Home Novel Kisah Hidup Budak Intern
Budak Intern
nvrmnssd
15/8/2019 20:50:33
8,974
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
1
2
3
2

Tiga pasang mata tidak lepas memandang mereka berdua. 

“Biar betul? Kitaorang tak dimaklumkan pun akan ada budak intern masuk sini?” Seorang lelaki kurus siap berjaket hitam bersuara. Di belakangnya terdapat lelaki yang berkaca mata kelihatan masih keliru dengan khabar yang diterima. 

Dua pelajar praktikal itu mengalihkan pandangan ke arah staf HR bernama Lin.

“Tu yang nak inform hari ni. Maybe Mus tak maklumkan lagi kat korang. Sebab, minggu lepas memang HR dah inform department korang.”

“Eh kejap. Tadi korang kata korang daripada kos mana?” lelaki kurus itu mengalihkan perbualan kepada dua pelajar praktikal yang baru diserap masuk ke jabatan tersebut.

“Err..penulisan kreatif.” Serentak mereka menjawab. 

“So memang exposed dengan penulisan lah ni? Penulisan skrip, artikel dan apa semua tu?”

Serentak mereka berdua mengangguk. Masih ada debar menjadi perhatian antara empat staf syarikat penerbitan akhbar yang terkemuka di Malaysia.

“Tapi Lin, department kitaorang mana ada space dah untuk budak berdua ni. Ada pun sebab Ehsan dengan Hadi tak datang ofis sebab cuti. Ehsan esok masuk pejabat dah. Tinggal satu je la meja kosong for one week. Tu pun sebab Hadi pergi umrah.”

Lin menggaru pelipis matanya. “Tak apa. Nanti aku suruh teknikal masukkan meja dengan kerusi.”

Lelaki kurus itu ketawa paksa. “Weh nak letak mana?” Nadanya sedikit kedengaran ditekan. Mungkin itulah maksudnya berkenaan dengan tidak cukup ruang dan Lin pula bagai tidak faham maksudnya.  

Lin menebarkan pandangannya ke seluruh ruang pejabat itu. Memang benar. Pejabat itu sudah kekurangan ruang untuk dibawa masuk perabot baru. 

“Tak apalah. Bagi diaorang duduk dulu kat meja Ehsan dengan Hadi. Nanti bila Ehsan dah balik esok, kita fikir lain macam mana.” Staf wanita yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati di sebalik kubikel, bersuara. “Lagipun, staf kita bukannya selalu ada kat pejabat. So, bolehlah rotate duduk kat mana-mana meja yang available.”

“Kalau macam tu, okeylah. Aku gerak dulu. Jangan nak buli budak-budak ni pulak!” Lin mengingatkan kepada tiga staf di hadapannya.

Dua pelajar praktikal itu hanya tersenyum paksa. Sekadar menghilangkan rasa tidak selesa diantara mereka dan yang pasti mahu tampak ramah. Kalau tidak senyum, nanti dikira tidak mesra pula. 

Markah praktikal pun mungkin terjejas. Betul tak? Mereka berdua saling berpandangan. Berkomunikasi melalui kerdipan mata.

“Tak de lah. Kitaorang baik apa. So far tak ada lagi masalah nak buli budak baru.” 

Lin memandang dua pelajar praktikal itu. “Nanti jangan lupa apa yang Kak Lin pesan tadi. And, kalau ada masalah..terus call akak guna number yang akak bagi tadi.”

Mereka berdua mengangguk.

“Okey. Goodluck!” Lin senyum sebelum meninggalkan pejabat itu.

Serentak dengan kepergian Lin, sebaik sahaja pintu pejabat itu ditutup rapat suasana terus automatik menjadi sunyi dan janggal. 

Masing-masing kaku tidak tahu mahu membuat apa. 

Mereka berlima saling berpandangan tanpa idea untuk memulakan perbualan. 

Lelaki kurus yang banyak bersuara tadi menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Dia berpusing ke belakang memberi isyarat kepada lelaki berkaca mata dan staf wanita tadi. 

“Aku tak tahu nak buat apa.” Dia ketawa dalam menagih simpati. 

Staf wanita itu bangun. “Kenalkanlah diri. Ice breaking.” Dia merapati menyertai lelaki berdua. Ada jarak besar diantara pelajar praktikal tersebut dan mereka bertiga.

“Oh, saya Elina. Panggil saya Eli.”

“Saya Nafisyah. Panggil Fisyah.”

“Tadi, korang memang satu kelas dan satu kos yang sama eh?”

Angguk.

“Oh. So, korang sama-sama apply department ni ke?”

Eli menggeleng. “Kami apply company ni tanpa spesifikkan department mana yang kitaorang nak. Bila diterima, baru tahu kami diserap ke department multimedia.”

“Maknanya, bukan koranglah yang request nak masuk multimedia?”

Angguk.

Mereka bertiga diam. Masih kaku. Masih keliru. 

“Err..akak nama Dina. Panggil Kak Dina. Yang bercakap tadi ni, nama Farizzuan. Panggil dia Abang Wan. And, yang specky ni nama Luqman. Panggil dia Abang Man.”

Angguk.

Suasana kembali senyap.

Awkward. Tidak pasti mahu bermesra bagaimana lagi, akhirnya Eli dan Fisyah berpura kelihatan teruja menebarkan pandangan ke seluruh ruang pejabat itu. Walhal kalau nak diikutkan, sudah tidak tahu mahu pandang siapa. 

Ruang pejabat multimedia tidak begitu luas seperti yang dijangka. Hanya cukup memuatkan staf multimedia yang ada sahaja. Rasanya, mungkin ada dalam 30 meja yang dipisahkan dengan kubikel-kubikel. 

“Sebenarnya, kitaorang tak tahu pun akan ada pelajar praktikal masuk department ni. Sebab, kalau diikutkan sebenarnya kitaorang dah kecukupan staf.” Kak Dina mula memulakan mukadimah sebenar mengapa boleh ada isu berkenaan ruang dan kekurangan perabot.

“Sebab tu tanya korang, kalau korang yang apply sini.” Kak Dina senyum. “So, since korang dah diserap masuk ke sini, apa kebolehan korang? Pandai pakai software apa? Final Cut Pro pandai?”

Eli dan Fisyah berpandangan. 

Eli menyusun kata. “Nak kata pandai tu, tak sebenarnya. Mostly edit video pakai Filmora.”

“Habis tu kenapa korang masuk sini?” Abang Wan menyampuk. Pelik juga apabila ada pelajar praktikal yang tidak tahu editing, tetapi diserap masuk ke multimedia. 

“Kami berdua pelajar penulisan. Major kami dalam penulisan skrip dokumentari, drama dan pementasan. Editing video ni cuma minor kami. Jadi kami more to skrip. Bukan editing video.” Fisyah berjeda seketika. “Kami pun tak tahu kenapa kami masuk sini.”

“Oh baru faham. So, memang betullah korang masuk sini. Kiranya nanti fokus korang kepada voice over dan caption video. Which is budak berdua ni in charge bawah kau Wan.” Kak Dina memeluk tubuh serentak memalingkan wajahnya kepada Abang Wan. “So, apa lagi..bagilah diorang duduk.”

Abang Wan mengangguk. Kelihatan masih buntu. “Tak apa. Kita banyak masa lagi untuk berkenalan. So, as for now memandangkan korang tak ada tempat lagi..korang duduk dulu dekat meja Abang Ehsan dan Abang Hadi.”

+

Eli dan Fisyah leka mendengar penjelasan Abang Wan. Masing-masing memenuhkan kerusi milik Abang Hadi dan Abang Ehsan yang kosong buat sementara waktu. Penjelasan Abang Wan membuatkan mata mereka bersilih ganti memandang komputer dan skrip yang tercetak di helaian kertas bersaiz A4. 

Tadi mereka berpeluang untuk menonton dan mengenali beberapa rancangan ringkas yang dikendalikan oleh beberapa staf di dalam pejabat itu. Namun, mereka tidak kenal siapa si empunya nama kerana kebanyakkan nama yang tertera di skrin rancangan yang ditonton tadi ada tugas di luar dan ada juga yang masuk pada sebelah petang. 

Macam Abang Wan, dia mengendalikan rancangan Selidik Jenayah. Sebuah rancangan yang mengupas isu jenayah sepanjang menjadi kes pihak berkuasa.

“So far korang faham tak macam mana dalam pembikinan skrip dan flow sebuah dokumentari?” Abang Wan menghulurkan skrip dokumentari Selidik Jenayah kepada Eli.

Fisyah yang duduk di sebelah Eli berjeda lama sebelum Eli mengangguk menjawab soalan Abang Wan. Dia meneliti sekilas skrip di tangannya. 

Nyata berbeza dengan apa yang dibelajarnya di dalam kelas. Formatnya macam salah? Eli sedikit mengerutkan dahi. Agaknya, kalau submit skrip dalam bentuk format begini mahu kena pangkah besar dengan pen merah Dr. Noraida.

Eh Eli. Suka hati kau je nak betulkan skrip veteran dalam industri dokumentari.

“Kalau ada soalan, tanya je.” 

Diam.

Eli berpusing memandang Fisyah. Fisyah mengangkat kening. 

“Ada soalan tak?” soalnya perlahan.

Fisyah menggeleng. Kala ini, dia mengharapkan ada katil dan bantal di sebelahnya. Penerangan Abang Wan tadi hanya separuh sahaja yang masuk ke dalam kepalanya. Selebihnya entah ke mana.

Bukan nak salahkan Abang Wan tetapi apa yang Abang Wan terangkan tadi sudah pun dia maklum kerana itulah apa yang dia belajar sepanjang berada di semester lepas. Dan skrip pula, sampai dah naik tepu kepalanya mahu melihat rupa bentuk skrip kerana itulah ‘makanannya’ sepanjang bergelar pelajar filem. 

“Skrip tu..” Abang Wan bersuara lagi. “Tak pasti betul ke tak. Korang kan budak skrip. Mesti banyak salah. Kitaorang kat sini, main buat je skrip. Janji boleh shoot and dokumentari boleh tayang on time. Nanti bolehlah kami belajar dari korang cara nak buat skrip.” Abang Wan ketawa kecil. 

Tidak pasti apa yang kelakar. Eli laju hulurkan skrip itu kepada Fisyah. Rasa sedikit terbeban apabila Abang Wan mahu diberi tunjuk ajar mengenai penulis skrip. Kalau betullah nanti diaorang diberi tugas untuk tulis skrip bagi dokumentari yang diberi, nampak gaya balik nanti dia kena ajak Fisyah buka balik nota skrip dokumentari. 

“Saya nak tanya, kalau kes luar dari kawasan KL pula macam mana pihak multimedia nak cover? Kena outstation ke?” Eli bersuara. Serba salah pula dia bila tengok Abang Wan masih menunggu pertanyaan daripada dia dan Fisyah.

Abang Wan menyandar pada kerusi. “Ada masa memang kena outstation. Tapi jaranglah. Mostly kita tunggu story daripada branch setiap negeri. Contoh kalau ada kes kat Pulau Pinang, kita tunggulah branch sana hantar story kat kita. Tapi, kalau ada banyak jenayah yang nak kena cover pada satu masa mungkin kena outstation.”

Eli mengangguk. “Jadi, maknanya kitalah yang kena buat video, create caption dan voice over? Diorang just hantar story. Macam tu kan?”

“Yes. Exactly.” Abang Wan membetulkan jaketnya. Tidak dapat dinafikan, ruang pejabat multimedia sejuk membeku walaupun baru beberapa jam Eli dan Fisyah mendaratkan kaki di ruang itu. 

“Untuk voice over pula, biasanya kitaorang buat dekat situ. Meja Abang Min.” Abang Wan bangun seraya menunjukkan ke arah meja berhadapan meja Abang Ehsan. Meja Abang Min menjadi perhatian mereka berdua kerana terdapat mikrofon dan headphone di sisi desktop.

“Tapi, it’s okay. Hari ni korang santai je dulu. Esok Abang Min masuk ofis, bolehlah minta dia tunjuk ajar. Okay?”

Mereka berdua mengangguk faham. 

“Fisyah diam je? Ada nak tanya soalan?” Abang Wan cuba mengajak Fisyah berbual. 

Fisyah memulangkan semula skrip kepada Eli. “Err..Eli dah banyak tanya. Rasanya semua soalan yang dia tanya dah cover semua soalan yang saya nak tanya.” 

Eli memandang Fisyah dengan pandangan yang bernada, ‘Seriously?’. Fisyah hanya sengih sambil menepuk bahu Eli berkali-kali.

“Oh okeylah kalau macam tu.” Abang Wan berjeda seketika. “Tapikan, serius pelik. Apasal korang masuk sini? Tak ke macam korang lagi sesuai masuk department sebelah?”

Eli mengangkat wajah dari skrip dokumentari Selidik Jenayah. “Saya tak tahu.”

“Sebelah ni department news. Dioranglah yang cover story dalam newspaper. Korang belajar kan cara menulis berita?”

Angguk.

“So, macam better dekat sana je. Sebab, to be honest..Abang Wan tak tahu nak bagi korang kerja apa. Sebab semua story dah settle semalam. And story untuk hari ini..biasanya dekat pukul tiga petang baru masuk.”

Fisyah memandang jam tangannya. “Ni baru pukul 12 tengahhari.”

“So..why not korang pergi lunch dulu ke? Dah sarapan ke tadi before sampai sini?”

“Belum sarapan. Tapi, tak apalah. Kami tunggu pukul satu nanti. Baru kami pergi lunch.” Fisyah menolak lembut.

“Kalau macam tu, tengok lah dulu mana-mana dokumentari yang korang belum discover. Nanti, kalau ada story masuk bolehlah try buat caption untuk video.”


Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nvrmnssd