Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,365
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12


“Dah sampai?” soal Tengku Salina.

“Dah. Mul baru selesai solat maghrib. Umi buat apa?” soal Mulqish pula.

“Tak ada apa. Umi sedang tunggu abang balik,” jawab Tengku Salina.

“Abang balik lewat lagi?” soal Mulqish.

“Tu yang umi risau. Sejak akhir-akhir ni abang sibuk sangat. Hampir setiap malam balik lewat,” balas Tengku Salina sambil mengeluh perlahan. Mulqish terdiam.

“Mul, umi nak cakap sikit pasal Effa,” sambung Tengku Salina. Mulqish terkedu.

“Umi kenal Effa?” soalnya semula dalam nada perlahan. Terasa bodoh pula bertanyakan soalan tersebut.

“Umi kenal. Cuma tak pernah jumpa. Abang selalu ceritakan pasal Effa pada umi. Abang juga beritahu yang Effa satu universiti dengan Mul,” balas Tengku Salina. Mulqish terdiam lagi.

“Mul, umi bukan nak halang Mul berkawan dengan sesiapa. Cuma, kalau boleh bukan dengan Effa. Abang masih sayangkan Effa. Umi tak nak hubungan abang dan Mul hancur hanya sebab ni,” kata Tengku Salina yang agak serba salah.

“Mul faham umi. Maafkan Mul,” balas Mulqish dengan nada perlahan.

“Mul tak bersalah. Sejak bila Mul kenal Effa? Maksud umi, sejak bila tahu pasal abang dan Effa?” soal Tengku Salina.

“Dah lama. Sejak abang mula kenal dengannya,” balas Mulqish.

“Mul harap umi tak beritahu abang pasal ni,” sambungnya separuh meminta. Tengku Salina tersenyum.

“Tak. Umi tak akan beritahu. Mul jangan risau,” balasnya.

“Thanks umi. Good night,” ucap Mulqish.

“Good night. Jaga diri Mul,” balas Tengku Salina sebelum menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan. Sebenarnya dia tidak menyangka orang yang dimaksudkan oleh Mulqish adalah Effa yang dia kenal. Apabila dia bertanya Muadzam mengenai Effa, dia agak terkejut bila tahu yang gadis itu satu universiti dengan Mulqish. Apa yang dikhuatiri sudah pun berlaku. Dia tidak ada pilihan lain selain memujuk Mulqish untuk berundur. Tengku Salina mengeluh lagi.

Maafkam umi, Mul.

                                  *****

“Kau buat apa?” soal Ura sambil mencapai buah epal di atas meja. Dayana tersenyum sambil memandang laptop yang berada di hadapannya.

“Baru seminggu berpisah kau dah rindukan aku?” soalnya semula separuh mengusik. Ura tergelak kecil.

“Aku hari-hari rindukan kau,” usiknya.

“Geli,” balas Dayana separuh bergurau. Ura tergelak lagi.

“Tak, aku nak beritahu. Bulan depan aku nak ke China. Mungkin setahun kat sana,” beritahunya.

“Balik nanti dah jadi doktor,” balas Dayana.

“Alhamdulillah. Berkat doa kau juga,” kata Ura. Dayana tergelak kecil.

“Nasib baik kita semua sempat berjumpa. Aku hampir tak dapat balik hari tu sebab busy sangat,” kata Ura dengan senyuman.

“Betullah tu. Kau jaga diri Ura. Jangan pula bila dah sampai sana langsung lupa dengan kami,” pesan Dayana.

“Baik bos. Nanti aku call lagi. Ada hal sikit,” kata Ura.

“Okay,” balas Dayana sebelum menutup telefonnya.

“Yana, aku lapar. Jom turun cafe,” kata Wana sambil menarik kerusi di sebelahnya.

“Kau dari mana?” soal Dayana dengan kening berkerut.

“Tandas,” balas Wana sambil tersengih.

“Ishh, dia ni,” bulat mata Dayana memandang gadis itu. Wana sudah tergelak besar.

                                *****

“Sejak balik bercuti ni kau asyik termenung,” tegur Alifah yang baru masuk ke dalam bilik. Effa yang sedang duduk di meja belajarnya menoleh ke arah gadis itu.

“Mana ada,” nafinya sambil memandang laptopnya semula. Alifah menuju ke meja belajarnya.

“Semalam aku terserempak dengan Mul. Dia ada tanya pasal kau,” beritahunya tanpa memandang wajah gadis itu.

“Tanya pasal apa?” soal Effa agak berdebar.

“Kau kat mana,” jawab Alifah sambil tersenyum membalas pandangan Effa.

“Kenapa?” soal Effa dengan kening berkerut. Alifah hanya mengangkat bahu. Effa mengeluh perlahan.

“Tak selesai lagi dengan Mul?” soal Alifah ingin tahu.

“Rasanya dah jelas aku beritahu hari tu,” balas Effa sambil bersandar di kerusinya. Alifah mengangguk sebelum mula membuka laptopnya.

                                  *****

Yusuf memandang telefonnya. Mesej yang dihantarnya semalam masih belum berbalas.

Yana sibuk kot.

Yusuf menarik nafas perlahan. Teringat semula perbualannya dengan Naufal baru-baru ini.

“Aku hairan. Dulu masa Yana single, kau langsung tak buat apa-apa. Atau masa tu kau tak nampak Yana?” soal Naufal separuh mengusik.

“Wait, maksud kau? Dulu Yana single? Sekarang?” soal Yusuf pula agak terkejut mendengar kata-kata sahabatnya itu. Naufal mengangkat bahu.

“Aku dah lama kenal Yana. Aku boleh nampak dia rahsiakan sesuatu. Mungkin someone?” jawabnya separuh meneka. Berkerut kening Yusuf.

“Kau ni buat aku takut. Mungkin aje. Fal, dulu aku bukan tak nampak Yana. Aku nampak dan sedar. Cuma setiap kali aku nak buka langkah, Yana dah larikan diri daripada aku. Aku keliru, sebab Yana seperti main tarik tali dengan aku. Akhirnya, aku buat tak tahu. Yes, aku silap. Aku tak cuba,” akuinya dengan perasaan bersalah. Naufal tersenyum sinis.

“Apa pun. Good luck,” ucapnya. Yusuf tersenyum.

“Kau pula? Takkan kau pun masih crush dengan Yana,” soalnya. Naufal tergelak kecil. Dia mengangkat bahu.

Lamunan Yusuf terhenti saat mendengar bunyi mesej masuk. Dia pantas memandang telefonnya semula.

-Sorry, busy sangat lepas cuti. Nanti Yana call semula.

Yusuf tersenyum sambil menaip sesuatu.

-Yusuf tunggu. Sorry ganggu.

                                 *****

Dayana terkejut saat Mulqish menarik kerusi di sebelahnya.

“Dah lunch?” soal Mulqish. Dayana menggeleng sambil memandang skrin komputer semula.

“Nak lunch dengan saya?” soal Mulqish lagi.

“Faiz?” tanya Dayana pula sambil membalas pandangan lelaki itu.

“Dia ada hal,” balas Mulqish sambil memandang wajah gadis itu. Dia akui sepanjang cuti asyik wajah gadis itu yang hadir menghantuinya.

“Why?” soal Dayana apabila perasan yang Mulqish ralit merenung wajahnya.

“Rindu,” jawab Mulqish tanpa sedar. Dayana terkedu.

“Jomlah teman saya lunch,” ajak Mulqish lagi dengan senyuman nakal. Dayana berdehem perlahan.

“Saya sedang tunggu Wana,” beritahunya.

“Oh,” balas Mulqish yang jelas kecewa. Dayana tergelak kecil melihat wajah lelaki itu.

“Okay, but next time,” katanya.

“Again?” soal Mulqish dengan senyuman. Dia selalu merasakan yang gadis itu seperti bermain tarik tali dengannya.

“Sorry,” ucap Dayana sambil membuat muka comelnya. Mulqish menggigit bibir.

“Fine, Mul pergi dulu. See you tomorrow. No more excuses,” katanya sebelum berlalu. Dayana hanya tersenyum memandang langkah lelaki itu.

“Amboi, bukan main lagi dengan Mul,” usik Wana yang baru sahaja sampai.

“Kau buat apa kat tandas? Lama sangat,” balas Dayana dengan kening berkerut. Wana tergelak kecil.

“Aku bersihkan tandas tu,” balasnya separuh bergurau.

“So, dah confirm ke?” soal Wana pula.

“Apa?” tanya Dayana semula sambil mengemas bukunya.

“Kau dan Mul. Dah jadi ke belum?” soal Wana dengan kening terangkat. Dayana tergelak kecil.

“Jom, aku dah lapar,” katanya sambil mula berdiri.

“Hei, kau tak jawab lagi soalan aku,” balas Wana sambil mengejar langkah gadis itu. Dayana hanya tersenyum tanpa menjawab.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.