Home Novel Komedi/Romantik Komedi CEBISAN HATI
CEBISAN HATI
Maya Myra
17/8/2017 14:25:38
6,318
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

AKU menegurbeberapa pelajar tingkatan empat dan lima yang masih rancak berbual dibawahpokok agar segera naik atas bas dan mengambil tempat duduk masing-masing.Yelah! Aku inikan selaku Setiausaha merangkap senior tingkatan enam atas dalamPersatuan Bahasa dan Budaya harus menitik beratkan soal disiplin. Heheh

           Aku sempat mengerling Wirda dan Noni sudah tersengeh-sengeh melihat aku yang sedang mengomel dengan pelajar tingkatan empat dan lima.

           “ Wirda, kau tengok tu? Garang gila si Yana eh?”  Aku lihat Noni menekupmulutnya menahan ketawakan aku!

           “ Aah! Noni, Yana inikan orangnya lemah lembut, susah nak garang-garang macamtu,” Wirda menyambut pula kata-kata Noni.

           Aku memaling wajahku melihat dua minah kepoh disana yang masih tercegat dibawahpokok. ‘Amboi! Kau orang berdua ni, sempat lagi eh kutuk aku? Siap kau orang!’Aku mencekak pinggang memandang dua orang rakanku itu.

“ Woi! Kalau ye pun nakputihkan badan tu, naiklah dulu dalam bas ni,” Aku merenung mereka berdua yangterkejut memandang aku. ‘Baru tahu!’ hehe

           Wirda dan Noni kelihatan tercengang dengan kata-kata Elyana kepada mereka,terus berderai ketawa mereka berdua melihat gelagat Elyana yang masih mencekakpinggangnya memandang mereka berdua.

           “ Cik Nur Elyana Ezrin! Kami bukannya nak putihkan badan, tapi tunggu kautu settled dulu budak-budak lain naik bas.” Wirda dan Noni tergelaksakan kepadaku.

           “ Kau inikan, wajah nampak ayu, lemah lembut… tapi garang bebenarnya!” Wirdamenghampiri sambil menyiku pinggangku.

           “ Wajah ayu pada penampilanku, lemah lembut pada sikapku. Tetapi, tegas ituperwatakan aku, aku tak naklah nanti kalau terlalu baik dan lemah lembutsangat, nanti budak-budak tu naik lemak pulak.” Kataku memandang mereka berduayang tersengeh macam kerang busuk.

           Wirda dan Noni mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Elyana. Setidaknyapelajar-pelajar lain menghormati Elyana sebagai senior atas.      

“ Ha! Kamu bertiga ni masihbelum naik lagi atas bas? Semua dah naik?” Cikgu Haizril menegur kami bertigasambil matanya melilau sekeliling.

“ Erk! Nak naiklah cikgu,”Wirda tersengeh memandang Cikgu Haizril.

Cikgu Haizril guru muda yangbaru sebulan ditempatkan disekolahku, dia mengajar pelajar tingkatan enam dalammatapelajaran Bahasa Melayu. Wajah Cikgu Haizril persis kacukan orang putih.Sesiapa sahaja yang memandangnya, pasti terpikat akan ketampanan wajahnya,termasuklah aku! Tapi abang Haziq lagi handsome!

“ Erm, awak Yana, dah check semuapelajar yang lain?” Cikgu Haizril memandangku. ‘ Aduh! Comellah pula muka mamatcelup ni!’ sempat lagi aku memuji cikgu aku! Hehe mula berangan.

“  Hello! Yana, awakmasih disini ke?” Aku lihat tangan Cikgu Haizril melambai-lambai dihadapanmukaku.

“ Erk, dah. Eh belum… dah.”Aku jadi kalut, entah apa yang aku melalutkan ini.

“ What? Mana satuni? Sudah ke belum?” Cikgu Haizril sudah ketwakan aku.

Gedebush! Ambil sebijik kenasetempek dimuka aku! Siapa suruh berangan lagi.

“ Hehe, sudah cikgu. CumaCikgu Emma je belum sampai lagi, dia pergi ambil barang sekejap.” Aku menggarukepalaku. ‘Malunya!’ tak tahu nak letak mana muka ini, sorok dalam beglah!

            Perjalanandari Sekolah menuju ke tapak perkhemahan kami memakan masa selama 45 minit. Akutersenyum mendengar Cikgu Haizril dan Cikgu Emma berkaraoke bagi menghiburkankami didalam bas agar tidak terasa bosan sepanjang perjalanan menuju ke tapakperkhemhan ‘ Eloklah tu, sepadan je mereka berdua ni!’ sempat aku memujicikgu-cikgu aku ini.

            Zup! Sepertiada benda yag menyucuk didalam kepalaku. Aku menunduk sambil memegang kuatkepalaku ini. ‘Erghh! Datang lagi ke migrain aku ni?’ Aku cuba menahan sakitkepalaku ini. Aku memanggung kepalaku, apabila terasa sentuhan tangan dibahuku.

“ Yana, kau kenapa ni?” Wirdadisebelahku menegurku.

Aku tidak memaling wajahkukearah Wirda, tiba-tiba ku rasakan pandangan aku mulai kabur dan semakin kaburakhirnya sekelilingku menjadi gelap. seluruh dalam bas ini menjadi gelapgelita. Aku terpaku tanpa bergerak langsung badanku, aku memejamkan matakukembali. Aku buka semula mataku, tetap juga gelap seperti tadi. Aku memejamlagi mataku ini, aku biar dalam 5 saat barulah aku membuka mataku kembali. Akumenarik nafasku, ‘Alhamdulillah, kembali seperti sedia kala.’desis hatiku.

            “Yana, kau okay ke ni?” Tanya Wirda menggocang bahuku.

            “Erk! Aku okay…” jawabku perlahan dengan suara tersekat-sekat.

            Denyutandikepalaku masih terasa lagi, aku menggagau botol ubat didalam beg sandang aku.Aku mengambil botol mineral yang terselit dihadapan aku. Ekor mataku sempatmenjeling Wirda yang masih memandang gelagat aku makan ubat.

“ Kau sakit ke, ubat apa yangkau telan tu?” Kelihatan wajah Wirda teramat risaukan aku.

            Akumelihat botol kecil diatas tanganku, aku memandang Wirda sambil tersenyum. Pilyang aku telan ini adalah ubat tahan sakit yang doktor Sufian sarankan semasaaku dibawa ke klinik tempoh hari.

“ Ohh! Ini, pil tahan sakitje. Migrain…” kataku sambil menyimpan semula didalam beg aku.

“ Migrain kau datang semulake?” tanya Wirda lagi.

“ Aah, menjadi-jadi pula migraine akuini…” kataku.

            Tapikali ini, berbeza dengan selalu aku sakit kepala. Selalu hanya diserang sakitkepala sahaja, tapi kali ini pandangan mataku menjadi gelap tidak nampakapa-apa. Mujurlah kembali dengan normal, kalau tidak bagaimana aku nakberhadapan dengan situasi tadi. Aku memalingkan wajahku memandang kearahtingkap, ‘Herm, nanti kena buat check up juga,’ desis hatiku.

            KelihatanCikgu Emma membawa beberapa barangan menuju kearah tapak perkhemahan. Akuberlari anak menuju kearah Cikgu Emma, sambil aku membantunya mengangkat barangyang dia bawa tadi.

“ Yana, wajah kamu pucat. Kamutak sihat ke?” tanya Cikgu Emma sambil meletak kotak diatas tanah.

           “ Eh! Taklah Cikgu…” kataku cuba memaling wajahku kearah lain.

           “ Yeke? Tadi dalam bas, saya tengok kamu memicit kepala kamu. Kalau kamu tidaksihat, rehat dulu.” Cikgu Emma menyentuh bahuku.

           “ Alahh, itu mabuk baslah cikgu… kan tadi kita lalu selekoh banyak sangat.” Akumenyakinkan Cikgu Emma.

           “ Ohh, okaylah kalau macam tu. Tapi, kalau rasa pening sangat rehat dulu.Tak mengapa, biar aje Cikgu Haizril yang angkat semua barang-barang ni.” SempatCikgu Emma mengerling berseloroh apabila memandang Cikgu Haizril datang kearahkami.

           “ Amboi! Kau orang ni, nak dera saya ye?” kata Cikgu Haizril sambil matanya tidaklepas memandangku.

           “ Ehem! Hati-hati Cikgu Haizril, jangan lebih-lebih tenung Elyana tu.” CikguEmma membisik ditelinga Cikgu Haizril.

           Aku lihat muka Cikgu Haizril sudah kemerahan, entah apa kena dengan CikguHaizril selepas Cikgu Emma membisikkan sesuatu ditelinga Cikgu Haizril tadi.‘Argh! Tak nak kacau daunlah, baik aku pergi jauh-jauh. Hehe’

           “ Erk, Cikgu… saya kesana dululah.” Aku mengunjuk kearah Wirda dan Noni.

           Aku melangkah laju, sempat aku memalingkan wajahku tersenyum penuh makna kearahCikgu Emma dan Cikgu Haizril.

           “ Ha! Tengok tu? Disebabkan Cikgu Haizril, Yana fikir bukan-bukan pasal kita.”Menampar perlahan lengan Cikgu Haizril dengan botol mineral yang dia pegangitu.

           “ Eh! Saya pulak?” Cikgu Haizril ketawa memandang Cikgu Emma disebelahnya.

           Malamnya kami melakukan aktiviti kuiz Bahasa, kecuali aku dan beberapa pelajartingkatan enam sahaja tidak terlibat aktiviti kuiz ini. Kami hanya selaku pemerhatidan mengira markah sahaja. Malam kedua, selesai sahaja aktiviti mencipta logopersatuan bagi setiap kumpulan pelajar, kami semua dihidangkan dengan makanmalam dengan dihidangkan BBQ.

           Aku membalik-balikkan peha ayam diatas panggang, mataku leka memandang pehaayam yang aku sedang bakar ini. Glupp! ‘ Hais! Cepatlah masak, lapar dah ni!’

           Aku mengambil beberapa peha ayam yang aku bakar tadi diletakkan dalam pingganpolistrin. Aku berjalan menuju kearah bongkah dahan pokok disudut khemah. Malamyang sejuk begini duduk depan unggu api memang best! Aku memandangWirda dan Noni masih membakar daging dan udang yang mereka ambil dalam bekas.

           Tengah rancak aku meratah peha ayam, tumpuanku terganggu apabila seseorangmenghulur gelas minuman kepadaku. ‘Haish! Potong selera aku betullah!’proteshatiku.

           Aku memanggung kepalaku, melihat siapa empunya tangan yang menghulur gelasminuman kepadaku. ‘Alamak! Cikgu Haizril, nasib aku tak kata kuat-kuat tadi,’Aku dengar dia berdehem lagi sambil menghulur gelas minuman makin dekat denganwajah aku. Spoil!

            Akumenyambut gelas minuman dari tangannya, lalu diletakkan disebelahku. Barusahaja aku ingin menyambung semula aksi meratah peha ayam, Cikgu Haizrilmelabuhkan punggungnya disebelahku. ‘Aduh! Kenapa Cikgu Haizril duduk  katsini? Macam mana aku nak ratah peha ayam ni, aku punyalah cari tempat yangstrategik aku nak makan peha ayam ni. Sudahlah hodoh bebenarnya aku, kalau bab meratah peha ayam ni!’ rungutku dalam hati.

           “ Kenapa awak tak makan peha ayam tu?” Cikgu Haizril memandangku.

           ‘Err! Dia nak tengok aku makan peha ayam ke apa ni?’ Aku mengerling CikguHaizril sekilas.

           “ Kenapa Cikgu duduk dekat sini?” aku memandang Cikgu Haizril, ‘ Baru akuperasan Cikgu Haizril pakai topi macam penyanyi hip-hop pula.

           “ Tak boleh ke?” Cikgu Haizril memandangku sekilas, aku lihat dia sedangberusaha menarik isi daging yang liat dalam mulutnya. Sebab itu kenapa aku takberapa gemar sangat makan daging. Huhu!

           “ Kenapa kamu asyik pandang saya? Tahulah saya ni handsome kan?”Tiba-tiba Cikgu Haizril melirik matanya memandangku.

           ‘Werk! Muntah hijau aku, tak kuasa aku nak pandang mamat hip-hop ni!’desis hatiku.       

           “ Tak ada maknanyalah Cikgu Haizril, saya nak pandang-pandang cikgu.” Akumenyambung semula makan isi peha ayam aku.

           Tiba-tiba Cikgu Haizril mengambil peha ayam yang belum aku jamah lagi didalampinggan aku. ‘ Warghh! Ini dah lebih ni!’ protes hatiku.

           Aku menjeling Cikgu Haizril disebelahku. Dia tersengeh macam kerang busukdengan muka yang tidak bersalah pula tu.

           “ Sorry Yana, liat sangat daging ni. Itu yang saya ambil peha ayamkamu tu. Tak mengapakan?” Cikgu Haizril tersengeh memandangku.

           ‘Macam itu pulak? Dah ambil baru minta izin. Nasib mamat sebelah aku ni Cikguaku, kalau tidak dah kena karate dah dengan aku!’ aku menggigitbibirku.

           Keesokkan paginya, kami berkemas-kemas barang untuk bertolak kembali kesekolah. Selepas acara penutup, dan sarapan pagi terus kami mengemasbarang-barang dan menyimpan khemah masing-masing.

           Sambil menunggu pakcik driver bas datang, aku dan rakan-rakan yang lain duduk sambil berbual-bual. Mujurlah selama tiga hari bermalam disini, penyakitsakit kepalaku tidak menyerangku. Aku on handfone, ada 11 misscall yangmasuk. Semuanya dari abang Haziq! ‘ Haish! Ada apahal abang call akuni?’ desis hatiku. ‘Nak call semula kredit pula habis. Nantilah baliksana aku call dia.’

           “ Amboi Yana! Semalam kita orang tengok kau dengan Cikgu Haizril punyalah mesrasiap dia ambil lagi air minuman untuk kau.” Noni tepuk perlahan bahuku.

‘ Mak datuk!’ kus semangataku, minah dua ni memanglah selalu sangat sergah dari belakang aku!

Noni tersengeh memandangkusambil menyusun jarinya minta maaf padaku. ‘Tahu pun!’ Gumam hatiku.

“ Eh! Kau orang berdua adaapa-apa ke ni?” Wirda menolak bahuku.

Sudah! Dua minah kepoh nimesti fikir lain ni pasal aku dengan Cikgu Haizril. Cikgu Haizril punya pasalaku pula kena tembak dengan minah berdua ni.

“ Isk! Mana adalah, tiba-tibaje dia datang dekat aku.” Aku memandang skrin telefon aku.

“ Ha! Yana, semalam cikgutengok mesranya Yana dengan Cikgu Haizril? Siap dia ambil peha ayam kamu lagi.”Cikgu Emma menepuk bahuku.

‘Aduh! Sorang lagi fikirbukan-bukan.’ Mataku memandang Cikgu Emma meminta simpati jangan dipanjangkancerita ini lagi.

“ Cakaplah…” Cikgu Emmamenolak perlahan bahuku sambil mengeyit matanya.

‘Aik? Isk! Apa Cikgu Emma ni?’Aku mendengus perlahan.

“ Tak ada apalah cikgu, entahtiba-tiba je Cikgu Haizril datang dekat saya siap bagi air minuman bagai. Ha!Siap curi peha ayam saya pulak tu,” kataku sambil mataku menjeling arahpelajar-pelajar lain yang sedang berbual-bual.

“ Elehh!” Wirda mencuitbahuku.

Mataku memandangnya serius,aku memprotes cara mereka menuduhku sebegitu. ‘Hurm! Ingat aku suka sangat nakbuat macam tu?’ desis hatiku.

“ Erk! Weh, isk kau ni! Kitaorang gurau je pun, kita orang tahu kau setia pada cinta hati kau itukan?” Nonimenjeling kearah handfoneku.

Aku Blur sekejap! ‘Cinta hati aku? Siapa pulak ni, main terjah jecakap.’

Cikgu Emma sudah terkekehgelakkan aku, ‘Hergh! Sama je cikgu ni dengan minah kepoh berdua ni!’ akumenolak perlahan lengan Cikgu Emma.

“ Cinta hati siapa?” CikguHaizril berdiri dihadapan kami.

‘Mahu kena bom rasanya CikguHaizril ni! Tiba-tiba sergah tidak bagi salam ke apa dulu,’ aku mengurutdadaku, manakala Wirda dan Noni hampir terangkat kaki mereka tadi. Cikgu Emma,wajahnya dah confirm terkejut!

“ Erk! Sorry, tak tahupula kau orang nak terkejut sampai macam ni?” Cikgu Haizril tersengeh memandangkami semua.

“ Cikgu Haizril, nasibanak-anak murid saya ni tak pengsan!” Seloroh Cikgu Emma sambil tergelak.

Cikgu Haizril terangkatkeningnya, matanya melirik kearah aku. ‘Ha! Kali ini apa pulak mamat hip-hop ninak buat?’ Aku dah bersedia nak angkat kaki lari dari tempat ini! Boleh kemacam tu? Huhu!

“ Tadi saya dengar, kau orangsebut ‘cinta hati’ siapa?” memandang Wirda dan Noni.

Aku punya jantung dah start rancakberdegup sudah ni! Jangan mereka bertiga ini sambung lagi hal semalam sudah.Nanti mamat depan aku ni feelling lebih pula nanti! Huhu

Mataku terpandang pakcikdriver bas membelok bas masuk kedalam kawasan parking kenderaan berat. ‘Fuhh!Nasib baik pakcik driver bas ini sudah sampai.’ Desis hatiku.

“ Cikgu! Bas sudah sampai!”kata salah seorang pelajar yang berada dihujung sana.

“ Ha! Dah sampai pun bas kita,cepat semua angkat barang-barang masuk kedalam bas.” Cikgu Emma memberi arahankepada mereka.

Aku seperti biasa, Setiausahamerangkat senior atas mula menjalankan tugasku sebagai ketua memberi arahankepada semua pelajar.

Selesai sahaja semuabarang-barang perkhemahan dimasukkan dibawah tempat penyimpanan barang semuapelajar sudah mula naik bas mengambil tempat masing-masing. 

Cikgu Emma mencuit bahuku, akumemandang Cikgu Emma menjuih mulutnya kearah tempat letak kereta. Akumemalingkan wajahku melihat arah Cikgu Emma tunjuk tadi. Mataku mengecil, teruskeningku terangkat. ‘Abang Haziq! Apa mimpi dia datang sini?’desis hatiku.

Aku memandang Cikgu Emma, diatersenyum sambil meraih lenganku berjalan kearah abang Haziq. Abang Haziqtersenyum memandang aku dan Cikgu Emma, ‘Hai, handsome pula abang Ziqni pakai cermin mata hitam ni.’ Tiba-tiba hatiku berbisik.

“ Ha! Ziq, kamu nak jemputYana ke?” tanya Cikgu Emma sambil tersenyum.

Cikgu Emma dengan abang Haziqsama seperti aku dengann Cikgu Emma. Kami memang sudah anggap Cikgu Emma macamkakak kami sendiri, Cikgu Emma selalu juga datang rumah bila ada urusan sekolahaku. Secara tidak langsung abang Haziq dan Cikgu Emma mengenali. Matakumengerling kearah bas, sepasang mata sedang memandang kami bertiga. CikguHaizril!

“ Boleh ke  Cikgu?” tanyaabang Haziq dengan tersenyum.

“ Boleh je, bawalah Yana nibalik. Wajah dia pun dah nampak sangat rindukan kamu Ziq.” Cikgu Emmaberseloroh.

“ Ohya?” Abang Haziqmemandangku yang tersengeh seperti kerang busuk.  Memang pun akurindu abang Haziq! Mataku mengerling tempat duduk belakang, gayanya abang Haziqmesti dari kampus terus kesini sebab tengok ada beg bajunya.

“ Sekejap ye, El pergi ambilbarang-barang dalam bas.” Aku menunjuk isyarat jari telunjukku kepada abang Haziq. 

Aku mengambil barang-barangkudalam bas dan sempat aku memberitahu Wirda dan Noni bahawa aku tidak mengikutmereka pulang. Sejurus aku turun dari tangga bas, Cikgu Haizril sempat berdehemkepadaku dengan pandangan yang pelik. Aku memalingkan wajahku kepdanya, ‘Erk?Kenapa pulak tu?’Abaikanlah!

Terus aku melangkah menujukearah abang Haziq dan Cikgu Emma. Abang Haziq mengambil beg aku diletakkandalam kereta Audi merah miliknya. Mataku melirik kearah Cikgu Haizril yangmasih memandang kami bertiga. Aku mengangkat tanganku seraya memberikansenyumanku kepadanya. Kelihatan dia mengangguk kepala mengukir senyumannyakepadaku.

Cikgu Emma berjalan menujukearah Cikgu Haizril yang masih memandang Elyana dan Haziq sedang ketawa mesradekat tempat parking kereta. Keningnya berkerut, perasaan cemburu tiba-tibamenyelubungi dirinya. Di mengetap bibirnya.

“ Cikgu! Kenapa tak masuk lagidalam bas?” tanya Cikgu Emma.

“ Errr, siapa budak lelakitu?” matanya masih tidak lepas memandang Haziq dan Elyana.

Kening Cikgu Emma berkerutmendengar nada suara Cikgu Haizril. ‘Ini mesti kes cemburu!’ desisnya. CikguEmma ketawa dalam hati.

“ Itu abang Elyana cikgu.Haziq namanya, dia datang jemput adiknya tu.” Tersenyum kepada Cikgu Haizril.

“ Apa!? Abang, adik? Jadimereka berdua tu adik beradik?” memalingkan wajahnya memandang Cikgu Emma.

“ Ya, adik beradik.” TerusCikgu Emma melangkah masuk ke dalam bas.

‘Adik beradik rupanya, akuingat pasangan kekasih.’ Gumam hatinya.

“ Cikgu Haizril, awak tak nakbalik ke?” Cikgu Emma tersembul kepalanya di depan pintu bas.

Cikgu Haizril terus melangkahnaik ke dalam bas, bibirnya terus menguntum senyumannya. Cikgu Emma, pelik melihatgelagat Cikgu Haizril. ‘Wargh! Jangan kata cikgu Haizril minat dengan Yanasudah,’ desis hatinya.

Haziq menghidupkan enjinkeretanya, dia mengalih pandangannya memandang Elyana disebelahnya. Dia adarancangan untuk adiknya, terus dia tersenyum melirik memandang Elyana. ‘Inikalau aku beritahu El, confirm kena bebel dengan dia,’ desis hatiya.

                                                           

****

 

Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.