7
“Astaghfirullahalazim, L buat apa ni? Kenapa dapur kita
penuh dengan periuk belanga ni. L nak buat kenduri ke apa?” tanya Firuz Eidil
spontan apabila melihat dapurnya dah macam kedai jual periuk.
“Selamat pagi abang. Awal abang bangun hari ni. Baru
pukul 9 pagi. Biasanya pukul 10 baru abang bangun.”
“Abang ingat nak ajak sayang pergi shopping baju raya.
Lagi sepuluh hari kita nak rayakan. Satu persiapan kita tak buat lagi ni. Sayang
tak jawab lagi soalan abang tadi. Buat apa sayang keluarkan semua periuk ni. Tu
pinggan mangkuk tu kenapa penuh dalam sinki?”
“Abang juga yang cakap, lagi sepuluh hari kita nak raya.
Jadi, L nak basuhlah semua ni. Nanti kalau tetamu kita datang rumah, semuanya
dah bersih. Periuk-periuk tu pun L nak cuci. Nanti abang bolehlah masakkan L,
ketupat, rendang daging, kuah lodeh dan kari ayam. Ha...kan?”
“Abang yang masak? Bukan L?”
“Ala, L nak abang yang masakkan untuk L. Tak boleh ke?”
soal Elfira dalam nada sayu. Wajahnya sudah muram.
Firuz Eidil menarik Elfira dalam dakapannya. Dia membelai
lembut rambut Elfira. Dia menghadiahkan ciuman di dahi Elfira.
“Boleh sayang. Dengan syarat sayang kena tolong abang
masak. Tapi abang tak pandai anyam ketupat. Mana abang pernah masak lauk-pauk
itu semua. Setakat yang senang-senang, abang retilah nak masak.”
“Ala nanti abang mintalah resepi kat Fea. Dia pandai
masak tau. Fea pun pandai anyam ketupat.”
“Yelah sayang. Sekarang ni abang tolong sayang kemas
semua ni dulu. Lepas tu kita pergi shopping raya pulak. Malam ni kita berbuka
kat luar ajelah ya?”
“Okey abang. Terima kasih. Sayang abang.”
Firuz Eidil melepaskan nafas berat. Mahu pitam dia
melihat keadaan dapurnya yang sudah macam kapal pecah tu. Elfira benar-benar menguji
tahap kesabarannya, tetapi dia sedikit pun tidak berasa mahu marah. Melihatkan
riak wajah Elfira yang comel tu membuatkan dia terasa lembut hati. Sejak Elfira
mengandung, pelik-pelik sahaja tingkah isterinya. Kenakalannya, keletahnya dan manjanya
semakin menjadi-jadi.
“Aduh, penatnya!” adu Elfira manja.
“Tahupun penat. Yang isteri abang ni terlebih rajin nak kemas
semua itu kenapa?”
Elfira menyengih memandang Firuz Eidil. Dia tahu kalau
dia menjawab, pasti panjang bebelan suaminya itu.
“Sengih ajelah yang dia tahu. Sudah, sekarang ni L pergi
mandi. Lepas tu kita sama-sama solat zohor. Lepas solat kita mengaji sekejap.
Dalam bulan puasa ni elok tambah amal ibadat. Kita tidur sekejap, lepas solat
asar baru kita pergi shopping.”
“Wah banyaknya aktiviti kita hari ni,” ujar Elfira
teruja.
“Dah jangan banyak cakap. Cepat pergi mandi.”
Buntang mata Elfira melihat barang-barang yang dibeli
oleh Firuz Eidil.
“Banyaknya abang beli. Nak buat stok setahun ke apa?”
“Sayang, barang-barang ini semua bukan untuk kita. Tapi
untuk mereka yang kurang bernasib baik. Kita yang berkemampuan ni apa salahnya
menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan. Esok sayang
temankan abang hantar semua ini ya.”
“Boleh. L bertuah sebab ada suami macam abang. Walaupun
dulu abang agak poyo, berlagak sangat dengan title anak Tan Sri, tak pandang L
yang konon-kononnya miskin ni. Tapi L tahu abang sebenarnya baik.”
“Eh, abang tak kata L miskin harta yer. Abang cuma kata L
miskin...”
“Attitude. L tak akan lupa perkara tu. Sampai hati
abang!” pintas Elfira laju. Firuz Eidil ketawa. Mengenang kembali kisah mereka
dahulu, membuatkan dia tersenyum kembali.
“Dah nak masuk waktu berbuka ni, jom kita cari tempat
makan yang best.”
“Abang, L nak makan ayam penyetlah boleh?”
“Apa aje untuk sayang. Ini L yang nak makan ke baby kita
yang nak?”
“Abang...” Elfira menghadiahkan cubitan manja buat Firuz
Eidil.
“Lepas berbuka kita solat maghrib, lepas tu kita sambung
shopping baju raya kita pulak.”
“Yeay!”