Home Novel Cinta CINTA TAK AKAN PERGI
CINTA TAK AKAN PERGI
IZZATUL NADIRA
14/2/2019 23:43:45
11,968
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

“Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa kau biarkan aku macam orang bodoh dekat sini!” Bentak Alisya memarahi lelaki yang berada dihadapan matanya.

            Berang dengan sikap sambil lewa lelaki itu terhadap perasaannya. Perasaan cinta dan sayangnya seakan tiada nilai pada matanya. Selama ini dia menganggap kesetiaan dan usahanya untuk menjaga hubungan itu sebaiknya sudah cukup membuktikan cinta Alisya terhadap lelaki itu.

            Namun hakikatnya, semua yang dia lakukan demi hubungan itu hanya sia-sia, sedikit pun tidak langsung dihargai walaupun sekali.

            Wajah lelaki dihadapannya itu ditatap tajam. Alisya ingin penjelasan yang diharapkan dari lelaki itu. Apa yang membuatkan dia terfikir untuk mencuranginya. Apa kurangnya dia dimata lelaki itu?

            “Kenapa kau curang?” soal Alisya lagi. 

            “Kenapa kau tidur dengan betina tu!” Kesemua barang dan kotak yang berada di atas bonet kereta dicampak tepat kearah lelaki itu. Hazriq memeluk kuat adiknya Alisya khuatir dia bertindak agresif untuk memukul kedua-dua lelaki dan wanita yang berdiri di hadapan mereka.

            Alisya menangis teresak-esak. Tidak mampu dia menahan air matanya. Sakit jiwanya seakan dihiris. Lelaki yang dia cintai selama ini, mencuranginya. Rasa cinta yang selama ini tersemai mekar didalam hati seakan diracuni dengan cinta itu kembali.

            Bodohkah dia kerana membenarkan lelaki ini untuk masuk ke dalam kehidupan dia? Bodohkah dia mencintai lelaki yang sedikit pun tidak punya rasa cinta dan sayang sehinggakan sanggup mencurangi. Malah meniduri perempuan lain dibelakangnya.

            “Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila!” jerit Alisya.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IZZATUL NADIRA