Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,088
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12



“ASSALAMUALAIKUM,…” Salam Khaulah ceria sebelum masuk ke ruangan seminar. Ruang yang sedikit bisik tiba bertukar hening. Salamnya hanya dibiarkan tak berjawab. Khaulah berkerut dahinya hairan bila tindak-tanduknya seolah diperhatikan seraya beberapa pasang mata menghadiahkan pandangan tajam dan saling berbisik di antara satu sama lain seolah ada yang salah dengannya. Khaulah cuba menenangkan hatinya. Sangka demi sangkaan yang bermain dibenaknya dibiarkan saja.  Perlahan dia menarik kerusi disebelah Nasuha lantas melabuhkan duduknya. 

“Kenapa semua pandang Khaulah semacam aje.” Soal Khaulah memulakan perbualan dengan sengih yang terhiasi. Ditatap wajah Nasuha, Hafsah, dan Aliya siling berganti seperti meminta jawapan. Sekilas dia berpaling ke belakang. 

Nasuha diam riak bersalah terpancar diwajah. Telefon yang berada diriba diserangkan kepada Khaulah. Lama skrin telefon bimbit Nasuha ditatap. Senyuman Khaulah mati sendiri bulat Matanya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia agak terkedu. Terasa seperti jantungnya saat ini ingin berhenti berdetak. Darah panas  mengalir kewajahnya. Malu dan takut bercampur menjadi satu. Wajah teman-teman di pandang satu persatu. Kata-katanya hilang. Dia tahu wajah itu seperti meminta penjelasan darinya. Dahinya tiba berpeluh seolah penghawa tidak lagi mampu menyejuk tubuhnya.

“Akak baru tengok pagi tadi. Entah siapa yang sebarkan dalam group Whatsap kita. Mula-mula akan ingat salah orang tapi…” bicara Nasuha terhenti. Bimbang andai Khaulah terasa dengan ucapannya. Lagipun, Khaulah masih belum menjelaskan apa-apa. Sebaiknya dia tidak harus membuat sangkaan tanpa asas yang betul.

Khaulah menggeleng-geleng berkali entah apa yang harus dijelaskan saat ini. Dia perlu menenangkan dirinya. Rasanya tidak mampu terus berada dalam situasi begini. Semua mata memandang ke arah dengan sinis dan jijik. Dia harus keluar. Dia menyerang telefon bimbit kepada Nasuha lantas Khaulah bangung dari duduknya terus berlalu meninggalkan ruangan itu. Semua mata tertumpu kepadanya hanya di abaikan sahaja.

“Khaulah…” panggilan Nasuha tidak di endah. Biarlah. Jika terus berada di situ jiwanya tidak akan tenang. Saat ini dia perlu mencari sedikit ruang bagi menenangka jiwa yang bercelarut

Air Matanya tiba-tiba bertakung dan gugur tanpa sempat disekat. Dia berlari menjauh meninggalkan bangunan fakulti. Sedih hatinya tak siapa yang tahu. Hanya Allah swt yang tahu sakit bercampur malu tika ini. 

Edfarel hanya memandang Khaulah dari jauh. Sebetulnya dia ingin bertemu gadis itu tapi langkah kakinya seperti mati. Dia ingin memohon  maaf seperti apayang disarankan oleh sepupunya, khairul. Tapi apa cukup hanya dengan maaf? Dia yakin gadis itu sangat terluka.air mata yang berjurai jatuh dipipi membuktikan segalanya. Sungguh dia tidak sangka sama sekali yang sofia sanggup mengaibkan gadis seperti khaulah. Dia tahu sofia marah padanya. Tapi, tidak seharusnya khaulah menjadi mangsa. Edfarel bingung untuk berbuat apa. Semua berpunca kerana dia. Kalaulah malam itu dia mampu mengawal hati dan akal pasti semua ini tidak akan terjadi dan pastinya Khaulah tidak akan terluka sebegitu rupa. Edfarel buntu. Raanya tidak cukup hnaya dengan ucapan maaf. Dia harus memikir cara lain supaya maruah Khaulah akan dapat dibersihkan. Serba salah Edfarel dibuatnya. Fikirannya mati. Keluhan berat dilepaskan. Hilang egonya bila melihat gadis itu menangis. Hatinya menjerit tidak merelakan itu terjadi.

Khaulah maafkan saya! Luah Edfarel diangin lalu dengan kesal didada. Mata dibuang jauh pada susuk tubuh yang melangkah longlai itu.


HAMPIR saja manik-manik jernih merembes keluar membasahi pipinya. Mujurlah sempat disekat dari jatuh ke lantai. Khaulah masih pegun dibirai katil. Aliya dan Hafsah yang masih setia disisinya di abaikan saja kehadiran mereka. jiwanya benar kacau. Terlampau cepat gosip dia dan Edfarel menyebar keseluruh perlosok kampus. Namanya kini diperkatakan. Entah siapa yang sanggup membuka aibnya sebegitu rupa. Otaknya mati untuk berfikir mana mungkin dia menjelaskan situasi yang terjadi. Semua mata  memandangnya jijik dan salah. Padahal ini semua berpunca daripada Edfarel. Tapi tiada seorang pun meletakkan kesalahan itu kepada Edfarel. Semua kesalahan tertuju kepadanya. Kononnya dia perempuan munafik sangguh mengadai maruah demi lelaki kaya. Apa yang perlu dijelaskan lagi? Siapa yang mahu mempercayainya? Dan dia juga yakin Edfarel tiada kaitan langsung dalam menyebarkan semua ini gosip itu. Dia percaya pada lelaki itu. Walaupun lelaki itu hampir saja cuba mencemari maruahnya sebagai seorang gadis.dia tetap mempercayai lelaki itu. Hati kecilnya berkata begitu.

“Khaulah…!” Aliya memulakan pembicaraan setelah lama berdiam. Dia sudah tidak tahan lagi terus berdiam dan hanya menunggu Khaulah menjelaskan persoalan-persoalan yang ada di kepalanya harus dirungkai dengan segera.

 “Apa hubungan kau dengan Edfarel?”

“Aku takkan gadaikan tubuh aku. Otak aku masih waraslah. Aku masih Tahu yang mana haram dan halal…” marah Khaulah. Dia tahu apa yang bermain dibenak aliya. Rasa geram dan kecewa mula bercampur baur. Dia kecewa aliya lebih percaya dengan tuduhan itu daripada dirinya. dia masing boleh terima jika orang lain tidak mempercayainya kerana mereka semua tidak mengenalinya. Tapi mengapa Aliya,  Khaulah tidak kuat menahan tuduhan demi tuduhan daripada sahabat baiknya sendiri. Hina sangatkah dia dimata mereka? Khaulah cuba bertanyakan kepada dirinya sendiri! Namun jawapan itu tidak mampu dia temui. Tiada apa lagi yang perlu dia terangkan. Jika Aliya sendiri memilih untuk tidak mempercayainya. Tiada guna dia menegahkan benang yang sudah basah tanpa bukti yang jelas. Biarlah kebenaran itu diketahui sendiri.Jika itulah anggapan Aliya dan Hafsah terhadapnya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Siapa dia untuk menolak dari terus dihakimi. Air mata yang gugur disapu kasar dengan belakang tapak tangannya. Dia harus kuat. Jika dia lemah siapa lagi yang akan berpihak pada dirinya. 

“Kami percayakan kau.” Ucap Aliya seperti memujuk. Dia  memeluk tubuh Khaulah erat. Dan beberapa saat meleraikan pelukan itu. Mereka turut sedih melihat keadaan Khaulah. Dia tahu pasti temannya itu sangat tertekan. Sudah tiada senyum diwajah manis Khaulah. Hanya sinar sedih terbias di mata budar milik khaulah.

Khaulah menatap sahabatnya siling berganti. Entah apa yang difikirkan Aliya dan Hafsah tentang dirinya saat ini.

“Maaf…” Hanya itu bisa terungkap dibibirnya tika ini. Air mata meluncur membasahi pipi sudah tidak dapat disekap lagi. Khaulah sudah tidak berdaya. sudah banyak titisan air mata yang dia gugurkan dari kelopak matanya hari ini. Rasa kesal dan geram kian berbukit. Saat ini akalnya bercelaru dengan penjelasan yang terus ditagih oleh sahabat dan teman dekatnya tapi, bagaimana harus dia menjelaskan kejadian yang sebenar. Dia tiada saksi. Kalau ada pun hanya Edfarel yang dapat menjelaskan semua ini. Tapi lelaki hanya diam.“Kami tak nak dengan kata maaf kau. Kami Cuma nak tahu perkara sebenar antara kau dengan edfarel. Tak sangka pula kau kenal dia? Apa hubungan kau dengan edfarel sebenarnya?” soal Aliya ingin tahu. 

“Aku takde apa-apa hubungan pun dengan Edfarel. Dia pun aku tak kenal. Apa yang terjadi malam tu semua tak sengaja. Kejadian tu cepat sangat sampai aku pun tak mampu kawal diri aku apatah lagi dia. Memang aku akui Gambar dalam telefon akak menampakkan aku yang bersalah tapi semua bukan yang sebenarnya.” Jelasnya.

“Kau sepatutnya beritahu kami dulu. Kau ingat kami ni mulut mural.  Tak boleh nak simpan rahsia? Semua aib kau kami nak sebarkan satu kolej! Aku, Hafsah sayang kau. Sepatut kau bagi tahu kami awal-awal.

“Bukan aku tak percayakankan Aliya, Hafsah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Secara tiba-tiba EdFarel berubah. Macam orang mabuk. Kau berdua sahabat dunia akhirat aku. Tapi aku takut nanti kau fikir bukan-bukan pasal aku. Lagipun aku ingat perkara ni kecil je tak sangka sampai jadi macam ni.” Akui Khaulah kesal dengan apa yang terjadi.

“Kecil kau kata? sekarang satu kolej dan tahu hubungan kau dengan Edfarel. Apa kau nak buat? Aku yakin tunggu masa aje pihak falkuti nak panggil kau?” tutur Aliya  kepada Khaulah. Tiada niat dihati untuk terus memberi tekanan kepada gadis itu. Dia tahu Khaulah sudah cukup bimbang menghadapi situasi ini tapi dia hanya ingin Khaulah akan kemungkinan yang terjadi. lebih terbuka dan tidak menyimpan rahsia seorang diri. Apa guna dia dan Hafsah menjadi sahabat kepada khaulah seandai setiap rasa yang ada tidak dapat dikongsi bersama.

“Aku tak tahu…” Khaulah sebak. Ada betulnya juga kata-kata Aliya. Dia juga bimbang Jika Gosip ini terus tersebar pasti pihak fakulti akan memanggilnya. Dan dengan bukti gambar itu juga kemungkinan besar dia akan digantung semesternya sangat tinggi. Air hangat mengalir laju. Jiwanya sungguh rapuh dan bercelarut. Dia bingung harus berbuat apa? Dia juga bimbang akan kemungkinan-kemungkinan yang berlega-lega di fikirannya. jika semua kejadian ini pasti turut diketahuai oleh ibu dan kakaknya dikampung. Tidak sanggup rasanya memikirkan kemungkinan itu.

“Aliya dahlah tuh. Jangan tambahkan tekanan pada Khaulah. Dia dah cukup berserabut jangan tambahkan lagi dengan sangkaan kau tu.” Tegur Hafsah. Sungguh dia kesian dengan gadis itu. Jika dia ditempat Khaulah pun dia akan tetap melakukan perkara yang sama. 

“Aku yakin Mesti ada orang yang sengaja hebohkan benda ni.” Hafsah bersuara lagi. tapi dia tidak yakin siapa yang memulakan gosip ini. Sepertinya ada orang sengaja menyebarkan gosip ini untuk menjatuhkan Khaulah atau lebih tepat untuk melihat Khaulah dibuang universiti. Tapi siapa? akalnya meneka-neka namun tidak pula dia menemui jawapan. 

“Siapa lagi kalau mamat sombong tuh?.” Tuduh Aliya sakit hati. Bukan dia tidak kenal sikap lelaki sombong itu. Pastinya lelaki itu Sengaja mencari publisiti bahawa konon hanya dia lelaki yang digilai ramai gadis di kolej ini termasuk gadis naïf seperti Khaulah. Hati Aliya memanas. Jika Edfarel ada didepan mata pasti wajah tampan itu hancur ditumbuknya. Biar Edfarel tahu rasa sakit Khaulah saat ini.

“Edfarel? Aku tak rasa dia. Buat apa dia malukan diri sendiri.” Ujar Hafsah seperti tidak yakin. 

“Kau nak menangkan lagi jantan macam tuh? Dahlah dia cuba kotorkan maruah kawan kita lepas tuh sebarkan satu kolej pasal dia dengan Khaulah. Dia tuh takut Khaulah buat report pasal kerja busuk dia! Apa punya jantan macam tuh.” Marah Aliya membuak-buak. Hilang rasa hormatnya pada jejaka itu.

“Dia tak sengaja.” Khaulah bersuara menidakkan. Dia yakin lelaki itu tidak berniat untuk menyakitkan dirinya.

“Habis kalau bukan dia, siapa lagi? hantu! Dah kau berdua aje yang ada kat situ malam tuh.” Bidas Aliya geram. Hatinya sakit bila Khaulah dan Hafsah tidak putus-putus membela lelaki itu.

“Malam tuh bukan Kami Berdua aje.” Khaulah mula membuka satu persatu kejadian itu. 

“Siapa?” soal Aliya dan Hafsah serentak timbul rasa ingin tahu yang menggunung tinggi.

“Sofia. Tiba-tiba dia datang.” Nama itu terluah dibibir Khaulah. Hafsah dan Aliya saling berpandangan bila gadis berambut karat disebut. Akalnya cuba menyerat maklumat-maklumat sebelum dicamtumkan menjadi sebuah penjelasan yang tepat.

“Sofia… takkan lah.” Khaulah cuba menidakkan. Bila riak wajah sahabatnya berubah. Dia dapat meneka apa yang terlintas dibenar sahabatnya itu. Sebelum ini dia tidak pernah mengenali gadis itu. Dia hanya mendengar cerita tentang gadis itu pun hanya melalui Aliya. Lagipun dia bukan jenis manusia yang suka mencari gaduh dengan orang lain. Termasuklah gadis bernama sofia.

“Mungkin dia tergugat kot. Bila jejaka pujaan hati berasmara dengan orang lain.kalau aku ditempat dia pun aku marah. Silap-silap hari bulan kau pun aku timbai.” Aliya cuba membuat kesimpulan. Hafsah menyiku lengah aliya. 

“Apa? Betullah…” sekarang nih semua orang memburukkan Khaulah mana ada nama Edfarel disebut-sebut. Kau cuba fikir secara logik. Takkanlah kau sanggup jatuhkan orang yang kau sayang?” Hafsah mengangguk-angguk mengiakan kesimpulan yang cuba Aliya terangkan.

“Tapi….”

“Takde tapi-tapi dah. Jawapan dah terpapar sendiri. Perempuan macam tuh boleh lakukan apa saja. Dia tak kesah pasal maruah orang. Yang penting hati dan matlamat dia tercapai.” Tutur Aliya yakin.

“Dahlah tak baik  juga kita nak tuduh orang tanpa bukti. Berdosa! Nanti aku cuba Tanya kawan-kawan aku. Mana tahu mereka tahu. Lagi pun kolej nih bukan besar sangat. Benda busuk takkan dapat disimpan selamanya. Lama-lama terhidu juga busuknya. Dan kau jangan risau. Insya-Allah. Everything is okey.” Hafsah menepuk-nepuk bahu Khaulah cuba memberi sedikit kekuatan untuk gadis itu.

Khaulah mengangguk. Hatinya sedikit tenang. Doanya semoga apa yang terjadi akan cepat berlalu. Sungguh jiwa sangat rapuh.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.