Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Bab 32


Ruang yang luas itu mempunyai sebuah bilik air peribadi. Ia terletak di bahagian belakang stesen kerja. Sebuah dinding pembagi yang dibina, menjadi titik fokus kepada ruang itu daripada sudut-sudut yang lain. Separuh dinding dilapisi dengan cat berwarna putih. Manakala sebahagian lagi dipasangkan panel kaca bersimetri dan berkerangka kayu yang berona keemasan. Sepadan dengan rona kertas dinding kelabu berkilat yang dipasangkan pada hampir kesemua permukaan dinding pejabat itu.

Elegan.

Che Puteh memerhati Carol Amani yang mesra disapa dengan panggilan Miss Carol melangkah keluar dari bilik peribadi itu. Dengan tertib, langkah yang gemalai satu per satu diambil. Sebuah senyuman terlayang kepadanya sebelum wanita itu mengambil tempat di sebuah sofa berhampiran dinding yang suram. Duduknya tegak dengan kaki disilangkan. Sut putih yang labuh itu cantik dikenakan. Digayakan pula dengan selendang berwarna biru cair. Mempersonakan mata yang melihat.

Cuma, seandainya wanita itu dapat mengatasi kelemahan yang satu itu, Che Puteh yakin petik sahaja jari beratur jejaka datang untuk memikat. Sejuring senyuman bermain di bibir Che Puteh mengenangkan bisikan nakal itu.

Sebelum khayalannya melebar jauh, cepat-cepat dia menghampiri tingkap panel lalu menarik langsir tebal yang kosong itu ke tepi. Pemandangan yang tertutup terbuka. Sekaligus membenarkan cahaya dari luar bertebaran masuk dan mencerahkan suasana. Tablet yang dipegang dibuka dan paparan skrin itu diperhati.

"Hari ni Miss Carol cuma ada dua mesyuarat. Jam 10.00 pagi dengan Puan Ruby dan jam 4.00 petang dengan Ginny dari finance. Appointment Miss Carol dengan Dr. Hidayat terpaksa ditukar pada jam 12.00. Miss Carol okay dengan masa?" tutur Che Puteh meminta kepastian.

"Erm..." sahut Miss Carol sedikit lemau bunyinya.

"Miss Carol... You know what? Selama ni, I admire your sense of style. Drop-dead stunning. Tapi, satu je yang masih kurang. Your self esteem kadang-kadang suka curi tulang." bebel Che Puteh seraya pandangan dialihkan dari skrin. Dia tidak pernah berasa gentar untuk menegur majikan yang berbeza usia sebanyak lima tahun muda darinya itu. Kerana dari awal skop pekerjaan yang digalas melebihi sekadar seorang pembantu peribadi.

Miss Carol, tertunduk sebentar kemudian mengangkat wajah memandang ke depan.

"Yes. I'm fine with Dr. Hidayat. Next?" ucap Miss Carol lembut namun berbaur tegas.

Hujung bibir Che Puteh terjungkit sedikit. Kerana hasil yang berbaloi itulah membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk menegur wanita itu dalam memperbaiki protokol diri.

"Lunch date dengan Encik Daniel dari Alam Landscape jam 1.00. Encik Daniel dah siapkan driver untuk jemput Miss Carol. Kemudian-.."

"Nanti dulu! Lunch date? Che Puteh, kenapa pandai-pandai arrange lunch date untuk I? I tak kenal pun Encik Daniel. Siapa tu?" tutur Miss Carol tegas sebelum wajahnya mendongak dan merenung tajam ke arah pembantu peribadinya itu. Dia, tidak mempunyai sebarang masalah andai sering ditegur oleh Che Puteh berkenaan imej dan karakternya. Namun, setiap perkara tetap ada batasan.

Che Puteh senyum. Amukan Miss Carol tidak menggentarkan dirinya. Sebaliknya, dia berbangga melihat reaksi Miss Carol. Makin bijak menuturkan kata dan bersuara pada masa yang sesuai.

"Tan Sri Jo yang aturkan. Kalau Miss Carol nak kepastian boleh tanya pada Tan Sri atau Mr. Tony." jawab Che Puteh membebaskan diri dari tuduhan yang baru sebentar dikenakan. Urusan anak beranak itu di luar kendaliannya. Sebagai pekerja, dia hanya mengikuti arahan majikan.

Amarah Miss Carol serta-merta pudar. Terpaku mendengar nama bapanya disebut. Jikalau dah putih kata Tan Sri Johari, maka putihlah keputusan Miss Carol. Tiada guna bertanyakan Mr. Tony, pembantu peribadi bapanya itu. Kedua-duanya sama sahaja sikapnya. Dominan dan tegas.

"Okay." sahut Miss Carol tidak bermaya.

Che Puteh melirik kasihan lalu, enggan membetulkan etiket yang ditunjukkan itu. Dalam kepalanya tidak lain hanya berasa simpati dengan kehidupan majikannya itu. Sepatutnya selain dari kuasa dan kemewahan, wanita itu sedang mengharungi kehidupan yang bahagia bersama pasangan hidup. Mungkin juga bersama si kecil belahan jiwa yang menjadi penguat ikatan. Namun, takdir menentukan sebaliknya. Wanita itu masih bersendirian tanpa pasangan. Jangankan teman lelaki, rakan lelaki pun tiada.

"I dah hantar kad ucapan dan hadiah kepada Sascha dan Naura. Secretary mereka hantar balasan kad undangan untuk tea party dua minggu dari sekarang. Rumah Sri Permai dan Marcella Bookclub pun ada hantar kad undangan. Satu majlis makan malam amal satu lagi pre-launch party. Please confirm these three invitations."

Miss Carol diam sebentar. Che Puteh pula setia menunggu.

"Say yes to the twins. Also, Rumah Sri Permai. Tapi, bookclub tu I tak pastilah. Pertama kali I hadir ke event diorang. I langsung tak kenal sesiapa. Can I say no, Che Puteh?" pinta Miss Carol kembali dengan nada teragak-agak. Kepalanya terdongak menatap Che Puteh seperti memohon panduan.

Che Puteh, memerhati wajah berkulit putih bak porselin itu tanpa jemu. Seandainya dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, mudah-mudahan bayi itu terkenan rupa Miss Carol. Terlalu cantik kurniaan ILAHI berikan kepada wanita itu. Alis matanya semulajadi terbentuk dengan sepasang bulu mata yang lentik cantik menghiasi. Berhidung mancung dengan belahan bibir yang nipis merah menyala itu sesuai pula dengan bentuk muka yang kecil. Seperti patung. Malah, tak mampu Che Puteh nafikan kehidupan wanita itu juga seperti anak patung yang dibelai oleh pemiliknya. Akur, tunduk dan patuh kepada siapa lagi jikalau bukan bapanya sendiri iaitu Tan Sri Johari.

"Tak boleh, darling. Ingat lagi apa kata Dr. Hidayat? You kena banyakkan bergaul untuk atasi masalah introvert you... I pasti kebanyakan ahli dalam bookclub tu pun ada isu seperti you. I've already reviewed their background. Some of them attend Dr. Hidayat's therapy sessions. Isn't it wonderful?.. You guys boleh bertemu dan share pendapat bersama-sama." ulas Che Puteh meyakinkan Miss Carol akan kepentingan perjumpaan dan majlis yang perlu dihadiri oleh wanita itu.

Miss Carol termenung lagi. Terkenang kepada bapanya sendiri yang melabel dirinya sebagai introvert sedangkan, Dr. Hidayat menerangkan dia itu seorang yang terlalu pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Kenyataan daripada Dr. Hidayat lebih menepati dirinya.

"Okay. Proceed." tuturnya tanpa berlengah.

"I dah daftar nama Miss Carol under Coach Nila. Gym pada setiap hari Ahad, Rabu dan Jumaat jam 9.00 malam. Kereta Miss Carol dah siap. Nanti I suruh driver ambil di specialist workshop. Produk kosmetik yang Miss Carol mahu I dah order. ETA next week. That's it for today. Ada apa-apa Miss Carol mahu?" kata Che Puteh setelah selesai menerangkan jadual dan informasi kepada bosnya itu.

"I nak caramel macchiato. Juga, untuk HR department. Jangan lupa untuk you sekali."

Che Puteh menggangguk. Cantik, bijak, berbudi bahasa dan tidak lokek. Pakej yang lengkap. Sayang seribu kali sayang, sikap pemalu dan merendah diri itu terlalu tebal untuk dikikis. Usai pesanan dihantar, Che Puteh kembali ke pejabat Miss Carol. Wanita itu tidak lagi duduk di sofa sebaliknya, berada di meja kerja sedang melihat sesuatu pada komputer.

"Anything Che Puteh?" tanya Miss Carol tanpa mengalihkan pandangan.

"Miss Carol, I ada sesuatu untuk dikatakan."

"Yes?.." soal Miss Carol lagi tanpa mengalihkan tumpuannya.

"Apa padangan Miss Carol tentang Dr. Adrian?"

Fokus Miss Carol spontan terhenti. Wajah diangkat sedikit.

"Kenapa dengan dia?" tanya Miss Carol hairan.

"I'm sorry kalau you rasa tak selesa. Maybe I tak patut tanya tadi."

"No. Apa dia, Che Puteh? Apa yang you nak cakap sebenarnya?"

Che Puteh merendahkan lirikan sebentar sebelum kembali membalas tatapan majikannya itu.

"You know, Dr. Adrian tu I tengok macam you jugak... Kind of exquisite. Kenapa you tak cuba rapatkan hubungan you dengan Dr-.."

"Che Puteh!!.."

Che Puteh langsung terdiam. Pertama kali Miss Carol mengangkat suara. Namun, tidaklah sampai memekik. Hanya nada tinggi yang bergema di dalam bilik itu sahaja.

"He's my cousin! Tak kan I terlalu terdesak sampai sepupu sendiri pun nak tackle? Apa kata daddy nanti?"

Che Puteh tersenyum kecil. Kata-kata akhir itu menarik perhatian.

"Maksud Miss Carol kalau Tan Sri Jo tak kata apa-apa Miss Carol pun tak kisahlah untuk berhubungan dengan Dr. Adrian?"

Miss Carol terdiam. Sejenak, terfikir akan kata-kata yang terlahir dari mulutnya sebentar tadi.

"No... Maksud I, I sendiri tak berminat dan dah tentu daddy I tak suka. Lagipun, sepupu I tu baru aje dia jumpa kemudian bawak masuk ke syarikat. I tak rasa daddy mudah untuk terima. Jangan pulak you sampaikan pada daddy perkara ni." jelas Miss Carol diiringi dengan sedikit ancaman. Dah gila ke Che Puteh? Tidak dinafikan sepupunya itu memang mempunyai rupa yang menarik. Juga, seseorang yang agak misteri. Tidak seperti sesetengah sosialit yang pernah dia temui, sepupunya itu lain dari yang lain. Gigih berkerja dan punyai visi tersendiri. Jikalau mahu dibuat perbandingan, sepupunya itu lebih kuat berkerja berbanding dirinya.

Sebenarnya tidak ramai yang tahu kebanyakan tugasan yang dipikul olehnya banyak dibantu oleh Che Puteh untuk diuruskan. Dia lebih banyak menghadiri mesyuarat, menandatangani dokumen dan membuat keputusan akhir. Itupun, keputusan yang diambil setelah mendapat nasihat daripada Che Puteh.

"Tapi, apa salahnya. Kita hidup di zaman moden, darling. Pertalian dan usia bukan lagi ukuran. You tak pernah cuba mana you tahu cousin you terima atau tidak."

Miss Carol menarik nafas yang panjang. Dia sedar, tanpa bantuan Che Puteh selama ini barangkali dia masih menyembunyikan diri di balik pintu kamar tidurnya. Masih mengasingkan diri dari dunia korporat itu lalu tenggelam dalam bahan bacaan di rumah yang menjadi peneman seharian. Sehinggalah, bapanya campur tangan. Ketika usia di penghujung dua puluhan, bapanya mengupah seorang pembantu peribadi untuknya iaitu Che Puteh. Tan Sri Johari enggan lagi membiarkan dia memilih jalan sendiri. Rutin hariannya diatur. Image consultant, personal therapist dan pelbagai temujanji dengan sebilangan sosialit bagi menghilangkan sikap pemalu yang dimiliki.

"But still-.. "

Miss Carol tidak jadi berkata. Dia tahu Che Puteh cuma mengambil peduli akan dirinya. Bimbang dengan situasi dirinya. Dan, dah tentu ingin melihat dia berbahagia dengan pasangan. Benaknya, terkenangkan kembali pertemuan pertama dengan Dr. Adrian. Panas pipinya ketika itu. Terlalu segan. Walhal, dia lebih berusia daripada lelaki itu. Cuma, dalam hati dia masih menganggap dirinya itu sebagai budak yang mentah. Terlalu mentah dengan dunia luar andai terus dibiarkan di balik pintu sebelum ini. Dr. Adrian pula dengan selamba menegur dan berbual seperti mereka telah lama berkenalan. Tidak dapat dia nafikan lagi antara sebilangan lelaki yang pernah ditemui, Dr. Adrian paling selesa untuknya bergaul. Ah, boleh jadi kerana mereka itu ahli keluarga.

"No." ucap Miss Carol sambil menggelengkan kepala. Dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak berlebihan dalam menanggapi perhubungan mesra yang berlangsung di antara mereka berdua.

"Kalau nak tahu, apa kata you call Dr. Adrian dan minta dia datang jumpa you sekarang juga. Kalau you means nothing to him dia akan bagi alasan atau minta jumpa pada waktu yang lain. Sekarang dah pukul 9.30. Semua tengah mula busy. Have a try, darling." cabar Che Puteh.

Miss Carol memandang Che Puteh atas dan bawah. Ragu-ragu tetapi, hati sudah termakan dengan cabaran itu. Tanpa berfikir panjang telefon pintar di atas meja dicapai. Lantas nombor sepupunya itu dihubungi. Tiga kali deringan barulah ia dijawab.

"Hey Carol, what's up?"

Tu dia... Lihatlah betapa santainya bahasa lelaki itu terhadapnya. Sebab itulah dia mudah dan senang berbual dengan lelaki itu. Tiada formaliti. Tiada rasa canggung.

"Can you come up? I ada sesuatu nak bincang."

"Alright, in a minute."

Klik.

Mulut Miss Carol ternganga. Wajah Che Puteh dipandang dengan rasa tidak percaya.

"Told you."

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.