SEMUA dah berkumpul kat luar perpustakaan. Sebelum tu kami baca doa sebab pernah dengar juga la Ada cerita macam Ada budak tak terkawal tiba-tiba, famous word dia adalah rasuk... Entah doa kami bacakan... Dah lupa.... Tapi yang pastinya Bismillah Ada...
Nani menghulurkan tangannya pada Aku. "Hanis, tolong bukakan pintu.. tangan Tak cukup." kata Nani sambil menunjukkan jari telunjuk tangan kanannya ke tangan Kiri.
Kata Tak cukup tapi elok je tunjuk menunjuk. Kalau cakap tu bikin mati adalah.
Jadi, Aku ambil juga la kunci di tangannya selepas menghulurkan air kotak ke Wafaa tanda meminta tolong untuk pegang.
Aku dah mahir dah dengan buka kunci ni sebab selalunya Aku buka kunci rumah yang Tak terlalu melambak. Jadi, sekelip mata ajalah Aku buka.
Aishh... buka kunci pun nak berlebar lebar cerita.. Sorry eh...
Kami susun kasut dan terus masuk seperti ada pertandingan marathon. Kami semua membuat keputusan untuk duduk di meja bawah untuk bersila.
"Korang nak main apa?" Tanya Nani.
"Chess!" jawab Fatin.
"Baca buku la.." Syahirah buat muka selamba. Ada ke main baca buku? Terus tolak terang terangan. Patutnya baca buku adalah idea yang paling baik.
"Kita main game macam saidina jutaria la" cadang Arifah yang sudah kelihatan seperti bosan dengan kami.
Terus kami semua bersetuju.
Nani ambil peralatan yang dia seorang sahaja tahu dimana. Beberapa minit dia datang dengan tangan memegang kotak saidina jutaria.
Kami main dengan seronok kerana mungkin tidak tahu bahawa kegembiraan akan diragut sebentar lagi.
Nak dekat pukul satu, Adelin mencadangkan satu game yang sangat berbahaya.
"Eh korang, nak Tak Kita main satu game ni? "
"Game apa?" soalan dibalas dengan soalan.
"Game....."