Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
56,104
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 5

"KAU nampak tak budak yang tengah makan sorang-sorang tu?" Amirah menyiku Jue di sebelah.

Jue berpaling dari tray makanannya. "Mana?"

"Barisan sebelah, meja kedua dari depan."

Jue mengikut hala pandangan Amirah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dia memanjangkan leher, mengelak halangan pandangan dari budak-budak yang lalu lalang mencari tempat makan. Matanya menangkap Aisyah yang tekun tak peduli apa, menghabiskan makanan tengah harinya tu.

"Uhuh. Kenapa?"

"Dialah yang rude dengan aku hari tu." Ekor matanya masih belum melepaskan Aisyah. Geram sangat gayanya.

"Hmm. Tengok muka pun memang nampak ‘rude’nya tu." Tanpa terperasankan niat Amirah, Jue mengomen.

"Aku tak boleh diam, weh. Baru form 1 dah tunjuk berani. Kalau dibiar, naik lemak la dia." Amirah menggumam.

Jue mengalih pandang pada Amirah. Apa pasal semacam ada aura hitam datang dari sebelah ni? "Kau nak buat apa?"

Amirah mengetap gigi. "Ajar dia sikit je. Aku pantang tengok budak perangai tak semenggah. Nak-nak, yang muda dari aku. Kau tahu aku, kan." Terangkat keningnya sebelah, tanda dia nekad.

"Perlu ke sampai macam tu? Benda dah settle, kan."

"Mana ada settle. Tak boleh. Kalau tak ajar sekarang, nanti dia tak sedar diri."

"Apa-apalah kau." Jue malas nak melayan. Budak Amirah ni, kalau dia kata nak buat benda tu, dia buat sungguh. Tak ada guna nasihat apa pun. Cuma, yang ni, takat mana dia nak buat budak tu? Curious jugak.


***

SIAP.

Hujung pen ditekan pada halaman buku latihan Matematik. Buku nipis tu ditutup sebelum dimasukkan ke bawah meja.

'Kerja apa lagi yang ada, ye?'

Memo pad ditarik dari dalam fail biru. Matanya meniliti senarai kerja sekolah yang dicatatnya.

English.

My favourite subject. Dah siap semalam lagi. 

Pensil Pilot shaker dibawa berlari lurus di atas tulisan itu.

Sejarah. 

Urgh. Aisyah pusing mata.

Pass. Ada mood nanti baru buat.

Pendidikan Islam.

Matanya terhenti pada hujung pensil yang tergantung di atas kertas tu. Matanya melirik ke tingkap di sebelah kanan dengan kerut nipis di dahi.

Ahh. 

Dia kembali pada kerjanya.

Siap.

Matema...tik.

Matanya melingas pula ke kiri.

Patutlah muka ni rasa macam papan dart daripada tadi. Yang masing-masing duk buat muka aku ni jadi sasaran panahan mata tu kenapa? Sampai macam tak cukup besar soket mata tu nak menjeling.

Yang lalu lalang depan kelas ni pun sama. Apa kau orang ingat aku ni bahan pameran galeri ke nak singgah, tenung, blah, singgah, tenung, blah ni?

"Tulah budaknya. Betullah. Tengok muka pun macam kaki pukul je." 

"No wonder la kurang ajar." 

Dua orang budak perempuan yang lalu konon-konon dari tandas tu sempat buat lintas langsung.

Laju Aisyah berpaling. Huh. Cakap pasal aku ke, minah? 

 Mereka bertembung pandang melalui pintu belakang kelas sebelum budak berdua tu menghilang ke kelas masing-masing. Terangkat sebelah keningnya yang dah tak rileks sejak tadi tu.

Dia menebar pulak pandangan ke classmate yang masih setia merenungnya.

What the...


***

"BETUL. Aku pun dah tengok. Air muka pun macam geng Mafia je."

Birai katil Amirah penuh dengan budak dorm yang buat 'postmoterm' siasatan cerita pasal budak tingkatan 1 tu.

"Tulah. Sikit pun tak ada tanda hormat kat orang." Yang lain menambah bara.

"Tulah maksud aku. Kita kena buat dia sedar yang dia tu junior. Kena tahu behave." Amirah menutur bersungguh.

"Kalau setakat berapa orang je yang buat, tak jalan la." Emy mencelah. "Semua senior kena buat garang dengan dia, baru ada kesan."  

"Betul tu. Betul. Jangan kasi peluang dia nak buat kerek."

Yang lain sama mengangguk bersetuju. Lima kepala tu hampir serentak berpaling pada Amirah yang termenung jauh, memikirkan rancangan.

"Kau pengawas. Kau jelah harapannya, Mira."

Amirah mengangguk perlahan."Jangan risau. Aku takkan biar budak tak ada manner berjalan dengan muka terangkat kat sekolah ni."

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter