Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,948
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

"Suraya, saya tahu, awak masih tunggu saya," Ilham masih tidak puas memujuk. Suraya telah cuba untuk mengelak dari bertembung Ilham. Tapi tidak berjaya. Ilham tetap berjaya mendekatinya.

"Awak nak apa lagi? Saya tak mungkin boleh terima awak," Suraya cuba memahamkan Ilham.

"Walaupun saya ceraikan Aqilah?" Suraya terdiam. Itu kali pertama Ilham berbicara soal penceraian. Suraya memandang tajam Ilham.

"Apa yang awak mahukan dalam perkahwinan Ilham? Awak fikir kalau awak bercerai dengan Aqilah, awak akan bahagia dengan orang lain? Awak masih kekal dalam perkahwinan ini kerana awak masih cintakan Aqilah. Awak cuma kecewa dengan dia. Awak patut beri peluang untuk awak dan dia sama-sama bina balik perkahwinan ini!" Suraya cuba menasihati. Perceraian. Ia bukan sesuatu yang boleh diterima Suraya.

"Tak mungkin dapat dibaiki lagi Suraya. Aqilah, dia meminta cerai dari saya," Ilham menahan air mata. Suraya menarik nafas. Dia tidak mahu tersekat dalam kemelut rumah tangga Ilham.

"Jadi awak patut balik dan pujuk dia. Awak masih cintakan dia. Sebab itu awak sedih dan tertekan bila dia minta cerai. Jauh di sudut hati awak, awak tak mahu ceraikan dia bukan?" Suraya masih cuba menasihati. Ilham merenung Suraya. Benar, dia cintakan Aqilah. Sama sekali dia tidak akan menceraikan Aqilah. Hanya, kehadiran Suraya turut menggugah hati dan perasaannya. Dia sudah jatuh cinta dengan Suraya.

"Tapi saya cintakan awak Suraya!" Ilham meluahkan yakin. Suraya mengerutkan wajah tidak mengerti.

"Dan saya cintakan orang lain!" Suraya berbicara keras dan melangkah laju meninggalkan Ilham.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.