Sambil membuka langkah yang lebar menuju ke tempat parkir, dia mengeluarkan telefon pintar dari poket jeans. Menekan satu nombor dan menanti panggilannya disambut.
"Yup?" sahut satu suara di hujung talian.
"Kau akses akaun syarikat. Aku nak details tentang entertainment expenses. Kesemuanya." Lancar dia mengarah sebelum talian dimatikan. Sebaik enjin dihidupkan, pintu kereta menjadi mangsa pertamanya. Berdentum ditutup.
"Shit! Shit! Shitt!!!"
Sambil memukul stereng kereta dengan telapak tangan, mulutnya tak habis-habis mengutuk Tuan Ghazi yang telah menimbulkan isu bapanya terlebih dahulu. Sejak bila khabar angin boleh diangkat menjadi bukti? Dan, khabar angin tetap sebuah khabar angin. Bukan satu fakta dan kebenaran. Jelas mereka mengetahui akan hakikat itu namun mengapa sengaja dimainkan ia kembali?
Dia, baru keluar dari The Taj Hotel. Menghadiri sesi siasatan seperti yang diarahkan sebelum ini. Di situ, dia bertemu Tuan Ghazi selaku ketua penyiasat. Juga dua orang ahli yang lain. Belum habis dia disoal siasat, Tan Sri Johari tiba-tiba muncul. Tepat pada waktu unit kediaman banglo yang dimilikinya diselidiki.
Belum masuk dua tahun, dia sudah jemu menghadap permainan Tan Sri Johari yang licik itu. Entah apa agenda orang tua itu. Setiap projek atau urusan yang bersabitan dengannya pasti diganggu.
Pertemuan tadi meyakinkan dirinya betapa Tan Sri Johari seperti takut kepada bayang-bayang sendiri. Teliti betul orang tua itu mencari sesuatu yang mampu mencetus keraguan barisan penyiasat terhadapnya.
Dia pasti, hanya Tan Sri Johari, Mr. Tony dan Mr. Lee sahaja yang tahu tentang kewujudan banglo yang dimiliki ketika dia berada di tahun akhir universiti dahulu. Cuma, barangkali mereka tidak mengetahui. Sesen pun wang saku yang diterima daripada orang tua itu atau elaun yang diperuntukkan kepadanya selama ini tidak digunakan. Sebelum menetap di rumah anak yatim lagi dia sudah mampu berdikari mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan.
Setelah diterima masuk ke universiti dan ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi pula, dia berjaya menyimpan sejumlah wang kerana tidak ramai yang tahu upah yang diterima ketika berkerja sebagai freelance network architect tersangatlah lumayan. Memerlukan pengorbanan masa yang banyak tetapi dia rela kerana tujuan dan matlamatnya hanya satu ketika itu. Membalas dendam terhadap lelaki bernama Tan Sri Johari. Tiada dalang terhebat kecuali, dia menjadi seperti lelaki itu juga. Berfikir dan bertindak secara harmoni. Selaras. Dua faktor utama dipegang bagi menjadikan pelannya berjaya iaitu, pelajaran dan wang ringgit.
Tuk! Tuk! Tuk!
Dia terpana sebaik menyedari cermin kereta diketuk. Menoleh dan melihat Dasuki yang merupakan orang kanan Tuan Ghazi sedang berdiri di sisi kenderaan. Cermin kereta segera diturunkan.
"Nak sambung sesi soal jawab dekat sini ke?" sindirnya tanpa memandang.
Tipis senyuman Dasuki. Kepala tergeleng-geleng.
"Sebenarnya Dr. Adrian, you're not the abettor." ucap Dasuki.
Dia, terkebil sebentar sebelum berpaling. Hampa ketika menyedari lelaki itu sudah tiada. Apa maksud Dasuki tadi? Memang dia tidak bersalah di dalam kes itu tetapi apa tujuan lelaki itu datang semata-mata untuk mengucapkan kata-kata itu?
Pon!!!
Sekali lagi, dia diganggu. Lantas dilirik ke dalam cermin pandang belakang. Melihat sebuah kenderaan yang amat dikenali berhenti di belakang keretanya itu. Terus dia turun dan mendekati MPV putih tersebut. Pintu kenderaan itu spontan terbuka menampakkan susuk yang tidak asing padanya. Miss Carol yang sentiasa mempesonakan dengan wajah yang cantik bak patung cendana. Haruman lili dan honey bermain di ruang pernafasan. Satu senyuman tipis dihadiahkan.
"Adrian, mari, masuk." pelawa Miss Carol.
Dapat dilihat Che Puteh menganggukkan kepalanya sedikit. Kening Dr. Adrian sedikit terangkat. Dia tidak berminat untuk berbual kosong ketika ini.
"Daddy cari you tadi, kan?" soal gadis genit itu dari tempat duduknya.
Che Puteh tidak lagi menghiraukan perbualan mereka berdua. Tunduk menilik tablet di tangan.
"Come on, Adrian. Lagipun, I ada benda nak cakap dengan you." tutur Miss Carol lagi setelah dirasakan lelaki itu seperti sedang berkira-kira untuk menerima pelawaannya.
Tanpa menunggu persetujuannya, Che Puteh turun dari kenderaan. Mahu bertukar tempat dengan duduk bersebelahan tempat duduk pemandu. Dia mengalah. Mungkin apa yang mahu diperkatakan itu benar-benar sesuatu yang penting. Sebentar, dia kembali ke kereta. Mematikan enjin dan menguncinya. MPV itu dinaiki dan ia mula bergerak perlahan meninggalkan kawasan parkir yang terletak di luar bangunan hotel yang disinggahi tadi.
"So, nak ke mana? Anywhere in particular?" tanya Miss Carol lembut.
Geleng.
"Kalau macam tu kita borak dalam kereta sajalah," cadang wanita itu kemudian.
Sekilas Dr. Adrian mengangguk.
"Berkenaan kes you, I rasa semua ni kerja Peter sorang. Cuma, masalahnya sekarang, you ni dah jadi kambing hitam. Macam sengaja pun ada. I tak tahu kenapa nama you yang pertama-tama dikaitkan. Dari majoriti pulak tu," ulas Miss Carol.
Dr. Adrian tersenyum tipis. Tak hairan. Sejak dari mula lagi kehadirannya bagaikan melukut di tepi gantang. Ditoleh ke sisi. Berterima kasih pada wanita itu yang sanggup bersusah-payah terbang ke Kota Kinabalu semata-mata mahu menyampaikan sendiri berita itu kepadanya.
"Daddy kata apa?" soal Miss Carol lagi.
"Takde apa-apa. We just had lunch."
"Are you sure?"
Riak tidak percaya jelas terpapar di wajah wanita itu. Dr. Adrian mengangguk beberapa kali bagi meyakinkan jawapannya sebentar tadi.
"Daddy takde marah-marah ke?.. atau, tak percaya dengan you ke?.."
"I do nothing that's against the law." ujar Dr. Adrian sedikit bertegas.
Miss Carol terdiam.
Tadi, sebaik Tan Sri Johari tiba, mereka diarahkan untuk bersurai mengenangkan beberapa butiran yang dibawa tidak lengkap. Huh! Bukan tak lengkap malah, tak betul sama sekali. Ikutkan hati dia tadi, mau sahaja dia angkat kaki dari membuang masa bersoal jawab. Tetapi, sengaja dia mengikut rentak permainan mereka untuk melihat sejauh mana bukti yang mereka ada untuk mensabitkan dirinya. Rasanya, kesemua butiran itu jelas menunjukkan dia bebas dari sebarang perkaitan dengan tuduhan itu.
"Maaflah, Adrian." ucap Miss Carol setelah agak lama membuang pandang ke luar menyaksikan kesibukan jalan raya yang bersimpang-siur dengan kenderaan.
Lamunan pendeknya terganggu. Dia menoleh ke arah Miss Carol seketika sebelum kembali melihat ke hadapan.
"Maaf? Kenapa?" soalnya sedikit kehairanan. Akhir-akhir ini agak kerap dia menerima permohonan maaf.
"Because of this case you terpaksa on leave about a week. Are you okay, Adrian? Kalau you tak mahu I boleh tolong." tutur Miss Carol berbaul sesal. Sebenarnya dia betul-betul terkejut ketika berita itu sampai kepada pengetahuannya. Mana mungkin lelaki itu pecah amanah. Terhadap syarikat sendiri pula tu. Dia yakin. Teramat yakin perkaitan Dr. Adrian di dalam kes itu tiada lain hanyalah satu niat jahat untuk memburukkan prestasi lelaki itu sahaja.
"Nope. I'm fine. Biarkan Internal Affairs buat kerja mereka. Lagipun it is a normal SOP, " ujar Dr. Adrian lantas menggelengkan kepala beberapa kali.
'Hmm... Bapa borek anak rintik.'
Sewaktu makan tengah hari bersama Tan Sri Johari tadi, pelawaan itu turut dihantar oleh lelaki itu. Pelawaan untuk melonggarkan dirinya daripada prosedur direhatkan buat sementara waktu. Ah, dia tidak langsung hairan. Sekadar tidak hadir satu minggu bukanlah sesuatu yang pelik. Pejam celik genap tujuh hari. Lagipun, tugasannya boleh sahaja dilakukan di mana-mana lokasi. Tidak seratus peratus terikat kepada amalan standard syarikat kerana bidangnya lebih kepada arena lapangan.
"Dan Carol, kenapa meeting ni diadakan di hotel? Tak ke membazir?" getusnya kemudian. Dengan wanita itu banyak urusan syarikat menjadi mudah untuk dibincangkan. Mungkin kerana hal ehwal di syarikat lebih banyak diuruskan oleh Miss Carol berbanding bapanya itu yang sibuk menguruskan dua buah syarikat yang lain.
"Sebenarnya, daddy sendiri yang booked sesi untuk you khas dekat situ. Peter terus dipanggil ke Suzzy & Partners. Kenapa? You tak suka? I boleh minta daddy tukar venue."
Dr. Adrian terpana seketika. Mungkin benar tekaannya lelaki tua itu sedang menjaga imejnya sendiri. Tetapi setakat ke pejabat Suzzy & Partners tidak mungkin menjatuhkan imej Tan Sri Johari. Badan ketiga yang diupah oleh TSL Communications untuk mengendalikan beberapa tugasan seperti perundangan, pentaksiran, pengurusan keselamatan dan kesihatan serta lain-lain itu megah terletak di Megan Avenue. Tapi, manalah tau. Mungkin benar alasan imej menjadi pegangan orang tua itu. Dia pasti. Tentu tiada alasan yang lain kecuali maruah dan nama baik.
"Ada yang tak kena ke, Adrian?" soal Miss Carol mengambil berat apabila melihat Dr. Adrian sekadar mendiamkan diri.
"Just spit it out. What can I do to help you?" soal Miss Carol lagi belum berputus asa untuk membantu.
"It's fine, Carol. You tak perlu bimbang," sahut Dr. Adrian menolak secara baik pelawaan ikhlas Miss Carol itu.
"Ah!.. Sebenarnya ada sesuatu yang you boleh tolong." katanya sebelum menoleh seketika ke arah Miss Carol yang jelas tak sabar mendengar ungkapan seterusnya.
"Apa?" tanya Miss Carol.
"I mahu you ambil tahu tentang gender bias and sorts of bullying di TSL." kata Dr. Adrian seraya membuatkan Miss Carol tersentak.
"Are you serious, Adrian?" ucap Miss Carol tidak percaya.
Dr. Adrian mengangguk. Salah seorang saksi nyata adalah dirinya. Dan ketika disuarakan perkara itu masih terasa hatinya yang belum surut dari bengkak mengenangkan mangsa yang disaksikan itu merupakan orang kesayangan dirinya.
"Dah berapa lama?"
Raut wajah Miss Carol cemas. Terkejut kerana amalan tidak sihat itu sedang berlegar tanpa dia sedari.
"I'm not sure. But you know how wild technical field can be. Towards female staff... That's brutal. Staf you dekat TSL perlu dididik tentang isu ni- . "
" Your staff, Adrian... Not mine," sampuk Miss Carol menyatakan fakta yang sebenar.
Dr. Adrian tidak menyahut. Tidak membetulkan tidak bermaksud dia bersetuju dengan kenyataan itu.
"Nampaknya I kena lakukan siasatan ke atas network department ASAP." sahut Miss Carol lantang.
"Kesemua mereka, Carol... Do not exclude others. Mereka pun berhak."
"Oh, betul tu. Thanks, Adrian."
Dr. Adrian senyum kelat. Di fikiran ketika ini, terbayang wajah Suraya. Kerana isterinya itu, dia membuat siasatan sendiri. Memerhati dalam diam tingkah laku sebilangan staf sama ada dari peringkat bawahan hingga atasan ketika amalan berkerja berlangsung. Peristiwa yang menimpa Amy menjadikan skop siasatannya bertambah meluas. Nampaknya bukan sahaja amalan diskriminasi yang berlaku, amalan penyalahgunaan kuasa, memalukan, mengendahkan dan lain-lain turut terjadi. Selain Suraya, dia pasti Amy juga antara mangsa buli di syarikat. Beberapa nama tersenarai namun, setelah berbincang dengan Miss Carol ada baiknya isu itu dikendalikan oleh wanita itu sahaja mengenangkan dia telah lama berada di dalam syarikat.
Tersebut nama Suraya membuatkan perasaan rindu kembali menggebu. Jadual pulang isterinya itu dijangkakan pada keesokan hari. Dia pula terlalu sibuk dengan urusan kerja dan juga siasatan kes rasuahnya itu. Melirik ke arah Zikri, si pemandu kepada Miss Carol, terus dia merancang untuk mengaturkan seseorang untuk menjemput Suraya di lapangan terbang kemudian nanti.
"Oh ya, Adrian. One more thing... You know there is a man... Dah beberapa kali datang ke rumah untuk jumpa daddy."
Lamunan Dr. Adrian tercantas. Maklumat itulah yang menahan dirinya dari mengendahkan wanita itu selama ini. Dari wanita itu kebanyakan siasatannya menjadi mudah.
"Umur?" soalnya diiringi lirikan kilas kepada wanita itu.
"I don't know. I pernah tengok dia sekali je. Tapi tak dapat tengok mukanya sebab dia pakai topi dan tunduk aje. Tapi dia tinggi. Macam you, kot?"
Perasaannya diterpa.
"Nama?"
"Sorry. I tak pernah tanya daddy dan I tak pernah dengar perbualan diorang."
"Sebelum ni pernah ke lelaki tu datang?"
Miss Carol angguk.
"Bila?"
"Dah lama sangat. I pun dah tak ingat. Lepas you tanya siapa yang sering lawat daddy baru I teringat tentang lelaki ni. Kenapa ni, Adrian? Ada apa yang berlaku sebenarnya?" gesa Miss Carol ingin tahu. Sejak akhir-akhir ini, Dr. Adrian seringkali bertanyakan tentang tetamu bapanya yang datang berkunjung. Seperti penting saja lagaknya itu. Bila ditanya dijawab endah tak endah pula. Kadang-kadang langsung diam. Dia pula tak berani nak bertanya berlebihan. Padahal dia cuma mengambil berat kerana isu itu melibatkan keselamatan ahli keluarganya.
"Your dad bukan orang biasa-biasa, Carol. Walaupun your dad ada pengawal dia sendiri, I sebagai anak saudara dia tetap kena ambil tahu siapa rakan sosial dia. Perkara buruk bukan boleh dijangka berlaku, kan?" terang Dr. Adrian seperti kelaziman membuatkan Miss Carol mendiamkan diri.
"Speaking of which, ada sesiapa pernah approach you?" soal Dr. Adrian pula kepada Miss Carol.
Wanita itu menggeleng sambil tersenyum mesra.
"Good."
Satu ungkapan yang biasa namun, lain pula ditafsir oleh Miss Carol. Hati gadis itu kembang berbunga. Tersalah sangka.
Hampir empat puluh minit di dalam kenderaan itu Dr. Adrian kembali ke kereta. Telefon pintar dikeluarkan dan nombor seseorang ditekan.
"Zia..."
"Adrian, tahu-tahu aje aku tengah rehat. Apehal?" sahut satu suara milik seorang perempuan yang tua dua tahun darinya itu dengan kasar dan malas.
Dr. Adrian sengih.
"Zia, please."
"Yelah yelah, apehal?" tutur Zia tidak lagi kasar seperti tadi.
"Suraya."
"Fine. Sebab aku belum pernah jumpa dia dan memang teringin sangat nak jumpa dengan dia." sahut Zia dengan tawa yang sengaja dibuat.
"Nanti dulu!.. Kau jangan cakap benda mengarut dengan dia."
Makin galak Zia ketawa. Dr. Adrian tak senang duduk. Bukan boleh pakai cakap Zia ni. Kalau berjanji memang ditepati tetapi bimbang terlanjur bercerita pula disebabkan mulut murainya itu.
"Kau nak apa, perempuan?" kata Dr. Adrian setelah menyedari kegagalan dalam mengancam wanita itu.
Makin kuat pula ketawa wanita itu. Cisss!
"Satu bulan a bouquet of white roses."
"Kau gile ke? Sejak bila kau suka bunga?"
"Sejak sekarang!" sampuk Zia dan ketawa besar meletus lagi.
Dr. Adrian memicit kepala yang tidak sakit tetapi geram dengan karenah perempuan itu.
"A week."
"No. Aku cakap sebulan, kan?"
"Two weeks?"
"Nope."
"Then, none!"
"All right all right... Dua minggu. Aku tunggu tau. Hahaha..." ujar Zia dengan ketawa masih bersisa.
Dr. Adrian sedar gadis itu sedang meraikan kejayaan walaupun tidak seperti yang diharapkan. Tetapi, dia juga punya kelicikan.
"So, deal?" tanya Dr. Adrian.
"Yup. Done and sealed."
Dr. Adrian sengih pendek.
"Mulai esok kau tunggu budak delivery hantar tepat jam 10.00 pagi, okay."
"Eh... Kau lah yang hantar. Kenapa budak delivery pulak?"
"Already sealed. Remember?"
Diam. Dan Dr. Adrian meraikan kejayaan itu dengan tawa besar. Sebentar.
"Cis! Baru nak tayang boyfriend handsome dekat bos aku tu sekali tak dapat. Ada apa lagi?"
"Kes tu?.."
"Tak ada progress. Pelik. Terlalu pelik. Seorang saksi langsung tak wujud."
Dr. Adrian memejamkan mata menerima informasi baharu itu. Telah diagak tetapi mendengar sendiri dari mulut Zia, makin bertambah rasa kecewa.
"Kalau lihat pada mata kasar it is acceptable sebab zon yang jauh dari penduduk. Tetapi, ada satu kebun sayur dekat situ. Tak mungkin tak ada langsung orang jaga." ujar Zia musykil.
"It's alright. Kita usaha lagi."
"Ya. Harap-harap kita akan dapat petunjuk baru. Well, aku cao dulu. Rehat dah tamat."
"Alright."