Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 10


HARI
 pertama melangkah ke Armaya International, perasaan sukar digambarkan. Gembira, teruja, takut, gementar. Segalanya bercampur-baur. Meskipun dah biasa di tempat orang, dah biasa dengan suasana asing, tapi kali ini berbeza keadaan.

Kaki terus menurut langkah sosok di depan. Dari pintu masuk utama hingga naik lif ke tingkat sepuluh, semua orang tunduk hormat pada babanya. Tapi dengan dia, pandangan hairan saja diterima.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Bisa mohon perhatiannya sebentar."

Suara Pak Aryawan berkumandang di ruang tengah pejabat. Kurang dari seminit, ia sudah dipenuhi para pekerja tingkat tersebut.

"Saya kira ini hari, hari bertuah buat kita. Kerna Armaya International Malaysia menerima kedatangan CEO barunya. Perkenalkan semuanya... Aryan Alfiansyah Wong."

Serentak itu tepukan bergema.

"Saya kira kalian pasti udah kenal sama anak lelaki saya ini."

"Apa tak kenal, Pak Aryawan. Dah viral kut anak Pak Aryawan ni. Sana sini keluar berita tentang Tuan Aryan pasal kes culik tu!" ujar salah seorang pekerja.

"Betul! Memang famous dah Tuan Aryan ni, Pak Aryawan. Satu dunia kenal. Lagi-lagi yang perempuan!" sampuk seorang yang lain.

"Alamatnya lepas ni ramailah anak dara yang beratur nak isi borang jadi menantu Pak Aryawan. Termasuk kat Armaya ni!" tambah yang seorang lagi.

Spontan ruang tersebut jadi hingar. Seisi pejabat bergelak sakan. Termasuk Pak Aryawan. Aryan sekadar tertunduk dengan senyuman.

"Kalian nggak habis bercanda, ya. Apa sekalipun saya bersyukur banget kerna anak saya udah selamat dari kejadian tempoh hari. Makanya, dia ada di sini dengan kita ini hari untuk sama-sama mengusahakan Armaya Group ini."

"So, maknanya lepas ni Pak Aryawan dah tak ada kat sinilah?"

"Nggak juga. Saya masih tetap di sini. Cumanya, ya sebagai penasihat doang. Setelah ini saya akan sering ke luar negara untuk melihat cabang-cabang Armaya lain di sana. Justeru itu, saya melantik Aryan mengambil posisi saya di sini untuk urusin Armaya Malaysia."

Semuanya terangguk-angguk dengar penjelasan majikan mereka.

"Gimana? Kalian punya masalah sama hal ini?"

"Tak, Pak Aryawan!" sahut semuanya serentak.

"Terus punya soalan yang lain?"

"Tak ada, pak!"

"Bagus. Jadi saya kira kalian udah ngerti dengan jelas kedudukan halnya saat ini. Kalau nggak punya soalan lagi, kita bisa stop di sini. Saya mohon juga semuanya bisa kasi kerjasama yang baik sekali buat Aryan, ya. Kalian harus saling kompak, agar Armaya akan lebih maju terus ke depan. Insya-ALLAH."

"BaikPak Aryawan!"

"Terima kasih. Bisa nyambung kembali kerjanya semua, ya. Enjoy your work!"

Semua yang ada kembali bersurai. Ruang pejabat jadi lengang semula.

"Mari Aryan. Baba tunjukin kamar pejabatnya."


BACAAN pada fail di meja terhenti. Kepalanya disandar ke belakang. Rehatkan otak sekejap dari dokumen-dokumen di depan.

Sejak pagi tadi, hanya itu yang ditelaahnya. Study segala maklumat berkenaan syarikat. Isi pengetahuan lebih dulu sebelum memula tugas.

Armaya International. Anak syarikat di bawah Armaya Group. Legasi turun-temurun dari datuk moyang sebelah babanya.

Berpangkalan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini bergiat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Hartanah, perbankan, pendidikan, perubatan, perhotelan, pelancongan, pelaburan global.

Hampir 50 tahun Armaya Group beroperasi. Bermula dari perniagaan kecil-kecilan, kini empayarnya bertebaran luas serata dunia. Mencapai kejayaan berlipat kali ganda. Meraih anugerah dalam dan luar negara. Seiring dengan kecemerlangan yang dipamerkan.

Asalnya, corak pengurusan Armaya lebih ke arahkonvensional. Memandangkan keturunan asal keluarga mereka adalah Cina-Belanda.Namun setelah datuknya memeluk Islam, ia perlahan-lahan diubah berlandaskansyariah.

Aryan lepas keluhan. Rasa takut mengusai dirinya sekarang. Semakin banyak dia tahu tentang syarikat, semakin gerun dan gementar perasaan itu dirasakan.

'Bisakah aku menyambung legasi ini? Terus bikinnya lebih baik?'

"Ya ALLAH..."

Lelaki itu raup wajah. Lansung itu dia tekup muka ke meja.

Bagaimana hari-hari yang mendatang seterusnya? Bergelumang dengan kerja-kerja. Perah otak cari idea. Baru sehari ada di pejabat, rasa macam dah setahun dia duduk di kerusi CEO ini lagaknya.

"Tuan Aryan."

Aryan tersentak. Cepat-cepat dia mendongak.

"Are you okay?"

Wajah Intan, setiausahanya terpancul tiba-tiba di muka pintu. Cepat-cepat dia

tegakkan badan. "Iya."

"Tapi muka tuan nampak pucat. Tuan tak sihat?"

"Nggak, kok. Saya baik-baik aja. Cuma capek dikit. Lagi membaca dari pagi," ujar Aryan memuncung ke arah fail-fail yang bertimbun atas meja.

Intan tersenyum. Langkah diatur ke meja majikannya. "Sebab tulah saya buatkan kopi ni untuk tuan. Bagi segar sikit badan. Biar fresh balik otak tu."

Secawan kopi panas lantas disuakan depan Aryan.

"Oh! Makasih, Intan. Repotin kamu aja."

"Eh, tak adalah. Ini memang dah termasuk dalam skop kerja saya, Tuan Aryan. Sebelum ni pun hari-hari saya buatkan kopi untuk Pak Aryawan. Pak Aryawan memang suka minum kopi yang saya buat ni!"

"Oh, ya?"

"Ya! Memandangkan jawatan CEO dah turun pada Tuan Aryan sekarang, jadi tuanlah yang akan telan kopi saya tu hari-hari. Tuan cubalah. Harap-harap tuan pun akan suka."

Giliran Aryan tersenyum. Kopi dari air tangan Intan dihirup perlahan-lahan.

"Amacam, tuan? Sedap tak?"

Aryan angkat kening. "Not bad! Enak banget!"

"Serius, tuan?"

"Muka saya nggak kelihatan bercanda, kan?"

"Alhamdulillah. Syukur! Lega saya!" Intan tadah tangan sebelum diaminkan. "Tuan jangan risau. Macam mana saya bagi khidmat yang terbaik untuk Pak Aryawan, macam tu juga saya akan berkhidmat yang terbaik untuk tuan. Trust me!"

"Makasih, Intan. Saya ini masih baruan di sini. Justeru itu saya mengharapkan kamu nggak akan pernah bosan untuk mengajar dan melayani kerenah saya."

"Eh, taklah. Nak bosan kenapa pulak? Adatlah tu orang baru. Banyak benda kena belajar. Insya-ALLAH saya tak akan pernah bosan dan sedia membantu tuan sedaya yang saya mampu. Saya swear!" ujar Intan lagi dengan senyum kian lebar. Tangan kanannya turut diangkat sebagai tanda berikrar.

Kali ini Aryan tergelak. Tercuit dengan gelagat setiausahanya yang ceria dan ramah.

"Ha! Kan handsome tuan ketawa macam tu. Padanlah tuan viral satu dunia sekarang!"

"Ah. Nggaklah."

"Betullah. Satu dunia sekarang kenal tuan. Satu bangunan syarikat ni pun tak henti-henti cerita pasal tuan masa kes culik tuan tengah panas hari tu."

"Benaran?"

"Ya benarlah! Masing-masing teruja tau bila bercakap pasal tuan. Siap ada berhajat nak jumpa tuan depan-depan. Sebab dia orang tak sangka selama ni rupa-rupanya Pak Aryawan ada seorang anak teruna yang kacak. Pandai Pak Aryawan sorokkan tuan, kan!"

"Saya ini biasa-biasa aja, Intan."

"Ya ke biasa-biasa? Tengok tadi semua staf perempuan pandang tuan tak kelip mata."

"Termasuk kamu?"

Intan tersengih. "Ada sikitlah. First time jumpa bos handsome dan famous macam ni, kan. Siapa tak excited? Hari ni aje satu Armaya ni sibuk bercakap pasal tuan. Kalah selebriti!"

Aryan geleng kepala. Dahinya turut digosok-gosok menahan malu.

"Alah! Tuan Aryan tak payah risaulah! Lama-lama nanti senyaplah dia orang tu."

"Ya... harapnya begitulah."

"Erm... tuan ada nak apa-apa lagi ke? Sebelum saya keluar."

"No. Rasanya nggak setakat ini."

"Kalau macam tu saya minta diri dulu, ya. Kalau tuan perlukan apa-apa, panggil aje saya guna interkom tu."

"Iya. Makasih sekali lagi, Intan."

"Sama-sama. Saya keluar dulu," pamit gadis itu berjalan ke pintu. "Enjoy your coffee. Agak-agak kepala tuan dah serabut hadap fail-fail tu, telan aje kopi saya tu. Gerenti kepala tuan okey balik!"

Tawa Aryan spontan berderai. Hilang sikit rasa gemuruh dek telatah lucu Intan.

Benarlah kata baba. Intan antara setiausaha terbaik yang syarikat miliki. Kehadirannya akan bawa satu aura positif pada sesiapa saja yang didekati.

Dan kini dia dapat rasa semacam satu semangat menjalar dalam diri. Semangat untuk lalui hari-hari di sini. Memang tak sia-sialah pengorbanan baba berikan setiausaha kesayangannya itu padanya.

Namun bila ingat hal dirinya tengah jadi bualan hangat syarikat ketika ini, lelaki itu mengeluh sendiri. Satu perkara yang tak begitu digemari. Jadi perhatian. Raih publisiti. Sampai bila hal itu akan berlarutan, dia sendiri tak pasti.

Gggrrr.

Lamunan Aryan terhenti. Getaran bersulam deringan atas meja gamit perhatian. Pantas telefonnya dicapai. Nama pemanggil yang terpapar di skrin menggerakkan jarinya terus menyentuh punat hijau.

"Assalamualaikum, mama."

KAKI dihayun kemas masuk ke pintu utama pasaraya. Pulang dari pejabat tadi, dia minta Pak Majid hantarnya singgah ke sini. Untuk penuhi pesanan mamanya beli sedikit keperluan dapur yang dah habis di rumah.

"Mama, mama. Untung aja aku udah biasa shopping di supermarket begini. Kalau nggak, bisa pingsan aku di sini!" gumam Aryan sendiri.

Lelaki itu mula berlegar-legar tolak troli. Dapatkan barang yang disenarai Ibu Dian melalui telefon tadi. Sekejap trolinya dihurung ke sana. Sekejap kemudian ditarik ke mari. Mati kutu juga dia mencari dalam pasaraya yang baru kali pertama dijejaki.

Dalam sibuk mata melilau pada deretan barang atas rak, pandangan Aryan terpaku sejenak pada satu sosok sedang membelek sesuatu di sudut paling hujung. Seakan-akan dia biasa lihat jaket kulit hitam yang tersarung pada empunya tubuh.

Aryan perhati figura berkenaan. Namun wajahnya yang terlindung di balik hood jaket menghalang sedikit pandangan.

Lelaki itu tak puas hati. Perlahan-lahan sosok tersebut mula dirapati. Setapak demi setapak wajahnya terus diamati.

Tinggal beberapa meter jarak antara mereka, kelibat itu dilihat beredar dari tempatnya. Macam tahu-tahu diri sedang diperhati oleh dia.

Aryan cuba ekori. Entah kenapa hatinya berkobar-kobar nak lihat wajah itu. Namun makin dia cuba kejar, makin deras langkah sosok tersebut tinggalkannya. Dan saat itu, satu pasaraya bergema dengan bunyi alarm dari alat penggera.

"Eh! Encik, encik. Encik nak ke mana?"

Suara seorang pengawal tahan langkah Aryan serta-merta.

"Saya mau keluar, pak."

"Nak keluar? Eh, boleh. Tapi sebelum keluar, kenalah bayar dulu barang-barang dalam troli ni. Takkan nak keluar terus aje."

Serentak, Aryan pejam mata. Baru perasan dia dah melepasi pintu keluar pasaraya.

Gara-gara nak kejar kelibat tadi, lansung tak sedar tangan dok usung troli dalam berlari sampai terkeluar ke sini.

"Aduh! Maaf! Saya benar-benar nggak perasan. Gara-gara mau lari ngejarin teman lama tadi."

"Eh, tak apa. Dah biasa dah kes berlari-lari dalam pasaraya ni."

"Saya pergi bayarin dulu barang-barangnya, ya."

"Ya, ya. Silakan bayar ya, encik. Jangan sambung lari pulak, sudahlah ya!" balas pengawal muda berbadan gempal itu dalam senyum penuh makna.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham