Syafika memperlahankan kereta yang dipandunya sebaik sahaja menghampiri pagar utama Universiti PermataTimur.Lebih 4 tahun dia tidak menjengah kawasan kampus.Pokok-pokok yang ditanam di persekitaran kampus kelihatan semakin besar dan semakin merimbun, tanda perubahan masa.
Sebaik sahaja Syafika memberhentikan kenderaan seorang pengawal keselamatan berunifom terus menghampiri kereta Syafika.
“Puan, nak jumpa siapa?,” tanya pengawal keselamatan dengan sopan.
“Saya nak berjumpa dengan Prof Amri,” jawab Syafika . “Pak cik tak kenal saya ke? Kan dulu saya belajar di sini juga,” kata Syafika sambil membuka kaca mata hitamnya.
“Ye ye, dah lama tak tengok. Dah berubahlah awak ni.Dulu masa belajar selalu sangat kelam kabut depan pak cik sebab lambat nak pergi kelas,” kata pengawal keselamatan sambil tersenyum melihat Syafika, salah seorang pelajar wanita yang kekal dalam ingatannya kerana kejelitaannya pada satu ketika dulu.
Sebaik sahaja kereta yang menghampiri bangunan Fakulti Perakaunan debaran dihati Syafika semakin memuncak. Segala peristiwa yang berlaku satu ketika dahulu bermain semula di minda Syafika.
“Assalamualaikum, saya ada temujanji dengan Prof Amri pada pukul 10. Dia ada ke?” Syafika bertanya kepada gadis pembantu yang dia tidak dikenali.Suriati telah tidak lagi bertugas dengan Amri. Rasa cemburu di hati Syafika melihat gadis manis yang bertugas sebagai pembantu Amri.
“ Puan Syafika?”tanya gadis pembantu sebaik sahaja melihat wajah Syafika yang berdiri di depannya.
Sebaik sahaja Syafika mengiakan gadis itu terus menunjuk kearah bilik Amri yang terletak cuma beberapa meter sahaja dari mejanya. Syafika terus berjalan menuju ke arah bilik Amri.
“Masuk,” suara garau Amri memanggil apabila mendengar ketukan di pintu.
Sebaik sahaja Syafika melangkah masuk Amri yang telah bersedia menunggu di muka pintu lantas mendakap tubuh Syafika.
Syafika spontan membalas dakapan Amri. Seolah-olah cinta yang bertaut telah sampai di penghujung rindu.
Sebaik sahaja terlerai dari dakapan Syafika melabuhkan punggung di sofa di dalam bilik itu.Amri duduk menghadap Syafika.
Fika memandang tepat ke arah Amri sambil tersenyum.
“Kenapa Fika tersenyum?” Amri bertanya kehairanan.
“Tak ada apa,”Syafika menjawab sambil ketawa kecil.
“Ni yang tak puas hati. Senyum senyum tapi tak nak cakap kenapa senyum,” kata Amri sambil bergerak menghampiri Syafika.Semakin rapat dua insan yang tidak ada ikatan pernikahan yang sah itu duduk di atas sofa yang boleh memuatkan tiga orang.
Semakin hampir Amri dengan Syafika semakin Syafika dapat melihat perubahan fizikal yang berlaku terhadap Amri.Rambutnya semakin banyak yang memutih.Kedutan di wajahnya lebih ketara kelihatan.Amri bukan lagi Amri yang dia kenali lebih 5 tahun dahulu.Namun sentuhan Amri masih hangat.Ada cahaya cinta di mata Amri.
Syafika melihat ada kesan gincu di pipi Amri.Lantas dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelap kesan gincu dari pipi Amri.
“Nasib baik saya nampak.Kalau tak satu hari awak berjalan kat kampus dengan kesan lipstick kat pipi.Nak jawab macam mana kalau akak tau?” kata Syafika sambil ketawa kecil.
“Kata aja kesan gincu isteri orang kekasih saya,” kata Amri ketawa kecil.
“Gatal,” kata Syafika sambil mencubit peha Amri.
Amri mengusap tangan Syafika. Mereka berdua seolah-olah sepasang kekasih yang sedang asyik dilamun cinta.
Tiba-tiba deringan telefon dari meja Amri memecah kesunyian di bilik itu.
Amri bangun untuk menjawab panggilan telefon.
Sebaik sahaja Amri selesai bercakap telefon Syafika meminta diri.
“Cepatnya nak balik?,”Amri seolah terkejut melihat Syafika yang seolah-olah tidak sabar ingin meninggalkan bilik itu.
“Dapat mesej dari Ma.Anak saya nangis dah kat rumah tu.Tu yang kena balik cepat cepat,” kata Syafika.
“Oh,” kata Amri ringkas dengan rasa kecewa.Tak sampai 10 minit pertemuan mereka selepas lebih 4 tahun tidak berjumpa.
Begitulah perubahan masa.Kalau dulu tidak ada sesiapa yang menghalang untuk Syafika dan dia berbual panjang berjam-jam tapi sekarang Syafika isteri orang.Syafika bukan lagi gadis yang pernah dia kenali satu masa dulu.
Sebaik sahaja dia memakai semula gincu di bibirnya dan membetulkan tudung di kepalanya Syafika menghampiri pintu dan sebelum meninggalkan bilik Amri kali ini Syafika pula yang mendakap Amri.
Airmata Syafika mengalir deras sebaik sahaja Amri membalas pelukan erat Syafika.
“Abang, 4 tahun kita terpisah tak pernah sedetik pun Fika lupakan abang.Setiap kali lepas solat Fika sentiasa doakan kesihatan abang.Fika sentiasa doakan agar abang diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mungkin jodoh kita tidak di sini tapi Fika tunggu abang di sana nanti,” kata Syafika dalam esakan tangis.
Amri yang tergamam dengan tindakan Syafika hanya mampu memujuk Syafika .
“Fika jaga diri.Jaga kesihatan.Setia pada suami.Sayang pada anak,” kata Amri sambil mencium pipi Syafika yang bergenang dengan air mata.
“Sayang lap air mata tu.Nanti kalau sayang keluar dari bilik alam keadaan menangis susah saya nak menjawab,” kata Amri .Esakan Syafika semakin reda mendengar kata-kata Amri.
Sebaik sahajadia mengenakan cermin mata hitam Syafika terus meninggalkan pejabat Amri tanpa menghirau pembantu Amri yang memandang dengan kehairanan.
Pemanduan balik dari kampus Universiti Permata Timur menuju ke rumahnya dirasakan oleh Syafika sebagai perjalanan yang teramat panjang.Semakin jauh dia meninggalkan kampus semakin sedih perasaannya.
Rasanya hampir sekotak tisu digunakan oleh Syafika untuk mengesat air mata yang tak berhenti mengalir semenjak dia melangkah keluar dari bilik Amri.
Mesej yang masuk ke dalam telefonnya langsung tidak dihiraukan.
Syafika bimbang kalau kalau ibunya perasan dengan apa yang berlaku pada dirinya.
Sebaik sahaja Syafika melangkah masuk ke dalam rumah Aqil terus meluru ke arah Syafika dan mendakapnya.Serta merta dia memeluk dan mencium wajah anak kesayangannya.Timbul perasaan yang janggal di dalam dirinya.Sejam tadi dia memeluk bekas kekasih yang juga suami orang.Tika dan saat ini dia memeluk anak yang lahir hasil dari pernikahannya dengan suaminya.Syafika benar-benar keliru dengan keadaan ini.Di manakah sebenarnya letak kesetiaannya?
Noraini yang baru keluar dari dapur melihat Syafika mendakap Aqil .
“Fika, lain kali tak boleh tinggalkan Aqil.Dia menangis dekat sejam tanya mana mama, mana mama,”kata Noraini.
“Lain kali mama tak tinggalkan Aqil lagi ye,” kata Syafika cuba meyakinkan anak kesayangannya.
Aqil cumamengangguk tanda faham.
“Dah selesai ke masalah kat universiti tu? “ Noraini bertanya.
“Dah buat tapi macam ada sikit lagi masalah yang tak selesai.Mungkin bulan depan kena datang semula ke universiti,” kata Syafika berbohong.
“Eh, apa yang susah sangat masalahnya sampai tak selesai dengan sekali datang aja?” kata Noraini kehairanan.
“Fika, Ma rasa tak payahlah pergi lagi ke universiti tu.Fika pun dah ada kerja tetap.Gaji besar,” kata Noraini dengan nada bangga.
“Memang sekarang tak ada masalah.Yang Fika takut nanti timbul masalah dikemudian hari.Itu yang Fika risau,” kata Syafika cuba mencari alasan munasabah untuk membolehkan dia berjumpa dengan Amri lagi.
“Entahlah Fika,Ma bukan faham sangat pasal sistem baru sekarang ni.Ma bukan apa.Fika duduk Kuala Lumpur tu.Nak balik selalu bukannya mudah.Tambang kapal terbang lagi.Kena ambik cuti lagi.Fika janganlah Fikir Ma tak suka Fika selalu balik kampung”terang Noraini dengan panjang lebar.
“Lagi satu lain kali kalau nak berurusan kat universiti tu bawak Aqil sekali.Nanti dia mengamuk macam hari ini Ma tak reti nak buat apa,” kata Noraini.
“Yelah ma,”jawab Syafika acuh tak acuh sambil memikirkan apakah rancangan alternatif untuk dia berjumpa dengan Amri.Kalau bawak Aqil rosaklah perancangannya untuk berjumpa Amri.
Syafika melihat mesej wassapp di telefonnya.Beratus mesej tetapi dia terus mencari mesej dari Amri.Membaca mesej dari Amri seolah-olah cinta yang berputik lebih 5 tahun dulu kini kembali mekar.