UMAIRAH terkedu apabila disapa oleh bekas teman sekelas yang namanya pernah hinggap lama di hatinya. Mana dia hendak melarikan diri lagi? Terdedahlah sudah dirinya di hadapan Muhammad Faeeq. Semudah inikahdirinya dikenalpasti?
“You ni...Nadyne Umairah, kan?” Umairah tidak menjawab dan dia tidak tahu hendak menjawab apa. Soalan itu telah diulang dua kali sebaik namanya diseru sekejap tadi.
“Nadyne...didyou know him?”
“I-” Dia tidak tahu hendak cakap apa dengan Jennifer.
“Akhirnya aku jumpa jugak kau,” tutur Faeeq, lantas menarik kerusi walaupun tidak pelawa.
Raj dan Malik di restoran seberang terus tak dihirau. Tahulah mereka membawa diri. Wajah Umairah yang putih kemerahan ditenung lama. Berbuku-buku hatinya dek terlalu lama mencari Nadyne Umairah. Dan ada hutang soalan yang ingin ditanya pada Nadyne Umairah sendiri.
“Nadyne...please excuse us. I rasa you perlukan some privacy,” ujar Jennifer, mahu mengundur diri.
Dia dan beberapa orang teman yanglain sudah berdiri tetapi Umairah yang bagai baru tersedar dari dunianya cepat-cepat menarik tangan Jennifer. Rakan-rakan yang lain sudah bergerak menuju ke destinasi masing-masing.
“I nak ikut you, Jen,” beritahu Umairah. Jennifer serba-salah. Dia rasa tidak senang pula berada di antara pertemuan itu.
“Tolong Umai...aku nak sedikit space dengan kau.”Faeeq yang mengerti ketidakselesaan itu terus mencelah.
“Kau nak apa?” soal Umairah dengan nada hampir melengking.
“Aku nak tanya kau, kau dah berpunya ke belum?” terus-terang soalan itu ditanya Faeeq.
Umairah pejam mata sedangkan Jennifer pula bagai tidak sabar hendak mengangkat kaki. I shouldn’t be here. Bisik Jennifer sendiri. Dia menepuk bahu sahabatnya, memberi isyarat bahawa dia menanti Umairah di tempat lain. Buat lelaki yang bertanya soalan jujur kepada Umairah, Jennifer hanya menghadiahkan sebuah senyuman.
“Best of luck!”
“Sekarang, hanya ada kau dan aku.Boleh kau jawab soalan aku tadi Umai?”
“Kau gila ke, Faeeq? Tanya aku soalan begitu?”
“Ye, memang! Aku gila kalau tak tanya kau soalan tu. Sekarang, kau jawablah soalan aku.” Faeeq semakin tidak sabar. Apa yang berbuku sudah diluahkan, sekarang dia menanti jawapan Umairah dengan rasa tidak sabar.
“Kau nampak cincin di jari manis aku ni? Aku akan jadi milik orang hujung minggu ni, Faeeq. Harap maklum dan jemput datang ke majlis aku, ya?” jawab Umairah, geram.
Dia mengangkat jari manisnya di antara wajahnya dan Faeeq. Kemudian, dia terus bangun, lalu meninggalkan Faeeq yang terkedu. Setelah sekian lama melenyapkan diri daripada pandangan Faeeq, Umairah terpaksa mengorbankan perasaannya lagi dan lagi. Air mata berciciran jatuh, membasahi pipinya. Seminggu yang bakal dilalui. Mengapa aku terpaksa melukakan hati sendiri untuk kebahagiaan orang lain? Demi Mama Afya, demi Papa Ameer, demi Mama Bainun. Akubakal meremukkan diri buat mereka semua. Padahal nama Faeeq tak pernah sekalipun jauh dari hati aku. Selamat tinggal, Faeeq! Dahulu aku tinggalkan kau tanpa ucapan selamat. Kini aku tinggalkan kau dengan ucapan selamat buat selama-lamanya.
“Umairah! Tunggu dulu! Kenapa kau tergesa-gesa pergi? Begini kau layan aku sekian lama kita tak berjumpa? Aku nak belanja kau makan, sama macam aku belanja Bob, Lan dan Apek.”
Cepat-cepat Umairah menyeka air mata yang bercucuran jatuh. Dia ingatkan sudah berjaya mengatasi Faeeq, rupa-rupanya bukan semudah itu Faeeq mengalah. Dia hampir terlupa, Faeeq pernah dikenali selama hampir setahun dan dirinya tak mudah goyah dengan satu alasan. Faeeq babil dan susah dipujuk!
“Kau tak nampak aku makan tadi? Bukanmasa kau datang menyapa tadi, aku sedang habiskan makanan aku?” balas Umairah,sedaya upaya mengawal dirinya. Faeeq yang ditinggalkan jauh di restoran sudah berjalan beriringan dengannya. Hati Umairah tambah sesak dengan sikap Faeeq.
“Aku tak perasan. Ingatkan kau tengah melepak aje kat restoran tu.” Selamba Faeeq menjawab.
Jika benar sekalipun Umairah sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan, itu tak akan menjejaskan semangat Faeeq. Sudah lama dia menjejaki Umairah. Takkan semudah itu hendak mengalah.
“Kau dah tua, Faeeq. Yang depan mata pun kau tak nampak.”
“Ha... ha... ha... Aku aje tua. Kau?”
“Tak habis dengan loyar buruk kau tu,” ejek Umairah, masih berusaha mengawal rasa yang tak menentu, tetapi disebabkan Faeeq boleh berlagak biasa, maka dia pun terpaksa buat tenang juga.
“Begini aje aku, Umai! Dari dulu sampai sekarang.”
“Bila kau ada masa free? Boleh aku jumpa kau lagi? Nak belanja makan ni.”
“Hari ni last day aku. Esok aku dah mula cuti.”
“Oh, aku lambat ya, Umai?” tanya Faeeq, ingin tahu.
“Apa yang lambat?”
“Lambat cari kau. Aku ingatkan cukuplah masa lapan tahun, berkelana mencari duit, hajat nak membina hidup dengan kau. Rupanya, bila aku balik, kau dah disambar orang.”
“APA keputusan Nadyne?” Suara Kapten Ameer kedengaran di hujung talian.
Pada saat itu, dia belum punya kudrat untuk memberi jawapan. Umairah berdiam diri lagi. Alangkah indah jika dia tidak perlu membuat pilihan. Dan alangkah indah jika Dayyan Putra molek pekerti,tentu Umairah tidak susah begini hendak membuat keputusan. Wajah Puan Afya yang berada di hadapannya ditentang pandang.
“Terpulang pada Maira. Mama tak kuasa nak memaksa Maira lagi.” Suara Puan Afya kedengaran perlahan tetapi cukup untuk memberinya kekuatan untuk membuat keputusan.
“Terima kasih atas semua kebaikan papa pada keluarga Nadyne. Nadyne pilih untuk tidak mahu teruskan majlis ni.Nadyne anggap diri Nadyne tak berjodoh dengan Dayyan,” luah Umairah,berhati-hati. Sekalipun dia telah melukai hati Mama Bainun dan Papa Ameer sekali pun, dia tidak mahu mengundur ke belakang lagi segala keputusan yang telah dibuat.
“Papa terima keputusan Nadyne seadanya.” Suara kapten Ameer kedengaran reda. Umairah hanya mampu memejam mata. Sebelah dadanya sudah berasa lapang. Lapang dengan keputusan yang telah dibuat dan diterima baik oleh keluarga Kapten Ameer.
“Sampaikan salam papa pada Mama Afya.Katakan pada mama, jangan disebabkan hal ni, ukhwah kita sekeluarga terjejas. Papa harap kita dapat berbaik-baik macam dulu jugak.”
“InsyaALLAH, papa. Nadyne akansampaikan pada mama.”
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah,”jawab Umairah, pendek sebelum tertangkap bunyi talian dimatikan.
Kali ini, dia benar-benar berasa lapang dada. Setidak-tidaknya dia terlepas dari kesakitan yang bakal ditempuh jika masih berniat hendak berkahwin dengan Dayyan Putra.
“Legalah, Maira, kan?” Suara Mama Afya kedengaran sinis di telinganya.
Umairah tidak mahu menyinggung perasaan Puan Afya, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu menderita.Lalu, dia sekadar menterjemahkan perasaannya melalui anggukan.
“Puaslah hati Maira, dapat merosakkanhubungan mama dengan Kapten Ameer.”
“Mama, langsung tiada niat di hatiMaira nak memperlakukan mama macam tu.”
“Niat tiada, tetapi perbuatannyaada,” bidas Mama Afya, sakit hati.
Selama ini, keluarga Kapten Ameer lah yang banyak membantunya ketika kesusahan. Umairah tidak merasa segala kepahitan yang dilaluinya apabila diceraikan ketika sedang hamil anak sulung. Dia lahir ke dunia dengan penuh kasih sayang dan kesenangan. Itu pun dengan bantuan pekerjaan daripada Kapten Ameer. Hutang budi tak terbalas, malah malu pula yang terpaksa ditanggungnya. Bagi Puan Afya, Nadyne Umairah telah mengecaikan impian untuk membalas budi keluarga Kapten Ameer. Entah disebabkan apa, Umairah merosakkan semuanya.
“Maafkan Maira, mama. Kalaulah Dayyan itu lelaki idaman Maira, tentu Maira tak susah hati untuk menerima Dayyan sebagai suami. Sayangnya, Dayyan kotor! Sanggup hendak mencemarkan maruah Maira demi nafsu serakahnya. Mama saja yang tidak tahu tentang ini. Untuk apa Maira bersuamikan Dayyan? Sebelum kami berkahwin pun dia tergamak hendak memperlakukan perbuatan keji tu, inikan pula selepas kami berkahwin! Mama rasa,lelaki begini setia?” soal Umairah di hujung penjelasannya.
Riak wajah Puan Afya berubah dek penerangan anaknya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Ketika anaknya membuat keputusan untuk masuk ke kamar peraduannya pun, Puan Afya tidak pula menghalang. Patutlah Maira beriya-iya tidak mahu bersuamikan Dayyan. Ada kisah tersembunyi rupanya antara kedua-duanya.
Puan Afya sesal tak sudah dengan keputusan yang pernah dibuatnya. Umairah tidak salah! Jika dia di tempat Umairah, tentu dia akan membuat keputusan yang sama. Apalah nasib mereka berdua, asyik dipertemukan dengan lelaki yang salah. Mujurlah Umairah kental hati hendak membatalkan majlis ini sedangkan dia pula, sebagai emak, begitu bersungguh-sungguh hendakkan majlis itu berlangsung. Jika Umairah bertindak bodoh, lalu menurut semua kata-katanya, tentu Umairah juga yang akan terseksakelak.
Puan Afya bertindak nekad hendak membuang segala barang persiapan majlis anaknya yang tidak jadi itu. Biar membazir duit dan tenaga, jangan pula terbazir masa depan! Puan Afya mendaki anak tangga lalu mengetuk pintu bilik anak daranya.
“Maira, sayang! Buka pintu ni.”
“Ya, mama!”
Terdengar bunyi pintu dikuak dari dalam. Tatkala melihat wajah anak tunggalnya, Puan Afya membuahkan senyuman manis, lantas merangkul tubuh anak itu ke dalam pelukannya.
“Maafkan mama, ya sayang? Mama tak sangka Dayyan itu begitu sikapnya. Mujur Maira nekad hati dan tak pedulikan kata orang. Maafkan mama, ya sayang?”
Ada senyuman pada wajah Umairah sebaik tubuh anak itu dilepaskan dari rangkulannya.
“Mama jangan minta maaf pada Maira. Mama tak salah. Barangkali mama hanya nak tengok Maira bahagia, di samping membalas budi kapten Ameer. Sungguh mama! Maira tak kisah kalau Dayyan punya akhlak yang baik, tapi sayangnya, dia tak boleh dibuat suami.”
“Kalaulah mama jumpa Dayyan-”
“Tak perlu mama. Kisah Dayyan dah berakhir. Maira nak teruskan hidup tanpa dibayangi sesiapa pun. Mulai hari ini, Maira akan buat apa yang Maira nak buat. Cuma Maira harap, mama sokonglah Maira,” ujar Umairah, merenung tepat ke dalam mata Puan Afya.
Lama, hingga akhirnya Mama Afya memeluk Umairah. Diusap-usapnya rambut anak itu sehingga air matanya menitis perlahan. Itu sahaja harta dunia akhirat yang mutlak miliknya.