AYNAA Hannani itu nama aku. Puteri tunggal Firash Amril dan juga Ayeen Hazreen. Anak kesayanganlah katakan. Dalam sayang mereka pada aku, mereka langsung tak berhenti menyebut nama Affan. Kalau boleh hari - hari mereka mahu menjemput Affan datang ke rumah.
Oh my Allah!
Kalau sekali - sekala aku boleh tahan lagi. Tapi kalau hari - hari mengajak si teruna pujaan datang, mana aku nak sorokkan muka aku ni? Mesti Affan akan tuduh aku obsesi dengan dia.
Sedihnya!
“Termenung apa tu?” Suara lembut mama yang menegur buatkan aku menoleh memandang ke arah mama yang menapak mendekatiku.
“Tak ada apalah, mama. Cuma, rasa masa cepat sangat berlalu. Aynaa rasa macam baru aje cuti sekolah. Tup... tup.. tup... esok dah sekolah. Aynaa dah jadi tingkatan lima. Nak kena hadap SPM. Aynaa tak ready lagi”. Terangku. Nafas dihela perlahan.
Mama gelak kecil.
“Haah, masa memang cepat berlalu. Masa takkan pernah tunggu kita. Tapi kita kena kejar masa. Sebab itu orang kata masa itu emas”, Bidas mama lembut.
Aku menongkat dagu memandang langit malam.
Bulan yang bersinar indah dan dikelilingi bintang. Persis Raifa yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Aku nak tergelak bila ingat muka cemberut dia kalau aku sebut ada lelaki yang sukakan dia.
Aku pula...
Tak ubah bagaikan pungguk rindukan bulan.
Sentiasa berfikir dan menanti Affan yang sudah pastinya takkan pernah menjadi milik aku sampai bila - bila.
Mama peluk bahu aku.
“Sikit lagi, Aynaa dah kerja. Lepas tu, Aynaa kahwin. Ada suami, ada tanggungjawab dan ada anak”. Kata mama bersama senyuman nipis.
Aku pandang mama.
“Macam mana mama dan papa boleh jatuh cinta dan berkahwin?” Soal aku polos. Apa yang aku tahu, mama dan papa pada awalnya ialah kawan baik. Tapi tak tahu bagaimana mereka boleh berkahwin pula.
Mama ketawa kecil.
“Mama tak nak cerita. Biarlah, jadi kenangan mama dan papa. Aynaa pula kena belajar rajin - rajin. Bagi dapat kerja yang hebat - hebat. Baru Affan buka mata pandang Aynaa”, Kata - kata mama buatkan pipi aku merona.
Lagi - lagi tentang Affan.
“Affan tak sukakan Aynaa”.
“Mustahil dia tak suka tiba - tiba. Mesti ada sebab dia jadi macam tu”. Gumam mama.
Aku hela nafas.
“Aynaa tak cantik. Aynaa selekeh. Aynaa tak macam perempuan - perempuan yang ada kat keliling dia”. Tuturku lirih.
Sakit sangat hati ni...
Mama usap lembut bahu aku.
“Mama percaya anak mama kuat”, Bisik mama yakin.
Aku tersenyum nipis.
Terima kasih, mama.
+++
KELAS masih sama seperti dulu, prinsip perakaunan. Sama aliran dengan Raifa Wardina, adik kembar Affan Rafisqi. Punca utama Raifa sengaja masuk ke dalam kelas yang sama dengan aku ialah Amzar Zayyan. Lelaki itu memang perangai tak ubah bad boy dalam sekolah ini. Tetapi orang lebih kenal dia dengan gelaran The King gara - gara sikap ditaktor dia. Paling aku tak boleh tahan bila dia langsung tak mahu lepaskan si Raifa sampaikan kawan baik aku tu menyampah dengan dia.
Amzar Zayyan dan Affan Rafisqi?
Jangan ditanya tentang mereka berdua itu. Sudah semestinya persis anjing dan kucing.
Affan memang takkan pernah sukakan Zayyan.
“Hai, Aynaa!” Aku simpulkan senyuman apabila melihat Afwan mendekatiku bersama senyuman manisnya.
Affan Rafisqi, Raifa Wardina dan Afwan Rafiqi.
Adik beradik kembar yang sentiasa bersama. Kawan rapat aku dari kecil tetapi hanya Raifa dan Afwan kerana Affan lebih memilih untuk menyepikan diri sendiri. Dia menjauhi aku kerana dia bencikan aku.
“Kau okey tak? Takkan first day sekolah dah murung?” Tegur Afwan hairan.
“Aku okey, Afwan. Raifa mana?”
“Biasalah walid. Membebel panjang pada Raifa. Baby girl dah masuk tingkatan lima lah katakan”. Afwan cebik bibir.
Aku ketawa kecil.
“Ka...”
“Afwan Rafiqi!” Suara garang Raifa membantutkan niat Afwan yang ingin bersuara. Dia toleh pandang muka Raifa yang bengang.
“Alamak, puntianak!”
“Puntianak tengkorak kau! Mari sini!”
Aku tahan ketawa melihat Raifa memulas kuat telinga adik kembarnya. Bagi aku, walaupun Raifa nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak dan kawan yang sangat baik.
Mataku tertancap pada Affan yang baru masuk ke dalam sekolah.
Tatkala sepasang mata helangnya bertembung denganku, aku sendiri jadi kelu. Dia tak pandang aku. Dia terus ukir senyuman menggoda tatkala tiga orang gadis datang mendekatinya.
Sakit...
“Aynaa jom!” Raifa tarik tangan aku.
Tubir mata menghangat.
Kenapa hati aku ni masih berdegil lagi mahukan dia? Ya Allah, Affan tak pernah pandang aku pun.
“Aynaa, lupakan dia. Fokus pada masa depan kita. Sekarang kita dah tingkatan lima. Habis sekolah nanti, kau akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari Affan”. Pujuk Raifa lembut.
Tapi aku nak yang sama macam Affan.
“Haah, salah seorangnya aku”. Tukas Afwan bersama ketawa tatkala Raifa tampar bahunya.
Aku senyum nipis.
“Kau jangan nak jual minyak pada Aynaa. Dah lah gatal!”
“Eh kau ni, aku dah kata kan yang mesej aku semalam tu aku tak kenal. Ada orang jual nombor telefon aku lah!” Bebel Afwan.
Raifa juih bibir.
“Penipu”.
“Aku panggil Zayyan datang ambil kau nanti. Bising sangat”. Tukas Afwan bengang.
“Tak guna punya adik! Jom, Aynaa kita tinggalkan Afwan”. Raifa terus aje tarik aku pergi tinggalkan Afwan.
“Raifa!”
“Kesian Afwan”, Tegurku lembut.
Raifa juih bibir.
“Macamlah aku tak kenal dia. Nanti datanglah tu sekutu dia”. Ujar Raifa tak puas hati.
Aku simpul senyuman nipis.
“Zayyan kesayangan kau”. Sakatku.
Raifa buat muka.
“Tolonglah, Aynaa. Jangan sebut nama mamat tu. Geli aku!” Muka menyampah Raifa betul - betul menghiburkan aku.
Aduhai, kembar tiga ni betul - betul mengharu biru kan hidup aku.
+++
BEG diletakkan di atas kerusi plastik. Sejurus itu, aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Penat betul. Kalau sekolah ni ada eskalator mesti lebih mudah.
Haih, dasar tak bersyukur!
Bak!
Aku angkat wajah tatkala Afwan selamba meletakkan begnya di atas kerusi bersebelahanku.
“Aku tahu aku handsome. Jangan pandang aku macam tu, Aynaa. Tergoda aku”.
“Kau nak kena belasah dengan aku ke?” Soalku geram.
Meletus ketawa Afwan tatkala mendengar bicaraku. Dia melabuhkan punggung bersebelahanku. Kakinya selamba diletakkan di atas meja. Kedua - dua tangannya berada di belakang kepala.
Afwan memang begini.
Perangai bad boy acah - acah charming buatkan aku rasa nak muntah hijau.
Affan Rafisqi garang dan lebih pendiam. Tetapi berbezanya dengan Afwan Rafiqi yang lebih mesra dan bersemangat. Jarang nak tengok si Afwan ni marah. Sebenarnya, aku tak pernah tengok langsung dia marah.
“Afwan, tempat yang kau duduk ni tempat Raifa”. Aku tegur dia.
“Ya ke? Aku tengok tak ada nama Raifa Wardina pun kat sini”. Sarkastik betul jawapan dia.
“Aku tak berguraulah Afwan. Bangunlah, ni tempat Raifa”.
“Mulai hari ini, tempat aku kat sebelah kau. Raifa duduk dengan Zayyan”. Mudah jawapan dia buatkan aku kerut dahi pandang Afwan.
Sejak bila Raifa nak dekat dengan Zayyan?
“Kau bergurau kan?”
“Tak, Aynaa. Aku sangat - sangat serius”,
“Raifa jadi tablemate aku dari kami tadika lagi tahu tak? Kau kerja duduk dengan Affan je”. Rungutku.
“Kita buat norma baru. Mulai tahun ni aku jadi tablemate kau dan kawan baik kau, jadi tablemate Zayyan. Kau faham tak, Aynaa Hannani?” Soal Afwan sambil tersengih senget.
Aku ketap bibir.
Afwan ni!
“Faham tak pendek?”
“Jangan panggil aku pendek! Ya, aku faham... Afwan Rafiqi”.
Afwan sengih puas hati.