Home Novel Cinta Tersilap Pinang Isteri
Tersilap Pinang Isteri
Niesya Hanie
20/6/2014 13:54:43
71,767
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 2

     DI pejabat, Syarina Azwani diajar untuk berinteraksi dengan pelanggan dan bermacam-macam kerja lagi. Syarina Azwani amat bersyukur kerana mendapat rakan sekerja dan majikan yang baik hati. Mereka tidak jemu memberi penerangan kepadanya.
     “Zwani, nanti kalau ada pelanggan yang datang untuk beli insurans, you mesti layan dia dengan baik. Senyuman tu penting dan kalau boleh I tak nak muka you berminyak. Touch-up sikit muka you okey?” ujar Mrs. Lim, panjang lebar.
     Syarina Azwani hanya tersenyum. Dari awal tadi dia telah diberi penerangan oleh rakan setugasnya, Norin.
     “Zwani, yang kau tersenyum seorang-seorang ni kenapa?” soal Norin sambil mencuit bahu Syarina Azwani.
     “Tak adalah kak, Zwani teringat kata-kata akak tadi. Tak sangka pulak Mrs. Lim pun cakap benda yang sama. Macam dah berjanji aje nak cakap apa,” jawab Syarina Azwani.
     “Hah! Kan akak dah cakap tadi, akak dulu pun sama jugak. Hari-hari Mrs. Lim mintak akak jaga muka, senyum manis, ramah mesra dan macam-macam lagi tau. Dan yang paling akak tak suka sangat tu, ada kalanya pelanggan tu bukannya datang sini nak beli insurans kita, tapi datang cumauntuk menggatal. Masa tu rasa macam nak lempang aje pelanggan tu tapi apa boleh buat. Nak tak nak kenalah akak layankan jugak. Dah namanya kerja, nak buat macam mana lagi,” luah Norin.
     “Eee... seram jugak ya kak, kerja macam ni,” ujar Syarina Azwani.“Tak jugak, Zwani. Ada jugak pelanggan yang baik. Kalau Zwani nak tahu, kat sini bukan aje orang biasa, malah ada jugak orang yang berkedudukan beli insurans dengan kita. Yang handsome pun ramai,” terang Norin, bersungguh-sungguh.
     “Ooo... tu yang akak tersangkut satu ya?” gurau Syarina Azwani.
     “Mana tahu ni?” soal Norin sambil mencuit pipi Syarina Azwani.
     “Zwani teka aje. Betul ke, kak? Suami akak salah seorang pelanggan syarikat ni?” soal Syarina Azwani, tidak menyangka tekaannya tepat.
     “Haah, betul. Mula-mula dulu akak tak berkenan jugak, tapi lama-kelamaan terjatuh cinta pulak sampai hangat jadi bahan cerita pekerja-pekerja satu bangunan ni,” ujar Norin, rancak bercerita.
     “Akak cantik, dah tentulah semua pekerja yang ada kat bangunan ni nak tahu apa cerita akak,” puji Syarina Azwani.
     “Mana tak cantiknya, boleh dikatakan tiap-tiap minggu akak pergi facial kat depan sana,” ujar Norin, turut memuji diri sendiri.
     “Amboi... banyaknya duit akak,” ujar Syarina Azwani, terbeliak biji mata.
     “Bukan akak bayarlah, company sponsor. Kat depan sana ada kedai facial. Kalau Zwani nak buat facial kat sana, Zwani tunjuk aje pass kerja ni. So tak perlu bayar sebab semua bil dia orang akan claim dengan Mrs. Lim,” sambung Norin sambil memegang pass kerja milik Syarina Azwani.
     “Sampai macam tu sekali strategi dia orang berniaga?”
     “Biasalah Zwani, dalam perniagaan apa pun boleh jadi. Dia orang ni tak lokek melabur asalkan boleh dapat pulangan yang lumayan,” terang Norin separuh berbisik, takut didengari majikannya.
     “Zwani, Norin, do your work,” arah Mrs. Lim apabila melihat pekerjanya asyik berbual.
     Dengan pantas Norin berlalu ke meja. Syarina Azwani pula terus meneliti semua dokumen yang diberikan Mrs. Lim sebentar tadi.
     “Hai Mrs., siapa tu?” sapa seorang lelaki di muka pintu.
     “Hai, Mr. Erul. She is my new staff,” jawab Mrs. Lim, ramah.
     “You tak nak kenalkan dengan I ke?” soal lelaki itu lagi.
     “You nak kenal dengan dia? Come in. I give you five minute,” balas Mrs. Lim dengan pelat.
     Mrs. Lim merupakan warganegara Singapura yang telah berkahwin dengan lelaki tempatan, Mr. Lim. Sebab itulah dia tidak berapa fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
     “Hai... saya Hairul Zafrel. Awak boleh panggil saya Erul. Nama awak?” soal Hairul Zafrel sambil duduk di hadapan Syarina Azwani.
     “Saya Syarina Azwani. Awak boleh panggil saya Zwani,” jawab Syarina Azwani sambil tersenyum.
     “Pejabat saya kat sebelah tu. Dah ada boyfriend?” soal Hairul Zafrel, selamba.
     “Hah? Apa punya soalan tu, Erul? Awak ni tak boleh tengok perempuan cantik sikit, mulalah nak mengurat,” sampuk Norin, bersahaja.
     Sememangnya Norin amat mengenali kawan baik majikannya itu. Hairul Zafrel, seorang lelaki yang rajin berusaha dan pandai berjenaka.
     “Saya tanya aje. Manalah tahu saya ada peluang. So nak jawab tak soalan saya tadi?” soal Hairul Zafrel lagi sambil memandang tepat ke wajah Syarina Azwani.
     “Dah Zwani, jangan kau layan mamat seorang ni.Makin dilayan semakin menjadi pulak,” balas Norin sambil tersenyum.
     Syarina Azwani hanya tersenyum mendengar kata-kata Norin. Dia juga berasa kurang senang dengan pemuda di hadapannya itu. Mrs. Lim hanya memerhatikan gelagat pekerjanya dengan senyuman.
     “Helo bos, long time no see. How is your business?” sapa Mr. Lim di muka pintu sekembalinya dari bank.
     “Okay, no problem. As usual,” jawab Hairul Zafrel.Dia menoleh sahabat baiknya sekilas lalu pandangan dilemparkan lagi pada gadis jelita yang berada di hadapannya.
     “You masuk ofis I ni mesti ada hal, am I right?” soal Mr. Lim yang sudah masak benar dengan perangai sahabat baiknya itu.
     Hubungan Mr. Lim dan Hairul Zafrel bermula semasa mereka sama-sama belajar di Universiti. Setelah mendapat ijazah, mereka sama-sama bertekad untuk memberanikan diri memulakan perniagaan sendiri. Dengan berbekalkan semangat yang kuat, mereka berdua akhirnya berjaya mempunyai perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
     Hairul Zafrel dengan syarikat pengiklanannya dan Mr. Lim dengan syarikat insurans miliknya. Sehingga kini mereka berdua sudah mampu tersenyum lebar melihatkan hasilnya. Hairul Zafrel mempunyai lebih daripada 20 orang kakitangan manakala Mr. Lim pula mempunyai lebih daripada tiga buah cawangan. Walaupun Hairul Zafrel datang dari keluarga yang berada, dia masih tetap berusaha dan tidak terlalu bergantung dengan kedua-dua orang tuanya.
     “Okay I tell you, actually I nak berkenalan dengan staf baru you tapi nampaknya dia tak minat nak kawan dengan I,” terang Hairul Zafrel sambil menjeling ke arah Syarina Azwani.
     “It’s okay, may be next time,” balas Mr. Lim, selamba.
     Berderau dada Syarina Azwani mendengar kata-kata majikannya. Pada mulanya dia menyangka Mr. Lim akan menasihatkan lelaki yang berada di hadapannya untuk beredar tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Mr. Lim bukan sahaja menyokong malah memberikan respond yang baik agar lelaki itu terus mendekatinya.
     “Yalah, you ingat tak dulu kita punya lucky words?” soal Hairul Zafrel.
     “Everything can change,” jawab Mr. Lim sambil ketawa.
     “Okay Mr. Erul, time is over,” ujar Mrs. Lim sambil menunjukkan jam di pergelangan tangan.
     “Five minute more,” pinta Hairul Zafrel, agar Mrs. Lim memberinya lebih masa untuk bercakap dengan gadis di hadapannya.
     “Okey.”
     “Kalau I nak ajak you lunch dengan I nanti boleh tak?”
     Syarina Azwani menggeleng. Dia berasa amat kurang selesa, lantas dia bangun dan berlalu ke bilik air meninggalkan Hairul Zafrel. Akhirnya Hairul Zafrel terpaksa melangkah keluar dari pejabat Mr. Lim dengan perasaan hampa. Dalam hatinya berkata bahawa dia telah menemui gadis yang dicari-carinya selama ini.
     Tak apalah, perlahan-lahan aku pasti akan dapat berkawan dengan Syarina Azwani. Hari ni aku dapat tahu nama dia. Mungkin esok atau lusa aku akan dapat hatinya pulak, bisik hati Hairul Zafrel sambil menolak pintu pejabat dan tersenyum.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Niesya Hanie