Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
53,344
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 9

BERULANGkali Dani Zairie mundar-mandir. Bagaikankucing hilang anak tingkahnya.Entahkali keberapa dilabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tidak lama kemudian, dia bangun lagi. Seperti ada bara api di punggungnya.

Diamembelek-belek fail yang tersusun di atasmeja. Lalu dihempas sekuat tenaga. Rasa lega seketika.Dia menggenggam jari-jemari erat lalu menumbuk-numbuk mejaberulangkali. Biarpun rasa sakit, mungkindengan cara itu dapat melepas dan meluahkan kemelut yang menghimpit hidupnya.

Terasaseakan dinding ruang bilik pejabat itu bergerakperlahan-lahan menghimpit dirinya. Sungguh, dia benar-benar buntu. Fikirannyabercelaru.

Hellobro!You apa hal?”soalAllan Tan sambil menggeleng-geleng.

TanpaDani Zairie sedari, tiba-tiba lelaki ituterpacak di hadapan meja. Sudah agak lama Allan Tan memerhatikan gerak-geri rakan sekerjanyaitu. Gelisah tak tentu arah. Agak lama dia menunggu Dani Zairie membuka mulut,namun bibirnya masih terkunci rapat.Barangkalitersimpan harta karun dalam mulutnya. Matanya merenung Allan Tan, keliru.

“HeiDani! You kenapa? Sakit ke?”AllanTan mengulangi kembali pertanyaan yang masih tergantung tanpa jawapan.

“Err… apa? Bila masa you masuk bilik I?” tanya Dani Zairieterpinga-pinga. Barangkali baru sedar daripadalamunan.

“Sudahlama,” jawab Allan Tan pendek.

Diamenyandarkan punggungnya di penjuru meja. Lantas menyilangkan kedua-dua belahlengannya sambil memeluk tubuh. Direnung wajah rakannya yang berkerut seribuitu.

“Aduh!Kepala Isakit.” Dani Zairie mengerang perlahan.

Jari-jemarinya memicit-micit kepala. Sakit danberdenyut-denyut. Kepalanya terasa begitu berat. Bagaikan timbunanbatu- bata konkrit menghempap kepala.

“Bro!Kalau you sakit, ambik MCsaja,”usul Allan Tan.

Diamenggaru-garu kepala yang tidak gatal. Melihat kondisi Dani Zairie turutmembuatkan dia pening kepala.

“Adoi!Isakit kepala sebab banyak masalah,” luah Dani Zairie berat.

Diamengeluh perlahan lalu menarik nafas dalam-dalam. Kemudianmelepaskannyaperlahan-lahan. Berulangkali diamenarik dan melepas nafasnya.Dadanyadiurut perlahan-lahan. Terasa sendat. Perit dan sesak nafasnya.

“Oh!I tau. Mesti masalah you dengan girlfriend, kan? Problem with Juweeta? Or problem with your fiance?” Allan Tanmeneka. Seakan begitu arif dengan permasalahan rakannya itu.

Hmm…both of them. Really make me headache.”

“Oh!No wonder you sakit kepala. Youmemang playboy. Sendiri mautanggunglah.” Sengaja Allan Tan memulangkan paku buah keras.

Sindiran yang sinis,namuncukup tajam menembusi seketul hati liat milik Dani Zairie.Dia cukup memahami bahawa rakannya itu memang buaya darat.Jejaka hot yang menjadi idamangadis-gadis.Ke mana saja dia pergi, menyendeng-nyendeng gadis-gadis ingin merapati.

Yup!Iknow,” akui Dani Zairie mengangguk-angguk.

Tidaksedikit pun dia berhasrat menafikan kenyataan Allan Tan. Segalanya benarbelaka. Dia sedar, perangai buaya darat yang dimilikiakhirnya memakan diri sendiri. Dia menelan liur perlahan. Terasa kelat danpahit.

“Idah banyak kali nasihat, tapi you tak nak dengar. So now, what’s your problem?”perlahannada suara Allan Tan berbaur sindiran.

Diamemandang tepat mata Dani Zairie. Keningnya terjongket ke atas. Sengajamenunggu tindakbalas daripada Dani Zairie.

“Hmm… Eyda merajuk bila Juweeta declare our relationship. I tak tau macam mana nak pujuk. Dia benciI. Dia marah I.”

Lambatdia menyusun ayat satu persatu.Terasa berat bibirnya meluahkan isihati dan perasaan yang membelenggu dirinya tika ini. Dia sedar bahawa kebenciandan kemarahan Eyda Amanda berpunca daripadakesilapannyasendiri.Kejamkah dia sehingga membuatkan Eyda Amanda sakit hatidan  terus mendendami dan membencinya?

Oh, I see. Kalau Iberada dalam situasi yang sama, sure Imarah dan sakithati. You know what? Mulut Juweeta tu laser.Tak ada insurans.”

Huh! I feel so upset. Juweeta make me crazy.”Dani Zairie mendengus kesal.

Previous: Bab 7_1
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA