Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
56,093
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 2

NOMAD. Sistem barter. Berburu.

Hujung pen g'soft ditekan ke pelipis. Matanya menala pada udara seolah-olah membaca apa yang tertulis di dalam kepala.

Dah nama pun zaman purba, apa je yang ada pun. Kalau tolak semua benda yang dibina pakai teknologi, tinggal apa yang ada di keliling je la yang diguna buat teruskan hidup. 

Tak ada rumah, means tak ada tempat tinggal tetap. Boleh jadi, dia orang bergerak merata sebab nak cari tempat tinggal yang lebih selamat, atau mungkin jugak sebab sumber makanan kat sekitar situ dah habis. Kut la.

Tiga zaman pertama sebelum zaman logam, alatan semua pakai batu je. Kut ada yang berubah pun, revolusi idea dia orang sendiri la nak bagi nampak bentuk semenggah sikit alat tu. Daripada guna batu tu mentah-mentah, kepada yang dah dibentuk. Ada la rupa pisau, cawan,pinggan dan sebagainya. Zaman ni la kut yang orang duk kata zaman batu tu.

Nama zaman tu berubah ikut revolusi pemikiran dan cara hidup manusia waktu tu, yes?

Dia mengangguk pada diri sendiri.

Idea duit pulak muncul masa dah ada sistem perniagaan yang sistematik.

Hmm. Hujung g'soft beralih ke dagu. 

Maknanya, dulu, without duit, aci pakai instinct manusia je la kan, part yang orang panggil give and take tu. Kau bagi aku apa aku nak, aku bagi kau barang baik yang kau tak ada. Macam tu gamaknya.

Sticky note di tepi buku ditarik sehelai. Pen g'soft yang sediadi tangan dilarikan di atas kertas petak tu, mencatat ideologi yang baru difikirnya. Gonna ask cikgu Aizat.

Kertas memo kuning itu ditampal di penjuru halaman notanya sambil mata ditebar ke seisi kelas yang sunyi. Rata-ratanya tengah mengulangkaji. Tapi lagi ramai yang buat aksi cium meja, ukur meja, peluk meja, yang dalam bahasa Melayu bakunya, orang panggil 'tidur'.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh." Suara ketua pelajar memecah sunyi dari intercom yang tergantung di dinding kelas. Beberapa kepala yang lentok, tegak hampir serentak. "Perhatian kepada semua guru, anda diminta untuk menghadirkan diri ke mesyuarat tergempar di bilik mesyuarat. Dan perhatian kepada semua pengawas,anda diminta untuk bergerak dan mengawasi kelas jagaan masing-masing. Terima kasih."

Patutlah Ustaz Halimi tak masuk. Yang terhenti membaca sambung mentelaah sementara kepala yang terangkat tadi kembali mendarat ke meja.

Aisyah menutup buku teks Sejarah. Dia membuang pandang ke luar kelas. Beberapa orang pengawas sedang lalu lalang di koridor menuju ke kelas yang ditetapkan.

"Eh. Tu senior yang macam muka Fitri tu, kan. Dia jaga kelas kita ke?"

Suara miang tu menerpa pendengarannya dari belakang. 

Aisyah mengalih pandangan pada pintu masuk di bahagian depan kelas.

'No. He's not.'

Seorang pengawas lelaki melangkah masuk.

"Yes! Betullah. Dia jaga kelas ni." Suara yang di belakangnya separuh bersorak.

Dan waktu tu, jantung dia seolah-olah berhenti berdegup.

Oh. My. Dear.

***

SELAMAT dari satu bahaya! Hari ni boleh lagi buat-buat tak tahu, buat-buat tak nak kenal. Esok? Lusa?

Ahh.. Lantaklah. Untuk esok, esok la fikir.

Langkahnya diatur tenang menyusur kaki lima. Pelajar lain yang berpusu-pusu melepasinya ke kantin dibuat tak endah.

"Aisyah."

Aisyah angkat mata dari novel The Girl on The Train di tangan. Seorang pelajar lelaki tengah melambai dari arah bertentangan dengan muka excited.

Ah sudah. Ni sorang lagi.

‘Kenapalah disaster sangat life aku kat sekolah ni? Tak cukup dengan asyik kena bertemu dengan yang sorang tu, terserempak pulak dengan yang ni.’

Cepat-cepat matanya melilau ke kiri kanan, mencari jalan pintas untuk mengelak dari bersemuka dengan si dia yang menegur.

Ahh. Ada satu belok ke kanan menuju ke kantin.

Otaknya ligat mencongak. Dengan kelajuannya yang ala-ala nak buat speed walking dan jarak belok yang agak jauh di depan, berbanding dengan kelajuan si budak lelaki tu yang macam warden penjara melawat sel yang jaraknya lebih dekat, maka...

Sepantas 5g Lite dia membuat pusingan U-turn.

Budak lelaki tu tercengang. Apakah?

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter