Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 18

MASIH LAGI DI KOLEJ DELTA

18 MINIT KEMUDIAN

           

Haris menatap skrin komputer ribanya sambil menggaru-garu kepala. Sesekali dia mengorek-ngorek lubang hidungnya dengan jari kelingking. Akhirnya dia mengaku dalam hati sebenarnya dia tidak tahu bagaimana hendak membalas surat Amelia itu. Kata orang, tanggapan pertama atau first impression itu amat penting dalam memulakan sesuatu perhubungan. Dan sekarang, tika dan saat ini, dia sangat-sangat ingin menjalinkan perhubungan dengan Amelia.

            Haris membelek-belek kembali surat Amelia. Baris demi baris dibacanya berulang kali. Setelah agak lama berlaga gigi, akhirnya ilham datang bertubi-tubi. Tanpa membuang masa lagi, Haris terus menyibukkan diri. Ayat demi ayat ditaip dan diteliti, supaya Amelia terkesan di hati.

            Setelah agak lama mengetuk papan kekunci, siaplah sudah emel pengganti diri. Haris membaca kembali berulang kali, hidungnya kembang tanda puas hati. Andai para pembaca ingin mengetahui, inilah dia emel yang ditaipi.

 

Saudari Amelia yang diingati,

            Waalaikumsalam. TIADA MAAF BAGIMU! Hehe… acah aje tu. Sebenarnya saya sendiri pun memang berhajat nak berjumpa dengan awak. Saya ingin berterus terang dengan awak bahawa orang bodoh yang buat kerja bodoh tu bukannya saya. Tapi memandangkan awak sendiri sudah menaip surat minta maaf menerangkan perkara yang sebenar, maka saya rasa tak payahlah dipanjangkan lagi perkara ini. Saya dengan ikhlas hati sudah memaafkan awak dan juga kawan awak tu.

            Kawan awak tu ambik course apa ya? Psychology ke? Macam tercabut wayar je. Tapi apa yang awak cakap tu memang betul. Kalaulah dia datang jumpa saya nak minta maaf sebelum saya terima surat daripada awak tu, mungkin saya akan cekik dia. Perbuatan dia memfitnah saya adalah sangat jahat. Kalau diikutkan hati, saya tak nak maafkan kawan awak tu. Tapi mujurlah saya ni seorang yang lembut hati, mudah memaafkan kesilapan orang.

      Sampai satu minggu lebih ya awak tak pergi dewan makan. Habis tu awak makan kat mana? Saya sendiri pun, lepas kena marah dengan awak hari tu, selalu pergi dewan makan dekat-dekat time nak tutup sebab tak nak bertembung dengan awak.

            Saya tak berapa nak setuju kalau awak kata sebab pakaian saya menjadikan saya kelihatan seperti budak jahat tahun 80’an. Saya pun pernah tengok cerita Gila-gila Remaja, tapi rasanya tak ada pun yang pakai macam saya. Bagi saya,cara berpakaian adalah hak individu. Selagi kita tidak melanggar undang-undang ataupun menyusahkan hidup orang lain, nak pakai apa pun suka hati kitalah.

            Saya rasa awak tentu dah rasa boring baca email saya ni. Lagipun awak cuma nak tahu sama ada saya dah maafkan awak dan kawan awak tu, kan? So, sekarang awak dah tahu jawapannya. Cuma saya harap kalau jumpa kat mana-mana tu, janganlah buat-buat tak kenal. Kalau rasa malas nak tegur, senyum pun tak apa. Kalau awak ada nak tanya apa-apa, ini nombor phone saya: 013-8237662

            Okeylah. Akhir kata, ini rumah kita, ini bola kita. Bye.- Haris Hamdan

 

            Haris membaca buat kali terakhir emel yang ingin dihantarkan kepada Amelia itu dengan penuh khusyuk. Dia tahu sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin dicoretkan untuk tatapan Amelia, namun biarlah ianya disampaikan secara berperingkat.Takkanlah ingin terus bicara tentang cinta dan harapan. Atau tentang berapakah hantaran dan siapakah mak andam. Secara dasarnya, Haris yakin dia sudah berjaya menyampaikan apa yang tersurat di dalam hatinya tanpa menonjolkan niatnya yangsebenar, iaitu untuk memiliki Amelia. 

            Di saat Haris ingin mengklik ikon “send” yang tertera di sudut bawah halaman sesawang Goatmail.com, kedengaran pintu bilik dibuka seseorang. Haris berpaling memandang ke arah pintu bilik yang kini luas ternganga.

            “Assalamualaikum sheikh, buat apa tu?”

            “Waalaikumsalam...oh, ustad rupanya. Ingatkan siapa tadi.”

            “Bengong…kau sindir aku ya?”

            “Eh, bila masa pulak aku sindir kau. Aku cuma rasa hairan je tengok kau pakai baju Melayu. Biasanya kau pakai kain pelikat dengan T-shirt kolej je pergi surau.Pasal apa kau jadi rajin nak pakai baju Melayu tu?”

            “Entah, aku pun tak tahu pasal apa. Tetiba je aku rasa macam nak pakai baju Melayu.Tapi aku rasa hairanlah, pasal apa bau hapok bangar baju Melayu ni?”  

            “Hehe…mungkin sebab lama sangat terperuk dalam almari, sebab tu bau dia hapak.”

            “Ya tak ya. Eh, aku dah kenal dengan tukang azan baru kita tu. Nama dia Qabil, tapi aku panggil dia abang Qabil sebab dia lebih tua dari kita. Kau tahu tak, dialah yang jadi tukang masak ganti makcik Nigeria tu.

Lepas sembahyang Maghrib tadi sempat jugak borak-borak dengan dia. Dia beritahu aku sebelum ni dia pernah jadi tukang masak di hospital pesakit mental dekat Ulu Kelang. Tapi dia tak berapa suka kerja kat situ. Bila dia dapat tahu kat kolej kita ni nak pakai tukang masak baru, dia apply terus dapat.”

            “Hebat jugak dia tu ya. Pandai masak, pandai azan, kalau kat kampung mesti makcik-makcik berebut nak ambik dia buat menantu.”

            “Ah-ah.Eh, dah siap ke emel kau tu? Dah send dah?”

            “Siap dah, nak sendlah ni.”

            “Eh, kejap. Jangan send lagi. Aku nak check spelling dengan grammar dulu.”

            “Kau ni mabuk ke apa? Aku tulis guna bahasa Malaysialah!”

            “Aku tahulah. Tapi bahasa Malaysia kau tu pun bukannya betul sangat. Nanti Amelia tersalah faham, baru padan muka kau.”

            “Okay, tapi kau jangan ubah apa-apa tau. Aku serius ni Zip, nanti kang habis rosak ayat power aku.”

            “Aku tak laparlah nak ubah-ubah ayat dalam emel kau tu. Kau ingat aku takde kerja lain ke nak buat?”

            “Ummphh…walaupun aku susah nak percaya, tapi tawakal jelah. Eh, aku nak pergi jamban kejap, rasa memulas pulak perut aku ni.”

            “OK,don’t worry. Just leave it to me. Eveything under control.”

Setelah Haris melangkah keluar dari bilik, Razif pun duduk di kerusi menghadap skrin komputer riba Haris. Sambil matanya meneliti baris-baris ayat dalam emel itu, mulutnya bernyanyi-nyanyi kecil.

            “Memang wanita dia punya lubang buaya,

            Wajar saja lelaki mahu menggodanya,

            Memang wanita punya satu lubang buaya,

            Walau satu tapi itu sangat berharga,”

Sesudah habis membaca email yang ditulis oleh Haris itu, Razif membuat kesimpulan bahawa emel itu memerlukan sedikit penambahbaikan agar penyampaiannya menjadi lebih berkesan. Sambil jari-jarinya mengetuk-ketuk papan kekunci komputer riba, mulutnya bernyanyi-nyanyi kecil.

            “Anok tokde besar, mok gaduh nok wi berlaki,

            Nanok pun tok pandai, gulai pun tok gheti,

            Perase anok dio lawa, takut kito wat lari,

            Kito pun tok lapar, tino lain lawa lagi,”

           

            Sesudah selesai mengetuk papan kekunci, Razif membaca kembali berulang kali. Andai para pembaca ingin mengetahui, inilah dia emel yang ditambahbaiki.

 

Saudari Amelia yang diingati, (sampai mengigau tengah malam)

            Waalaikumsalam. TIADA MAAF BAGIMU! Hehe… acah aje tu. (kahkahkah) Sebenarnya saya sendiri pun memang berhajat nak berjumpa dengan awak. (jengjengjeng) Saya ingin berterus terang dengan awak bahawa orang bodoh yang buat kerja bodoh tu bukannya saya. (rupanya orang bodoh tu kawan baik awak ya)

 Tapi memandangkan awak sendiri sudah menaip surat minta maaf menerangkan perkara yang sebenar, maka saya rasa tak payah lah dipanjangkan lagi perkara ini. (buang yang keruh, ambil yang jernih, kan?) Saya dengan ikhlas hati sudah memaafkan awak dan juga kawan awak tu. (bersatu kita roboh, bercerai kita teguh, kan?)

            Kawan awak tu ambik course apa ya? Psychology ke? Macam tercabut wayar je.(kahkahkah) Tapi apa yang awak cakap tu memang betul. Kalaulah dia datang jumpa saya nak minta maaf sebelum saya terima surat daripada awak tu, mungkin saya akan cekik dia. (itupun kalau dia tak cekik saya dulu)

Perbuatan dia memfitnah saya adalah sangat jahat. (jahat macam setan goblok) Kalau diikutkan hati, saya tak nak maafkan kawan awak tu. (oh, kejamnya) Tapi mujurlah saya ni seorang yang lembut hati, mudah memaafkan kesilapan orang. (eh, ya ke? Tak sangka you)

            Sampai lebih satu minggu ya awak tak pergi dewan makan. Habis tu awak makan kat mana?(ishh… mana lagi, kat mulut ler) Saya sendiri pun, lepas kena marah dengan awak hari tu, selalu pergi dewan makan dekat-dekat time nak tutup sebab tak nak bertembung dengan awak. (lepas tu komlen lauk habis)

            Saya tak berapa nak setuju kalau awak kata sebab pakaian saya menjadikan saya kelihatan seperti budak jahat tahun 80’an. Saya pun pernah tengok cerita Gila-gila Remaja, (Roy! Jangan pergi… Roy tidak bersalah mama… gara-gara ayah Suziana, Roy terpaksa berkorban lagi… hatimu keras Roy… oh, peperiksaan) tapi rasanya tak ada pun yang pakai macam saya. Bagi saya, cara berpakaian adalah hak individu. (ya betul!) Selagi kita tidak melanggar undang-undang ataupun menyusahkan hidup orang lain, nak pakai apa pun suka hati kitalah. (kalau nak bogel dalam kelas?)

            Saya rasa awak tentu dah rasa boring baca email saya ni. (memang pun) Lagipun awak cuma nak tahu samada saya dah maafkan awak dan kawan awak tu, kan? So, sekarang awak dah tahu jawapannya. (apakah jawapannya?) Cuma saya harap kalau jumpa kat mana-mana tu, janganlah buat-buat tak kenal. Kalau rasa malas nak tegur, senyum pun takpe. Kalau awak ada nak tanya apa-apa, ini nombor phone saya: 013-8237662

            Okeylah. Akhir kata, ini rumah kita, ini bola kita. Bye.- Haris Hamdan (bukan nama sebenar)

           

Razif membaca buat kali terakhir emel yang ingin dihantar oleh Haris kepada Amelia itu dengan penuh khusyuk. Dia tahu sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh ditokok tambah untuk menambahkan lagi keberkesanan penambahbaikan itu. Namun buat masa ini ianya sudah memadai. Secara dasarnya, Razif berpuas hati dengan penambahbaikan yang dibuatnya itu dan yakin ia berjaya menyampaikan apa yang tersurat di dalam hati Haris dengan lebih berkesan.

Di saat Razif ingin mengklik ikon “send”yang tertera di sudut bawah halaman sesawang Goatmail.com, kedengaran pintu bilik dibuka seseorang. Razif berpaling memandang ke arah pintu bilik yang kini luas ternganga.

“Woi! Kau buat apa tu?” Sergah Haris.

“Cis, kau rupanya. Aku ingatkan siapa tadi.”

“Kau dah habis baca belum?”

“Dah! Aku sendlah ya?”

“Ha’ah, sendlah.” Razif mengklik ikon“send” yang tertera di sudut bawah halaman sesawang Goatmail.com.

“OK, dah send dah.”

“Kau shut down jelah laptop tu. Aku nak tidur awallah malam ni.”

“Beyeh boh. Okey dokey!”

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY