TUDUNG yang tersarung pada kepalaku dibetulkan sedikit agar menutupi seluruh auratku dengan sempurna. Tak sanggup aku nak biarkan Afwan menatap auratku biar pun dia kawan baikku sejak dari kecil lagi.
Tatkala bunyi loceng bergema diseluruh ruangan rumahku, aku bingkas berlari anak ke arah pintu utama. Dedaun pintu rumahku dikuak perlahan.
“Assalamualaikum, Raifa dan Afwan”. Tegurku bersama senyuman manis.
“Waalaikumusalam”, Afwan sengih pandang aku. Raifa pun senyum. Tapi cara mereka senyum nampak seperti sebersalah padaku. Kenapa ya?
“Masuklah”, Aku berikan ruang untuk mereka masuk ke dalam rumahku.
“Terima kasih, Aynaa”. Ucap Afwan seraya melangkah masuk bersama Raifa. Afwan ambil tempat terus di atas sofa. Raifa pula tiba - tiba tarik tangan aku.
“Aynaa, aku nak cakap sikit boleh tak?”
“Cakap ajelah”, Balasku bersama ketawa kecil.
“Sebenarnya, tadi baby kesayangan Afwan rosak. Lepas tu, aku nak call kau sebab tak jadi nak datang... aku rasa tak sampai hati. At the same time, walid aku keluar sebab ada hal urgent. So...” Raifa gigit bibir pandang aku.
“Kau dan Afwan datang dengan siapa?” Hati aku sudah berdebar laju.
“Assalamualaikum”, Suara garau itu buatkan jantung aku terus gugur.
“Ak-aku betul - betul minta maaf, Aynaa. Memang niat tak nak bawa Affan. Tapi dia je yang pandai bawa kereta”.
Affan.
Nama itu buatkan aku rasa gementar. Namun, ada juga rasa teruja.
Aku sendiri tak mampu hendak mencerna perasaanku pada Affan ketika ini.
“Wa-waalaikumusalam”,
Aku pusingkan tubuh pandang Affan yang berdiri dimuka pintu.
“Oh, ada suara. Ingatkan bisu”, Sinisnya.
Aku ketap bibir.
“Affan, berapa kali aku nak pesan pada kau supaya tak sakitkan hati Aynaa?” Soal Raifa geram. Dia berdiri disisiku. Lagaknya bagaikan mahu mempertahankan aku dari terus dihina oleh abang kembarnya.
Affan senyum senget.
“Budak accountant tak layak nak bercakap macam tu dengan aku”.
“Biadablah perangai kau ni! Aku rasa nak aje sek-” Aku tarik lembut tangan Raifa agar menjauhi Affan.
Mesti mama dan papa akan pelik kalau kembar ni bergaduh disebabkan aku.
“Tak apa, Raifa. Kau duduk aje okey? Aku bancuhkan air dulu”. Kataku lembut.
“Tapi Aynaa, Affan tu memang minta kaki betul!” Gumam Raifa bengang.
“Sabar. Aku pergi bancuhkan air dan kau pula duduk kat sebelah Afwan”. Pujuk aku. Sehabis daya aku ukirkan senyuman tenang.
“Kau pe-pergilah duduk dulu. Aku nak bancuhkan air”.
Affan tak menjawab.
Dia hanya menonong pergi ke arah sofa yang dihuni oleh adik - adik kembarnya.
Tak tunggu lama, aku lekas sahaja berlalu ke dapur.
Dada diurut perlahan.
Affan bencikan kau, Aynaa. Tolong berhenti bermimpi!
+++
“BOSANLAH study”, Sepuluh kali Afwan ulang ayat yang sama sebaik sahaja aku dan Raifa tak henti mengulangkaji subjek prinsip perakaunan. Bosan? Kalau kami berdua cerdik serupa dia tak apalah nak bosan. Ini markah prinsip perakaunan pun cukup - cukup makan, takkan kami nak bersenang lagi?
Tap!
Buku teks aku ditutup oleh Afwan. Begitu juga dengan buku teks Raifa.
“Afwan!” Serentak kami berdua menyeru namanya.
Afwan tersengih.
“Sudah - sudahlah hadap buku. Aku muak lah”, Rungut Afwan.
“Kau pandai tak apalah nak muak”. Aku mula merungut tak puas hati padanya.
Raifa angguk laju.
“Kami ni hampir gagal dua kali tahu tak?” Tukas Raifa geram.
“Alah, nanti aku ajar lah kau berdua. Tapi sekarang ni kita tak payahlah study sangat. Aku bosan”.
“Kau nak cakap apa sebenarnya ni?” Soalku geram.
Nampak jelas sangat Afwan berkias - kias dalam bicaranya. Dia sebenarnya mahu cakap sesuatu kepada kami.
Afwan sengih.
“Tentang apa yang aku cakap dalam kelas tadi, kau marah pada aku tak?” Soal Afwan serba salah.
“Aku tak marah kau sebab kita tak kena denda dengan Teacher Farhani. Kalau kita kena denda memang aku belasah kau”. Kataku geram.
“Entah kau ni. Gatal sangat cakap pada Teacher Farhani macam itu. Habis satu sekolah ship kau dengan Aynaa tau”. Kata - kata Raifa buatkan aku terkedu.
Ship aku dengan Afwan.
Apakah?
Afwan gelak kecil.
“Tapikan Aynaa, sweet tak aku? Kalau apa yang aku kata dalam kelas tadi, kau nak tak tinggal kat Itali dengan aku?”
Blur.
“Kau tengah confess pada Aynaa ke?” Soal Raifa kuat. Terkejut!
“Ak-”.
“Kau kata apa dalam kelas?” Suara dingin Affan tiba - tiba aje mencelah.
Aku langsung tak berani nak pandang muka Affan. Takut.
“Aku dengan Aynaa sembang dalam kelas pasal study. Lepas tu, Teacher Farhani tegur kami berdua. Aku tak naklah kena denda. Aku pun katalah kami berdua sembang tentang future wedding. Nak ada anak berapa dan nak tinggal kat ma...”
“Kau berdua pergi bersembang dalam kelas tu kenapa? Dah tak ada adab dengan cikgu? Nak jumpa sangat, tunggu lepas habis sekolahlah. Takkan itu pun tak boleh nak sabar?!” Tiba - tiba Affan membebel buatkan kami bertiga terdiam.
Dah kenapa dengan dia ni?
“Tapi Affan, ak-”.
“Aku tak nak dengar apa - apa. Jangan membazir duit minyak kereta aku boleh tak? Study sekarang”. Arah Affan tegas.
“Tapi Affan ka...”
“No buts. Study atau kita balik rumah? Pilihan terletak kat tangan kau berdua”.
Afwan dan Raifa pandang aku.
Aku ukir senyuman nipis.
“Kita study”, Putusku dan mereka berdua pun akur.
+++
AWAL pagi aku datang ke sekolah, menjadi kebiasaan untuk aku menemani seorang pekerja pembersihan.
“Mak cik nak buat kerja dulu”, Mak Cik Su ukir senyum pada aku.
Aku tersenyum manis.
Tangannya lekas aku salam sebagai tanda hormat aku padanya.
Aku hanya memerhati kelibat Mak Cik Su yang sudah semakin menjauh.
Baiklah, sekarang aku nak pergi masuk kelas. Mesti sekarang ini Raifa dah datang dan dia mencari aku.
“Future Afwan ada kat sini?” Suara lelaki tiba - tiba menegurku dari belakang.
Aku terus menoleh memandang beberapa pelajar junior yang melintasiku. Bukan aku tak nampak mereka pandang aku.
Afwan, kau tengoklah apa yang kau dah buat.
Aku tersenyum nipis.
Mati - mati aku ingat yang Affan ada di sini.
“Affan...” Setiap kali nama itu meniti bibirku, hati aku rasa sangat teruja. Tak tahu kenapa tetapi aku sangat sukakan Affan. Aku sukakan dia dari zaman kanak - kanak kami. Bagi aku, Affan adalah seorang abang yang sangat melindungi adik - adiknya. Tetapi bukan dengan aku...
Semenjak bersekolah menengah, Affan semakin dingin dengan aku. Caranya seolah - olah benci dengan aku. Sejujurnya, aku sendiri tak mampu meneka mengapa dia begitu bencikan aku.
“Aynaa Hannani?” Suara garau itu buatkan aku mencari punca suara.
Terkelu aku tatkala melihat dua orang lelaki yang ada bersama Affan. Aku teka itu pasti kawan baiknya.
Aku ketap bibir.
“Oh my god, kawan baik Raifa ada kat sini”, Salah seorang kawan Affan datang mendekatiku. Tak, aku silap. Sebenarnya dua orang kawan Affan datang ke arahku termasuk dirinya.
Aku undurkan langkah.
Takut...
“Bukan selalunya kau berkepit dengan Raifa?” Soal lelaki yang bernama Hanif bersama sengihan sinis.
Aku jarakkan tubuh tatkala Hanif cuba menyentuh hujung tudungku.
“Takkan Raifa tinggal kau, Aynaa?” Soal Lukman bersama ketawa kecil. Ketawanya itu seolah - olah sedang mengejek aku.
“Jangan kacau aku”. Tegasku.
“Oh damn cute, Aynaa. Kau marah pun masih nampak lembut”, Usik Lukman lagi.
Aku ketap bibir.
Benci. Benci!
“Kau boleh berambus tak? Kau buatkan aku rimas, Aynaa”. Suara sinis Affan buatkan aku rasa sangat - sangat kecewa.
Aku undurkan langkah.
Aku nak pergi dari sini.
“Hei, nak pergi ke mana?”
“Kami baru nak berbual dengan kau. Ingat senang ke nak berbual dengan perempuan macam kau ni?” Soal Lukman pula.
“Jangan kacau aku la!”
“Lepaskan perempuan tu, Luke dan Han”. Suara garau Affan yang menegur meletuskan ketawa Hanif dan Lukman.
Buntu.
“Aku tak sangka kau sukakan perempuan yang bertudung macam ni. Aku fikir, kau akan pilih perempuan macam Raifa. Damn sexy”, Ucap Hanif seraya menjilat bibirnya.
Yucks!
Kalau dah namanya lelaki, mesti akan bertemu juga dengan perkataan pervert!
Lukman gelak kecil.
“Betul tu. Mesti fun kan kalau boleh nampak apa yang tersembunyi disebalik tudung tu”,
Aku terkaku tatkala Lukman ditolak kasar oleh Affan.
Sejurus itu, Affan terus menarik tanganku menjauhi kawan - kawannya.
“Aff-Affan”,
Tanganku dilepas kasar.
Affan pusing pandang aku.
“Kau dengar sini. Jangan pernah sekalipun cuba untuk dekati aku lagi. Tolong jauhi aku. Faham?” Bicara tegas Affan bersama wajah serius itu betul - betul menakutkan aku.
“Affan...”
“Aku dah bagi kau amaran. Kalau kau tak dengar juga kata - kata aku, jangan harap aku nak bantu kau lepas ni”. Bicara sinisnya itu betul - betul menghancurkan sekeping hatiku.
“I hate you, Aynaa Hannani. Semat ayat aku ni dalam kepala otak kau!” Seusai itu, dia berlalu meninggalkan aku sendirian.
Tubir mata menghangat.
Hati aku berkecai seiring dengan Affan yang semakin menjauh.
Aku teresak.
Affan...