi
Maryani Zailani
11/11/2022 13:53:10
12,632
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Foto dirinya bersama dengan wanita tidak terlihat wajah itu masih ditatapnya lagi. Kedengaran bunyi air paip dibuka menanda seseorang yang lain turut berada di situ mengganggu tumpuannya. Hampir tercetus amarahnya. Dia menjeling ke bilik air paling hujung yang dirasakan ada seseorang di situ.

“Kau…wanita yang tidak kukenali,” katanya dalam hati.  Perlahan-lahan dia melihat pantulan wajahnya sendiri pada cermin.

“Aku bingung…kadangkala aku…sedang bermimpi…aku tak percaya dengan apa yang aku alami,” dia memegang wajah sendiri.

“Kenapa tak percaya?” Hampir menjerit kerana pantulan wajahnya sendiri menguntum senyuman ngeri dan bercakap kepadanya. Sekilas sahaja perkara itu berlaku. Dia menganggap dia terlalu letih sehingga terbayang yang bukan-bukan. Dia bernafas kencang.

Tak sengaja dia terpandangkan foto yang dipegang itu. Suara seseorang yang sedang mengertawakannya kedengaran bingit. Terbit rasa benci terhadap foto itu. Dengan terkocoh-kocoh dia mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya. 

Api membakar foto itu. Bau asap menerpa rongga hidungnya. Semacam kepuasan melihat sedikit demi sedikit foto itu dijilat api. 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.