Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Hilang
Gadis Yang Hilang
Amaryllis Dahlias
22/6/2019 01:39:18
16,594
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
2

 

Aku mempercepatkan langkah ke atas. Tingkat rumah aku kelihatan ada cahaya lampu koridor. Rasa lega sedikit.

 

Langkahku semakin laju bila hampir sampai depan pintu rumah dan harapanku aku dapat masuk ke dalam tanpa apa-apa gangguan. Aku keluarkan kunci, mata ku melingas keliling.. tiada sesiapa di situ. Tanganku masih teraba-raba cuba merungkai kan kunci yang semuanya kelihatan serupa. Setiap kali aku memang menghadapi masalah mahu membuka pintu rumah kerana semua anak kunciku kelihatan serupa saja. Terasa begitu lama sekadar membuka kunci rumahku.

Belum sempat aku membuka pintu tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menepuk belakangku. Arghhhhhhh….

Hampir aku melompat akibat terkejut.

“Aliff..”suara itu. Nadanya rendah dan separuh berbisik seperti bisikan angin.

“Roza?” spontan aku menyebut nama yang asyik terpapar dalam benakku sepanjang aku memanjat tangga. Tanganku menggeletar dan gugusan kunciku terjatuh dari tanganku.

Aku segera menoleh ke arah dari mana suara itu datang.

Tapi tiada sesiapa di situ.

Hello? Hello… aku cuba keluarkan suara lagi. Harapanku ada sesiapa di persekitaran itu akan menjawab. Cepat-cepat aku kutip gugusan kunci dan mencuba semula untuk masuk ke dalam rumah.

Mulutku kumat kamit membaca ayat-ayat suci yang aku teringat. Aku hanya berharap apa juga yang berbisik itu akan tidak berulang lagi sebelum aku sempat masuk ke dalam.

Akhirnya aku berjaya membuka pintu. Mata ku meliar memerhati kelilingku. Sisa-sisa keberanianku masih ujud. Dalam menggeletar aku masih dapat bertindak sewajarnya. Aku mesti tahu suara itu suara orang atau suara hantu…aku pasti tiada sesiapa dekat situ..jadi yang bersuara itu berada di mana…dalam keadaan serba tak kena aku cepat-cepat masuk ke dalam dan menutup pintu laju-laju. Cepat aku memetik suis dekat pintu tetapi malangnya lampu tidak terpasang…mentol terbakarkah?  Aku bersandar di pintu untuk beberapa ketika. Nafasku tercungap sedikit. Aku melepaskan nafas lega walaupun kakiku terasa lembik dan aku terduduk di belakang pintu itu cuba menafsir kejadian sebentar tadi.


Tiba-tiba...

BAM BAM BAM!!

Pintu ku diketuk kuat. 

“Tolong aku Aliff..” tiba-tiba suara itu kedengaran lagi. Kali ini lebih jelas.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias