Home Novel Cinta DINDA CINTA KANDA
DINDA CINTA KANDA
Nur Insyirah
17/3/2014 16:59:57
81,723
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

"Aduh!”

“Cik Aufiah jangan gerak dulu. Cik masih lemah ni.” Tengku Faiq yang sedang menonton televisyen di sofa pantas meluru ke katil bila mendengar erangan kecil wanita itu.

“Macam mana kau tahu nama aku?”

“Err... Cik Hadif Aufiah. Saya tengok kad pengenalan cik masa nak daftar masuk tadi. Saya ambil dari purse Cik Aufiah. Saya Faiq. Cik ingat tak, cik yang selamatkan saya dan anak saya pagi tadi. Cik Aufiah kena langgar dengan van pagi tadi. Tangan tu terseliuh dan kaki Cik Aufiah retak sebab cik terhempas kuat masa kena langgar tadi. Jangan banyak bergerak ya. Err... kepala Cik Aufiah pun luka sikit di dahi mungkin akibat terhentak di tar tadi,” terang Tengku Faiq satu per satu.

Adif menelan liurnya. “Hah!! Sampai macam tu sekali? Err... patutlah sakit tangan ni. Ni kaki tergantung dah macam robot. Kepala ni dia orang bungkus sebab retak jugak ke?”

“Sempat lagi Cik Aufiah buat lawak ya.” Kata-kata Adif yang polos di pendengarannya mengundang ketawa besar Tengku Faiq.

“Sibuk aje kau ni. Cik Aufiah... Cik Aufiah... panggil aku Adif aje,” rungut Adif kasar.

“Err...” Tengku Faiq kehilangan kata. ‘Sakit-sakit pun garang minah ni,’ getus hati kecilnya.

“Yang kau melopong ni dah kenapa? Doktor cakap bila aku boleh keluar ni?” soal Adif garang.

“Err... ming... minggu depan!” Tergagap-gagap Tengku Faiq menjawab. Wajah menyinga Adif membuatkan dia sedikit terkedu.

“Lamanya! Aduh... kaulah ni. Kalau kau nak buat drama pun tak payahlah kat tepi jalan. Bahaya tau tak? Harap rupa aje macam Brat Pit, tapi akal sempit.” Bibir mungil itu mula memuncung. Merungut dan membebel kepada Tengku Faiq.

“Er... saya minta maaf pasal kami Cik Aufiah terlantar kat sini,” ujar Tengku Faiq ikhlas. ‘Ciss... Sempat lagi mengata aku minah ni!’ Tengku Faiq mengata dalam diam.

“Adiflah!” jerit Adif sekuat hati.

“Err... sorry, Cik Adif,” balas Tengku Faiq cuak.

“Huh! Pening kepala aku layan kau.” Adif mula bosan melayan lelaki di hadapannya lalu cuba menyelesakan dirinya di pembaringan. Kepala yang berdenyut-denyut membuatkan hatinya panas apabila lelaki di hadapannya cuba beramah mesra. Sengaja dia berlagak garang untuk menutup rasa gugup di hati. Pertemuan dengan dua beranak ini dalam tragedi yang tidak disangka membuatkan dia berasa gementar semacam!

“Err... Cik Adif ada contact numbersaudara-mara ke yang perlu saya inform pasal Cik Adif kat sini?” soal Tengku Faiq lembut.

“Aku nak tidur.” Serentak dengan kata-kata itu, Adif memejamkan matanya. Tengku Faiq yang masih setia menanti tidak langsung dipedulikan.

“Err...” Terkedu Tengku Faiq dengan sikap gadis di hadapannya. Senyuman kecil tersungging di bibirnya apabila menatap balutan tebal di kepala gadis itu.

‘Effect accident sampai macam tu sekali ke?’ Hatinya berbisik. Faham dengan keadaan gadis itu yang memerlukan rehat secukupnya, Tengku Faiq melangkah keluar meninggalkan gadis itu yang tampak kembali lena.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.