Home Novel Cinta CINTA TAK AKAN PERGI
CINTA TAK AKAN PERGI
IZZATUL NADIRA
14/2/2019 23:43:45
11,971
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“Alisya! Bangun….” Jerit PuanNoraini. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 7 pagi, namun gadis itu masihseronok tidur dan bermalasan di katil. Sambil ditemani bantal peluk yang sudahbertahun lama usianya, makin nyenyak pula dia tidur.

            “Apa ibu bising-bising ni, awal lagi ni ibu. Sya ngantuk sangat ni,” jawab Alisya dengan suara serak sambil matanya masih terpejam. Puan Noraini mengeleng sahaja. Pening melihat gelagat anak daranya.

            “Bangunlah,ibu tahu kamu cuti solat. Dah tu takkan nak tidur sampai ke tengah hari, anak dara apa kalau macam ni. Tak ada siapa nak buat kamu menantu kalau macam ni tau,”bebel Puan Noraini lagi.

            Alisya masih tidak mengendahkan Puan Noraini yang berdiri tegak dihadapan katilnya.Dia lebih kisah akan rasa ngantuknya waktu ini, cuaca sejuk pagi Jumaat ini memang sesuai untuk bermalasan.

            Puan Noraini menjeling melihat Alisya yang selesa tidur dan langsung tidak merasa terganggu dengan kehadirannya disitu. Lantas laju kakinya melangkah menarik langsir bilik seluasnya. Kipas dan aircond terus ditutup suisnya oleh Puan Noraini.

            Tidak sampai 10 saat Alisya sudah mulai gelisah. Suasana biliknya yang sejuk tadinyatiba-tiba berubah menjadi bahang. Alisya pantas membukakan matanya dan duduk tegak akibat rasa kepanasan. Alisya mendengus perlahan. Rupanya ibu telah menutup kesemua suis penghawa dingin dan kipas gara-gara ingin mengejutkan diadari tidur. 

            “Ibu……“Alisya menjerit manja sambil memandang wajah ibu dengan riak tidak puas hati. Puan Noraini hanya berdiri dan mencekakkan pinggangnya memerhati anak gadis yang masih berada di atas katil.

            “Sudah cepat bangun, ikut ibu pergi pasar dengan angah. Ibu ada barang nak beli,” arah Puan Noraini. Alisya pura-pura mengeliat buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan oleh ibunya. Makin malas rasanya bila mendengar ujaran ibunya yang ingin ke pasar.

            Dia bukannya suka sangat mahu ke tempat seperti itu. Malah sayur dan ikan pun dia langsung tidak pernah membeli. Ibulah yang sering ke pasar membeli semuanya sendiri dan masak untuk keluarga mereka.

            “Tapiibu… Sya macam rasa tak sihat pulak harini,” Alisya cuba memberi alasan.

            “Takpayah nak banyak alasan, dah bangun siap. Ibu tunggu kamu dekat bawah, ibu bagi masa 15 minit je. Kalau tak, ibu minta ayah potong elaun kamu,” ugut Puan Noraini.Alisya mengeluh. Ugutan itu tidak boleh dibiarkan sahaja. Khuatir kalau ibunyabenar-benar lakukan seperti apa yang dikata.

            Alisya bingkas bangun dari katil dan terus mencapai tuala mandi yang disangkutkan berhampiran kamar mandinya. Dia melangkah ke almari dan memilih baju yang bersesuaian untuk dipakai ke pasar.

            Selesai memilih dia terus mandi dan bersiap. Malas mahu berlama lagi, takut ibunyamakin membebel pula nanti.

 

 

 

“Ish panaslah…. Lama lagi kengah,” bebel Alisya sendiri.

Hazriq yang sibuk dengan telefon bimbitnya hanya diam sahaja. Tidak menghiraukan bebelan Alisya yang sedari tadi mengomel sendirian kerana kepanasan. Alisya yang geram kerana tidak diendahkanoleh Hadzriq, mencubit sedikit lengan kanan abang keduanya itu.

Berkerut dahi Hazriq kerana menahan pedih akibat dicubit oleh Alisya. “Ish apa ni main cubit-cubit orang ni,” marah Hazriq. Tangannya ligat mengusap lengannya sendiri.

Alisya ketawa mengekek, lucu melihat wajah masam Hadzriq. Itulah, siapa suruh buat tidak dengar sahaja apa yang si Alisya bebelkan. Baru padan dengan muka dia.

“Oi Hazriq!” Satu suara lelaki datang dari arah belakang mereka. Mendengar suara tersebut, laju Hazriq menoleh mencari siapa gerangan yang memanggilnya itu. Matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang menghampiri mereka. Seakan biasa dilihat sebelum ini. Lelaki itu tersenyum mesra ke arahnya.

“Masya Allah, Azam kau buat apa dekat sini,” Hazriq lantas menghampiri lelaki itu dan menyalaminya. Kedua-dua mereka berpelukan mesra sehingga lupa Alisya yang sedari tadi memerhati tingkahlaku mereka.

Alisya hanya membisukan dirikerana dia langsung tidak mengenali siapa gerangan lelaki yang menegur Hazriq itu. Dalam fikiran Alisya, mungkin lelaki itu sahabat lama abang keduanya. Tidak pentinglah untuk dia ambil tahukan.

“Aku dengan umi dah dua bulan pindah Seremban. Semenjak arwah baba meninggal, aku bawak umi duduk sekalidengan aku kat sini. Tak sangka pula jumpa jiran lama dekat pasar ni,” terang Azammuddin sambil menepuk mesra bahu Hazriq.

“Kau datang dengan siapa? Ibukau mana?” soal Azammuddin lagi. Matanya memandang sekilas gadis di sebelahHadzriq. Wajah gadis itu tampak sedikit masam.

“Aku ni jadi bodyguardibu akulah, tu yang dari tadi duduk sini menunggu dia. Tak tahulah apa yanglama sangat agaknya,” Azam hanya tersengih mendengar jawapan Hazriq.

“Angah cubalah telefon ibu,panaslah kat sini.” rungut Alisya. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki yangberada disebelah abangnya itu.

Cuaca panas yang sedang diahadapi ini lebih mustahak untuk dia kisahkan. Kerana inilah dia cukup tidaksuka mengikut ibunya ke pasar, cuaca panas dengan orang yang ramai membuatkandia rasa sangat rimas. Argh stress!

“Banyak songeh betullah budakni, manja sangat. Kena panas sikit pun tak boleh,” bebelan Hazriq itu hanyadidengari dan diperhatikan oleh Azammuddin. Gelagat kedua-dua adik beradik itumenarik perhatiannya. Lebih-lebih lagi gelagat Alisya. Gadis itu seperti ada suatu tarikan yang dia tidak pasti apa.

Baru sahaja jari jemari Hazriq ingin mendail nombor telefon milik Puan Noraini, Azam memberi isyarat kepada Hazriq yang Puan Noraini dan Puan Kalsom sedang berjalan beriringan menuju ke arah mereka.

Alisya memandang ke arah isyarat tersebut, dia melihat ke arah ibu dan seorang wanita seusia ibunya sedang berjalan sambil menjinjing plastik yang berisi pelbagai jenis ikan, sayuran danbanyak lagi.

Membulat mata Alisya dan Hazriq melihat ibunya memborong barang dapur seperti tiada hari esok. Kesemua plastik yang dijinjing Puan Noraini diserahkan kepada kedua anaknya. Berat juga, terasa ingin tercabut jemari tuanya menjinjing plastik-plastik tersebut. 

“Kenapa banyak sangat ikan,sayur yang ibu beli ni. Lauk minggu lepas pun belum habis ibu masak lagi tau,”bebel Alisya kepada ibunya.

Hairan pula dibuatnya, macamlah dirumah ada ramai penghuninya. Setakat mereka berlima, lauk yang dimasak ibu diwaktu tengah hari masih cukup untuk dimakan sehingga waktu malam. Tak perlu banyak jenis lauk, cukup sekadar satu jenis lauk pun sudah memadai. Beli bahan mentah banyak-banyak pun pasti akan membazir juga akhirnya.

“Angkat jelah Alisya, jangan banyak soal,” bebel Puan Noraini. Alisya hanya mencebik.

“Alisya, ini ibu nak kenalkanmak cik Kalsom dan itu anaknya Azammuddin, jiran kita masa dekat Pahang dulu. Ingat lagi tak?” tanya Puan Noraini. Alisya termenung, dia cuba memproses ingatannya untuk imbas kembali memori-memori lama.

Namun otaknya saat ini gagal berfungsi dengan baik. Alisya sedikit pun tidak mengingati siapa gerangan kedua-dua lelaki dan wanita yang diperkenalkan oleh ibu kepadanya. Alisya hanya mengelengkan kepalanya tanda yang dia tidak mengingati apa-apa.

“Yelah Aini, mana nak ingatnya.Alisya masa tu pun tadika lagi dan kamu pindah ke mari masa umur dia 6 tahunkan,” ujar Puan Kalsom. Memang benar, mereka sekeluarga berpindah ke Serembansewaktu Alisya masih berumur 6 tahun. Waktu itu Encik Kamaruddin diarahkan berpindah untuk mengajar di Seremban dan sehingga kini mereka sekeluarga masihkekal tinggal di Seremban.

“Yelah betul jugak tu. Oh yelah,ni dah terlanjur kita jumpa dekat sini jemput datang ke rumah saya lepas Isyak nanti. Ada majlis doa selamat sikit, ajaklah Azam sekali,” ajak Puan Noraini.

Alisya yang mendengar sedikit terkejut. Kenapa dia tidak tahu langsung yang ibunya bakal mengadakan kenduri malam nanti? Patutlah kemain lagi ibunya memborong barang dapur di pasar. Penuhtangannya dengan beg plastik yang berisi pelbagai jenis ikan dan sayuran.

Azam dari tadi memerhatikan gelagat Alisya yang padanya nampak comel dan manis. Walaupun wajahnya tidakterlihat secalit senyuman namun masih jelas kelihatan ayu. Gadis itu sepertipunya suatu tarikan yang mampu membuat matanya terpukau.

Alisya perasan dirinya diperhati oleh Azammuddin merasa kurang selesa. ‘Dah kenapa asyik pandang-pandang dari tadi, pervert ke,’ bebel Alisya sendiri dalam hatinya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Azam saat matanya tepat bertembung dengan mata Alisha.

Kelam kabut Azammuddin melarikan pandangannya kearah lain. Terkejut dengan respon yang diberikan oleh gadis itu. Garang betul! Bisik hati Azammuddin sendiri.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IZZATUL NADIRA