Kisah seram dan mistik sangat rapat dengan masyarakat kita. Di dunia ini terdapat banyak perkara-perkara yang sukar dijelaskan secara saintifik. Kewujudan malaikat, jin dan syaitan misalnya masih belum dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Cabaran Kisah Seram & Mistik adalah sebuah karya koleksi kisah-kisah seram, mistik dan paranormal yang dicatatkan oleh seorang jurnalis misteri. Beliau telah mengembara ke seluruh pelusuk negara dan dunia untuk mencari kisah-kisah seram dan mistik untuk dimuatkan dalam buku ini.
Apakah yang mengundang beliau untuk melaksanakan tugas yang sangat berisiko ini? Jawapannya mungkin akan dapat diketahui pada halaman-halaman terakhir koleksi kisah seram dan mistik ini.
Al-Quran telah disampaikan kepada kita menerusi Nabi Muhammad S.A.W adalah panduan hidup yang sempurna. Terdapat beberapa ayat-ayat Al-Quran jika digunakan dengan betul, dapat membantu kita untuk mengatasi gangguan jin.
Ayat-ayat berikut dikatakan berbahaya dan boleh membakar jasad jin jika digunakan dengan cara yang betul dan berulang-ulang:
Surat Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Baqarah (137), Ali Imran (181), An-Nisa (14), Al-An’am (93), Al-A’raf (117-120), Al-Anfal (12-14, 17 dan 50), At-Taubah (26 dan 35), Yunus (88), Hud (56, 67, 82-83), An-Nahl (1), Al-Israa’ (18, 81), Thaha (97), Al Anbiya (11-15), Saba (48-54), Adz-Dzariyah (10-14), Al-Qamar (19-21), Al-Haaqqah (1-8), An-Nazi’at (1-7, 35), Al-Buruj (10) dan Al-‘Alaq (15-18).
Surah-surah berikut mampu menghalau gangguan jin dan syaitan:Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah
Surah Al-Ikhlas dan Al-Mu'awidzatain (Surah Madaniyah: Al-Falaq dan An-Naas)
Surah Al-Falaq mengajar kita untuk meminta perlindungan daripada kejahatan manakala Surah An-Naas mengajar kita untuk memohon perlindungan daripada kejahatan jin dan manusia.
Ayat-ayat berikut juga boleh digunakan untuk menghalau jin dan syaitan:
Ayat 36 (Surah Fushshilat)
Ayat Kursi / Ayat 255 (Surah Al-Baqarah)
Ayat 285-286 (Surah Al-Baqarah)