Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
56,106
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 8

BAIK tak payah balik kalau macam ni!

Backpack Deuter Nomi hitam dicampak ke kaki katil sebelum tubuhnya dihumban ke tilam.

Bunyi deru Honda Civic Puan Haida yang meninggalkan perkarangan rumah menusuk telinga. Laju bantal di kepala katil ditariknya lalu ditekup ke kepala. Baru lepas hantar dia balik rumah, terus nak keluar.

Cuti dua hari je pun. Tu pun tak boleh nak stay kat rumah luang masa dengan dia sekejap. Apa yang dikejar sangat kat luar tu dia pun tak tahu.

Dadanya memberat. Bantal di kepala ditekan rapat ke muka sebelum sempat cecair bening tumpah dari tubir mata.

***

AISYAH meniarap di sofa dengan kepala diteleng rehat pada tempat letak lengan. Mama awal-awal pagi lagi dah tak nampak kelibat. Kut tak balik langsung daripada semalam, tak tahulah.

Dia melepaskan rengus halus. Matanya dipaku kosong pada Dominic Toretto dan Han yang berentap di televisyenFast and Furious yang tengah main di saluran HBO tu nampak macam wayang kulit je di matanya kala itu.

Duit kertas yang ditindan dengan pasu bunga plastik di atas meja kopi menarik perhatiannya. Tangannya perlahan-lahan menarik nota yang terselit sekali di bawahnya.

Order something from the delivery. Won’t be home for the entire day.

Matanya tembus jauh ke depan. Kertas tu diperonyok.

Makan hati pun tak guna.

Dia bangun lalu berlari anak ke tingkat atas. Lima minit lepas tu, dia kembali ke ruang tamu dengan snap back cap hitam di kepala dan beg sandang yang tersangkut di sebelah bahu.

Me too. Won’t be home.

Duit tu dicapai sebelum dia melangkah keluar.

* **

AISYAH meluruskan dua tangannya melepasi kepala, menggeliat sambil meregangkan urat belakang. Dia melingas ke keliling. Tinggal tiga orang termasuk dia yang masih di Bukku café tu.

Tengkuk yang terasa sengal diurut perlahan. Kepalanya dipusing-pusingkan. Lama sangat duduk la ni.

Tangan kiri dibalikkan di bawah mata. Gelang kulit Beau Soleil yang menutup Baby-G diselak.

Dah 9.15 malam. Patutlah.

Empat puluh lima minit lagi book cafe tu nak tutup. Dah seharian dia kat situ.

The Rainmaker tulisan John Grisham di atas meja bulat kecil di depannya dicapai sebelum dia bangun berlalu ke kaunter.

***

“WEHH. Tengok apa yang aku nampak tu.”

Empat kepala berpaling serentak ke arah hala muncung si teman. Meja petak di tempat parkir depan Restoran Nasi Kandar Takbir tu sepi dari tawa yang tadi galak mengisi ruang.

“Jap. Aku pergi terjah.” Dia yang duduk di hujung meja dah bangun dari kerusi.

***

“TEH ais bungkus ikat tepi satu.”

Pelayan mamak tu mengangguk sebelum berlalu. Aisyah melingas ke seluruh isi restoran. Ramai betul manusia. Nyaris tak dapat tempat duduk.

Topi sudu di kepala ditarik ke meja. Rambut yang terurai diikat dengan getah gelang yang ditarik dari dalam beg sandang.

“Bernyawa lagi kau ehh.” Sumbang semacam suara tu menegur dari belakang.

Mata Aisyah mengikut turun lelaki tu yang melabuhkan duduk di kerusi bertentangan. Spontan matanya membesar.

“Oii. Si Kitul!” Melebar sengihnya.

Lelaki tu ketawa lepas. “Kau memang nak kena.” Dia bersandar lepak ke kerusi. “Nama K.K dah terkubur dah bagi kau. Sampai ke sudah, Si kitul jugak yang melekat.”

Adi Farhan, seorang manusia yang sibuk suruh orang panngil dia K.K aka Karo-Kan, nama chess move. Kenal waktu darjah empat waktu melepak kat restoran tu jugak walaupun masa tu sekolah lain-lain. Tak tahulah kenapa dia kemaruk dengan nama tu walaupun langsung tak pandai main catur. Kalau jumpa papan catur pun, dam aji yang diajak main. Tu pun tak pernah menang.

Aisyah angkat bahu. “Well.” Suka sangat tengok reaksi K.K setiap kali dia panggil budak tu dengan nama tu.

K.K menggeleng pasrah. “Kau apa cerita ni?” Matanya jatuh pada beg sandang Aisyah yang terbaring di atas meja. “Cuti?”

Aisyah angguk. K.K menanti Aisyah menyambung kata, tapi nampak gayanya, tu aje. Aisyah tak ada niat nak bercerita panjang.

“Amacam sekolah asrama? Ada nangis rindukan aku tak?” K.K angkat kening double jerk.

Aisyah mencebik. “Tak munasabah aku nak rindu kau.”

K.K gelak. Ash ni la. Betu-betul spesis luar kasar dalam ada taman. Bukan taman bunga. Tapi Jurassic Park. Tak ada part yang sweet langsung.

Ohh. Speaking of Jurassic Park, …

“Kau debik orang lagi tak?” K.K menongkat siku ke meja. Separuh menduga sebenarnya.

Rengusnya dilepaskan perlahan. Aisyah menolak tubuh ke penyandar. Soalan K.K dibiar, tak dijawab terus. Dia berpaling, membuang pandang ke luar restoran.  

Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan tu yang ditanya?

Tapi kalau nak difikirkan, dia dah janji pun nak jadi pekak, bisu dan buta. Nak buat tak tahu apa pun yang berlaku. Jadi macam orang bodoh. Tak perlu nak terkesan dengan keadaan sekeliling.

Peristiwa kat rumah, sekolah, asrama, satu per satu menerjah kepala.

Kalau difikirkan lebih jauh, kalau dia nak kekal hidup macam dia yang dulu, apa yang dia akan buat sekarang ni?

Satu memori menyelit di celah fikirannya.

Lambat-lambat pandangannya kembali pada K.K. “I wish.” Tambah-tambah, ramai pulak yang get on dia punya nerves sejak akhir-akhir ni.

 “Uuu. Jalan nak bertaubat la ni.” K.K sengih senget. Separuh ragu, separuh impress.

Ash yang dia pernah kenal takkan biar hidupnya seharian berlalu tanpa tengok orang sengsara sebab dia. Ada je punca yang dia cari nak dijadikan sebab nak memukul anak orang. Paling tidak, dapat buat sorang budak menangis pun jadi dah.

­Dulu la. Aisyah pernah macam tu.

Aisyah pusing mata.

“Aku malas je.” Dia menutur rendah. Tekaknya tiba-tiba rasa berpasir. “Saja nak cuba identiti baru pulak.” Dia sengih, cuba menutup satu rasa yang nak menyelinap dalam hati. Hujung jari telunjuk tanpa sedar mengetuk-ngetuk meja. “Lagipun, ada manusia lain kat sekolah tu.” Manusia yang akan bagi malapetaka pada dia kalau perangai yang tu terdedah.

And who is that ‘manusia’?” K.K garu dagu. Dia buat-buat tak nampak riak muka Aisyah yang jelas berubah. As expected, Aisyah belum dapat lupa perkara tu.

Aisyah geleng. Malas nak cakap pasal tu. “Kau sorang ke ni?” Dia melingas ke keliling. Cepat tukar topik sebelum angin berubah. “Not like you la nak lepak sorang-sorang.”

K.K menghela nafas panjang. Okey. “Ada tu ha. Edy, Didi, Pa’an dengan Kenn.” Dia memuncungkan mulut ke luar restoran di belakang Aisyah.

Biarlah Ash escape dari memori tu. 

“Ash!”

Aisyah berpaling. Pecah terus tawanya. Budak berempat tu melambai macam tak cukup tangan.

“Gila ah kau orang.” Dia kembali menghadap K.K. “Masih teruskan tradisi lama. Melepak dengan air kosong secawan sorang kat mamak.” Aisyah ketawa lepas walaupun janggal semacam je bunyinya.

K.K sengih meleret. “Kau jangan buat-buat lupa. Kau dulu pun ahli angkatan ni.”

Aisyah angguk bersungguh dalam tawa yang belum reda. Betul jugak tu.

Dan tanpa dia sedar, sepasang mata sibuk memerhati sejak tadi dari ceruk restoran.

Previous: BAB 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter