PROLOG
Bergolek jauh
bola yang ditendang kanak-kanak lelaki itu.
“Kenapa tendang kuat sangat?” tegur seorang kanak-kanak
perempuan yang tua tiga tahun daripada kanak-kanak lelaki itu.
Kanak-kanak lelaki itu hanya tersenyum sambil
menggaru-garukan kepalanya. Dia mula melangkah untuk mendapatkan bola yang
ditendangnya tadi.
“Eh! Tak payah ambil. Biar kita je yang kutip,” berlari
terus kanak-kanak perempuan yang muda dua tahun daripada kanak-kanak lelaki
itu.
Berterbangan helaian rambut yang diikat dua akibat larian
panjang kanak-kanak itu. Namun saat dia hendak mendapatkan bola itu…
“Kenapa pak cik ambil bola kita?!” garang kanak-kanak
perempuan itu saat dilihatnya seorang lelaki dewasa sudah memegang kemas
bolanya.
‘Pak cik? Aku muda lagilah!’ getus hati lelaki itu. Namun
senyuman tetap sahaja dilemparkan kepada kanak-kanak perempuan yang begitu
comel di hadapannya.