Home Novel Cinta SEKALI TERLAFAZ
SEKALI TERLAFAZ
Zulfati Hanis
27/9/2017 21:17:16
11,020
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

            Sebaik meletakkan beg berisi peralatan lukisannya di atas lantai, Nasrul menghenyakkan punggungnya di ataskatil. Jaket yang tersarung dibadannya turut ditanggalkan dan dihempas di atas katil. Dikeluarkan minyak urut dari dalam laci meja sisi  dan perlahan-lahan dilumurkan pada kakinya yang terseliuh.

            “Adoii!..”Nasrul mengadu kesakitan bila urutan tangannya terkena pada urat yang terseliuh.

            “Ah…apa malang nasib aku malam ni. Tak pasal-pasal kena langgar dengan minah rabun tadi. Huh!...” mulut Nasrul mengomel tanda tidak puas hati dengan kejadian diJalan Masjid India tadi.

            “Kenapa dengan kaki kau tu?”

            Nasrul tidak segera menjawab. Dengan dahi berkerut dia mengangkat mukanya ke atas sedikit. Farhan masih setia menunggu jawapan daripadanya.

            “Bila kau balik? Bukan patutnya kau out station seminggu ke?” Nasrul menjawab dengan pertanyaan.

            “Plan mulanya memang seminggu. Tapi kerja dah siap buat apa aku tunggu kat Miri tu lama-lama. Kaki kau tu kenapa, Nash?” Farhan mengulangi pertanyaannya.

            “Tak ada apa-apalah. Seliuh sikit aje.” Nasrul mengelak untuk bercerita lanjut lagi tentang kejadian tadi.

            Farhan menghela nafasnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Nasrul. Mereka berdua bukan sekadar kawan serumah, tapi mereka juga adalah rakan baik.

            “Nash…”Farhan melabuhkan punggungnya di atas katil empuk milik Nasrul.

            “Aku ada berita gembira nak kongsikan dengan kau ni,” sambung Farhan sambil menepuk bahu Nasrul.

            “Kau dengan Marea dah agree nak kahwin ke?Tahniahlah kalau betul.” Nasrul melemparkan senyuman. Jarinya terus mengurut kakinya yang terseliuh.

            Farhan senyum nipis. “Bukan tulah yang aku nak kongsi dengan kau.”

            “Habis tu?” pantas Nasrul menyoal.

            “Kau ingat tak proposal yang kau tolong aku bulan lepas?”

            Nasrul sekadar menjawab dengan anggukkan. Farhan senyum.

            “Proposal tu lulus.” Bersemangat Farhan bercerita. Jelas ada kepuasan dalam suara Farhan.

            “Baguslah tu.” Mendatar saja Nasrul membalas.

            Farhan menjegilkan matanya. “Itu aje yang kau nak cakap?”

            “Kau nak aku cakap apa lagi, Paan?” soal Nasrul tanpa ada perasaan.

            Farhan mengeluh kecewa.

            “Nash,kau tak nampak ke?”

            “Nampak apa?” Nasrul menyoal Farahan tanpa melihat wajah rakannya itu.

            “Kau masih berbakat dalam bidang ni, Nash. Dato Rahim pun nak sangat kau kerja semula dengan dia. Tak perlu lagi kau buat freelance macam sekarang ni. Aku dengar tak lama lagi kita akan buat beberapa projek mega untuk syarikat-syarikat besar. Kita boleh bekerjasama dalam projek mega tu nanti.Macam dulu-dulu.”

            “Aku tak minat,” pantas Nasrul memberikan jawapannya.

            “Nash tak elok kau sia-siakan bakat kau tu. Kau ada potensi untuk….”

            “I don’t want to talk about this, Paan,”nada suara Nasrul sedikit keras.

            “Berapa lama kau nak mengelak? Kau kena terima hakikat yang Rina dah tak ada, Nash.”Farhan cuba mengawal nada suaranya. Bukan niatnya untuk menaikkan kemarahan Nasrul. Tapi dia rasa sudah sampai masanya Nasrul bangun dari lenanya. Sudah cukup Nasrul bermimpi.

            Nasrul berhenti mengurut kakinya. Tanpa mengendahkan pertanyaan Farhan, Nasrul bangun dan mencapai beg lukisannya.

            Farhan mendengus. Dari reaksi itu Farhan tahu Nasrul tidak mahu melayan pertanyaannya tadi. Tapi dia tidak boleh terus membiarkan Nasrul hanyut dengan memori silamnya bersama Zabrina. Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup ini perlu terus memandang ke hadapan.

            “Nash…”

            “Kau sebagai kawan baik aku patutnya kau faham aku!” Nasrul pantas mencelah sebelum Farhan menyudahkan ayatnya.

            “Aku faham, Nash. Serius aku faham. Tapi aku jugak nak kau faham semuanya yang berlaku itu takdir. Kenapa kau masih nak salahkan diri kau? Kenapa?” soal Farhan.

            Nasrul tidak menjawab. Sebaliknya dia mengantungkan lakaran lukisan yang belum sempat disiapkan. Dia bercadang untuk menyudahkan lukisannya itu.

            Farhan bangun dan berjalan menghampiri Nasrul. Bahu Nasrul ditepuk beberapa kali dari belakang.

            “You need to move on, Nash,” bisik Fahran sebelum berlalu keluar dari bilik Nasrul.

            Kata-kata Farhan mematikan pergerakkan tangan Nasrul yang baru ingin menyudahkan lakarannya.  Dia menoleh kebelakang.Namun kelibat Farhan sudah tidak kelihatan lagi. Nasrul mengeluh. Mood untuk menyudahkan lukisan terbantut. Sebaliknya dia mencapai jaket di atas katil dan berlalu keluar dari biliknya.

 


            Baru Syuha ingin menutup pintu pagar sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar. Syuha sudah tahu siapakah gerangan pemilik kereta yang berhenti didepan rumah mereka ini terus memanggil Marea.

            “KakYa! Abang Paan datang!” Laung Syuha sambil membuka kembali pintu pagar. Dia kemudian berlalu menolong Farah memunggah beg dari bonet kereta.

“Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang saya mengkuang layu,

DagangPak Malau dagang bertempat,

Assalamualaikum cik adik yang ayu.”

            Farhan menjual pantun saat Marea menghampirinya. Tersenyum Marea mendengar pantun yang dijual oleh tunangnya itu.

“Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu layuan,

Intai kami ke abang yang kacak,

Waalaikumussalam jawapan diberikan.”

            Farhan dan Marea sama-sama tergelak dengan gelagat mereka sendiri. Farah yang melihat agak tertarik dengan kebolehan keduanya berbalas pantun.

            “Kenapa abang balik tak bagi tahu. Kalau tak boleh Marea ambik abang kat KLIA,” soal Marea sebaik Farhan menghampirinya.

            “Abang tak nak susahkan, Marea. Ni baru balik dari mana?” soal Farhan sambil membantu memunggah barang-barang dari bonet kereta Marea.

            “Dari mana lagi. Dari tempat agihan makanan untuk gelandangan.” Marea menjawab.

            Dalam pada itu Farhan baru menyedari kehadiran seorang gadis disebelah Syuha, sepupu Marea.

“Pergi berlayar di pulau laya,

Lalu mendarat di tanah jawa,

Kalau boleh abang bertanya,

Adik manis ni siapa gerangan dan mm…lawa.”

            “Hai bang, nak tanya nama pun berpantun bagai? Jangan bang nanti ada orang merajuk abang jugak yang susah,” sindir Syuha.

“Memasang umpan di tepi paya,

Sekali terserempak dengan ular kapak,

Hati ini tertanya-tanya,

Cik abang jual minyak nampak.”

            Marea tiba-tiba membalas pantun Farhan dengan nada cemburu. Syuha sudah tergelak.Farah pulak terpinga-pinga tak tahu bagaimana nak menjawab. Dia bukan tahu berbalas pantun macam mana.

            “Alah…abang gurau ajelah, sayang. Janganlah merajuk.” Farhan mencuit bahu Marea dengan gaya memujuk manja.

            Namun pantas Marea menepis tangan Farhan. Syuha sudah menjungkit bahu tanda tidak mahu masuk campur. Farhan berdehum.

“Singgah pasar beli ketumbar,

Potong ketumbar memakai parang,

Ingin bilang jantung berdebar,

I love you sayang.”

            Marea tersenyum mendengar pantun Farhan. Orang kata kalau tak gaduh-gaduh manja memang tak berseri sesuatu hubungan itu. Dia bukannya cemburu pun dengan pertanyaan Farhan itu tadi. Saja nak bermanja-manja dengan tunang sendiri.

            “Dah-dahlah tu Kak Ya, Abang Paan. Tak payah nak berbalas pantun sangatlah. Pening Syuk dengar. Ni Abang Paan, kenalkan kawan sekolah Syuk, Rara. Mulai hari ni dia tinggal dengan kami.” Syuha menyampuk sebelum sessi jual beli pantun semakin melarat.

            “Rara,ini Abang Paan tunang Kak Ya. Dia orang berdua ni perangai memang macam ni.Sama-sama otak gila-gila. Padanlah berjodoh dia orang ni,” bebel Syuha.

            Farah sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman nipis.

            “Ni Syuk bawak Rara masuk dulu. Tunjukkan dia bilik yang kosong tu. Kejap lagi akak masuk,” arah Marea.

            “Okey.Tapi jangan lama-lama tau dating. Akak dengan Abang Paan tu belum halal lagi tau.” Sempat Syuha berpesan sebelum dia dan Farah melangkah masuk ke dalam rumah.

 


            “Rara tak tidur lagi?” Syuha menegur seraya duduk disebelah Farah yang sedang menonton televisyen.

            “Nope. Aku tak mengantuk lagi.” Farah menjawab. Tapi mata tidak lepas daripada memandang televisyen.

            “Bilik tu okey ke untuk kau? Kalau kau perlukan apa-apa beritahu aku. Kalau nak masak ke, basuh baju ke, boleh guna aje barang-barang dalam rumah ni. Kak Ya tak kisah asalkan pandai jaga barang elok-elok.”

            Farah menoleh memandang Syuha. “Syuk terima kasih. Walaupun kita dah lama tak jumpa kau masih tak berubah. Kau masih sudi tolong aku.”

            Syuha tersenyum. “Eh…apalah sangat yang aku tolong. Tapi lepas ni jangan nak hilang macam tu aje. Aku nak jadi kawan tak kira waktu senang mahupun susah tau.”

            Farah terus memeluk Syuha erat. Dia benar-benar terharu dengan keikhlasan Syuha.

            “Aku janji Syuk. Aku tak akan lupakan kau, lupakan persahabatan kita lagi. Aku janji,” bisik Farah.

            “You better not. Kalau tidak aku tak nak kawan dengan kau lagi,” jawab Syuha dengan nada bergurau.

            Farah dan Syuha ketawa bersama. Sudah lama mereka tidak bergurau mesra seperti ini.

            “Tadi Kak Ya kata kau belajar lagi kat kolej. Kau ambik jurusan apa?” Farah bertanya usai reda tawa mereka berdua.

            “Civil engineering.”

            “Ooo…kiranya aku sedang berdepan dengan bakal engineer muda,” Farah berseloroh.

            Syuha tergelak. “Keinginan ayah aku yang nak salah seorang anak dia jadi engineer.Ayah aku kata dalam keluarga doktor dah ada. Arkitek dah ada. Cikgu pun dah ada. Cuma engineer aje tak ada lagi. Jadi aku lah kena merealisasikan impian ayah aku tu.”

            Kata-kata Syuha itu membuatkan air muka Farah berubah.

            “Humm…kau pun lebih kurang macam aku jugak. Hidup diatur oleh keluarga,” sinis ayat Farah.

            “Kenapa pulak?”

            “Apa jurusan yang kau nak ambik pun ditentukan oleh parent kau. Kau tak rasa…kebebasan kau untuk menentukan arah hidup kau di sekat ke?” Farah meluahkan pandangannya berdasarkan apa yang dia rasai saat ini

            Selama ini papa yang mengatur corak kehidupannya. Dari usianya 6 tahun sehinggalah kini dia tidak mampu untuk menentukan cita-citanya sendiri.

            “Taklah.Parent aku bagi cadangan aje. Kebetulan pulak aku ni memang minat bidang civil engineering. So sebab tu aku ambik jurusan tu kat universiti.”

            Farah yang mendengar senyum nipis. “Baguslah kalau kau pun minat.”

            “Kau pulak ambik jurusan apa? Universiti mana kau belajar?” giliran Syuha pulak bertanya.

            “Humm…lepas SPM papa terus daftar aku masuk UCLA. Dia suruh aku ambik business management sebab nanti boleh ganti tempat dia dalam syarikat.”

            “Wow…hebatnya!Beruntung kau Rara. “

            “Beruntung?Aku tak rasa aku seorang yang beruntung, Syuk. Aku tak minat pun jurusan yang papa aku pilih. Ikutkan aku bercita-cita untuk jadi pengarah filem yang hebat.Tapi tak ada sesiapa peduli pun apa yang aku minat. Apa yang aku suka. Sebab tu aku ambik keputusan untuk tuang pengajian aku,” kata Farah dengan rasa tak bersalah.

            “Rara..Rara…macam-macamlah kau ni. So kira sekarang ni kau nak berhenti kolej lah ya?”

            “Unofficially yes. Aku belah macam tu aje. Lama-lama nanti papa aku tahulah bila pihak universiti call dia beritahu aku lama tuang kelas. So mesti aku diberhentikan.” Farah tersenyum bangga dengan apa yang dia lakukan.

            “Tak elok kot buat macam tu. Cuba cakap elok-elok dengan papa kau, Rara. Aku rasa papa kau mesti faham. Kau kan anak kesayangan dia.”

            Farah mencebik bila Syuha mengelarnya anak kesayangan papa. Sayang ke papa dekat aku?Ah…jangan nak perasanlah Rara. Papa lebih sayangkan bini muda dia tu daripada kau anak kandung dia sendiri. Kalau tidak masakan papa boleh turutkan cadangan perempuan tu untuk hantar aku belajar jauh-jauh. Papa tak adil. Gumam Farah dalam hati.

            “Nanti-nantilah aku fikirkan pasal benda ni. Sekarang ni mata aku dah mengantuk. Aku nak masuk tidur.” Farah menepuk peha Syuha sebelum bangun dan berlalu meninggalkan Syuha sendirian di ruang tamu.

Previous: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.