Home Novel Islamik Menanti Fajar Sidik.
Menanti Fajar Sidik.
Raihan Zaffya
9/1/2014 16:57:35
33,090
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Beli Sekarang
Bab 6



Dari balkoni tingkat atas rumah agam itu Mia Sakinah melabuhkan pandangannya ke arah laluan ke pintu masuk. Pintu pagar automatik masih tertutup rapat. Dari situ juga dia dapat melihat Pak Jamil sedang tekun mencuci kereta. Pak Jamil terbongkok-bongkok memberus bahagian tayar kereta. Begitu teliti sekali setiap pekerjaan yang dilakukan oleh Pak Jamil.

Kadang-kadang Mia Sakinah berasa kasihan melihat Pak Jamil. Dia bukan sekadar tukang kebun di rumah agam itu. Dia juga pemandu bagi papa dan mamanya. Pagi-pagi lagi Pak Jamil akan menghantar papanya ke pejabat. 

Sampai sahaja di rumah Puan Ruby sudah meminta Pak Jamil meng hantarnya berjumpa teman-teman. Pak Jamil juga akan membawa Mak Jah ke pasaraya untuk membeli barang keperluan harian.

‘TUHAN! Aku hidup dalam kemewahan tapi aku selalu tamak. Aku mahu semua yang baik-baik sedangkan ramai yang terpaksa bekerja keras untuk mengalas perut dan menyara keluarga.’ Ampunkan aku ALLAH,’ bisik Mia Sakinah sendu.

Ruang pandang Mia Sakinah dilebarkan ke persekitaran. Rumah-rumah agam yang berhampiran menjadi sasaran. Itu adalah rumah-rumah jiran. Sayang seribu kali sayang, biar dekat di mata tapi terlalu jauh hubungan mereka. Mereka saling tidak kenal. Tidak pernah bertegur sapa apatah lagi mahu bertandang. Semua itu membuat hati Mia Sakinah bertambah sepi.

‘Apa yang semua orang cari dalam hidup ni? Apa yang tak cukup lagi?’ Mia Sakinah bersoal-jawab pada diri sendiri.

Sedang Mia Sakinah berkhayal, dia melihat Pak Jamil bergegas ke pintu pagar. Mia Sakinah tidak pasti, mungkin ada seseorang yang menekan loceng sebentar tadi. Entah mengapa gerak-geri Pak Jamil telah menarik minatnya. Mia Sakinah menanti dengan sabar untuk melihat tetamu yang datang.

Sebaik pintu pagar terbuka kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di luar. Mia Sakinah tertarik untuk terus menjadi pemerhati. Dia memicing pandangannya tepat ke wajah pemuda itu. Jarak yang jauh tidak mengizin kan Mia Sakinah melihatnya dengan jelas. Lebih-lebih lagi dari pandangan sisi

‘Handsome ke agaknya?’ bisik nakal remaja berusia sembilan belas tahun mula kedengaran. Mia Sakinah tersengih-sengih seorang diri. Dia menongkat dagu sambil mula berangan-angan.

‘Apa yang engkau bayangkan Mia?’ Bisik pula nuraninya.

‘Mia! Berhati-hati dengan panahan mata. Jangan sampai pandangan itu menipu kita.’ Tiba-tiba saja Mia Sakinah teringat kata-kata yang pernah di ucap oleh Mak Jah.

“Astaghfirullah! Teruknya aku! Tak boleh tengok yang handsome sikit” Mia tersedar dari angan-angan.

Menyedari keterlanjurannya, Mia Sakinah membuang pandang ke arah lain. Tompok-tompok awan cerah menarik perhatiannya. Awan-awan itu ber gerak dalam satu kelompok sebelum berpecah-pecah membentuk pelbagai rupa. 

Sebuah kapal terbang yang sedang lewat begitu kecil kelihatannya. Kapal terbang menyusup di celahan awan yang berarak tenang. Ekor matanya mengekori gerakan kapalterbang itu sehingga ia menghilang dari pandangan.

“Lama tunggu mama.” Mia Sakinah menoleh sebaik Puan Ruby muncul dan menyapanya.

“Lama juga ma.” Jawab Mia Sakinah tanpa selindung.

“Siapa dengan Pak Jamil tu?” Puan Ruby terpandang Pak Jamil sedang bercakap-cakap dengan seorang anak muda.

“Mia tak tau ma.” Mia Sakinah tidak menaruh minat untuk memandang pemuda itu untuk kali kedua.

“Apa perkara penting Mia nak cakap pada mama?” Sambil bertanya Puan Ruby terlalu asyik membelek kuku-kukunya yang panjang dan berwarna

Untuk seketika Mia Sakinah bungkam. Dia mesti berhati-hati dalam menyusun kata. Dia tidak mahu suasana jadi tegang. Walaubagaimana pun mamanya, dia tetap wajib dihormati.

“Mama nak cepat ni. Ada janji dengan Datin Sheila.” Seperti biasa Puan Ruby dipenuhi pelbagai agenda. Persatuan, riadah dan bersosial dengan Datin-Datin memang menjadi kesenangannya.

“Ma, tolong jangan berhentikan ummi.” Hanya itu ungkapan pertama yang meluncur dari bibir mungil Mia Sakinah.

“Ummi dah mengadu pada Miah? Dia terus-terusan mengikir kuku jari manisnya. Dia tersenyum senang melihat kuku panjangnya telah terbentuk cantik.

“Pak Jamil yang beritau.”

“Busy body!” Sungut Puan Ruby selamba.

“Tolong ya ma.” Rayu Mia Sakinah tulus dan polos.

“Nanti mama fikirkan. Mama dah lambat.” Sahut Puan Ruby acuh tak acuh lalu meninggalkan Mia Sakinah dalam keluhan yang panjang.

Di luar sana Pak Jamil masih bercakap-cakap dengan pemuda yang menjadi tetamu tidak diundang. Wajah pemuda yang kurang ramah itu tetap dilayan dengan baik. Dari tampang wajahnya dia kelihatan seperti anak orang berada.

“Pak Jamil lupa nak tanya, nama anak ni siapa?” Ibu jari tangan Pak Jamil yang comot menuding ke arah pemuda itu.

‘Orang tua ni tak payahlah tuding-tuding jari kotornya kat aku.’ Ejek pemuda itu dalam hati.

“Saya Danny. Terima kasih sebab pakcik tolong tengok-tengokkan kereta tu. Saya cuba nasib je tadi. Kebetulan pakcik tau pasal kereta. Kalau tak ada pakcik, tak taulah saya. Susah nak cari mekanik di sini, kereta ni pula di sinilah meragamnya.” 

Danny basa-basi sambil menyeluk saku seluar untuk mengambil wallet di dalamnya. Tiga keping wang kertas bergambar pelantar minyak dihulurkan kepada Pak Jamil.

“Tak usah. Pak Jamil ikhlas. Bukan apa-apa pun, sikit je tu.”

“Saya hadiahkan untuk pakcik.” Anak muda bernama Danny itu masih mahu membalas pertolongan Pak Jamil.

“Abang Jamil!” Tiba-tiba sahaja Puan Ruby muncul dengan wajah kelat.

“Kan saya dah kata jangan suka….”

“Errr, aunty. Saya rasa pernah tengok gambar aunt di rumah saya. Emm, maksud saya gambar bersama mama.” Teguran Danny mematikan niat Puan Ruby untuk memarahi Pak Jamil kerana membiarkan pemuda itu masuk ke kawasan rumah agam itu.

“Puan Ruby, Danny, saya minta diri dulu.” Pak Jamil tidak mahu meng ganggu perbualan mereka.

“Baik pakcik. Terima kasih sekali lagi.” Sahut Danny sedangkan Puan Ruby tidak sedikit pun memandang Pak Jamil.

“Who is your mother?” Puan Ruby berubah ceria.

“Datin Sheila, aunt.”

“Datin Sheila? I know her. Jadi awak anaknya?" 

Kembang senyum di bibir merah Puan Ruby. Amarah yang mahu dihambur sebentar tadi bertukar ceria. Tamu yang tak diundang kali ini adalah anak kenalan baiknya. Anak teruna kebanggaan Datin Sheila sedang berdiri di depan mata. Walaupun tidak sesegak mana namun sedap juga dipandang mata.

“Danny buat apa di sini? Atau mama suruh datang jumpa aunt?” Seri terpancar di wajah Puan Ruby yang separuh abad.

“No. My back tyre blew up. Ada luar sana. Nasib baik ada Pak Jamil tolong tadi.” 

Danny menyingsing lengan bajunya akibat bahang panas yang mula membuat tubuhnya berpeluh. Rasa tidak selesa berdiri di situ lama-lama.

“Sebenarnya aunt memang nak jumpa mama Dannya. Kami ada janji.” Lalu Puan Ruby mengenakan cermin mata gelap yang baru dikeluarkan dari tas tangan.

“Oh ya? Kalau macam tu, I pergi dulu. I pun ada janji dengan kawan. Jumpa lagi, aunt.” Danny segera beredar meninggalkan Puan Ruby yang masih senyum-senyum sendirian.

Dari jauh Mia Sakinah menjadi pemerhati biarpun dari mula lagi dia tidak dapat mendengar butir perbualan. Dia tidak habis fikir mengapa mama nya berbual mesra dengan pemuda itu sedangkan pada awalnya dia kurang senang dengan tetamu yang tidak dikenali itu..

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.