LUQMANmundar-mandir
di dalam pejabatnya. Sejak di dalam
bilik mesyuarat tadi, tidak ada langsung
konsentrasi pada butir-butir percakapan pengerusi mensyuarat. Pegawai kewangan di sebelahnya beberapa kali
menyikunya.
“Apa kena you ni? Macam ayam berak
kapur!!?Bisik pula salah seorang jurutera, rakan sekerjanya. Luqman menggeleng-eleng. Fikiran Luqman
melayang-layang. Wajah gadis yang terjun
dari kenderaannya dan ditinggalkan di Hospital Temerloh di Pahang bermain di
fikirannya. Nasib baik perempuan itu
tidak meninggal dunia atau cedera parah.
Kalau tidak, dia tak tahu apa yang bakal didepaninya. Disoal siasat? Dituduh membunuh? Masya-ALLAH.
Keturunannya tidak ada seorangpun yang pernah ditahan polis. Kata orang masuk ke lokap polis bukan seperti
masuk ke hotel. Paling tidak ditumbuk,
dijerkah atau diterajang. Di
mana-manapun perkara ini berlaku. Bukan
sahaja di negara kita malah di negara-negara luar. Ia jelas dan dapat dilihat dalam
YouTube. Fuh! Tak den! Bisiknya dalam
dialek Negeri Sembilan.
“Luq! You ni…” Marah pegawai itu
“Dah sah tak tidur.” Celah seorang jurutera perempuan
separuh berbisik sambil melirik sekilas pada jurutera-jurutera yang baru sampai itu.
“Mana ada? Kan I ke Pantai Timur.
Penat! I sampai KL hampir subuh.” Beritahu Luqman acuh tak acuh.
“Tulah I cakap. I nak ikut, you tak nak ajak. Kan susah.”
Celah gadis itu lagi sambil diikuti
senyum rakan-rakan lain. Luqman hanya membiarkan seloroh rakan-rakannya membuat
suasana menjadi lebih ceria.
Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh baru. Ada beberapa yang perlu diputuskan lagi. Luqman melangkah pantas keluar dari bilik
mesyuarat lantas melangkah ke biliknya di sebelah bilik Dato’ Zamrul ketua pengarah Daya TEGAS
Consultant. Syarikat harta tanah yang sedang meningkat naik di kotaraya ini. Perunding ini antara perunding di bawah
GAMMUDA. Dato’ Zamrul kawan baik papanya
sejak di bangku sekolah. Sebaik tamat pengajian di institusi pengajian
tinggi, dia terus disambar Dato’ Zamrul untuk memegang bahagian sumber manusia di
syarikat tersebut. Hal-hal berkaitan
pengambilan dan pengiklanan kekosongan jawatan termasuk dalam tugas Luqman.
Lama kelamaan dia dilamar GAMMUDA atas kelayakan di bidang kejuruteraan awam
yang dimilikinya. Namun hubungan dengan
syarikat dan Dato’ Zamrul sendiri tetap berjalan dengan baik lebih-lebih lagi Daya
TEGAS Consultant beroperasi di bawah bumbung yang sama.
Luqman
menghenyak punggungnya di sofa disusuli keluhan. Sejak semalam fikirannya tidak tenang. Ingatannya sentiasa berlari mencari gadis yang ditinggalkan di
hospital itu. Walaupun segala bayaran
akan telah diselesaikan namun ingatannya tetap mencari gadis itu. Bagaimana agaknya sekarang? Atau gadis itu
telah kembali kepada keluarganya. Atau kenapa gadis itu lari dari rumah? Didera
ibubapa? Atau dirogol? Tiba-tiba Luqman menampar pipinya. Celupar kau Luqman! Marahnya pada diri
sendiri. Dia memejamkan matanya
sejenak. Cuba mengingati kembali wajah
gadis itu. Boleh tahan. Mengalahkan
rakan jurutera di pejabatnya malah tidak keterlaluan gadis itu mampu
mengalahkan semua wanita yang dikenalinya
itu. Fuh! Dia tersenyum nakal. Kulit putih kuning, hidung mancung, bibir nipis, raut
wajahnya bujur sirih dan paling mempesonakan sepasang mata gadis itu. Dia masih ingat seraut wajah itu malah mampu
melakarkannya di atas kertas. Apa
tidaknya, dia menunggu gadis itu tidur
beberapa jam sebelum dia meninggalkannya.
Luqman
menjeling jam pada pergelangan tangannya. Hampir jam 8.00 malam? Astagfirullah!
Luqman beristigfar berkali-kali. Malam
ni ada parti hari lahir salah seorang staf di GAMMUDA. Dia belum membeli apa-apapun untuk sahabatnya
itu. Luqman mengeluh. Dengan pantas Luqman menyambar kunci dan bergegas ke pintu lif. Sebaik sahaja lif terbuka dia terus masuk tanpa mengendahkan beberapa
orang staf yang turut berada di dalam
lif. Wajah Chempaka Amna seakan tidak
mahu hilang dari ingatannya. Pantas dan
ia hadir silih berganti.
“Luq..jangan lupa malam ni ok?”
Pesan salah seorang rakannya sebelum melangkah keluar dari lif. Dia
tersentak. Wajah rakannya itu direnung
sekilas. Gadis itu tersengih. Dia tersenyum dan mengangguk. Hari ini sepatutnya gadis itu bercuti, namun
atas dasar kepentingan syarikat, dia terpaksa datang untuk menghadiri
mesyuarat. Malah beberapa pegawai yang bercuti, diminta menghadirkan diri. Ia sudah menjadi perkara lumrah dalam
syarikat besar itu.
Masuk
sahaja di perut kenderaannya, dia terus
memandu keluar kenderaannya itu dari kawasan parkir syarikat. Mencari sebuah kedai bunga di kota ini tidak
sukar, hanya beberapa minit dia berhenti
sebuah kedai menjual jambangan bunga yang telah siap digubah. Senang cerita
bisik hatinya. Tiba-tiba dia
mengeluarkan telefon bimbitnya lantas menelefon seseorang. Luqman kembali memasukkannya. Kecewa dengan panggilan tidak bersambut. Atau pegawai tidak menjemput temannya itu? Isy...mustahil jugak kalau pegawai telah
lupa untuk menjemput sahabat-sahabat atau anak-anak buah dalam satu unit mereka?
Luqman menggeleng-geleng. Kalau ikutkan hati, diapun tidak berminat menghadiri parti dalam keadaan badannya yang tidak cukup rehat seperti hari ini. Apa lagi bila parti menyelitkan tari menari.
Macam zaman mama dulu-dulu! Bisik hatinya. Lebih parah jika ada minum-minum.
Isy…Namun demi meraikan seorang sahabat, dia tetap menghadirkan diri biarpun
hanya sempat melabuhkan duduk menghabiskan dan sekadar menikmati segelas minuman
dan sepotong kek.
“You ni kolotlah Luq. Apa ni?”
Itulah kata-kata salah seorang rakannya bila dia menolak minuman yang
dihulurkan. Cuak dengan sikap rakan yang
seakan tidak faham apa yang diboleh dan dilarang, dia mengangkat punggung
lantas memohon diri untuk pulang. Sepanjang
memandu pulang, fikirannya jauh berlari dan muzik sentimental yang bergema
membuat perasaannya menjauh dan sayu. Sesekali Luqman bersiul kecil seperti selalu
setiap kali dia memandu. Lampu-lampu sepanjang jalan bergemerlapan. Indah dalam
pandangan biarpun suasana itu selalu dilihatnya sepanjang usia menjadi penghuni
kota raya itu. Deringan telefon bimbit membuat Luqman tersentak. Dengan pantas dia mengeluarkan telefon dari
poketnya kemudian menekan salah satu punat dan menekapnya di telinga. Luqman
tersenyum.
“Luq ada call Maksu?” Suara Maksu bergema di pendengarannya sebaik Luqman menjawab panggilan itu.
“Ya Maksu, Luq balik lambat sikit,
nak ke birthday partykawan.”
Beritahu Luqman pada Maksu, seorang ibu tunggal, kakak mamanya, Puan Maria. Mama membawa Maksu untuk tinggal bersama keluarga
Luqman. Sekurang-kurang mama tidak perlu
khidmat orang luar atau pembantu rumah warga asing dengan adanya Maksu. Malah mama dan papa telah menanggung
persekolahan Reinna sehingga ke kolej. Kini Reinna sedang menyambung pelajarannya ke tahap master di Australia dan
tinggal bersama ibu dan papa Luqman. Sekurang-kurang, Reinna jadi penawar rindu
mama dan papa terhadapnya di tanah air.
“Maksu takut tak tinggal
sorang-sorang tu?”Soalnya tiba-tiba pada ibu saudaranya itu. Risau bila
memikirkan jenayah yang sering berlaku di rumah-rumah sebagaimana yang terpapar
di kaca televisyen dan akbar-akhbar akhir-akhir ini. Selalunya penghuni yang akan jadi mangsa.
“Lupa maksu nak cakap, Reinna ada
balik. Dia tak callLuq?” Beritahu
Maksu. Luqman terdiam sejenak.
“Luq!” Maksu memanggilnya bila. Dia
tersentak.
“Ya Maksu?”
“Maksu tanya ni, Rein tak callLuq?” Soalan yang sama bergema di
gegendang telinganya.
“Tak…tak pulak, maksu.”
“Luq tak dengar kot?”
“Entahlah maksu.” Jawab Lugman
ringkas.
“Oklah. Jangan lambat.” Pesan Maksu.
“Insya-ALLAH Maksu. Luq akan balik cepat.”Janjinya pada Maksu.
“Yalah tu, jangan tahu nak janji
saja. Awak tu dahlah tak cukup rehat
semalaman.” Marah Maksu lagi. Luqman
tersenyum. Dia kenal sangat sikap Maksu.
Mengalahkan mama. Terlalu mengambil berat terhadap apa juapun. Namun dia sangat bersyukur, dia memiliki ibu saudara
sebaik Maksu.
“Terima kasih Maksu.”
“Erm! Sama-sama.” Jawab Maksu
sebelum menamatkan perbualan. Dia meletak telefonnya di tempat duduk sebelahnya.
Fikirannya kembali menerawang mencari wajah gadis itu dan kini benaknya hanya
dipenuhi bayangan wajah Chempaka Amna.
Beberapa kali dia cuba membuang ingatan itu, namun ia tetap menemui
jalan buntu. Semakin dilupakan semakin
kuat bayangan wajah gadis itu hadir memenuhi benaknya. Bagaimana agaknya nasib gadis itu? Apa yang
terjadi pada gadis itu selepas dia meninggalkan hospital semalam? Ah! Luqman
melepas keluhan perlahan.
Ping!!
Bunyi hon membuat Luqman tersentak.
Tanpa berlengah tangannya terus
membelok ke kiri. Masya-ALLAH!
Keluhnya. Jalan yang jarang dilalui
kecuali menghantar teman ke hotel itu atau sekali-sekala makan malam bersama
rakan pejabat. Apapun perasaannya
sedikit tenang dengan tiadanya sesak di laluan itu. Luqman memperlahan kenderaan sambil memerhati
sekeliling. Di kiri kanan hotel
kelihatan warung-warung makan yang gemerlapan dengan lampu-lampu. Masing-masing
berusaha untuk menarik perhatian pelanggan.
Belum lagi mengambilkira lagu-lagu
yang diperdengar kepada khalayak.
Kadang-kadang bersimbung lagu antara kedai-kedai itu. Waktu malam-malam begini kawasan itu masih
tidak kurang dengan pengunjung-pengunjung.
Luqman memperlahan lagi kenderaannya bila pejalan kaki mengambil laluan
yang agak ke tengah jalan. Bimbang kalau-kalau
terlanggar atau terpijak kaki. Sebuah
teksi di hadapannya memperlahan kenderaannya.
Barangkali untuk menghantar pelanggan ke hotel berkenaan. Luqman ikut perlahan dan akhirnya terhenti
bila kenderaan itu berhenti. Tepat
telahannya Luqman. Tiga lelaki keluar
dari teksi dan melangkah ke hotel.
Luqman mengikut lagak lelaki itu dengan ekor mata. Sehingga lelaki itu
tiba di pintu gelungsur hotel. Matanya
tiba-tiba tertancap pada seorang gadis
yang sedang berdiri di depan pintu gelungsur dengan lengan dan kepala
berbalut. Dia mengerutkan keningnya mengingatkan wajah yang dirasanya tidak
asing lagi di benaknya. Chempaka Amna,
Chempaka Amna yang terjun dari keretanya malam kelmarin. Masya-ALLAH.
Tanpa banyak masa dilengahkan Luqman dengan pantas menolak daun pintu
keretanya dan meluru ke arah Chempaka Amna. Dua lelaki yang baru sahaja berdiri
di sebelah Chempaka Amna terpinga melihat kehadiran Luqman secara tiba-tiba. Luqman terus menarik lengan Chempaka Amna dan
terus dibawa ke kereta. Sebaik tiba di keretanya, dia terus menolak Chempaka
Amna masuk ke kereta sebelum menutup dan terus meninggalkan perkarangan hotel
itu. Chempaka Amna yang keletihan dan
terkelu di kusyen bahagian belakang.
“Awak! Awak Chempaka Amna kan?” Soal
Luqman dalam nafas tercungap.
“Ya…ya saya.”Jawab gadis itu dengan
suara lemah.
“Awak tahu siapa lelaki yang baru
masuk dan berdekatan dengan awak di pintu hotel tadi?” Soal Luqman terburu.
“Saya lapar encik…saya sakit
encik..” Hanya itu yang dijawab Chempaka Amna.
Selepas itu Chempaka Amna tidak bercakap lagi.
“Awak! Awak!!” Berkali-kali Luqman
memanggil Chempaka Amna namun gadis itu tetap diam. Luqman memecut kenderaannya menuju ke
Hospital Besar Kuala Lumpur. Mana
mungkin dia membenarkan gadis itu pengsan lagi dalam kenderaannya. Chempaka Amna tidak sedarkan diri dan
dimasukkan ke rawatan kecemasan. Dua jam menunggu dan apabila mendapat tahu
Chempaka Amna pengsan kerana terlalu letih dan dimasukkan ke wad, Luqman
kembali lega. Setelah selesai mengurus
kemasukan Chempaka Amna, Luqman memandu untuk pulang.
Jam
telah menunjukkan tepat ke angka 2.00.
Ini bermakna ia sudah di awal
pagi. Sewaktu kereta yang dipandu Luqman
masuk ke halaman banglonya, lampu tingkat bawah mula benderang. Dan ketika Luqman keluar dari keretanya,
Reinna telahpun berdiri di pintu. Dia
memandang wajah Reinna. Gadis itu
tersenyum. Kenapa Reinna yang menunggunya? Ke mana Maksu?”
“Maksu dah tidur.” Beritahu Reinna
sewaktu dia melangkah masuk seakan mengerti apa yang bermain di benaknya.
“Bila sampai?” Soal Luqman disusuli
senyum. Wajah sepupunya itu direnungnya.
Reinna membalas senyuman dan memandang ke arah Luqman.
“Bila Reina sampai?” Soal Luqman
sekali lagi.
“Rasanya ibu Rein dah bagitahu abang
kan?” Balas Reinna. Jawapan yang tidak
menyenangkan hatinya. Reinna boleh
beritahunya dengan berbagai cara. Dunia
sekarang begitu mudah untuk berhubungan.
“Sorry
bang. Buzysikit masa buat keputusan nak balik ni.” Luqman
mengangguk-angguk.
“Owhya…lupa abang. Adik abang ni
orang buzy.”Usiknya dengan senyum.
Reinna ikut tersenyum.
“Oklah abang nak naik. Letih sangat ni.” Beritahu Luqman sambil
memandang ke arah Reinna. Keletihan
terserlah di wajahnya. Tanpa menunggu sebarang jawaban dari Reinna, Luqman
melompat anak tangga menuju ke kamarnya dan melompat ke atas tilam sebaik
sahaja pintu terkuak. Hanya beberapa
minit, Luqman tertidur keletihan dan wajah Chempaka Amna turut dibawa ke dalam
tidurnya.