BUKU tulis aku ditutup Afwan lalu dia menarik pen yang ada di tanganku.
“Afwan, bagi balik pen aku”, Perlahan suara aku meminta padanya. Seraut wajah Afwan juga aku tak mampu hendak pandang. Manakan tidak, sekali aku tengok muka Afwan, pasti wajah Affan akan terbayang - bayang di ruangan mindaku. Apabila aku teringat tentang Affan pula, hati kecilku ini bagaikan sedang dihiris - hiris dengan sembilu. Sangat menyakitkan.
“Pandang mata aku, Aynaa”. Suara Afwan kedengaran sangat tegas.
Takut.
“Aynaa Hannani, pandang mata aku. Jangan buat aku paksa kau”. Perlahan mata aku membalas renungan Afwan.
Namun, tak sampai beberapa saat aku merenungnya... tubir mata aku menghangat. Dada jadi sebak. Aku terus alihkan mata dan menunduk memandang tanganku yang menggenggam baju kurung.
“Kau menangis”.
Aku ketap bibir.
Memaksa diri agar tidak tampak terlalu lemah dihadapan Afwan. Tetapi air mataku ini lebih gemar mengkhianati tuannya sendiri.
“Affan buat kau menangis. Betul kan?” Beku suaranya.
Aku genggam kuat baju kurungku.
“Affan buat kau menangis kan?” Dia ulang lagi.
“Ak-aku bodoh, Afwan. Aku tak patut terus berharap pada dia”. Aku teresak kecil. Cukuplah hanya aku dan Afwan sahaja yang mendengarnya. Aku tak mahu pelajar sekelasku menonton drama air mata aku yang percuma.
Afwan ketap rahang.
Dia tak balas bicara aku lantas dia terus keluar dari kelas. Tingkahnya itu begitu drastik sehinggakan semua orang bagaikan terpana melihatnya.
Aku tak sanggup nak angkat muka.
“Aynaa, kau okey tak ni?” Suara Raifa yang penuh kerisauan itu menerjah halwa telingaku.
“Aynaa”, Raifa sentuh bahu aku.
“Rai-Raifa...”
“Hei, kenapa ni?” Raifa tekup pipi aku. Dia memaksa aku menatap seraut wajah miliknya.
“Sa-sakit, Raifa. Hati aku ni sakit sangat”. Aku mengadu.
Berubah air muka Raifa tatkala mendengar bicaraku.
“Sudahlah!” Suara riuh dari kelas sebelah buatkan perhatian kami semua teralih.
Zayyan dan Rayyan yang memerhatikan kami berdua terus berlari ke kelas sebelah bagaikan tahu - tahu sesuatu yang berlaku.
“Berhentilah!”
“Rai-Raifa, aku tak sedap hati. Afwan pergi kelas Affan tadi”. Aku mula gusar.
Macam mana kalau Affan dan Afwan bergaduh? Rosaklah reputasi sekolah. Jatuhlah maruah walid dan ummi.
Air muka Raifa berubah.
Terus dia tarik aku pergi ke kelas sebelah.
Aku hanya mengikut dia tanpa sebarang bantahan. Raifa mudah - mudah aje dapat laluan dari orang ramai tatkala dia meminta ruang untuk kami berdua.
Pucat wajahku tatkala melihat Affan dan Afwan yang sedang bergelut.
Ya Allah!
Raifa lepaskan tangan aku dan dia berlalu ke arah Affan dan Afwan.
Pang!
Kedua - duanya dia tampar. Lalu tubuh abang dan adik kembarnya dipisahkan. Sungguh, saat ini kedua - dua kakiku terasa lembik. Bagaikan hilang kekuatan tatkala melihat wajah amarah Afwan.
“Sial!” Jerit Afwan bengang.
Affan kesat kasar bibirnya yang tersisa darah.
“Sabarlah Afwan!” Tegur Raifa garang.
“Kau tak nak kat dia, beritahu aku! Jangan seksa hati dia. Kalau dah rasa diri sendiri tak layak nak jaga dia... aku pun boleh buatlah! Jauh lebih bagus dari kau!” Jerit Afwan. Mukanya merah padam.
Afwan betul - betul marah.
Affan pandang aku tajam.
Aku undurkan langkah perlahan - lahan.
“Kau! Kau tak dapat aku, kau rampas adik aku pula. Apa masalah kau ni hah?!” Jerkahannya buatkan air mataku jatuh.
Mana perikemanusiaannya?
Aku rasa saat ini, semua orang memandang sinis kepadaku.
Tak... aku tak jahat.
“Kau ni dah kenapa Affan?!” Raifa tolak kasar dada Affan.
“Aynaa, kau-”. Aku tak sanggup hendak mendengar bicara Afwan. Lantas aku berlari keluar dari situ. Pedih!
Hati aku sakit!
+++
“BERTUDUNG tapi perangai serupa perempuan murahan”,
“Acah - acah alim kononnya. Jaga bataslah tak bagi sentuh sana dan sini. Sebenarnya tamak”,
“Perempuan tak tahu malu. Jijik!”
Pelbagai tomahan yang aku harus terima gara - gara pergaduhan antara Affan dan Afwan. Aku dituduh sebagai asbab utama yang menghancurkan hubungan adik beradik itu. Aku dianggap sebagai perempuan yang jahat.
Salah aku ke?
Pedih.
“Kalau kau asyik peduli kata - kata orang, sampai bila - bila pun kau takkan bahagia”.
“Zay-Zayyan”.
Aku terus seka air mata tatkala melihat dia mendekatiku bersama - sama Rayyan.
“Nah”, Rayyan hulurkan tudung dan baju t-shirt baru kepadaku. Aku pandang mereka berdua penuh rasa.
“Ke-kenapa?”
“Jangan berlagak bodoh boleh? Macam mana kau boleh biarkan orang buat kau macam - macam tapi kau langsung tak balas balik? Kau tak kisah orang layan kau macam anjing kurap?!” Tempelak Zayyan.
Terhinjut bahu aku.
Aku takut hendak pandang wajah marah Zayyan.
“Zayyan, janganlah marah dia. Kau janji dengan queen kau kan?” Pujuk Rayyan lembut.
Queen.
Aku tahu siapa yang Rayyan maksudkan.
Zayyan raup kasar wajahnya.
“Pergilah tukar baju kau. Aku dan Rayyan akan hantarkan kau balik”. Arahnya.
“Ak-aku...”,
“Jangan risau, Afwan tahu dan dia dah beritahu mama dan papa kau. Dah, jangan banyak tanya sangat. Pergi tukar baju cepat”. Arah Zayyan tegas.
“Te-terima kasih”. Aku tertunduk sedikit padanya.
Aku senyum nipis pada Rayyan. Rayyan balas senyuman aku.
“Cepat tau. Kami tunggu kat sini”, Tokok Rayyan pula.
Bila aku dengar dia kata begitu, aku lekas buka langkah masuk semula ke dalam tandas untuk menukar pakaian yang diberikan oleh Rayyan tadi.
Bibir mengukir senyuman hambar.
Dalam hati rasa bersyukur punya kawan seperti Raifa. Sungguh, aku tak tipu.
+++
AKU kemam bibir tatkala kereta diberhentikan dihadapan sebuah rumah agam. Dua kali ganda lebih besar dari rumah keluarga aku.
“Kena-kenapa tak hantar aku balik lagi?” Soalku gugup.
“Jangan takut. Kami tak buat apa - apa pun kat kau. Aku cuma nak belanja kau makan sebab Raifa kata kau tak makan dari pagi lagi”, Tutur Rayyan lembut.
“Ta-tapi aku tak lapar”.
“Kalau kau sakit, kau ingat bad boy beku tu nak risaukan kau ke?” Soal Zayyan kasar.
Aku ketap bibir.
“Aku tak pernah suruh sesiapa risaukan aku!”
“Jangan nak berani membantah. Selagi kau tak makan kat rumah Rayyan, selagi tu kami berdua takkan hantarkan kau balik”. Tegas Zayyan.
“Rayyan”, Aku panggil Rayyan perlahan. Niatku hanya meminta dia membela nasibku memandangkan Rayyan jauh lebih tenang dari sepupunya.
Wajahnya sedikit memerah. Dia gosok batang lehernya.
“Bu-bukan aku tak nak tolong kau, Aynaa. Tapi ini untuk kebaikan kau juga. Aku dah suruh orang gaji aku masak makan kegemaran kau. Janganlah risau. Mom and dad pun tak sabar nak jumpa kau”,
Aku terkedu.
Mom and dad Rayyan?!
Oh my Allah.
“Hantarkan aku balik. Malulah aku makan kat rumah kau. Nanti apa pula ibu bapa kau kata pasal ak-”,
“Mereka okey. Don’t worry”. Potong Rayyan.
Dia terus ketawa tatkala melihat wajah cemberutku.
“Cepat, Aynaa. Kalau masalah sangat aku panggil Afwan je”,
“Ak-aku ikut!” Kalut aku balas tatkala mendengar ugutan Zayyan. Takkan aku masih hendak menyusahkan Afwan untuk datang ke sini kerana aku? Entah apa yang akan Affan kata pada aku nanti.