Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
13,787
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

1996

“Jak, tunggu akuJak,” panggil Faris dengan nafasnya yang termengah-mengah.

Sahabatnya, Razakatau lebih gemar digelarnya dengan panggilan Jak atau Rojak, berada jauh dihadapannya. Mereka berdua sedang berlumba lari di sebuah kawasan yang agakterpencil di hujung kampung mereka. Faris memang sering kali ditinggalkan olehRazak apabila mereka berlumba, malah dia sebenarnya tidak pernah bersetujuuntuk berlumba. Razak memang seorang yang cergas. Tubuh kecilnya membuatkannyamenjadi seorang yang lincah. Manakala Faris pula seorang kanak-kanak bertubuhsedang – tidak kecil dan tidak besar. Namun, dia bukanlah seorang yang aktifdan tidak suka aktiviti-aktiviti yang membuatkannya berpeluh. Aktiviti-aktivitiini seperti beban buat dirinya.

Walaupun merekaberdua amat kontra, Faris sendiri tidak pasti mengapa dia sentiasa melekatdengan Razak. Hari-hari mereka akan bermain bersama. Hubungan mereka yang amatakrab itu memang diketahui semua penduduk kampung. Setiap hari mereka akanberlumba atau bermain kejar-mengejar di sekeliling kawasan kampung dan pulangke rumah masing-masing menjelang senja.

Hari ini Razakmengajaknya ke sebuah tempat yang dikatakan menarik di hujung kampung. Sebelumini Faris tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan itu. Malah, Ibunyamelarangnya bermain-main di kawasan itu. Katanya kawasan itu keras. Ibunyaselalu mengugutnya dengan istilah ‘hantu kopek’ yang akan menyembunyikankanak-kanak yang bermain sembunyi-sembunyi di kawasan itu.

Setelah penatberlari, akhirnya Faris berjaya mengejar Razak apabila Razak berhenti di satutempat. Sebuah pohon yang agak rendang. Batangnya amat besar. Jika dipelukmereka berdua bersama-sama, belum tentu dapat mencecah tangan sesama mereka.Pokok itu terletak agak jauh daripada pokok-pokok lain dan akarnya yang menjlardi permukaan amat besar. Mereka tidak dapat mengagak sejauh mana akar itumencengkam. Akal kanak-kanak mereka merasakan akar itu mencengkam sehinggaperut bumi dan mungkin boleh tembus sehingga ke permukaan bumi yangbertentangan dengan mereka.

“Ini lah tempatyang aku cakap tu, Faris. Tempat ni luas, sesuai sangat kalau kita nak buatmarkas rahsia kita. Kita boleh buat pondok. Kita boleh buat buaian kat dahantu. Macam-macam lagi. hari-hari kita boleh main dekat sini. Tak ada orang nakmarah kita macam Pak Seman tu,” cadang Razak.

“Jak, aku rasa taksedap hati lah kalau duduk dekat sini lama-lama. Kau tahu kan, ibu aku cakaptempat ni keras. Aku taknak kena sorok dengan hantu kopek.” Faris menggosok-gosoklengannya. Dia rasa seperti bulu romanya sudah menegak.

“Alaa, mana adahantu kat dunia ni. Pernah kau nampak dekat mana-mana?” soal Razak.

Faris menggeleng.

“Ibu kau cuma naktakutkan kau. Lagipun, kalau hantu kopek tu wujud, kau tak teringin ka nak tengokmacam mana rupa dia?”

“Taknak lah. Buatapa tengok muka hantu, mesti buruk. Boleh terkencing dalam seluar,” balasFaris.

“Ini hantu bukansebarang hantu. Hantu ni kopek dia besar. Kalau kau kena kepit dekat celah tumemang nikmat gila. Silap-silap boleh lemas.”

Faris mengerutkandahinya. Walaupun dia masih kanak-kanak dia tahu perkara sebegitu tidak patutdiketahui oleh budak belum matang seperti mereka berdua. Bab-bab kedewasaan inimemang sensitif buat dirinya.

“Mana kau belajarsemua ni, Jak? Teruk betul imaginasi. Dah hantu tu hantu lah. Tak kisah lahkena kepit macam mana pun, kalau dah lemas mampus lah kau dekat celah tu.”

“Aku belajar dariabang kau lah. Haritu aku tengok dia berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawandia dekat cc, diorang tengok ada satu video ni. Dalam video tu ada lelakitu...”

“Dahlah, aku taknakdengar.” Faris memotong kata-kata Razak. “Jomlah balik.”

“Apesal awal sangatkau nak balik ni? Kita baru sampai.” Razak merungut. Akar yang berdekatandengan kakinya disepak. Ternyata tindakan itu cuma menyakitkan diri sendiri.Dasar budak mentah yang bertindak sebelum berfikir.

“Aku dah mulaseriau ni. bulu-bulu roma pun dah start naik. Baik kita balik sekarang sebelumhari makin gelap. Aku takut.”

Razak terpaksaakur.

Next: 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto