Home Novel Cinta Aku, Dia dan Justin
Aku, Dia dan Justin
Aaliya Adni
17/4/2019 01:01:57
64,084
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
SATU


Dia berkejar ke arah kereta BMW 7 series berwarna hitam berkilat itu cepat-cepat.  Minum pun tidak sempat duduk, dia terus sahaja meluru keluar.

“Okay mummy, muahhh muahh.. byeee…” dia melayangkan flying kiss kepada ibunya. Ibunya, Puan Mellisa yang sibuk berselfie di kolam renangnya hanya sempat melihat sekelibat seperti angin lalu bayang Mikayla. Wanita jelita berusia lewat 30an itu menegakkan lehernya yang jinjang umpama zirafah kearah dinding kaca lutsinar yang telus ke ruang makan itu.

Bye darl… muahhh..” dia membalas flying kiss Mikayla. Dan dia kembali menghadap handphonenya.

Mikayla menggalas beg Jenis Supreme LV berwarna merah jambu dan bergegas menyarung stoking dan kasutnya tergopoh-gapah, lantas  terus masuk kereta yang sudah menunggu di depan porch. 

“Cepat sikit pandu kereta ya Pak Ahmad. Saya lewat ni..” desak Mikayla.

Pak Ahmad diam sahaja. Sudah biasa dengan perangai keluarga itu. Hampir setiap pagi sama sahaja. Bapa Mikayla pula sudah awal-awal lagi keluar, hari ini, kerana menghadiri perjumpaan mingguannya di pejabat dekat Petaling Jaya.

Sesampai di depan gate sekolah, Mikayla terkocoh-kocoh mahu menaiki tangga menuju pintu pagar sekolah tanpa menyedari pintu kereta pun tidak ditutupnya. Pak Ahmad menggeleng kepala tapi dia tidak berkata apa-apa hanya melihat gadis remaja berusia 17 tahun yang sebaya dengan anaknya itu bergegas menuju ke arah pintu pagar sekolah.

Malangnya pintu pagar itu sudah di tutup.

Mikayla menghempaskan beg sekolahnya ke atas tanah, sekuat hati. Arghhh lambat lagi. Dan yang paling teruknya … Namanya akan naik lagi dalam senarai pelajar lambat datang.

Pengawas yang bertugas hari itu, Harraz… sudah menutup gate jalan masuk yang diguna Mikayla setiap kali ke kelasnya. Dan seperti biasa dia membuka buku lognya untuk mencoretkan nama pelajar lambat. 

Dan Mikayla sudah dua kali lewat minggu itu. Amaran sudah dikeluarkan. Bulan lepas dia sudah kena buat kerja amal mengutip sampah di keliling kawasan sekolah.

“Kau nak biar Puan Maria apa kan aku apa kali ni eh?” dia bertanya dengan agak sombong.

“Lari keliling padang atau pergi solat dhuha, mungkin?” balas Harraz.

“Aku tak tahu solat dhuha.. aku lari keliling padang. Sebut saja bila boleh?”  

“Pukul 1.10pm ni kau lari keliling padang.”

“Kau nak aku mampus ke?” Darahnya menggelegak.

“Tak. Tapi tu balasan meremehkan undang-undang..” balas Harraz. Tenang. Tidak nampak tergugat dengan sikap bongkak yang ditunjuk Mikayla.

“Sekali lagi kau amik name aku aku report kat bapa aku,” bentak Mikayla jari telunjuknya di depan mata Harraz. Walaupun tak berapa sampai kerana ketinggian Harraz dia tetap mahu melepaskan kemarahannya.

Harraz tidak berkata apa-apa. Dia terus sahaja menutup  buku log yang digunakan untuk mengambil nama murid yg  datang lewat.

"Muktamad. Maaf saya tak boleh diugut. Saya yang menurut perintah." Dia terus berpusing mahu beredar ke arah kelasnya. “Er..jangan lupa kutip beg awak itu,” pesannya sebelum beredar.

" Sengal!  Aku bukan sengaja datang lewat. Jam aku tak berbunyi lah." Mikayla mengutip beg LV nya dan menggalasnya kembali,

" Itu awak jawab kat cikgu disiplin. Puan Maria akan layan awak " balas Harraz tanpa memandang ke arah Mikayla yg mengekori di belakang.

" Hey kau tak muak ke ikut peraturan boring ni. Aku kalau ada pilihan tak ingin la sekolah kat sini." kata Mikayla bongkak. Sukar dia nak membayangkan terpaksa berdepan dengan wanita berumur 40an yang pada pandangannya umpama seekor singa yang garang.

 " Suka tak suka. Awak dah pun bersekolah kat sini dan ikut lah undang2 kat sini. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Lain lah awak Queen Elizabeth."

"  Oh kau tak tahu lagi ke bapa aku ke.. Selalu masuk surat khabar. Kau ingat cikgu besar nak buat derk je kalo bapak aku datang??"

" Ada saya cakap mcm tu?"

Dia terdiam.

" Orang kaya ke miskin ke termaktub pada undang-undang yg sama. Jika tak faham perkara mudah macam tu baik awak masuk politik.."Harraz bercakap tanpa ekspresi, macam tak tergugat langsung dengan gertak Mikayla.

Apa kaitannya masuk politik dengan dunia sekolah? Mungkin pengawas ni berhalusinasi atau tertelan buku sejarah. Detik hati Mikayla.

“Apa-apalah!...” dia terus menolak Harraz ke tepi dan bergegas lari ke anak tangga arah kelas mereka. Harraz hampir terjatuh ditolak pelajar perempuan itu.

Sombong,memang sombong.. maklumlah anak orang “Have-Have” fikir Harraz menggelengkan kepalanya. Malang sekali wajah yang cantik itu tidak berhias dengan budi bahasa yang indah, dia teruskan melangkah ke kelas. Pasti ada lagi isu yang akan dibangkit gadis itu, tetapi dia pasrah.
Previous: Prolog
Next: DUA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.