Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 7

Selesai menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Rizki tidak terus pulang ke rumah.Lama juga dia membatu di dalam kereta memikirkan apa yang diceritakan oleh Nabila tadi.


Setelah berkira-kira, dia langsung memecut ke rumah tunangnya.Walaupun dia cuba untuk tidak berfikiran negatif, tetap sahaja hatinya tidak tenang selagi belum berhadapan dengan gadis itu.


Setibanya di depan pagar rumah Dania, Rizki bersandar di pintu kereta lalu mendail nombor tunangnya.Dia memandang jam di tangan yang menunjukkan hampir pukul sepuluh malam.Dalam hati, dia berharap yang gadis itu masih berjaga.


Dania yang baru mahu menapak keluar dari bilik mandi, tergesa-gesa mendapatkan telefon bimbit yang berdering di atas katil.


"Siapa pulak lah yang call malam.."

Dania berhenti mengomel apabila melihat nama Rizki yang muncul di skrin.


"Ya, hello?"

Dania teragak-agak untuk menjawab.


"Sayang, turun kejap boleh?Saya ada kat luar ni."

Suara Rizki kedengaran di hujung talian.


"Hah?Awak ada kat luar?"

Dania terkejut.Dia berlari ke arah tingkap lalu menyelak sedikit kain langsir.Dari kejauhan, dia dapat melihat cahaya lampu kereta yang diparkir di depan pagar rumah.


"Oklah, tunggu kejap."

Dania mematikan talian lalu mencampakkan semula telefon bimbitnya di atas katil.


"Dah buang tebiat agaknya mamat ni."

Dania mendengus.Dia tidak suka Rizki datang ke rumahnya secara tiba-tiba tanpa memberitahunya terlebih dahulu.Lebih lagi pada lewat malam begini.


Setibanya di bawah, Dania buru-buru mahu membuka pintu hingga tidak perasan akan ibu dan ayahnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.


"Nak ke mana tu, Nia?"

Encik Iskandar menegur Dania yang berada di muka pintu.


"Ayah!Terkejut Nia!"

Dania pegang dada.


"Nak jumpa Rizki kejap.Dia ada kat depan.Kejap ya ayah, ibu."

Kata Dania lagi lalu keluar mendapatkan Rizki.


Rizki tersenyum melihat Dania yang berjalan menuju ke arahnya.Gadis itu nampak manis dengan pijama yang tersarung di tubuh.Dengan pantas dia menghampiri Dania yang sedang membuka pintu pagar.


"Ada hal penting ke sampai tak boleh tunggu esok?"

Dania bersuara setelah membuka pintu pagar.

Diperhatikannya Rizki yang mengenakan baju melayu hijau lumut bersama seluar jeans biru.Dia ingin bertanya tetapi entah kenapa soalannya seakan tersekat di kerongkong.


"Saya rindu awak."

Laju saja kata-kata itu meluncur dari mulut Rizki.


Dania tersentak.Sudah lama dia tidak mendengar kata-kata manis dari mulut jejaka itu.


"Sebab tu je ke sampai awak sanggup datang malam-malam ni?"

Tanya Dania lagi.Cuba berlagak tenang di hadapan Rizki.


"Apa saja saya sanggup buat untuk awak, Aulia."

Rizki tersenyum manis.


"Sorry lah tak boleh nak jemput awak masuk.Ibu dengan ayah dah tidur."

Dania jadi tidak keruan mendengarkan kata-kata Rizki.Dia berbohong bagi menutupi gemuruh di hatinya.


"It's okay..Just a minute.Petang tadi awak keluar dengan siapa selain Yumi?"


Memang itulah sebenarnya tujuan dia datang menemui gadis itu.Dia ingin mendengar sendiri kebenaran dari Dania sebelum mengetahuinya dari mulut orang lain.


"Dengan Yumi jelah.Kenapa?"

Pelik Dania mendengarkan pertanyaan Rizki itu.


Rizki memandang Dania lama cuba mencari kejujuran di sebalik wajah polos itu.


"Awak tak ada apa-apa nak bagitau saya ke?"

Rizki kembali menyoal.


"Bagitau apa?Awak nak saya cakap apa sebenarnya?"

Sungguh Dania tidak mengerti dengan situasi yang berlaku sekarang.Seharusnya dia yang menanyakan soalan itu kepada Rizki.Bukan sebaliknya.


Jawapan Dania itu benar-benar mengecewakan Rizki.Masakan adiknya hendak berbohong tentang apa yang dilihatnya.Rizki juga tidak tahu kenapa mulutnya berat sekali mahu mengatakan hal itu.


"Fine.Saya percayakan awak.Oklah, kalau macam tu, saya balik dulu.Esok saya ambil awak awal macam tadi, ok.Good night, sayang."


Rizki berlalu meninggalkan Dania tanpa menoleh lagi sedangkan Dania masih berdiri kaku di pintu pagar.Masih tidak dapat mencerna apa yang baru terjadi.


Setelah mengunci pintu pagar, Dania menapak masuk ke dalam rumah dengan seribu satu persoalan di minda.


"Kenapa tak ajak Rizki masuk, Nia?"

Encik Iskandar memandang Dania yang muncul di muka pintu.


"Takpelah, yah.Dah malam kot.Lagipun Riz datang kejap je.Nia naik tidur dulu.Selamat malam."

Jawab Dania laju.


Encik Iskandar dan Puan Saida yang masih berada di ruang tamu saling berpandangan antara satu sama lain.


Dania menarik selimut hingga ke paras dada.Lama dia memerhatikan kipas syiling yang berputar di atas kepalanya.


"Apa sebenarnya yang sedang awak fikirkan, Rizki?Makin lama makin saya tak dapat nak faham awak.Apa salah saya, Rizki?Apa salah saya?"


Dania mengiringkan pula badannya.Bantal peluk disebelahnya ditarik rapat ke dada.Dan malam itu, tidur Dania ditemani air mata.


***************************************


"Assalamualaikum."

Rizki memberi salam di muka pintu.Dia menghampiri Nabila yang sedang menikmati siaran televisyen.


"Waalaikumussalam.Abang pergi mana lambat balik?"

Tanya Nabila sambil memandang jam di dinding.


"Pergi jumpa Kak Dania kejap tadi.Mama dah tidur ke?"

Rizki menjawab lalu merebahkan diri di sofa.Matanya dihalakan ke peti televisyen.


"Dah..Abang pergi jumpa Kak Nia?Malam-malam camni?Buat apa?"

Nabila bertanya tidak sabar.Membuak-buak perasaan ingin tahunya.


"Saja, rindu..Tak boleh ke?Oklah, abang naik dulu.Ngantuk.Jangan tidur lewat sangat."

Rizki pura-pura menguap.Dia malas mahu melayan adiknya yang banyak bertanya.


Nabila cebik bibir mendengar jawapan abangnya.Matanya kembali dihalakan ke siaran televisyen namun kepalanya masih memikirkan tentang apa yang dilihatnya siang tadi.


"Ok je macam tak ada apa yang berlaku pun?Atau memang aku yang salah tengok?Tapi tak mungkin..Perempuan yang aku nampak tu memang Dania.Tapi siapa lelaki misteri tu ek?Apa hubungan dia dengan Dania?"


Nabila bertanya sendiri.Lagaknya seperti seorang penyiasat yang sedang menyelesaikan satu kes misteri.


Malam itu, Rizki gagal memejamkan mata.Puas dialihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.Cerita tentang lelaki yang bersama Dania dan wajah polos gadis itu silih berganti di ruang mata.Rizki buntu.Dia tidak tahu siapa yang harus dipercayakannya saat ini.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi