BUKU aku susun kemas di dalam beg lalu dizipkan. Beg aku letak bersebelahan pintu bilikku agar aku mudah untuk mencari keberadaan beg aku keesokan harinya.
Pintu bilikku dikuak dari luar.
“Aynaa?” Wajah mama terjengul di muka pintu mengundang senyuman manisku.
“Kenapa ni mama?”
“Ada tetamu di bawah. Mereka nak berjumpa dengan Aynaa”. Ujar mama lembut.
Aku kerut dahi.
Berjumpa dengan aku? Takkan mom and dad Rayyan kut? Mustahil!
“Cepat sikit tau. Tak baik biarkan tetamu menunggu”, Pesan mama. Sejurus itu, pintu bilikku kembali ditutup rapat.
Aku garu pipi.
Siapa nak jumpa aku sebenarnya ni?
Malas berteka - teki, aku terus sahaja mencapai tudung yang berdekatan lalu disarung pada kepalaku dan kemudiannya melangkah keluar dari bilik.
Dan...
Persoalanku terus terjawab tatkala aku melihat figura walid dan ummi yang duduk di atas sofa yang berada di tengah ruang dan ada Affan bersama mereka.
Wait...
Affan?!
Rasa cemas mula menerpa.
Takkan Affan nak suruh walid dan ummi marah aku? Habislah.
Gugup.
Perlahan - lahan aku buka langkah mendekati walid dan ummi. Bila nampak aku, mereka berdua terus senyum manis.
Eh? Bukan walid dan ummi nak marah aku ke?
Aku salam tangan ummi lalu aku berdiri di hadapan mereka. Tak sanggup aku hendak melihat muka menyampah Affan pada aku.
“Duduklah Aynaa. Kenapa Aynaa berdiri pula?” Tegur ummi.
Aku terus akur.
“Sebenarnya walid dapat tahu dari pengetua yang Affan dan Afwan bergaduh kat sekolah se-”.
“Aynaa minta maaf”. Aku laju menunduk di hadapan walid dan ummi.
“Kenapa Aynaa nak minta maaf?” Soal walid. Suaranya kedengaran agak hairan. Sikit pun dia tak marah pada aku.
Aku angkat wajah pandang mereka berdua.
“Aynaa minta maaf sebab Aynaa jadi punca utama Affan dan Afwan bergaduh”.
“Tak apalah, Aynaa. Ummi dan walid tak marah Aynaa. Kami marah Affan ni sebab buat kamu macam tu. Raifa beritahu ummi yang kamu kena buli kat sekolah sebab Affan kan?” Soalan ummi itu buatkan aku tak tahu hendak berikan respon yang bagaimana.
Lidah aku kelu.
“Affan, minta maaf pada Aynaa cepat”. Arahan walid mengundang rengusan Affan.
Rasa nak pengsan tatkala melihat sepasang mata helang milik Affan memanah wajahku.
“Maaf”. Kosong. Langsung tak ikhlas.
Aku senyum nipis.
Tak apalah, Aynaa. Janji dia dah meminta maaf pun sudah cukup memadai.
“Affan, minta maaf betul - betul”.
“Aku minta maaf!” Ucap Affan. Dia ketap gigi pandang aku.
Pandangan dia yang penuh kebencian itu yang buatkan aku langsung tak mengerti kenapa dia sangat bencikan aku. Ah, aku memang suka buat - buat tak tahu!
Aku kan dah musnahkan hubungan akrab dia dengan Afwan?
“Aynaa”, Aku pandang walid.
“Sebab perangai biadab Affan pada kamu, mulai sekarang walid akan amanahkan dia sebagai pelindung kamu. Keselamatan kamu semasa diluar pemantauan kami semua adalah tanggungjawab Affan”.
Apa?!
Aku terkedu tatkala mendengar walid kata begitu.
“Apa ni walid? Affan dah minta maaf kan. Walid kata kalau Affan datang minta maaf pada dia, benda bodoh tu Affan tak perlu buat”. Rungut Affan.
Jelas sekali dia tidak rela dengan tanggungjawab yang harus disandangnya sekarang.
“Affan ingat salah Affan tu senang - senang je ke terhapus? Macamlah lepas ni Affan berhenti buat perangai kalau walid biarkan. Affan kena belajar sikit lindungi Aynaa. Kenapa tak suka sangat? Aynaa cantik. Kamu nak apa lagi?” Bebel walid.
Aku pula yang rasa kasihan pada Affan.
“Ta-tak apalah, walid. Aynaa maafkan dia. Walid tak perlulah denda Affan sampai macam tu sekali”. Pujukku.
“No, Aynaa. Affan mesti belajar dari kesilapan dia. Mulai hari ini, Affan akan jadi pelindung Aynaa. Satu pun kotor ataupun luka ada pada dia... walid akan denda Affan dengan lebih teruk tanpa ada belas. Understood?” Ketegasan walid buatkan aku sendiri hilang suara untuk membantah.
Affan ketap rahang dia pandang aku.
Gulp!
“Yes!” Bidasnya.
Walid senyum senget.
“Ay-Aynaa pergi tolong mama. Walid dan ummi tunggu sekejap ya?” Pamitku. Sejurus itu, aku terus sahaja berlalu ke dapur.
Seramnya muka Affan!
+++
RASANYA, semalam ialah hari yang seram bagi aku kerana aku bertentang empat mata dengan Affan beberapa kali. Sudahlah muka dia sentiasa bengis. Takut aku dibuatnya! Hari ini pula...
“Mulai hari ini, Aynaa pergi sekolah bersama Affan tau”. Aku pandang muka papa.
“Tak boleh ke kalau papa yang hantarkan Aynaa macam selalu? Kenapa nak susahkan Affan datang jemput?” Soalku lembut. Aku tak nak papa terguris hati walaupun sebenarnya aku kurang senang dengan tindakkan papa.
“I’m sorry. Tapi walid kamu yang minta papa buat macam ini. Aynaa pergi aje dengan Affan ya? Dia dah datang ambil Aynaa. Tak elok buat orang menunggu kita”. Pesan papa bersama senyuman manis.
Aku hela nafas.
Affan pun...
Kalau tak rela tak perlulah sampai nak paksa diri ambil aku.
Pin! Pin!
Jelas bunyi hon kereta kedengaran.
Aku pusingkan tubuh pandang Affan yang melangkah keluar dari kereta. Mimpi apa hari ni dia senyum? Ataupun berlakon depan papa aje?
“Assalamualaikum, papa”. Tegur Affan.
Aku bagi ruang untuk dia bersalam dengan papa. Baik aku bagi ruang awal - awal sebelum dia melenting.
Papa senyum.
“Waalaikumusalam. Awal Affan datang hari ni. Nak masuk sarapan dulu?”
“Tak apa. Affan datang nak jemput Aynaa pergi sekolah. Takut lambat”. Lembut Affan menolak.
Aku rasa macam aku tak kenal Affan yang perengus sebelum ini.
“Kalau macam itu tak apalah”.
“Jom”. Affan pusingkan tubuh dan dia pandang aku dengan muka beku dia. Seperti kebiasaan yang dia selalu lakukan.
Memang dah agak.
Dia cuma berlakon aje.
“Aynaa pergi sekolah dulu papa”. Tangan papa aku cium lembut.
“Pergi sekolah elok - elok”. Ujar papa bersama senyuman. Papa usap lembut kepalaku yang diselubung tudung sekolah dan papa cium dahi aku.
“Baik papa”,
Seusai itu, aku melangkah ke arah kereta Affan.
“Duduk depan. Kau jangan nak acah bos besar sangat”.
Aku hela nafas.
Aku terus meloloskan diri ke dalam kereta Affan.
“Kami pergi dulu papa!”
Aku juih bibir tatkala melihat lakonannya. Depan papa aku, pijak semut pun tak mati. Memang boleh menang anugerah pelakon terhebat.
“Jangan cari masalah kat sekolah”. Suara Affan memecahkan kesunyian.
Aku cari masalah? Rasanya tak.
Kalau Affan yang berikan masalah, semestinya ya.
“Kau dengar tak?”
“Dengar”. Malas aku nak jawab panjang - panjang memandangkan Affan pun bukan suka pada aku.
“Jauhkan diri kau dari Afwan”. Dia tambah lagi.
“Okey”.
“Berhenti bercakap dengan Zayyan dan Rayyan”. Dia kerling pandang aku.
“Hmm”.
“Tak ada ayat lain ke kau nak cakap? Sepatah - sepatah kau jawab?!” Aku hela nafas.
Aku bercakap salah, aku tak bercakap pun salah. Jawab ayat ringkas - ringkas pun salah?
Apa sebenarnya yang Affan nak?
Pening aku!
“Aynaa Hannani!”
“Kau nak apa Affan? Kau sendiri kata yang kau bencikan aku. So, apa lagi yang kau harapkan dari aku? Kau tak sukakan aku. Biarlah aku nak balas sepatah pun. Mulut aku”. Ucapku geram.
Lama - lama dengan si Affan ni memang boleh buat aku jadi gila.
Tak faham apa yang dia mahukan dari aku.
Affan tayang muka beku.
Dia langsung tak cakap apa - apa.
Baguslah, aman sikit dunia aku.