Home Novel Keluarga Mak... Ampunkan aku!
Mak... Ampunkan aku!
H.A.T.I AHMAD SHAFIAI
3/7/2015 22:19:07
14,702
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1. Tiada siapa yang tahu.

Ya Allah.. kenapa aku yang perlu memikul bebanan ini. Apa salah aku. Kenapa Engkau letakkan beban yang sebegini pada aku... aku tak mampu Ya Allah. 

Bercucuran air mata anak kecil itu, jelas kelihatan beban yang tertanggung di badannya, tidak setanding dengan umurnya ketika itu. 

"Huhh".

Laila menghela nafas. Anak kecil itu baru sahaja berumur 9 tahun. Terlalu banyak rahsia yang tersimpan dilubuk hatinya. Perit dan pedih, tiada siapa yang tahu apa yang tersimpan dihatinya.

"Awak yang tulis ni laila?". Cikgu Roziah bertanya kepada Laila.

"Ya cikgu".

Entah apa yang ada di fikiran cikgunya itu. Ditatapnya wajah Laila. Ada air yang sedang bertakung didalam mata cikgunya itu. Anak kecil itu tidak begitu mengerti, tapi dia tahu... cikgu Roziahnya itu sedang sedih. Mungkin sedih membaca karangan yang ditulisnya.

"Kenapa awak tulis macam ni, cerita siapa ni ?". Cikgu Roziah cuba ingin mengetahui dengan lebih lanjut kisah disebalik sebuah karangan itu.

"Tak ada apa cikgu". Hanya itu yang mampu diungkap oleh Laila kepada cikgunya itu.

Cikgu Roziah seakan-akan memahami, walau banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya... Namun dia tak mampu untuk teruskan pertanyaannya. Sedih, karangan itu benar-benar membuatkannya tersentuh. Apakah benar cerita yang dibacanya tadi, dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang ditanggung oleh anak muridnya itu.

"Saya simpan karangan awak ni ye Laila?"

"Ya cikgu".

Cikgu Roziah berlalu begitu sahaja, meninggalkan Laila keseorangan di perpustakaan sekolahnya itu. Disitulah tempat Laila menghabiskan waktu rehatnya. Bukan Laila tidak mempunyai duit, tapi disebabkan hatinya sedang dilanda kesedihan, makanan yang ada dikantin sekolahnya itu tidak mampu untuk menarik perhatiannya.

-----------

"Perhatian kepada semua olahraga sekolah, petang ini akan diadakan latihan di padang sekolah jam 3.30 petang. Kehadiran adalah diwajibkan".

Kedengaran suara speaker sekolahnya itu memberikan pengumuman.

"Yes ", Laila begitu gembira mendengar pengumuman yang baru sahaja diumumkan oleh jurulatih olahraga sekolahnya itu, iaitu cikgu Halim.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Laila. Minatnya terhadap sukan tidak boleh disangkal lagi. Walhal umur nya ketika itu baru 9 tahun. Tetapi semangatnya membuat cikgu Halim menerimanya untuk dimasukkan ke pasukan olahraga sekolah.

Memang tidak dinafikan faktor ketinggian adalah punca utama Laila diterima masuk. Bukan olahraga sahaja malah sukan-sukan lain seperti bola jaring, hoki, bola baling juga Laila dipilih untuk mewakili pasukan sekolahnya.

Laila tersenyum gembira, kepedihan dihatinya sembuh untuk seketika. Jam menunjukkan 1 petang, loceng sekolah telah pun berbunyi. Tapi Laila masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulang. Begitulah Laila, dia lebih suka untuk duduk disekolah berbanding pulang kerumah yang dianggapnya sebagai neraka.

Kalau boleh Laila nak lari, lari terus dari kehidupannya. Tapi apakan daya, kasih sayang pada mak dan adiknya masih kuat mengiringi hari-harinya. Laila tidak sampai hati nak meninggalkan mak dan satu-satunya adik yang dia ada. Dalam hati Laila, mereka masih memerlukan dia... kalau Laila lari siapa yang nak tolong mak dan adiknya kalau berlaku apa-apa nanti.

"Emm.. Assalamualaikum mak, Laila ada latihan olahraga petang ni. Laila tak balik tau mak. Laila dah bawak baju siap-siap pagi tadi". 

Duit belanja 50 sen yang diberi oleh maknya pagi tadi, telah pun digunakannya di telefon awam itu. 

"Hari-hari ada latihan ke?".

"Aar mak, dah dekat nak lawan". Ok mak... Laila letak dulu ye. Assalamualaikum.

Macam tu la Laila hari-hari. Bukan Laila tak tahu menipu itu berdosa besar. Tapi Laila terpaksa, terpaksa untuk menjaga dirinya. Kalau bukan dia sendiri, siapa lagi yang nak jaga hati dan perasaannya. Biar mak atau adiknya tidak tahu apa yang dialaminya. Dia sanggup, dia tahu dia kuat. Biar Allah sahaja yang tahu... asalkan bukan insan-insan yang disayanginya.

-----------

Latihan olahraga telah pun tamat. Laila mencapai basikalnya untuk pulang ke rumah... sebelum tiba dirumah, Laila sempat singgah di kedai tempat maknya bekerja... dia tahu waktu itu sepatutnya mak sudah bersiap-siap untuk balik. Tapi, kenapa motor mak masih ada lagi di situ. Laila tertanya-tanya. Jantung Laila seperti mahu terkeluar dari dadanya. Dia takut, takut untuk balik tanpa maknya disisi. Seperti tahu jawapan yang diberikan oleh maknya... air mata Laila telah pun mengalir terlebih dahulu.

"Kenapa ni?". Tanya mak Laila kepadanya.

"Mak kena o.t ke hari ni?" 

"Aar, mak kena jaga kedai lagi 1 jam... bos mak pergi ambil barang tadi. Dia belum sampai lagi. Kamu balik dulu ye!".

"Baik mak". Jawab Laila. 

Laila mengayuh basikalnya semula... lemah longlai tak bermaya. Apa yang ada difikirannya, tiada siapa pun yang tahu, termasuk maknya sendiri. Tiba-tiba Laila berhenti... seakan-akan ada yang tidak kena. Ditenungnya pintu gerbang dimana letaknya laluan masuk utama ke kawasan perumahannya. 

Laila menangis lagi. Kenapa dan mengapa hanya Tuhan sahaja yang tahu. Laila turun dari basikalnya, dipusingnya kearah bertentangan. 

"Tak apalah kalau mak nak marah, biarlah". Fikir Laila. 

Dia terus mengayuh basikalnya semula ke taman permainan yang tidak jauh dari rumahnya. Begitulah kehidupan Laila setiap hari. Buaian ditaman itulah menjadi tempat Laila mengadu... pada angin, pada burung yang berkicau riang. Mereka seolah-seolah mananti kehadiran Laila, seperti memahami akan penderitaan yang dialami olehnya.




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.